Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI,

PERSIARAN PERDANA,
KEPONG, SELANGOR,
52100 KUALA LUMPUR.
Tel /Fax: 03-6280 4744
e-mail : skamanpuri04@yahoo.com

Ruj. Kami : Bil ( ) dlm.SKDA 05/08/002 Jld


2
Tarikh : 01 Julai 2011

KENYATAAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI,KEPONG, KUALA LUMPUR.
UNTUK TEMPOH 01 DESEMBER 2011 HINGGA 30 NOVEMBER 2013.

1. Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman


dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengurus dan menjalankan
perniagaan kantin di Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri, Kuala Lumpur bagi tempoh 2
tahun mulai 01 Disember 2011 hingga 30 November 2013.

2. Borang-borang mengenai sebut harga tersebut boleh didapati di Pejabat Sekolah mulai
jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari mulai 05 Julai 2011. Borang sebut harga yang lengkap
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis ‘SEBUTHARGA KANTIN
SEKOLAH’ di bahagian atas sudut kiri. Permohonan hendaklah sampai ke pejabat sekolah
tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 29 Julai 2011.

3. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat dan lewat tidak akan
dipertimbangkan.

4. Setiap set borang sebutharga yang dihantar hendaklah disertakan bersama perkara-
perkara berikut:

i. Wang pertaruhan sebanyak RM100.00(Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja)


dalam bentuk Kiriman Wang Pos / Draf Bank atas nama Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Desa Amanpuri . Wang pertaruhan ini akan dikembalikan
selepas proses pemilihan sebut harga. Petender yang berjaya dipilih
dikehendaki menyediakan deposit dalam bentuk Deraf Bank. Deposit ini akan
dikembalikan setelah tamat perjanjian dengan menolak kos-kos kerosakan dan
kesulitan yang mungkin berlaku.

ii. Salinan fotostat Sijil Akuan Pendaftaran Kewangan (yang telah disahkan) dari
Kementerian Kewangan Malaysia (bagi kadar sewa yang melebihi RM5,000.00
setahun sahaja).

iii. Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah laku (3 tahun dari tarikh
menghadiri kursus)
5. Pihak Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk menerima sebut harga yang
tertinggi atau sebaliknya. Jawatankuasa Sebut Harga berhak menolak mana-mana sebut
harga dengan tidak memberikan sebarang sebab dan keputusan Jawatankuasa Sebut Harga
adalah muktamat.

6. Jumlah anggaran murid pada tahun 2012 adalah seperti berikut:

Jumlah Murid Melayu & Bumiputra 410

Jumlah Murid Cina 20

Jumlah Murid India 80

Jumlah Murid Lain-lain 29

Jumlah Murid Warga Asing 9

Jumlah Guru 39

Jumlah Staf Sokongan 3

Jumlah Keseluruhan 590

7. Permohonan yang berjaya dipilih akan menerima surat tawaran daripada Guru Besar
untuk hadir menandatangani Surat Perjanjian Kantin dalam masa seminggu (7 hari) dari tarikh
surat dikeluarkan dan dianggap menolak tawaran ini jika tidak hadir dalam tempoh berkenaan.
Segala perbelanjaan perjanjian tersebut ditanggung oleh pemohon itu sendiri.

8. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan


tidak akan dilayan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(LIM SIEW BIAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri,
Kepong, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai