Anda di halaman 1dari 3

PEJABAT MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

KENYATAAN MEDIA
13 MEI 2020

Selaras dengan Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada 10
Mei 2020 berhubung dengan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Mei
2020, maka Kementerian Belia dan Sukan Sabah memutuskan perkara-perkara seperti yang
berikut :

1. Semua Kompleks Sukan dan Asrama seluruh Negeri Sabah di bawah Pengurusan
Lembaga Sukan Sabah akan mula beroperasi pada 18 Mei 2020.

2. Berikut adalah kemudahan sukan yang akan dibuka untuk kegunaan Atlet Negeri
dan Atlet Negara sahaja tertakluk kepada kebenaran Majlis Sukan Sabah yang
boleh dihubungi melalui talian nombor telefon 088 538 396/7/8.

Bil Sukan / Aktiviti Masa Catatan

 6.00am – 9.00am
1. Trek Sintetik (Olahraga) LATIHAN SAHAJA
 4.00pm – 6.00pm

 8.00am – 11.00am
2. Golf LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
3. Tenis LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
4. Boling Padang LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
5. Memanah LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
6. AngkatBerat LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
7. Petanque LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
8. Squash LATIHAN SAHAJA
 4.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
9. Ping Pong LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm
 8.00am – 10.00am
10. Karate (Kata) LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

 8.00am – 10.00am
11. Taekwondo LATIHAN SAHAJA
 3.00pm – 6.00pm

3. Berikut adalah aktiviti/sukan/kemudahan yang dibenarkan untuk


dijalankan/digunakan oleh orang awam dengan syarat tidak melebihi dari 10 orang
dalam satu kumpulan pada satu satu masa:

Bil Sukan / Aktiviti Masa


Joging Trek di Kompleks Sukan Seluruh Sabah  6.00am – 9.00am
1.
Kecuali Kompleks Sukan Likas.  3.00pm – 6.00pm
Golf Driving Range  8.00am – 11.00am
2.
(KompleksSukan Kota Kinabalusahaja)  3.00pm – 6.00pm
 8.00am – 10.00am
3. Senamrobik (Outdoor)
 3.00pm – 6.00pm
 6.00am – 9.00am
4. SenamanJasmani (Outdoor)
 3.00pm – 6.00pm
Tertaklukkepada masa yang
5. Asrama (BilikPenginapansahaja)
ditetapkan oleh asrama.

4. Semua pengguna wajib mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang


dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Berkuasa
berkaitan semasa menggunakan kemudahan sukan.

5. Semua penggiat sukan adalah diminta untuk mengamalkan norma baharu dalam
menjalankan aktiviti sukan. Norma baharu ini merangkumi langkah langkah
pencegahan seperti berikut:

5.1 Mengamalkan penjarakkan social sekurang-sekurangnya 1 meter dan


sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan ;

5.2 Memakai penutup hidung dan mulut (face mask) ; Semasa joging dan
bersenam, tidak perlu pakai topeng muka.

5.3 Kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer ;

5.4 Wajib membawa hand sanitizer untuk kegunaan sendiri; dan

5.5 Mematuhi polisi tiada sentuhan.

6. Sukan yang tidak dibenarkan adalah seperti sukan yang melibatkan perhimpunan
penyokong acara berkumpulan di luar melebihi 10 orang, Indoor Sport, acara di
dalam kolam renang dan jenis-jenis sukan bersentuhan ( contact sport) seperti Ragbi,
Gusti, Boxing, Bola Sepak dan Bola Keranjang.
7. Asrama yang dijadikan sebagai Pusat Kuarantin COVID-19, akan ditutup sepanjang
Pusat Kuarantin ini beroperasi.

8. Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas yang di jadikan sebagai wad tambahan
Hospital QE untuk menempatkan pesakit positif tetapi tidak mempunyai gejala
(asymptomatic) seperti demam dan sebagainya untuk makluman, dewan ini dikendali
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

9. Trek jogging bersebelahan Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas juga ditutup
untuk mengelakka risiko jangkitan COVID-19 kepada pengguna.

10. Kementerian Belia dan Sukan Sabah menyeru orang ramai agar selalu menjaga
Kesihatan dan kebersihan diri semasa bersenam dan bersukan.

YB PHOONG JIN ZHE


MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

Anda mungkin juga menyukai