Anda di halaman 1dari 1

Apakah kesan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar? Berikan pendapat anda.

Antara kesan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar ialah pelajar dapat
menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan dengan menerokai secara mendalam dalam
bidang penggunaan multimedia. Hal ini berlaku demikian kerana kecanggihan teknologi
pada zaman yang moden ini telah membawa kepada kemajuan dalam bidang teknologi.
Dengan itu, penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar amat meluas dan dapat
membantu pelajar menggunakan aplikasi multimedia untuk menghasilkan sesuatu tugasan.
Hasil yang dibuat melalui multimedia lebih menarik dan cantik jika berbanding dengan
penghasilan secara manual. Setiap pelajar perlu menggunakan aplikasi multimedia dengan
baik supaya dapat menghasilkan hasil kerja melalui penggunaan multimedia dengan
berkesan dan baik. Secara ringkasnya, penggunaan multimedia membawah kesan yang
positif dalam kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai