PanduanPenggunaanPDataZinioRBDigital PDF
PanduanPenggunaanPDataZinioRBDigital PDF
PERKHIDMATAN PANGKALAN
DATA E-MAJALAH ZINIO
(RBdigital)
PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGGUNA
ZINIO
• Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar terlebih dahulu
sebagai ahli di portal Zinio (RBdigital).
• Bagaimakah caranya untuk mendaftar?
1) Klik pada pautan bernama “Create New Account” pada muka
hadapan portal Zinio (RBdigital) yang terdapat di sebelah kanan
atas, pada halaman tersebut.
PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI
PENGGUNA ZINIO (sambungan)
2) Sebuah tetingkap kecil (Create New Account) akan muncul di skrin.
Sila isi dan lengkapkan butiran peribadi anda seperti mana
dikehendaki. Setelah selesai semuanya, sila klik pada butang
Create Account untuk menghantar permohonan pendaftaran anda.
PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI
PENGGUNA ZINIO (sambungan)
3) Sebuah tetingkap kecil (Updated Terms of Service and Privacy
Policy) akan muncul di skrin sejurus selepas itu. Sila tandakan pada
kotak checkbox, “I agree to the Terms of Service” dan kemudian
klik butang OK.
PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI
PENGGUNA ZINIO (sambungan)
4) Semak peti e-mel peribadi anda. Anda akan menerima maklumbalas
pemberitahuan dari sistem portal Zinio (RBdigital) memaklumkan
pendaftaran anda telah berjaya. Contoh terimaan emel seperti di
bawah. Anda kini sudah boleh melog masuk ke sistem portal Zinio /
aplikasi mudahalih Zinio (RBdigital) dan seterusnya mengakses
segala kandungan di bawah pangkalan data e-majalah Zinio.
Panduan Log Masuk ke Zinio (RBdigital)
• Setiap kali anda hendak mengakses/membaca/memuat turun kandungan e-
majalah yang terdapat dalam Zinio, ia memerlukan anda untuk log masuk terlebih
dahulu ke sistem portal / aplikasi mudahalih Zinio (RBdigital).
• Pengguna Zinio yang telah mendaftar perlu menggunakan login dan kata laluan
(password) masing-masing untuk melog masuk ke sistem portal Zinio.
• Anda boleh melog masuk samada dari portal rasmi Zinio (RBdigital) menggunakan
pelayar web di komputer ataupun dengan menggunakan telefon pintar / tablet
anda melalui aplikasi mudahalih Zinio iaitu RBdigital (boleh dimuat turun dari
Google Play Store (Android) atau iTunes Store (Apple iOS)
Screenshot untuk log masuk dari
Dialog box untuk anda memasukkan aplikasi mudahalih RBdigital (Mobile Apps)
Username dan Password untuk anda melog masuk di telefon pintar / tablet anda
ke sistem portal RBdigital/Zinio (versi Android atau iOS)
(versi desktop komputer – diakses menerusi
pelayar web)
Panduan Log Masuk ke Sistem Portal Zinio (RBDigital) Dengan
Menggunakan Komputer (Desktop / Laptop – MS Windows) –
(Nota: Sila gunakan mana-mana pelayar web yang bersesuaian)
• Cara-cara untuk melog masuk ke Sistem Portal Zinio (RBDigital) adalah seperti
berikut:
1) Log masuk ke sistem portal u-Pustaka (www.u-pustaka.gov.my)
menggunakan akaun peribadi anda.
2) Di Menu bar sebelah atas, sila pergi ke menu “E-Sumber” dan
kemudian klik sub-menu - “Pangkalan Data” atau alternatifnya ,
anda boleh klik pada butang Pangkalan Data di Segmen Pautan Pintas di
petak sebelah kiri di portal u-Pustaka.
Panduan Log Masuk ke Sistem Portal Zinio (RBDigital) Dengan
Menggunakan Komputer (Desktop / Laptop – MS Windows)
(sambungan..)
3) Anda akan mendapat halaman seterusnya seperti di bawah. Sila
scroll down, cari dan klik kepada logo atau pautan akses ke Zinio.
3)Anda akan di bawa ke halaman pangkalan data. Sila tatal (scroll) ke bawah dan carilah/kliklah
pautan akses ke Zinio (RBdigital);
Panduan Bagaimana Untuk Memilih, Memuat Turun Dan
Membaca e-Majalah di bawah Zinio (RBdigital) – melalui
penggunaan komputer peribadi (sambungan..)
4) Satu tetingkap baru akan muncul di skrin. Anda akan di bawa ke halaman utama portal rasmi
RBDigital/Zinio. Tekan pautan Login. Masukkan Username dan password (kata laluan) RBdigital
anda. Kemudian, klik butang Log in.
Panduan Bagaimana Untuk Memilih, Memuat Turun Dan
Membaca e-Majalah di bawah Zinio (RBdigital) – melalui
penggunaan komputer peribadi (sambungan..)
5) Anda akan dibawa masuk ke sistem portal RBdigital. Klik pada mana-mana satu imej kulit e-
majalah yang anda ingin baca. [Contoh: Imej e-Majalah Newsweek diklik. Anda akan mendapat
halaman berikutnya sebagaimana di bawah. Klik butang Checkout untuk memuat turun/membaca e-
majalah dimaksudkan.]
Diklik
Diklik
Panduan Bagaimana Untuk Memilih, Memuat Turun Dan
Membaca e-Majalah di bawah Zinio (RBdigital) – melalui
penggunaan komputer peribadi (sambungan..)
6) Satu tetingkap kecil (dialog box) seperti di bawah akan muncul di skrin. Jika anda ingin meneruskan
carian/pemilihan isu e-majalah yang lain, sila klik butang “Keep Browsing”. Sebaliknya, jika anda ingin
memulakan pembacaan isu e-majalah dimaksudkan, sila klik/tekan butang butang “Start Reading”.
Diklik
Panduan Bagaimana Untuk Memilih, Memuat Turun Dan
Membaca e-Majalah di bawah Zinio (RBdigital) – melalui
penggunaan komputer peribadi (sambungan..)
6) Anda akan menerima paparan selanjutnya seperti di bawah. Kini, anda sudah boleh terus
membaca isu e-majalah berkenaan (halaman demi halaman) secara terus di skrin komputer
anda. Klik/Gunakanlah ikon-ikon yang tersedia di halaman berkenaan untuk pelbagai tujuan.
1)Setelah berjaya log masuk, sila klik pada ikon seperti ditunjukkan pada screenshot di bawah.
Kemudian pilih My Preferences.
Diklik
2)Anda akan menerima halaman seperti di atas. Tekan tanda + di sebelah judul e-majalah untuk membuat
tetapan bagi checkout secara automatik judul-judul e-majalah yang diminati (di petak sebelah atas, kiri) atau
bagi mendapatkan notifikasi /pesanan ringkas menerusi e-mel berkenaan ketibaan isu-isu baru e-majalah di
dalam portal RBdigital (di petak sebelah bawah, kiri) . Senarai judul-judul e-majalah yang telah dipilih dan
ditetapkan akan kelihatan di petak sebelah kiri. Setelah semuanya selesai, sila klik butang Update untuk sahkan
dan kemaskinikan tetapan anda.
Bagaimana untuk membuat tetapan (Settings) bagi penggunaan aplikasi mudah alih
RBdigital anda : Panduan Kepada Pengguna Telefon Pintar / Tablet (Android atau iOS)
Setelah berjaya log masuk, sila tekan pada ikon Menu Utama . Kemudian tekan My Account.
Kemudian tekan Settings. Buat aktivasi tetapan yang diperlukan. Langkah demi langkah seperti ditunjukkan
pada screenshot di bawah.
Bagaimana untuk log keluar dari sistem portal
RBdigital (di desktop / laptop komputer)
• Klik pada ikon (di sudut sebelah atas, kanan muka depan portal
RBdigital) . Kemudian tekan Log out. Anda akan dilog keluar dari
sistem portal Rbdigital sejurus selepas itu.
Bagaimana untuk log keluar dari aplikasi mudah
alih RBdigital (di Telefon Pintar / Tablet anda)
Pada ikon Menu Utama . Kemudian tekan Logout. Dialog box akan tertera di skrin. Tekan perkataan YES.
Langkah demi langkah seperti ditunjukkan pada screenshot di bawah.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkhidmatan pangkalan data ini , sila e-melkan ke bse@pnm.gov.my
atau hubungi Pustakawan kami di talian 03-2687 1895 (En. Redzuan).