Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Reflektif

Minggu Praktikum :8

Tarikh : 28/07/19 – 01 /08/19

Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi

1. Isu Yang Difokuskan:

Minggu ini merupakan minggu kelapan saya di sekolah ini, kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi. Pada
minggu ini, saya dapati ramai murid yang gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ramai
yang tidak menyiapkan sebahagian kerja rumah, malahan ada yang langsung tidak membuatnya.

Analisis Isu Yang Difokuskan:

Masalah ini timbul kerana murid menunjukkan sikap yang malas. Apabila guru meminta murid untuk
menyiapkan kerja sekolah dan meminta mereka untuk terus menghantar sebelum tamat waktu PdP
mereka tidak menyiapkan tugasan mereka dan memberikan alasan yang pelbagai agar dapat
mengelak daripada penghantaran kerja sekolah yang diberi. Murid-murid juga mengambil masa
yang lama semasa membuat sesuatu kerja yang diberi. Setelah dibuat pemantauan, saya juga
mendapati sestengah murid tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi kerana malu dan takut
untuk bertanya dengan guru kerana terdapat beberapa soalan yang mereka tidak faham.

2. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar. Antara
faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan baik.
Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-bagai sumber.
Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang wujud
iaitu:

I. Saya akan lebih bertegas dengan murid-murid yang mengambil mudah tentang kerja
rumah yang dibagi.
II. Saya juga melantik beberapa pelajar sebagai guru muda bagi membimbing pelajar
yang lemah.
III. Selain itu, saya perlu memastikan pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam
kelas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 minggu

6. Tindakan Susulan:

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolobrasi dengan guru pembimbing
dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolobrasi tersebut, guru pembimbing juga bersetuju
dengan masalah ini. Sebagai seorang guru, saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan
bersungguh-sungguh. Saya akan merancang Rancangan Pengajaran Harian dengan lebih teliti
supaya murid-murid dapat menyiapkannya kerja mereka ketika sesi P&P berjalan dan sekiranya
masih terdapat yang gagal menyiapkannya, mereka masih boleh menjadikannya sebagai kerja
Murid-murid perlu diingatkan berulang kali bahawa tindakan yang lebih tegas akan diambil sekiranya
masih tidak menyiapkan sebarang kerja rumah yang diberi. Saya juga akan memberi ganjaran
kepada murid yang menyiapkan kerja dengan betul dan cepat.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

31 Julai 2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Teknik guru muda dapat mencungkil tahap keyakinan diri pelajar. Secara tidak langsung pelajar
yang lemah tidak berasa malu untuk bertanya apabila terdapat kemusykilan. Hal ini kerana guru
muda boleh membimbing mereka.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Kesimpulannya, Saya berasa cukup terharu kerana pelajar yang lemah dapat diatasi dan pelajar yng
cemerlang dapat dicungkil bakat untuk menjadi guru muda kepada rakan mereka.

Rujukan

Tamir (1985). 'Kajian Dalam Keberkesanan Kerja Rumah'. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka Sdn. Bhd.