Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Reflektif

Minggu Praktikum : 10

Tarikh : 18/08/19 – 22/08/19

Tajuk Jurnal : Masalah pelbagai aktiviti di sekolah

1. Isu Yang Difokuskan:

Minggu ini merupakan minggu kesepuluh saya di sekolah ini, kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkaitan dengan proses P&P yang terpaksa ditangguhkan. Hal ini
kerana guru dan murid-murid terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti di sekolah. Ini akan
membuatkan sesi P&P tidak dapat dijalankan seperti biasa dan murid-murid ketinggalan dalam
pembelajaran mereka.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan:


Pada pendapat saya, masalah ini timbul kerana sepanjang minggu ini dan minggu sebelumnya
dan minggu yang akan datang, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti
sembahyang bagi murid tahun 6, pemindahan guru besar, program motivasi bagi murid tahap 2
dan sebagainya. Selain itu saya juga turut terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dirancang
sempena bulan kemerdekaan. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada rancangan
pengajaran yang dirancang mengikut sukatan dan jangkamasa. Justeru,saya terpaksa menunda
P&P saya kewaktu yang sesuai.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Guru seharusnya melibatkan diri dalam menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan
dengan permasalahan yang dihadapi (Elliott, 1991).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Bagi kelas-kelas yang ditangguhkan dan ditunda,saya akan memberi penumpuan


sepenuhnya dan mempercepatkan beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi mencukupkan
tempoh masa yang diberikan dalam sukatan pelajaran .Saya juga sering berbincang dengan
pihak sekolah agar diberi pelepasan kepada saya menyertai beberapa aktiviti jika terdapat
penyeliaan daripada guru pembimbing dan pensyarah.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 minggu
6. Tindakan Susulan:

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolobrasi dengan guru pembimbing
dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolobrasi tersebut, guru pembimbing juga bersetuju
dengan masalah ini. Saya akan terus kan merancang seawal mungkin proses P&P jika dijangkakan
akan berlaku aktiviti –aktiviti dalam minggu-minggu akan datang. Saya juga akan menyediakan
pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

20 Ogos 2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

Saya dapat mengatasi masalah ini dengan mempercepatkan beberapa aktiviti yang telah dirancang
bagi mencukupkan tempoh masa yang diberikan dalam sukatan pelajaran. Dengan ini, masalah ini
dapat diatasi. Kebanyakan kelas yang ditunda telah berjaya diganti dan dibuat pengukuhan secepat
mungkin.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Kesimpulannya, saya berharap agar masalah ini dapat diatasi dan proses PdPc dapat berjalan
dengan lancer tanpa sebarang gangguan.

10. Rujukan

Elliot, J. (1991). Action Research for Educational Change. Buckingham: Open University Press