Anda di halaman 1dari 7

C.

 PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDHA DALAM KERAJAAN


AWAL
 
a) Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha
 
           1.  Penaklukan – golongan Ksyatria atau tentera dari India yang membentuk
tanah jajahan takluk di Asia Tenggara
 
           2.  Perdagangan – golongan Vaisya atau pedagang dari India yang menjalankan
perdagangan dengan pedagang tempatan
 
           3.  Keagamaan – golongan Brahmin atau pendeta dari India yang datang ke Asia
Tenggara untuk menjalankan upacara keagamaan
 
           4.  Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang
kemudiannyadisesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Pendapat ini
berdasarkan jumpaan seni arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya di
temui di Srivijaya.
 
I.    Pengambilan terus oleh pemerintah yang berbeza
 
i       Pada abad ke-5 M, Kedah Tua menganuti agama Buddha manakala Dieng di
Indonesia beragama Hindu
 
ii     Pada abad ke-7 M, Takuapa dan Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab
Vishnu manakala di Sumatera dan Jawa, mereka beragama Buddha Mahayana
 
II.  Pengambilan melalui perdagangan
 
i       Perdagangan antara Asia Tenggara dan India wujud semenjak abad ke-5 S.M.
 
ii     Perdagangan dua hala berkembang apabila India sendiri berusaha mendapatkan
emas dari Asia Tenggara disebabkan Maharaja Vespian dari
Rommemberhentikan perdagangan emas dengan India
 
b) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan
 
           1.  India memperkenalkan gelaran raja dan sistem beraja ke Asia Tenggara
 
I.    Dalam sistem beraja yang berbentuk piramid, raja berada di puncak
pemerintahan. Seterusnya diikuti kerabat diraja, pembesar dan pendeta
Brahmin. Mereka diikuti pula oleh rakyat biasa dan akhirnya ialah golongan
hamba di bawah sekali.
 
II.  Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan
 
i       Meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
 
ii     Perintah raja menjadi undang-undang
 
iii   Melanggar perintah raja bermakna menderhaka yang tidak boleh diampunkan
 
iv    Raja dikehendaki adil terhadap rakyat
 
III. Konsep dewaraja yang menganggap raja sebagai bayangan tuhan diperkenalkan
 
i       Dewaraja memiliki kesaktian yang diperkukuhkan dengan unsur mitos dan
lagenda tentang asal-usul raja
 
IV.Pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja untuk mengukuhkan kedaulatan
raja
 
i       Bertujuan untuk membezakan kedudukan raja daripada rakyat
 
ii     Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin
 
V.  Konsep orde kosmos
 
i       Negara dianggap sebagai suatu alam semesta
 
ii     Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan
 
iii   Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras
dengan dharma
 
iv    Impian setiap raja untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta
 
v     Mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta seperti
Angkor Wat di Kemboja
 
           2.  Kerajaan Angkor
 
I.    Raja Suryavarman II mengamalkan agama Hindu mazhab Vishnu
 
II.  Raja Suryavarman II membina Angkor Wat sebagai orde kosmosnya
 
III. Oleh itu, raja dianggap sebagai raja dewa dan berada di puncak sistem
pemerintahan
 
IV.Raja dibantu oleh golongan pembesar pusat dan pembesar daerah
 
V.  Raja juga dibantu oleh pegawai tentera dan hakim dalam bidang pentadbiran
 
VI.Golongan Brahmin menjalankan upacara keagamaan
 
           3.  Kerajaan Srivijaya
 
I.    Raja mengamalkan agama Buddha Mahayana dan berada di puncak
pemerintahan
 
II.  Seterusnya ialah pentadbiran pusat dan pentadbiran daerah
 
III. Pentadbiran pusat terdiri daripada anak raja yuvaraja, pratiyuvaraja, raja
kumara dan raja putra
 
i       Raja putra tidak boleh menduduki tahkta kerana merupakan anak gundik
 
ii     Anak raja dibantu oleh parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat
 
iii   Parvanda dibantu oleh hakim, temenggung dan penghulu
 
iv    Hamba raja ialah golongan paling bawah
 
IV.Pentadbiran daerah diketuai oleh datu yang dilantik oleh raja
 
i       Parvanda ialah datu yang berketurunan raja
 
ii     Bhupati ialah orang-orang kaya
 
V.  Upacara angkat sumpah di Telaga Batu
 
i       Batu bersurat (Prasasti) Telaga Batu bertarikh 683 M di Palembang dan perigi
tua
 
ii     Batu berusrat itu diukir ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung
melindungi tulisan
 
iii   Datu akan meminum air perigi yang disiram pada batu bersurat
 
iv    Tujuannya untuk menetapkan taat setia penuh kepada raja
 
v     Upacara ini diketuai Brahmin dan disertai doa sumpah bencana terhadap
sesiapa yang khianat
 
c)  Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusateraan
 
           1.  Kesenian
 
I.    Monumen dan Akta di Malaysia
 
i       Monumen ialah binaan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang
ternama atau peristiwa penting
 
ii     Contoh monumen ialah candi (kuil, wat atau stupa), arca dan patung
 
iii   Monumen di Malaysia yang melebihi 100 tahun tertakluk kepada Akta Benda
Purba 1976
 
*       Monumen di bawah akta ini tidak boleh diganggu tanpa kebenaran Ketua
Pengarah, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
 
II.  Seni arca dan Patung
 
i       Jenis-jenis
 
*       Agama Buddha – patung Avalokitesvara
 
*       Agama Hindu – patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga
 
*       Jenis lain – patung Drawapala dan Nandiswara berfungsi menjaga candi
daripada roh jahat
 
ii     Gaya
 
*       Campuran gaya Sarnath dari India dengan langgam seni arca tempatan – arca
Buddha di Tapak 16 A, Lembah Bujang
 
*       Gabungan antara elemen India dengan elemen tempatan
 
à       Pengaruh Amaravati abad ke-5 M
 
à       Pengaruh Dinasti Gupta abad ke-7 M
 
à       Pengaruh lain seperti Pallava, Pala atau Cola
 
III. Candi
 
i         Kepentingan Candi
 
*       Monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha
 
*       Rumah ibadat penganut agama Hindu dan Buddha
 
*       Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
 
*       Tempat menyimpan patung dewa bagi kerajaan awal
 
*       Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni
binanya
 
*       Lambang orde kosmos atau alam semesta
 
à       Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Inodonesia
 
ii       Candi Borobudur
 
*       Menurut Casparis, ia berasal daripada nama Bhumisambarabhudara yang
bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva” dalam
aliran Buddha Mahayana
 
*       Ia mempunyai 9 tingkat yang dibahagikan kepada 3 tahap kehidupan iaitu sila,
samadhi dan panna yang diwakili oleh stupa dan patung Buddha
 
*       Tingkat pertama mempunyai ukiran (relief) cerita kehidupan Gautama
Buddha
 
*       Bahagian teratas melambangkan nirwana di mana manusia bebas daripada
nafsunya
 
iii     Angkor Wat di Kemboja
 
*       Melambangkan orde kosmos atau alam semesta dalam agama Hindu
 
*       Terdapat tempat pemujaan di bahagian tengah setinggi 39 meter berteres
empat tingkat
 
*       Terdapat menara di setiap sudutnya dan tembok batuan laterit serta batu
pasir di bahagian luarnya
 
*       Epik Ramayana dan Mahabharata di ukir pada tembok tersebut
 
iv      Candi-candi di Lembah Bujang, Kedah
 
*       Dijumpai James Low, iaitu Superintendent Province Wellesley (Seberang
Perai)
 
*       Namanya berasal daripada perkataan Bhujangga yang bermaksud ular (cobra)
yang berasal daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai
 
*       Ia disaliri oleh Sungai Merbok dan Sungai Muda
 
*       Terdapat banyak artifak seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan
kaca, manik serta patung agama Hindu dan Buddha di samping pelbagai jenis
bahan binaan dan struktur binaan
 
*       Candi agama Hindu dibahagikan kepada bahagian vimana dan bahagianmandapa
 
à       Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan
 
à       Mandapa ialah bahagian luar
 
*       Candi agama Buddha mempunyai pelan jenis cruciform
 
           2.  Bahasa Sanskrit
 
I.    Batu Bersurat
 
i       Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
 
ii     Batu bersurat Kutei menunjukkan keturunan raja manakala batu bersurat
Sungai Mas berkait agama Buddha
 
iii   Sebahagain besar batu bersurat di Palembang mengandungi bahasa Melayu kuno