Anda di halaman 1dari 13

PPE 60104

FALSAFAH DAN DASAR DALAM PENDIDIKAN

TAJUK:

PEMIKIRAN RASIONAL

PENSYARAH:

DR. MAHALIZA BINTI MANSOR

NAMA AHLI KUMPULAN:

RAYNALD BIN AHLAI @ ERIC M20191000219

MOHAMMAD HAFIZAM BIN HUSSIN M20191000202

MATELI BIN EKEH M20191000206

ZUNAIDAH BINTI TAHIR M20191000231


PEMIKIRAN RASIONAL

PENGENALAN

Menurut kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa rasional adalah satu alasan
munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan. Di dalam ilmu
konvensional pemikiran rasional adalah diterjemahkan sebagai pemikiran atau tindakan
normal yang akan dilakukan berdasarkan perjumlahan. Sekiranya pemikiran tersebut diterima
pakai oleh majoriti ia akan diklasifikasikan sebagai rasional. Asas pemikiran rasional di
dalam ilmu konvensional lebih kepada logik dan bukannya pada fakta yang jelas.

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan mengenai maksud pemikiran rasional. Di antara
definisi umum pemikiran rasional yang diberikan oleh konvensional adalah logik yang
dikenali sebagai ‘berfikir’ atau ‘pemahaman’ iaitu logik rasional yang tidak memiliki
pengetahuan tentang realiti. Contoh yang diberikan ialah seperti seekor rusa mengenal pasti
manusia sebagai pemangsa kerana kebanyakkan manusia berperilaku sebagai pemangsa.

Selain itu menurut Dewey (1993), beliau mentakrifkan pemikiran sebagai perilaku dalam
menyelesaikan masalah, sementara Bochenski (1990) menyatakan bahawa berfikir adalah
setiap perkembangan idea-idea dan konsep yang difikirkan minda. Mohd Micheal Abdullah
(1995) mentafsirkan pemikiran sebagai membuat keputusan.

Sementara itu, Som Haji Nor dan Mohd Dahlan menyatakan pemikiran adalah proses
menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai
kepelbagaian kemungkinan, idea, dan membuat pertimbangan yang wajar, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah serta membuat refleksi dan meta kognitif terhadap
proses yang dialami. Sementara itu, Pusat Perkembangan Ko-kurikulum, Kementerian
Pendidikan mendefinisikan pemikiran sebagai proses yang kompleks yang berlaku dalam
minda seseorang.

2
Daripada tafsiran yang diberikan di atas pemikiran rasional dari sudut konvensional lebih
mengaitkan kepada logik akal dan bukan berpandukan pada fakta yang jelas. Maka pemikiran
rasional di dalam konvensional tidak mempunyai faktor yang tetap untuk dirujuk.

Rasional dalam dunia hari ini adalah lebih kepada memberikan alasan atau rasional disebalik
pemikiran atau idea seseorang itu. Rasional juga sering berkait dengan perasaan dan pendapat
peribadi seseorang. Rasional pada dirinya tidak semestinya rasional pada orang lain. Faktor
yang tidak mempunyai ketetapan di dalam rasional konvensional mengundang pelbagai
masalah yang masih menjadi perdebatan di antara ahli sains dan ahli pemikir pada hari ini.

Maka dengan pelbagai definasi yang diberikan di manakah rasionalnya dalam memberi
tafsiran yang tepat mengenai pemikiran rasional ini. Pemikiran adalah sesuatu kuasa yang
amat hebat yang ada pada setiap manusia. Ianya penting untuk manusia mendalami alam
keseluruhannya dari semua aspek sama ada aspek fizikal, sosial atau spiritual.

Selain itu melalui pemikiran membolehkan manusia menyelesaikan pelbagai masalah yang
dihadapi dalam kehidupan seharian mereka dan dapat mencetuskan kemajuan. Pemikiran
adalah merupakan alat yang utama yang menyumbang kepada tranformasi budaya,
persekitaran dan tindakan masyarakat yang telah menyebabkan dunia bertukar wajah
daripada keadaan primitif kepada yang lebih moden seperti yang dilihat hari ini. Kemodenan
yang ada pada hari ini adakah ia benar-benar boleh ditafsirkan sebagai moden. Oleh kerana
apa yang ada sekarang dikatakan adalah kemodenan oleh majoriti masyarakat yang ada maka
ia diterima pakai perlaksanaan kehidupan yang ada pada hari ini adalah moden.

Tetapi sekiranya dilihat dari fakta yang nyata, apa yang dikecapi pada hari ini bukanlah satu
kemodenan dalam erti kata yang sebenar tetapi hanya berlandaskan pada satu sangkaan
semata-mata. Konsep pemikiran inilah yang akan dijelaskan di dalam bab Perinol ini. Kita
akan mula melihat dari konsep berfikir di luar kotak berdasarkan pada fakta tanpa melibatkan
sangkaan, penerimaan majoriti, emosi dan sebagainya yang berdasarkan persepsi yang tidak
jelas. Penjelasan mengenai bab Perinol dalam topik ini hanya akan menyentuh topik yang ada
secara umum sahaja untuk memberi kefahaman asas dahulu kepada pembaca bagaimana
konsep pemikiran rasional di dalam ilmu alamtologi ini.

3
Seringkali kita dengar untuk membuat sesuatu keputusan dan tindakan memerlukan tindakan
dan pemikiran yang rasional. Namum pernahkah kita kaji apakah yang sebenarnya
dimaksudkan dengan Pemikiran Rasional?

Berdasarkan konsep konvensional yang sedia ada, pemikiran rasional adalah merujuk kepada
setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada logik akal sebagai
kaedah utama yang digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul melalui pemerhatian
sistematik.

Ianya bertepatan dengan maksud rasional itu sendiri. Di mana, rasional adalah kata yang
diambil daripada bahasa inggeris “rational”. Rational bermaksud dapat diterima oleh akal dan
fikiran yang bersesuai dengan kemampuan otak. Dengan kata lain, rasional adalah satu
tindakan yang masuk akal dan dapat diterima oleh masyarakat dan ianya menjadi norma-
norma yang sebati dan biasa oleh masyarakat.

Dalam konsep pemikiran rasional hari ini, setiap tindakan dianggap rasional jika setiap
tindakan yang dilakukan di anggap optima dan mencapai tujuan. Setiap tujuan dan matlamat
yang diletakkan adalah berdasarkan kepada kepentingan masing-masing. Di mana, memilih
tindakan yang akan memaksimumkan prestasi yang diharapkan dengan berlandaskan kepada
semua pengetahuan yang dimiliki. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pemikiran rasional
dalam konteks konvensional adalah lebih menjurus kepada pemikiran logik akal yang
berlandaskan kepada kepentingan.

Berbeza dengan konsep Pemikiran Rasional dari sudut alamtologi. Iaitu teori pemikiran yang
logik berdasarkan kepada pembuktian yang disokong oleh fakta dan membenarkan setiap
perkara yang disertakan dengan tindakan. Pemikiran harus dilaraskan berdasarkan kapasiti
kita sendiri. Setiap sesuatu itu mesti mempunyai bukti bukan berdasarkan kepada
kepercayaan.
Konsep Pemikiran Rasional dalam alamtologi dikenali dengan ‘PERINOL’.

4
Gambar rajah 1.1 : Sejarah Penghasilan Istilah PERINOL.

Sejarah awal penghasilan istilah ini adalah berdasarkan kepada perkataan “Rational Thought”
yang bermaksud Pemikiran Rasional. Bagi memberikan satu penjelasan yang lebih terperinci
untuk penghuraian Pemikiran Rasional maka tercetuslah “PERINOL”. PERINOL merupakan
satu hasil yang akan mewujudkan proses yang seterusnya. PERINOL menyatakan bahawa
setiap perkara yang dilaksanakan perlu mempunyai fakta, bertindak atas proses arahan,
menerima dan melakukan dengan praktikal, serta membenarkan setiap perkara yang diterima
dalam bentuk graf kapasiti bagi individu masing-masing.

Dari konteks Alamtologi, teori ini bergerak berdasarkan arahan yang mengikut aturannya
yang tersendiri. Kebenaran di dalam PERINOL ini juga tidak akan dipengaruhi oleh
perjumlahan seperti yang diguna pakai di dalam teori-teori pemikiran rasional konvensional.

Gambar rajah 1.2 : Tafsiran PERINOL.

Perjumlahan yang dimaksudkan perbandingan di antara PERINOL dengan pemikiran rasional


konvensional ialah contohnya di dalam teori konvensional sekiranya 99% individu
mengatakan benar dan 1% individu mengatakan tidak benar maka rasionalnya adalah
berdasarkan kepada majoroti tetapi dalam PERINOL walaupun hanya 1% yang mengatakan
tidak benar tetapi penyataan itu beserta dengan fakta dan bukti yang nyata maka rasional
yang 1% itulah yang akan digunakan pakai berbanding dengan jumlah majoriti.

PERINOL ini merupakan satu peringkat yang teratas di dalam teori pemikiran kerana ia yang
mengawal dan bukan yang dikawal. Selagi melibatkan logik dan perasaan di dalam sesuatu
tindakan, seseorang itu belum lagi mencapai tahap pemikiran PERINOL. Teori ini

5
membentuk dan menyediakan setiap individu menjadi seorang pemikir dan ketua. Ini kerana
dalam PERINOL setiap individu mempunyai faktor untuk membenarkan dan mendapat
kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang jelas.

Contohnya sekiranya di dalam medan peperangan sekiranya semua pejuang mempunyai


pemikiran PERINOL maka yang pergi berjuang itu adalah semuanya merupakan panglima.
Sekiranya panglima yang mengetuai peperangan itu kecundang maka mana-mana yang ada
boleh menggantikan tempatnya sebagai ketua untuk mengetuai peperangan tersebut tanpa
perlu menyerah. Tetapi dalam amalan biasa sekiranya panglima yang mengetuai peperangan
kecundang maka semua tenteranya juga akan turut kecundang. Keadaan sebegini tidak
berlaku di dalam Perinol.

Konsep yang diketengahkan oleh Perinol ini juga adalah sama iaitu menyiapkan seseorang
individu itu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi apa juga keadaan
dengan rasional yang berlandaskan fakta. Keputusan dan tindakan yang dibuat bukan atas
arahan yang diterima tetapi atas kebenaran yang dibenarkan oleh diri penerima maklumat itu
sendiri. Seseorang individu mempunyai keupayaan untuk mencari kebenaran di atas apa juga
arahan yang diterima dan bukan hanya mengikut dan melaksanakan arahan tanpa mengetahui
mengapa perlu melakukan perkara tersebut.

Perinol ini membuat kita untuk berfikir di luar kotak untuk kita menilai sesuatu perkara
dengan lebih tepat tanpa melibatkan langsung elemen perasaan. Penjelasan
kepada Perinol merupakan peringkat ilmu yang begitu tinggi.

MODEL PEMIKIRAN RASIONAL

Setiap sesuatu perkara yang dipelajari dalam Alamtologi mempunyai bentuknya yang
tersendiri. Perinol ini juga tidak terkecuali mempunyai bentuk. Bentuk Perinol akan
ditunjukkan dalam Gambar rajah 1.3 berikut.

6
Gambar rajah 1.3 : Bentuk atau Pola Perinol

Bentuk bagi Perinol ini adalah aplikasi daripada bentuk Konsep Molekul bagi peringkat
paling asas, iaitu peringkat Zarah. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu bahagian
Penerimaan dan bahagian Pelaksanaan. Bahagian penerimaan adalah Proses Lerai, manakala
bahagian pelaksanaan adalah Proses Gabung. Pola PERINOL bahagian Penerimaan ini
mempunyai tiga picu (•) dan dua bar (⁄). Bar (⁄) membawa tenaga negatif dan bar (\)
membawa nilai postif. Picu yang pertama (A) adalah menjelaskan perkara yang perlu
diterima. Konsep penting yang perlu ada pada peringkat penerimaan adalah membenarkan.

Membenarkan setiap perkara haruslah berdasarkan kepada fakta. Bagi mencari fakta perlukan
satu proses peleraian yang teratur. Garisan biasan (∣) menjelaskan apa yang di terima perlu
ada proses pelaksanaan barulah ianya akan lengkap. Ianya sebagai garis pemisah di antara
bahagian Penerimaan dan Pelaksanaan. Dua picu (•) yang terdapat pada bahagian ini adalah
tafsiran yang menjelaskan pelaksanaan ke atas perkara yang telah diterima. Ianya haruslah
berdasarkan aturan yang tetap. Manakala picu yang terakhir (B) adalah perwakilan bagi
menjelaskan hasil yang telah dicapai.

Setiap individu adalah berbeza peringkat Perinol. Sebagai contoh, manusia adalah sebagai
pengawal, manakala haiwan adalah sebagai dikawal. Oleh itu, bentuk setiap peringkat Perinol
adalah berbeza. Aplikasi bentuk peringkat Perinol adalah berdasarkan bentuk bagi peringkat
dalam Konsep Molekul.

7
Berdasarkan Disiplin Aalamtologi, Perinol mempunyai tujuh peringkat dan setiap
Peringkat Perinol mempunyai pola (pattern) yang tersendiri. Manakala bagi peringkat yang
ketujuh adalah gabungan kesemua peringkat bermula daripada Peringkat satu hingga enam.
Pola (pattern) setiap peringkat adalah berdasarkan aplikasi Peringkat Konsep Molekul
Tunggal.

Gambar rajah 1.4 : Pola Peringkat Perinol.

Berdasarkan pola (pattern) Perinol bagi setiap peringkat ini maka dapat dijelaskan bagaimana
proses Perinol berfungsi. Setiap peringkat Perinol ini sentiasa ada perkaitan di antara satu
sama lain. Maksudnya peringkat ketiga tidak akan dicapai sekiranya peringkat ke dua belum
dicapai. Begitu juga bagi peringkat yang seterusnya. Ibarat kehidupan kita, kita pasti tidak
akan menempuh zaman dewasa sekiranya zaman bayi dan kanak-kanak tidak dilalui.

Setiap peringkat inilah yang menentukan bagaimana manusia menggunakan minda dalam
berfikir dan membuat keputusan. Dapat dilihat sama ada seseoarang itu Perinol atau tidak
adalah berdasarkan pola pemikirannya dan tindakannya. Dalam menentukan sama ada
ianya Perinol atau tidak bukan hanya tertakluk kepada penilaian secara luaran semata-mata
tetapi perlu mengenalpasti polanya (pattern). Penilaian juga tertakluk kepada faktor masa dan
tenaga yang digunakan serta mengambil kira kesan dan akibat atas pemikiran dan tindakan
yang dilakukan.

Di mana sekiranya bentuk pemikiran dan tindakannya adalah di luar daripada pola yang ada
maka ianya adalah tidak Perinol. Setiap Peringkat Pola Perinol mempunyai bilangan Pola dan

8
proses yang berbeza. Sebagai contoh, bagi Perinol Peringkat pertama, ianya mempunyai 6
pola dan 12 proses di dalamnya. Enam pola tersebut terdiri daripada tiga pola ikut jam dan
tiga pola lawan jam. Begitu juga bagi aliran proses, aliran ikut jam dan lawan jam adalah
sama iaitu enam aliran bagi setiap satu. Bentuk Pola dan prosesnya ditunjukkan dalam
Gambarjah 1.5 di bawah.

Gambar rajah 1.5 : Pola PERINOL Peringkat 2.

Sekiranya pola pemikiran yang ada adalah berlainan daripada pola dan proses yang ada maka
pemikiran tersebut tidak dianggap Perinol. Enam pola yang ada ini tertakluk kepada jumlah
perkadaran masa dan tenaga yang sama. Tetapi bagi pola pemikiran yang diklasifikasikan
sebagai tidak Perinol dijelaskan melalui Pola A, Pola B dan Pola C yang dinamakan Pola
Pincang. Ketiga-tiga pola ini adalah tidak seimbang dari segi perkadaran tenaga dan masa.

9
KEKUATAN PEMIKIRAN RASIONAL

Perinol merupakan pemikiran yang berteraskan bukti yang sah dan benar tanpa melihat
kepada kepercayaan individu. Perinol mempunyai hukum dan disiplin yang jelas iaitu benar,
berdasarkan kepada fakta, mempunyai aturan, tidak dipengaruhi oleh faktor tarikan.

Gambar rajah 1.5 : Hukum Perinol

Berdasarkan kepada ciri benar bermaksud apabila menerima sesuatu perkara memerlukan
proses benar dahulu. Ini kerana Perinol bagi setiap tindakan adalah memerlukan faktor terima
dan bukan faktor penolakan. Apabila kita terima ianya benar maka kita akan mencari fakta
untuk membenarkan apa yang telah sedia benar. Maka akan hasil satu kebenaran yang
berdasarkan kepada fakta. Setiap tindakan yang dilakukan ataupun jawapan yang diberikan
adalah tidak melibatkan soal keinginan dan pengaruh perasaan tetapi berdasarkan kepada
fakta yang dijelaskan melalui aturan dan rumus. Keputusan atau jawapan yang rasional
adalah mengambil kira perjumlahan kepada kualiti dan bukan kuantiti. Tiga hukum utama di
dalam Perinol inilah yang menjadi asas utama dalam membentuk pemikiran rasional iaitu
benar, membenarkan dan kebenaran.

Pemikiran Parinol menegaskan kepada kaedah yang teruji dan mapan dalam membuktikan
sesuatu perkara. Kaedah ini melibatkan 2 peringkat iaitu peringkat terima dan buat (peringkat
1) dan terima dan sah (peringkat 2).

10
Gambar rajah 1.8 : Peringkat Proses Pelaksanaan Perinol

Merujuk kepada rajah 1.8, untuk menjawab persoalan ujian makmal iaitu sebuah kiub kayu
dilepaskan, maka ia akan menuju ke atas. Jawapannya ialah boleh. Penjelasan kepada
jawapan boleh itu sebenarnya adalah pelaksanaan awal yang dilakukan terlebih dahulu
sebelum jawapan ‘tidak’ diberikan. Maksudnya di sini bahawa dalam Perinol tidak boleh
meletakkan andaian kepada suatu perkara yang belum dilakukan. Proses terima ialah
membenarkan apa yang diterima dan proses buat ialah melakukan apa yang diterima tersebut.
Dengan adanya proses amali tersebut, maka fakta bagi sesuatu perkara yang dilaksanakan itu
dapat diperoleh, bukan sekadar andaian semata-mata. Di peringkat 2 pula, proses terima dan
sah adalah berbalik kepada persoalan kiub kayu tadi. Setelah proses terima dilakukan, maka
jawapan sebenar akan dapat disahkan atau diluluskan. Oleh itu, jawapan awal kepada
pelaksanaan sesuatu perkara itu adalah boleh, dan kemudiannya proses amali dijalankan bagi
mengesahkan jawapan awal tersebut sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.

Konsep Perinol ini diketengahkan dengan mengikut proses semulajadi manusia itu sendiri,


konsep pemikiran yang bergerak secara harmoni dan seimbang tanpa melibatkan pengaruh
emosi dan perasaan. Pemikiran ini juga dikatakan sebagai pengawal dan bukan dikawal.
Maksudnya, selagi keputusan yang dilakukan mengambil kira logik dan perasaan individu
dalam tindakan ia belum mencapai tahap pemikiran Perinol. Secara ringkasnya, kelebihan
pemikiran ini terarah kepada keputusan yang benar berteraskan bukti yang kukuh semasa

11
analisis dilaksanakan. Jika keadaan ini digunapakai dalam pentadbiran ianya akan mampu
melahirkan ketua yang tegas dan berpandukan kepada kebenaran dan undang-undang.

KELEMAHAN PEMIKIRAN RASIONAL

Pemikrian ini melihat kepada kebenaran tanpa merujuk kepada kuasa majoriti. Jika jawapan
atau pandangan tidak diterima benar maka beliau akan tersinggung dan berlakulah perdebatan
atas perkara yang sama tetapi berlainan pandangan. Hari ini situasi sedemikian telah menjadi
budaya dan berakar umbi hingga dijadikan hukum oleh kelompok yang dikatakan majoriti.
Sikap begini yang telah menyebabkan pertelingkahan antara satu sama lain dan terus
berpanjangan malah saling berbunuhan dan berlaku peperangan. Jika berlaku dapatan parinol
tersebut adalah mewakili kumpulan minoriti maka terdapat masalah dalam komuniti tersebut.
Golongan majoriti memaksa golongan minoriti menerima keputusan mereka dan jika
menolak akan disisih atau dijatuhkan hukuman. Apakah ianya nikmat jika dilakukan dengan
rasa takut atau terpaksa dan inilah yang sedang berlaku di seluruh dunia ketiga. Ketenangan
tidak akan wujud dengan cara paksaan dan jiwa yang dipaksa akan melahirkan manusia yang
keras dan pendendam. Moral daripada kisah di atas ialah jangan kita memaksa seseorang
menerima pandangan atau keputusan kita. Ia mungkin benar bagi kita tetapi belum tentu baik
bagi pihak yang lain.

Dariapda ciri-ciri konsep pemikiran yang diketengahkan dalam Prinol adalah menolak logik
dalam pelaksanaan ilmunya. Kembali kepada asas di mana alam ini adalah bergerak atas
dasar hukum dan bukannya logik. Segalanya yang berada dalam lingkungan alam ini
mempunyai proses semulajadinya yang tersendiri termasuk manusia. Secara keseimpulannya,
konsep pemikiran ini tidak menerima asas logik dan menjadi kebiasaan dalam komuniti.
Setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan kajian secara terperinci bagi permasalah
tersebut.

12
Pemikiran Perinol tidak mempraktikan konsep demokrasi. Sebagai contoh, terdapat satu
penilaian terhadap perkara yang dibangkitkan. Keputusan menunjukkan 99% individu
menyatakan sokongan kepada perkara yang dibangkitkan dan 1% individu menyatakan
sebaliknya. Menurut konsep demokrasi, keputusan diambil berdasarkan peratusan tertinggi
yang diperolehi iaitu individu menyokong sebanyak 99%. Tetapi pemikiran Perinol akan
mengguna pakai keputusan 1% dengan syarat bukti dan fakta yang nyata menyokong
kumpulan 1% tersebut.

Jika pemikiran ini diaplikasi dalam pentadbiran akan menyebabkan sesuatu keputusan yang
diperlukan segera terpaksa tertangguh. Ini kerana keputusan yang sebetulnya perlu diuji
hingga berjaya membuktikan keputusan itu benar. Proses ini sememangnya memerlukan
masa untuk dibuktikan.

RUMUSAN

13