Anda di halaman 1dari 1

Bacaan Doa

Sama2 kita mambuat tanda regang

Sama-sama kita menyebut doa bapa kami

Bapa kami yang di syurga

Dikuduskanlah nama-Mu

Datanglah Kerajaan-Mu

Jadilah kehendak-Mu

Di atas bumi, seperti di dalam syurga

Berilah kami rezeki pada hari ini,

dan ampunilah kesalahan kami

seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami

Dan janganlah masukkan kami ke dalam percubaan, tetapi bebaskanlah kami dari
yang jahat

Kerana engkaulah yang empunya kerajaan, kuasa dan kemuliaan sampai selama-
lamanya. Amin

Bapa Syurgawi, terima kasih atas kurnia kesihatan yang telah engkau berikan
kepada kami. Terima kasih bapa kerana telah menjaga kami sepanjang tidur kami
malam tadi dan perjalanan kami turun ke sekolah pada hari ini. Bapa yang
mahakuasa,hari ini kami memohon berkat daripadaMu untuk memberkati Majlis
Permuafakatan Ibu Bapa Pelajar Asrama 2020 SK Kem Skrang agar majlis ini
berjalan lancar selaras dengan kehendakmu. Berkati majlis ini agar majlis ini dapat
terus membina ikatan persahabatan di antara kami Ya Tuhan dan memberi
kesedaran kepada para murid kami agar terus menjadi insan yang berguna kelak.
Berkati juga AJK2 yang telah berusaha memastikan majlis ini berjalan dengan lancar
seperti sekarang Ya Bapa agar mereka terus dilimpahi dengan berkat kurniaMu.
Kami menyerahkan doa kami ini dalam nama anakmu Jesus Juruselamat Kami.
Amen.

Anda mungkin juga menyukai