Anda di halaman 1dari 1

CBCT 2203 KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Baru-baru ini syarikat anda telah merancang untuk menaik taraf dan menggantikan beberapa

komputer dengan komputer versi terkini. Andaikan anda seorang pengurus IT syarikat

tersebut yang menjalankan perniagaan e-dagang (namakan dan jenis perniagaan e-dagang)

yang memerlukan proses transaksi melalui Internet. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat

meminta anda untuk mencadangkan komputer terbaik untuk syarikat itu.

Anda dikehendaki mengumpulkan maklumat dan mencadangkan komputer terbaik, sama ada

komputer riba, tablet, atau desktop untuk syarikat tersebut. Tuliskan satu kertas cadangan

berdasarkan dapatan anda dengan mengambil kira jenis perniagaan syarikat tersebut.

Cadangan anda harus mengandungi item berikut:

1.0 Pengenalan

2.0 Komputer manakah yang terbaik yang sesuai untuk syarikat tersebut? Berikan

justifikasi- justifikasi anda untuk jenis komputer yang dipilih.

2.1 Kriteria yang harus dipertimbangkan (kelajuan, ketepatan dan konsistensi)

2.2 Perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk komputer tersebut –kenal pasti tujuan

penggunaan setiap perkakasan dan perisian

3.0 Kesimpulan