Anda di halaman 1dari 2

Tarikh: 27 April 2020

Soalan
Huraikan nilai-nilai jati diri berdasarkan watak-watak yang terdapat dalam teks
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Jati diri merupakan sifat unik atau ciri istimewa yang terdapat pada diri
seseorang sama ada dari segi adat, budaya mahupun agama. Jati diri menjadi
teras keperibadian individu. Setiap individu mempunyai jati diri yang tersendiri.
Terdapat beberapa nilai jati diri berdasarkan watak-watak yang dapat
diperolehi dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

Nilai jati diri yang dapat dilihat berdasarkan watak Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur ialah bijaksana. Bijaksana bertindak dalam mencari penyelesaian
keupayaan dalam menyelesaikan masalah tanpa mengeruhkan keadaan
mampu menghasilkan kesan yang baik. Contohnya, Rahim bijak dalam
menyelesaikan masalahnya dengan Encik Muhammad dengan cara meminta
ayahnya menerima cadangan Lebai Maaruf untuk mewakafkan tanahnya atas
urusan agama. Tegaslah, kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah mampu
membentuk seseorang individu berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam
kehidupan.

Selain itu, nilai jati diri yang dapat dilihat ialah prihatin. Sikap ini
menggalakkan individu untuk memberi bantuan kepada orang yang
memerlukan. Sikap ini digambarkan melalui watak Encik Muhammad yang
sangat prihatin akan nasib penduduk Kampung Pulai. Dia merasakan bahawa
penduduk kampung Pulai sepatutnya dibela dengan diberikan tanah yang luas
supaya kehidupan mereka bertambah baik. Hal ini juga, Encik Muhammad
berusaha meningkatkan infrastruktur di Kampung Pulai melalui pembukaan
Syarikat Lombong Tualang. Jelaslah bahawa, tanpa keperihatinan Encik
Muhammad kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut mungkin tidak
lengkap dan serba kurang.

Nilai jati diri yang seterusnya ialah berani. Berani merupakan satu
kekuatan tersembunyi yang wujud dalam diri setiap manusia untuk
menghadapi cabaran dan masalah kehidupan. Contohnya, Rahim berani
menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggap tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia
mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan
keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa
penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Jelaslah bahawa, jika kita mempunyai nilai keberanian dalam
diri, kita akan mampu berhadapan dengan apa jua rintangan.

Di samping itu, nilai jati diri ialah bersopan santun. Nilai sopan santun
dapat merapatkan ukhuwah antara sesama insan. Hal ini ditunjukkan melalui
peristiwa Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk berjabat
tangan dan mencium tangan Cik Puan Tipah. Tegaslah, peristiwa ini
membuktikan bahawa nilai bersopan santun dapat menjadikan hubungan lebih
harmoni.

Akhir sekali, nilai jati diri yang terdapat di dalam teks ialah gigih
menuntut ilmu. Sikap rajin dalam belajar akan memudahkan seseorang
individu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik.
Contohnya, selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah,
Rahim telah dihantar belajar di London, kegigihannya menuntut ilmu telah
membuahkan hasil kerana akhirnya Rahim berjaya lulus dan memperolehi
ijazah sarjana muda pengurusan dagangan dari sebuah universiti terkenal di
London. Jelaslah bahawa, kegigihan dalam menuntut ilmu akan memudahkan
seseorang individu mencapai impian dan akan membentuk individu yang
berpengetahuan luas.

Kesimpulannya, jati diri ialah hubungan yang ada dalam diri seseorang
atau pemimpin yang mempengaruhi orang lain untuk bekerja secara sedar
dalam hubungan tugas untuk mencapai tujuannya. Keperibadian yang dimiliki
oleh watak-watak yang terdapat dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
wajar diterapkan dalam diri seseorang insan. Nilai ini mampu menjadikan diri
kita lebih dihormati, disayangi dan disanjungi.

Anda mungkin juga menyukai