Anda di halaman 1dari 7

Bismillahirahmannirrahim

Lazat sungguh rasa tomato


Di makan bersama buah kuini
Kalau tidak kerana pidato
Tak akan saya berada di sini

Datang bahtera dari Medan


Singgah sebentar di laluan Kerai
Salam Satu Malaysia saya hulurkan
Kepada warga dewan pembuka tirai

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia,

Yang mulia tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa berada di paksi
kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam, para guru dan seterusnya
hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ‘Memartabatkan
Bahasa Melayu’

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan ‘memartabatkan’ bermaksud menjadikan


sesuatu itu mempunyai kedudukan yang tinggi pada mata masyarakat. Memartabatkan
Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa
Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan
1996. Tuntasnya tajuk pidato saya pada hari ini bakal menyingkap betapa pentingnya
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai asas dalam merealisasikan menjadikan Bahasa
Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi di mata dunia.
Hadiri yang budiman,

Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan
digunakan dengan meluas, bahasa Melayu perlu diutamakan dan dipertahankan.
Tambahan pula, bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk
perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk
menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan
sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut
arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,


Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.
Antara usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang
pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut
perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan
tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa
perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu
bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga
sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan
kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak
kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.
Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak
berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk
kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya,
pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam
atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan
bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa
Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana media massa
memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Perkara ini sudah pasti akan
membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat
di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan, sudah
tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah
disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan
bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,
pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah
menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa
Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak
swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan
bahasa Melayu ini. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan
penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda.
Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di
negara kita.
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan
bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak
perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa
mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa
Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa
rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan
menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata
dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.
PIDATO SPONTAN

1. Membaca jambatan ilmu. Terangkan akibat daripada kurang membaca.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah ‘Membaca jambatan Ilmu’. Apakah
akibatnya jika kita kurang membaca. Jika kita kurang membaca kita adalah manusia yang
sangat rugi kerana akan:

1. Menyebabkan kelembapan daya fikir dan gagal memahami realiti semasa.


2. Mudah meniru dan menciplak disebabkan ketiadaan ilmu, sahsiah dan rohani
yang mantap.
3. Kekurangan daya yakin akan diri sendiri.

2. Nyatakan keburukan terlalu banyak menonton televisyen.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah keburukan terlalu banyak menonton
televisyen. Di antara keburukan terlalu banyak menonton televisyen adalah

1. Pengaruh budaya luar yang negatif terhadap perkembangan otak.


2. Akan mengganggu aktiviti harian disebabkan masa yang banyak dihabiskan di
hadapan tinggi.
3. Akan melunturkan semangat kejiranan kerana sibuk dengan rancangan
ditelevisyen dan tiada masa untuk bergaul.

3. Nyatakan kebaikan melayari internet.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah kebaikan internet. Di antara
kebaikannya adalah :

1. Mendapat pelbagai informasi dengan mudah, cepat dan terkini.


2. Membolehkan pengguna di mana saja jauh atau dekat berhubung dengan
mudah.
4. Bincangkan keburukan atau kebaikan iklan yang dipaparkan di media elektronik
atau media cetak.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah kebaikan iklan yang dipaparkan di
media massa :

1. Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan


untuk membuat pembeliannya.
2. Iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu
produk itu.

5. Rumahku syurgaku. Berikan cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah cara memupuk keluarga bahagia.

1. Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut menyediakan masa lapang untuk
beriadah bersama keluarga seperti berkelah dan melancong. Ini dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dan mencergaskan fikiran.
2. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan saying
dan cintakan anak-anak dengan mendalam supaya mereka tidak merasa
terabai.

6. Nyatakan pandangan anda akibat daripada sikap suka membuang sampah


merata-rata.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah akibat sikap suka membuang
sampah merata-rata. Di antara akibatnya adalah :

1. Menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling.


2. Menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara.
3. Menjejaskan imej negara.
7. Badan sihat minda cerdas. Jelaskan akibat mengabaikan kebersihan.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah akibat mengabaikan kebersihan. Di
antaranya adalah :

1. Mudah dijangkiti dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.


2. Disisihkan oleh kawan-kawan dan masyarakat sekitar.
3. Menjatuhkan imej diri sendiri.

8. Pada pandangan anda, apakah sumbangan yang boleh anda berikan untuk
mengharumkan nama sekolah dan seterusnya negara.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian. Tajuk pidato spontan saya pada hari ini adalah sumbangan yang boleh diberikan
untuk mengharumkan nama sekolah dan negara. Di antara sumbangan yang boleh diberikan
adalah

1. Belajar dengan bersungguh-sungguh supaya Berjaya dalam bidang pelajaran


dan dapat menjadi insan berguna dan menyumbang sesuatu kepada sekolah dan
negara.
2. Menyertai aktiviti kokurikulum seperti pertandingan sukan dan ko akademik
dan bersungguh-sungguh menyertai sehingga Berjaya.

Anda mungkin juga menyukai