Anda di halaman 1dari 3

AKTOR KEMAJUAN PERDAGANGAN

JOHOR
Kepelbagaiaan barang dagangannya.
               BARANGAN TEMPATAN               BARANGAN LUAR NEGERI

Damar , tikar , bijih timah , sagu , minyak , Benang emas , kain , sutera putih , teh ,
lada hitam , pinang , ikan masin , garam , barangan tembikar , dan tembaga dan
kayu gaharu ,dan beras. China

Kemudahan di pelabuhan Johor seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.Penggunaan mata
wang emas dikenali sebagai mas, mata wang perak dikenali sebagai kupang, mata wang timah
pula dinamakan katun, mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
Shah II dan mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit belanda turut
digunakan.

SISTEM CUKAI

                          BARANGAN                          NILAI CUKAI


             Setiap bahara lada hitam              Enam keping  mas
             Setiap bahara timah                         10 keping mas

 Kerajaan johor mengamalkan sistem naungan bertujuan bagi menjamin keselamatan


pedagang asing dan pedagang asing dilindungi oleh Bendahara,Raja Indera
Bongsu,Temenggung, dan Laksamana.Pearanan Orang Laut berperanan pengawal
pelabuhan ,pengawas perairan Johor, penunda, dan penunjuk arah, bertugas mengumpul hasil
hutan dan laut, menjadi pendayung kerajaan dan taat kepada sultan sejak zaman Kesultanan
Melaka.

GEOGRAFI

Pelabuhan Johor terlindung daripada tiupan angin monsun. Johor juga menjadi pintu masuk di
bahagian selatan Selat Melaka.Johor juga dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dan Brat
Timur.Pusat membuat kapal persisiran pantai. Contoh kapal ialah seperti
baluk,kolek,pencalang, dan pencacap.Jaminan keselamatan dan kemudahan yang disediakan.
KEMALAPAN KERAJAAN JOHOR
Kegemilangan kerajaan Johor mulai malapan apabila berlakunya persenaketaan di kalangan
pembesar dan sultan.Terdapat empat faktor utama yang menyebabkan kemalapan Johor iaitu
Perang Johor-Jambi.perebutan kuasa.penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor dan
pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C).

Perang Johor-Jambi
Jambi yang terletak di pantai timur Sumatera merupakan iaiahan takluk Johor.pada
pertengahan abad ke-17.Jambi muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di
Selat Melaka.Jambi mula menyainai Johor dalam kegiatan perdagangan dan berusaha
mendapatkan kebebasan daripada Johor.

         Dalam usahanya itu, Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk menyerang
Johor.Peperangan ini bermulapada tahun 1670. Pada tahun 1673,Jambi sekali lagi menyerang
Johor Lama dan BatuSawar.Peperangan ini telah menjejaskan perdagangan Johor.Sultan
Abdul Jalil Riavat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang mulai tahun 1677.Baginda
berbuat demikian kerana pada masa itu Johor tidak lagi selama untuk diduki.Keadaan ini
menyebabkan beberapa iaiahan akluk Johor berusaha mebebaskan diri daripada pengaruh
Johor.

         Walaubagaimanapun,Laksamana Tun Abdul Jamil telah menyelamatkan Johor daripada


terus merosot.Beliau dapat mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis pada
tahun 1679.Setelah mengalahkan Jambi beliau dianugerahi gelaran Paduka Raia.Laksamana
Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik memegang jawatan kanan
dalam kerajaan Johor,seperti Temenggung , Sri Biia Diraja. dan Sri Amar Diraja.

Perebutan Kuasa
        Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan pembesar yang berpengaruh di Johor. Beliau
juga merupakan seorang panglima perang yang gagah dan berani. Laksamana Tun Abdul Jamil
mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja pada tahun 1623. Pada
tahun 1677, Laksamana Tun Abdul Jamil telah melantik menantunya menjadi sultan Johor
dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

        Pengaruh dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil tidak disenarai oleh Bendahara Tun
Habib Abdul Majid semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun
menjadi Sultan Johor pada tahun 1685. Anaknya iaitu bekas permaisuri Sulatan Ibrahim Shah
dilantik sebagai pemangku raia. Bendahara Tun Habib Abdul Majib yang sepatutnya
menjalankan tugas sultan berasa tidak pusa hati.
        Persenketaan antara kedua-dua pembesar ini telah menjejaskan kestabilan politik negeri
Johor.Apabila Bendahara Tun Habib Abdul Majib meninggal dunia.Anaknya, Tun Abdul Jalil
dilantik menjadi Bendahara Johor.

PEREBUTAN TAKHTA
       Sultan Mahmud Shah II dianggap sebagai seorang Sultan yang zalim. Kezaliman tersebut
menyebabkan baginda dibunuh oleh pembesar. Peristiwa ini dikenali sebagai Sultan Mahmud
mangkat diulang.

        

Anda mungkin juga menyukai