SEJARAH 1
PERSAMAAN
i. Politik
Dari segi politik Negeri-negeri Melayu Baru ini memperlihatkan persamaan iaitu
pemerintah yang menerajui negeri adalah berasal dari negeri luar. Semua pemerintah negeri-
negeri melayu baru ini diperintah oleh pemerintah luar yang bukan berasal dari negeri itu sendiri.
Hal ini bermaksud pemerintah yang memerintah negeri-negeri Melayu baru adalah keluarga baru
Di Negeri Sembilan bergabung sebagai satu unit politik pada tahun 1773 apabila Raja
Melewar, seorang putera dari Minangkabau di Pagar Ruyong dijemput menjadi pemerintah
sekaligus sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar terus
bersemayam di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti dan daerah ini dinamakan sebagai
‘Tanah Mengandung’ iaitu tanah yang dipunyai sendiri oleh Yamtuan Seri Menanti. Luak atau
daerah yang terdapat dalam ‘Tanah Mengandung’ ialah Ulu Muar, Jempul, Terachi,Gunung Pasir
dan Inas. Daripada gabungan luak ini maka jadilah luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau,
Jelas (Inas), Klang Naning, Segamat, Pasir Besar dan Ulu Pahang (Kenaboi).1
Selangor asal pemerintahannya dari Bugis. Kedudukan orang Bugis di Selangor bermula
apabila orang Bugis mempunyai kedudukan yang kukuh di Selat Melawar dengan kedatangan
Upu 5 bersaudara pada abad ke-18M.2 Upu 5 bersaudara ini adalah anak-anak Raja Bugis dari
kerajaan Luwu Sulawesi Selatan. Mereka ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng
Menambun, Daeng Celak, dan Daeng Kemasik. Lima Daeng ini merupakan tentera upahan bagi
1
Ibid. Hlm 13
2
Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 46
1
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
membantu raja-raja Melayu yang ingin mengembalikan takhta kerajaan seperti Johor. Kedah dan
Perak. Pada tahun 1745, Daeng Celak telah meninggal dunia dan banginda mempunyai dua
orang anak lelaki iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Lumu iaitu Sultan Salehuddin Syah
menjadi Sultan Selangor yang pertama dan membina dinasti kesultanan Bugis dan mengamalkan
Kerajaan Kelantan pula bermula dengan kebangkitan seorang tokoh yang bernama Long
Yunus, Long Yunus merupakan anak Long Sulaiman. Long Yunus berasal dari golongan
bangsawan Patani yang memperoleh kuasa menerusi perkhawinan politik dengan keluarga
bangsawan Kelantan.. Pada zaman pemerintahan Long Doreman iaitu Saudara ipar Long Yunus,
Long Yunus mengambil keputusan untuk berundur ke Terengganu. Hal ini bertujuan untuk
mendapatkan bantuan dari Terengganu. Long Yunus berjaya mengalahkan Kota Kubang Labu.
menyingkirkan kuasa kerajaan Legih di Kelantan. Oleh yang demikian, Long Yunus telah
dilantik menjadi Raja Muda dan jawatan Long Pandak masih dikekalkan.
Seterusnya, Long Yunus terpaksa sekali lagi kembali ke Terengganu kerana fitnah
berlaku.4 Sultan Mansur 1 telah membantu Long Yunus dan menentang Kelantan untuk kali
keduanya kerana Long Pandak iaitu raja Kota Kubang Labu telah menderhaka dan Sultan
mendapat sokongan daripada Raja Ismail dari Siak. Dalam usaha mencapai cita-cita memerintah
kerajaan Kelantan, Long Yunus dibantu oleh Long Ghaffar bagi mengukuhkan kedudukannya.
Dalam serangan Long Yunus dan Long Ghaffar berjaya mengalahkan Long Pandak dan
3
J.Kenedy. 1970 . History of Malaya. New York: Macmilan St. Martia`s Press. Hlm 59
4
J.M Gullick. 1960. A History of Selangor 1742-1957. Singapura: Eastern University Press. Hlm 5
2
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
menduduki takhta kerajaan Kelantan. Oleh itu, Long Yunus dilantik sebagai raja. Sementara itu,
Long Ghaffar dianugerahkan gelaran Engku Seri Maharaja dan berkuasa mutlak keatas kawasan
Kenaikan pangkat Long Yunus di atas takhta kerajaan Kelantan bukan sahaja
menamatkan pemerintahan keturunan Tuan Sulong yang diasaskan oleh Long Muhammad di
kota Kubang Labu, tetapi menegakkan kembali Kesultanan yang di asaskan oleh Long Bahar
sebelum ini. Namun begitu, Kelantan kini di bawah kedaulatan Terengganu. Hal ini disebabkan
Tengku Muhammad merupakan seorang anak raja penaung Kerajaan Kelantan serta mempunyai
pengaruh politik yang kuat dalam kalangan kerabat diraja. Oleh itu, pertabalan Tengku
Negeri baru Terengganu ditubuhkan oleh keluarga baru pada 1720an. Sebelum tahun ini
telah wujudnya pemerintah di Terengganu tetapi tidak begitu jelas. Dalam sumber-sumber
tertentu terdapat pemerintah Terengganu yang bernama Megat Panji Alam, Telanai dan keluarga
pembesar Johor yang dihantar ke Terengganu untuk melaksanakan pemerintahan. 5Pada abad ke-
17 dan awal ke-18 terdapat beberapa tokoh secara bergilir-gilir memerintah Terengganu, seperti
Paduka Laksamana dan Seri Rama, Bendahara Hasan, Tun Zain Indera, Tuan Yuan, Tun
Sulaiman dan Tun Ismail. 6 Pada 1720an Tun Zainal Abidin, putera Bendahara Johor Tun Habib
Abdul Majid telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin di
Tanjung Baru, Kuala Berang.7 Kenaikan Sultan Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Melayu
5
Dr Haryati Hasan. 2014. Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Jabatan Sejarah Fakulti Sains
Kemanusiaan: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hlm 39.
6
ibid
7
ibid
3
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
bukan sahaja menandakan tamatnya pemerintah sebelum itu, namun bermulanya dinasti
Bendahara.
Pada abad ke-18 menyaksikan penubuhan empat buah kerajaan Melayu Baru di
Malaysia, iaitu Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Pemerintahan empat buah
negeri melayu baru ini diterajui oleh keluarga baru bukan berasal dari negeri itu
sendiri.Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan berasal dari Pagar
Ruyong dan Kelantan dari Patani. Justeru, jelaslah bahawa empat buah negeri melayu baru ini
ii. Ekonomi
Dari segi ekonomi pula yang menunjukkan persamaan di negeri-negeri Melayu Baru ini.
Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa negeri menjalankan aktiviti perdagangan
Kawasan kuala Selangor yang terletak di muara sungai Selangor merupakan kawasan
yang sesuai dan strategik untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Kedudukan strategik dikuatkan
lagi dengan kawasannya yang mempunyai bukit-bukau di sekililing yang dapat memberikan
perlindungan semulajadi daripada musuh. Hal ini dapat menjamin keselamatan aktiviti
bijih timah pada abad ke-18M. Hal ini disebabkan tempat tersebut telah diperkenalkan sejak
zaman Portugis lagi dan berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih timah yang lain
seperti bijih timah khususnya kepada Inggeris dan adalah bertujuan untuk menyaingi kuasa
dagang Belanda. Belanda juga telah membuat perjanjian dengan raja-raja negeri melayu supaya
8
Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 42
4
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
menghantar hasil bijih timah ke Melaka dan Belanda akan membeli bijih timah itu dengan
Kerajaan baru Negeri Sembilan pula iaitu di Sungai Linggi yang merupakan salah satu
Sungai Linggi berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan mentah dari bahagian
Pusat, yang pada mulanya ke Temasik dan Kerajaan Melayu di Jambi dan akhirnya ke
Majapahit.10 Laluan ke sungai tersebut juga digunakan oleh pengusaha dan perdagangan bijih
timah dari luar serta dianggap sebagai jalan paling baik untuk sampai ke Sungai Ujong yang
merupakan salah satu kawasan pengeluar bijih timah yang utama pada ketika itu.11
Johor juga menjalankan aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan di Johor ini wujud
selepas kejatuhan negeri Melaka yang menjadikan Johor pelabuhan terpenting di Kepulauan
Melayu. Johor merupakan pelabuhan entrepot yang terkenal. Selain itu, Johor juga telah
memperdagangkan pelbagai hasil perdagangan yang diperoleh daripada wilayah jajahan takluk
Antara barang dagangan tempatan yang mempunyai permintaan yang tinggi dari luar
adalah seperti damar, tikar, lada hitam dan garam. Hal ini telah menarik ramai pedagang asing
datang berdagang di Johor kerana dapat menyediakan peluang dan pasaran yang baik kepada
para pedagang.12 Barangan luar negeri yang didagangkan adalah seperti benang emas, kain
9
J.M Gullick. 1960. History of Selangor 1742-1957. Singapura : Eastern University Press : Hlm 15
10
Lee Kam Hing dan Mohd Yusoff Hashim. 1992. Peperangan Selangor-Belanda: Sebab dan Akibat Dalam Sejarah
dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Lembaga Muzium Sultan Alam
Shah. Hlm 68
11
Norhalim Hj.Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 2
12
Ibid Hlm 23
5
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China. Pelabuhan entrepot kerajaan Johor turut
memiliki kemudahan seperti gudang untuk menyimpan barang dan perkhidmatan membaiki
kapal. Kapten Alexander Hamilton yang pernah melawat Terengganu dalam tahun 1719-1720
Kuala Terengganu mempunyai lebih kurang 1000 buah rumah yang berselerak dengan
jarak jauhnya sepuluh atau dua puluh batu diantara satu sama lain. Bandar ini didiami oleh orang
cina yang berdagang tiga atau empat wangkang (Junks) setahun di samping membawa barang-
yang sering dikunjungi oleh kapal-kapal Syarikat Timur Inggeris, yang memerlukan bekalan
dalam perjalanan ke China. Seterusnya diikuti oleh Kapten Joseph Jackson yang singgah di
Kuala Terengganu dalam kapal sewa Syarikat Hindia Timur. Sebahagian besar dari laporan
kapten Jackson membincangkan tentang keperluan kompeni untuk mendirikan satu pangkalan
yang kekal di Kuala Terengganu.13 Selain itu, Jean Francais de Surville (1769) yang merupakan
Aktiviti perdagangan yang dijalankan di negeri-negeri Melayu baru ini, tidak kira
didalam dan luar kerajaan negeri memperlihatkan persamaan dari aspek ekonomi. Kesemua
negeri melayu baru yang tertubuh pada abad ke-18 memperlihatkan persamaan dari segi ekonomi
13
Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 50
6
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
iii. Sosial
Persamaan dari aspek Sosial pula dapat dilihat daripada tujuan sesebuah perkhawinan ini
keamanan negeri. Persamaan ini wujud di negeri Kelantan dan juga Selangor.
Di negeri Kelantan, perkhawinan antara Tengku Muhammad dengan Puteri Long Yunus
adalah untuk mengekalkan kedaulatan kerajaan Terengganu ke atas Kelantan14.Tindakan ini telah
ditentang oleh putera-putera Long Yunus secara sulit. Seterusnya ialah perkhawinan politik
antara putera Sultan Terengganu dengan puteri Yang Di Pertuan Tengku Muhammad juga
membawa erti bahawa kemungkinan bakal pengganti Yang DiPertuan akan dipegang oleh
sesorang Putera Sultan Terengganu. Hal ini menyebabkan pengaruh kerajaan Terengganu
mengukuhkan kedudukan dan juga mengembalikan keamanan di Selangor. Sultan Abdul Samad
iaitu Sultan Selangor telah mengawinkan puterinya Raja Arfah dengan Tengku Dhiauddin iaitu
adik kepada Sultan Kedah yang dikenali sebagai Tengku Kudin.Tengku Dhiauddin telah dilantik
sebagai wakil raja mutlak. Setelah dilantik sebagai wakil mutlak, beliau berperanan untuk
mentadbir negeri Selangor dan mengamankan pergaduhan yang berlaku antara raja Mahadi dan
Raja Abdullah akibat perebutan takhta. Kemudiannya peranan tersebut diambil alih oleh anaknya
Raja Ismail.
14
Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 50
15
Rahmad Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 52
7
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
i. Politik
Perbezaan dalam aspek politik adalah dari segi hubungan diplomatik yang diwujudkan.
Hubungan diplomatik ini terbahagi kepada dua iaitu dengan kuasa luar ataupun hubungan
diplomatik dengan pemerintah di negeri-negeri Melayu yang lain sahaja. Perbezaan hubungan
diplomatik ini wujud di negeri Terengganu dan Selangor. Hubungan diplomatik dengan Negara
luar di Terengganu adalah hubungan diplomatik dengan Siam. Manakala, dinegeri Selangor
Mansur I yang merupakan Sultan Terengganu yang kedua. Beliau dianggap sebagai Sultan yang
bijak dalam pemerintahan dan hubungan diplomatik bagi menjaga keamanan dan kebajikan
rakyat. Bedasarkan buku Sejarah Darul Iman, hubungan diplomatik ini dikaitkan dengan
Pada tahun 1179H (1765), menyaksikan Sultan Mansur telah berangkat ke Kelantan di
sebelah Barat dan diiringi oleh berpuluh buah perahu yang penuh dengan kelengkapan perang.
Pada ketika itu, Raja Siam telah meminta bantuan Terengganu untuk sama-sama menyerang
Legor. Setelah diketahui oleh Raja Legor, beliau beranggapan bahawa tiada harapan lagi dan
Raja Siam telah menghadiahkan Sultan Mansur berbagai-bagai jenis barang yang
dimuatkan ke dalam 20 buah perahu. Sultan Mansur pula telah membalas hadiah daripada Raja
16
Ibid. Hlm 56
8
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
Siam itu dengan membeli Bunga Emas.17 Oleh itu, Bunga Emas ini telah dihantar ke Siam 3 kali
setahun bagi tanda muhibah persahabatan antara dua buah negeri yang berdaulat.
Tok Engku Klang telah menolak Raja Lumu sebagai Sultan Selangor sehingga ditabalkan oleh
Sultan Perak. Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud, Perak di Kota Lumut dengan
memakai gelaran Sultan Salehuddin Syah. Selepas pertabalan, Sultan Salehuddin Syah
mengamalkan dasar luar yang agresif. Baginda mengadakan hubungan diplomatik yang baik
dengan kerajaan Perak adalah disebabkan sikapnya yang ingin berbaik-baik dengan orang Bugis
di Selangor.18 Pada ketika itu juga baginda telah megukuhkan kedudukannya dengan
ii. Ekonomi
Perbezaan dari segi ekonomi berlaku di negeri Terengganu. Negeri-negeri Melayu baru
persamaan dari segi ekonomi seperti di Negeri Sembilan dan Selangor. Namun ia mempunyai
perbezaan sedikit, dimana negeri Terengganu mempunyai sistem mata wang dan rupa ganti duit
yang baru.
Dalam lingkungan kurun ke-16, 17 dan 18 Masihi, negeri Terengganu telah membentuk
duit-duit tempatan sendiri bagi menampung perdagangan yang sedang pesat berkembang. 19 Jenis
nilai yang digunakan dan diperbuat dari logam emas adalah merupakan jenis nilai ‘mas’ dan
17
Dato’ Haji Muhammad Saleh Bin Haji Awang.1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337H-1918M. Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlm 144
18
Ibid. Hlm 145
19
Ibid
9
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
‘kupang’. Rupa bentuk duit ini sama seperti yang diedarkan oleh Kesultanan negeri Johor dan
pada masa itu juga kegunaan duit negeri Johor telah disahkan dan diperlakukan di negeri
Pada kurun ke-18 duit emas jenis nilai ‘kupang’ itu dibuat bersamaan dengan 12 ½ sen
atau 1 rial, daripada ‘ Dolar Spanyol’ di mana pada masa itu ‘ Dolar Spanyol’ ini telah dijadikan
unit asas mata wang di seluruh Tanah Melayu21. Walau bagaimanapun apabila dikaji secara jelas
didapati bahawa dipermukaan duit itu tertera nama Sultan Zainal Abidin Shah dan sebelah
belakangnya dengan kata-kata pujian Khalifatul Mukminin dalam bentuk tulisan Jawi/Arab dan
ianya tidak bertarikh kecuali pada satu jenis yang dijumpai mengandungi tahun hijrah 1120 A.H
bersamaan 1708.22
Selain itu, di Terengganu, selain dari duit-duit emas, duit-duit pitis juga dibentuk
menggunakan logam timah untuk menampung kekurangan duit-duit emas dan ‘dolar-dolar’ asing
yang digunakan secara meluas dibandar Terengganu. Dimuka depan duit pitis ini tertera ayat
‘Malikal al Adil’ dalam tulisan Jawi/Arab dan dibelakangnya dengan ayat ‘Khalifahtul
Mukminin’. Lama kemudiannya diikuti dengan satu siri baru ‘pitis’ yang dibentuk secara kasar
dan bertarikh pada tahun 1892. Pitis ini boleh ditukarkan dengan jenis nilai iaitu 10 pitis
Dibelakang duit ini juga tertera dengan ayat Jawi ‘Kerajaan Terengganu 1325’ dikelilingi
dengan bulatan titik-titik diluarrnya pula didapati 3 bintang yang membahagikan huruf S, Z dan
20
Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia
Muzium Negara. Hlm 29
21
Ibid
22
Ibid
23
Ibid. Hlm 31
10
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
A iaitu kependekan nama Sultan Zainal Abidin.24 Pada tahun 1920, negeri Terengganu telah
mengalami kekurangan duit kerajaan negeri terpaksa mengilang duit baru untuk menampung
kekurangan yang menjejaskan ekonomi negeri. Kerajaan terpaksa menggunakan semula acuan
yang bertarikh 1907, tetapi selepas itu duit ini ditarikh semula daripada edaran dan ini telah
disempurnakan pada tahun 1921. Mengikut rekod yang ada,duit jenis ini telah dikilang sebanyak
1 juta keeping.25
Seterusnya, mata wang yang terdapat di Terengganu ialah Jokoh keramik dan Jokoh
Timah.Dua sistem kewangan ini merupakan bentuk ganti duit. Jokoh keramik adalah hasil cukai
yang banyak dari pengeluar lessen tempat-tempat orang cina melalui ‘kapitan cina’. Hasil yang
banyak juga dipungut melalui pengeluaran buah dadu dan ‘ganti duit’ yang dibuat khas untuk
perjudian ditempat yang diluluskan oleh kerajaan. 26 Manakala Jokoh Timah pula satu rupa
bentuk dengan duit ‘cash chira’tetapi ia menggunakan logam timah. Jokoh baru ini ditukarkan
Akhir sekali, di negeri Terengganu ini terdapat satu lagi jenis ganti duit yang dikeluarkan
oleh saudagar Singapura khas untuk digunakan di negeri Terengganu. Ianya dibentuk
menggunakan kepingan tembaga dan berukuran garis 21mm. Di muka depannya dalam bentuk
tulisan jawi ‘Negeri Terengganu’ manakala dibelakangnya pula tertera ‘satu keeping 1251
A.H’.28 Daripada kemajuan dan beberapa jenis mata wang dan bentuk ganti duit ini jelas
iii. Sosial
24
Ibid
25
Ibid
26
Ibid. Hlm 33
27
Ibid
28
Ibid.Hlm 35
11
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
Dari segi sosial perbezaan asas yang dapat kita perbincangkan adalah adat yang
diamalkan disetiap negeri.. Adat Temenggung diamalkan disemua negeri Melayu Baru, berbeza
Adat Temenggung diamalkan di negeri Melayu Baru kecuali Negeri Sembilan. Adat
Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan di Palembang. Dalam adat ini agama Islam
telah termasuk sebahagian daripada adat Temenggung. Pemerintahan yang diamalkan adalah
berbentuk autokratik iaitu kuasa tertinggi terletak di tangan Raja. Raja atau Sultan dibantu oleh
Pembesar dengan jawatan tertentu dan Pembesar di peringkat wilayah. Sultan berkuasa melantik
pembesar dan ketua kampung merupakan peringkat yang terbawah. Sultan merupakan lambang
perpaduan antara rakyat dan ketua Negara, dan segala keputusan harus mendapat persetujuan
dari Sultan.
Adat Temenggung ini anak lelaki raja akan mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya Sultan
tidak mempunyai anak lelaki, maka akan digantikan oleh adik lelaki Sultan. Sekiranya, kedua-
dua pihak ini tidak ada, maka bendahara akan menggantikan takhta kerajaan. Dari segi sistem
kekelurgaan, masyarakat ini lebih menekankan sistem nasa bapa (patrilineal), iaitu memberi
kepentingan kepada pihak lelaki.29 Misalnya, apabila isteri hendak tinggal dimana ia berdasarkan
toleransi antara kedua-dua pihak. Perkhawinan dalam adat temenggung, sesuai dengan susunan
masyarakat yang dua sisi, sistem perkahwinan Adat Temenggung adalah system endogamy. 30
Larangan perkahwinan yang dikenakan antara lain adalah pertalian darah dua perempuan yang
bersaudara, sepersusuan dan perempuan yang telah diceraikan suaminya.31Dari segi perundangan
29
Norhalim Hj. Ibrahim. 1993. Adat Perpatih Perbezaan Dan Persamaanya Dengan Adat Temenggung. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 135.
30
Ibid
31
Ibid hlm 136.
12
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
yang diamalkan oleh adat istiadat ini adalah bersifat pembalasan. Misalnya hukum bunuh di
Adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan ( tidak termasuk daerah Port Dickson)
dan Naning di Melaka, berasal dari Minangkabau. Nama adat pepatih adalah mengambil
sempena gelaran orang yang menyusur Adat Tuah Disakato, yakni adat yang diamalkan di
Minangkabau, Datuk Parapatieh Nan Sebatang (Datuk Perpatih Nan Sebatang). 32 Dalam
sistem Adat Perpatih terdapat sistem ‘perut’ dan ‘suku’. ‘perut’ adalah unit terkecil dalam sistem
Adat Perpatih dan setiap ‘perut’ akan diketuai oleh seorang ‘buapak’. Sistem pemerintahan yang
diamalkan adalah secara demokrasi iaitu golongan bawahan akan memilih pemimpin teratas.
Masyarakat akan memilih Buapak, tiga orang Buapak akan memilih Lembaga manakala
Lembaga pula akan memilih Undang dan Undang akan memilih seorang Yang Di pertuan Besar.
Hukum dan peraturan yang diamalkan Adat Perpatih adalah bertujuan untuk pemulihan
dan mementingkan konsep jalinan kekeluargaan. Kesalahan yang dilakukan boleh ditebus
dengan membayar ganti rugi. Ganti rugi yang dibayar berdasarkan kesalahan yang dilakukan
misalnya mangsa kecurian akan memperoleh ganti rugi barang yang hilang. Hukuman bunuh
hanya dilakukan oleh Yang Di pertuan Besar atau Undang sahaja, manakala hukuman yang lain
Amalan hidup masyarakat adat perpatih, tanpa mengira sama ada yang berkaitan dengan
social, ekonomi atau politik, adalah berlandaskan dengan social, ekonomi atau
politik,berlandaskan dua kod etika dasar, iaitu muafakat dan bekerjasama (termasuk menyera dan
33
bergotong royong). Adat mengatur bahawa sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, keputusan
32
Ibid hlm 94.
33
Ibid hlm 127.
13
FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN
SEJARAH 1
tentangnya harus dicapai melalui perbincangan bersama di kalangan ahli atau anggota kelompok
kekeluargaan yang berkenaan. Perbuatan berkumpul untuk perbincangan ini diistilahkan sebagai
Adat Pepatih juga mementingkan susur galur wanita iaitu mengutamakan jurai atau
keturunan wanita. Wanita mempunyai hak tersendiri iaitu mewarisi harta pusaka, anak
perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku dan nasab keturunan dikira melalui ibu.
Perkhawinan dalam adat ini mestilah antara suku yang berbeza kerana perkhawinan sesama suku
dianggap mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Suami perlu menyediakan tempat
tinggal untuk isteri dan anak-anak, berhampiran rumah keluarga isteri. 35 Dua adat yang berbeza
ini telah memperlihatkan perbezaan asas antara negeri-negeri Melayu Baru pada abad ke-18.
34
ibid
35
Ibid
14