Anda di halaman 1dari 2

Pada hari kedua, kami berjumpa dengan guru besar, Puan

Wan Bunga Aluyah untuk memperkenalkan diri. Guru besar


memberi taklimat ringkas kepada kami tentang pelbagai perkara
berkaitan dengan sekolah, termasuklah sejarah, peraturan,
disiplin dan budaya sekolah. Beliau juga turut memberi
penerangan mengenai pengelolaan ativiti kokurikulum dan
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan SK Parit Melana.
Selepas waktu rehat, saya berjumpa dengan guru
pembimbing elektif, Puan Arnita merangkap Ketua Panitia Bahasa
Inggeris SK Parit Melana untuk berbincang mengenai subjek
Bahasa Inggeris sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran kelak. Puan Arnita memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada saya mengenai sukatan pelajaran, panduan guru serta
berkongsi sedikit tips pengurusan di dalam kelas.
Pada waktu petang pulak, kami mengikuti aktiviti
kokurikulum yang dijalanlan pada setiap minggu persekolahan. SK
Parit Melana menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari Selasa
serta dilaksanakan pada sebelah petang dan pada hari ini
merupakan aktiviti bagi sukan dan permainan. Oleh hal demikian,
kami diberi tugas sebagai guru olahraga. Aktiviti ini dilaksanakan
pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Setelah selesai, kami
dibenarkan pulang.

Anda mungkin juga menyukai