Anda di halaman 1dari 2

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di

permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa
dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan
menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik. Amalan menjaga kerbersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang
bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

     Kepentingan menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia, terutamanya terhadap sistem
pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih dan segar sememangkan amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang
bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh
kenaikan suhu dapat dielekkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca
yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti
luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa.
Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini,
kesihatan manusia akan terjamin. 

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu
menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat
disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan
ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi
kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam
empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita
menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita
mampu mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk
manusia menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario
perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang baik.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Alam sekitar
merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam
mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu
sama lain, Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat
perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah
satu daripadanya akna menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penerbangan hutan yang tidak terancang
akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan
fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara. 
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan
Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana
tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses
fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang tujuan
penghutanan semula ini dapat memastikan spesies pokok tidak pupus. Di samping itu, penghutanan
semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber
air yang cukup. Habitat fauna dan flora serta warisan hutan juga dapat dikekalkan melalui
penghutanan semula. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan pemanasan global yang serius di
negara kita.
Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi negara
kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat
menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita.
Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan hasil dari pendapatan luar negara untuk
menambah sumber kewangan negara. Ini dapat meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu.peluang perkerjaan untuk
orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan pengangguran
di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan
terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-
usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh
pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia,
seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi
meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.
Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. setiap generasi supaya pembangunan
lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang
Alasecara kualitatif dan kuantitatif.