Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM KEPIMPINAN KECIL 2020

1. Pendahuluan

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti dan persekolahan murid dalam bidang
tugas masing-masing. Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas PPDa, Pengawas
Sukan, Pengawas Doktor Muda, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas adalah para pelajar yang
terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal
meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata
dan telinga sekolah. Mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi
dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan
pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Mereka
juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar
itu sendiri.

2. Objektif

2.1 Melatih murid boleh berdikari dan berusaha dengan gigih.


2.2 Melahirkan murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
2.3 Menjadikan murid lebih cergas, sihat dan prihatin dengan tugas yang diamanahkan.
2.4 Membentuk murid supaya lebih kreatif, kritis dan boleh berfikir tanpa diarah oleh guru.
2.5 Mencungkil bakat dan sesuatu yang baru dari jiwa dan fizikal setiap peserta kursus.
2.6 Akhirnya menjadikan platform memberi ilmu pengetahuan dan    kemahiran melalui kursus ini.

3. Sasaran

3.1 Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Unit-unit Kokurikulum


3.2 Ketua kelas / Penolong Ketua Kelas
3.3 PRS Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.4 Pengawas Sekolah / Pengawas PSS / Pengawas PPDa / Pengawas Sukan

4. Tarikh Pelaksanaan

4.1 Tarikh :
4.2 Hari : 
4.3 Masa :         
4.4 Tempat :         
                  
5. Strategi Pelaksanaan Program
5.1 Mesyuarat Guru
5.2 Mesyuarat Jawatankuasa Koko, HEM & AJK
5.3 Agihan tugas
5.4 Taklimat kepada pelajar
5.5 Pelaksanaan Aktiviti
5.6 Pelaporan
             
6. Sumber Kewangan

7. Jadual Program

Bil Masa Pengisian Program


1 8.00 pagi  Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan
 Taklimat oleh Urusetia
2 8.30 pagi Slot 1
 Penyampaian Sijil dan Watikah Pelantikan
 Aktiviti Kumpulan, Ta’aruf Meningkatkan Kendiri
3 10.15-10.45 pagi Sarapan pagi
4 10.45 – 12.45 pagi Slot 2
 Peranan dan Ciri-ciri Kepimpinan
 Tanggungjawab dan Peranan Pemimpin
5 12.45-2.00 petang  Makan tengahari
 Solat zuhur
6 2.00-4.30 petang  Sukaneka
 Aktiviti fizikal dan ketahanan
7 4.30-5.00 petang  Minum petang
8 5.10 petang  bersurai

8. Jawatankuasa Kursus Kepimpinan Kecil 2020


            
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras          :
Setiausaha               :
ICT                   :
Ajk Siaraya              :
Pamplet                    :
Keselamatan dan                   
Disiplin         :
Peralatan                 :
Sijil                     : 
Laporan/Dokumentasi :
Ajk Makanan                     :

FASILITATOR KURSUS KEPIMPINAN KECIL 2019


Slot 1
Team Building, Ta’aruf Meningkatkan Kendiri

Slot 2
Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Islam

Slot 3
Sukaneka dan Aktiviti Fizikal dan Ketahanan
9. Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA          JUMLAH (RM)


1. Minum pagi     (RM2.00 X 136) 272.00
2. Makan Tengahari (RM 5.00 x 136) 680.00
 3. Minum Petang   (RM1.50 X 136) 204.00
 4. Banner 30.00
 5. Kertas Sijil + Common Seal (2 Rim) 120.00
               Jumlah Keseluruhan RM1306.00

10. Penutup
Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan
keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru. Disamping itu,
program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan mampu
mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.

Disediakan oleh :                                                                                Disemak oleh :       


                

Penyelaras Program                                                                          
Kursus Kepimpinan Kecil        

Disahkan / Diluluskan oleh :

Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai