Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Secara umumnya, keropok lekor merupakan makanan yang paling digemari oleh para
pengunjung yang datang ke negeri sebelah timur . Seperti yang kita tahu bila disebut sahaja
keropok lekor atau keropok batang sudah pasti kita akan terbayang negeri pantai timur iaitu
Terengganu , Kelantan dan juga Pahang. Seperti makanan tradisi yang lain keropok lekor juga
mempunyai nama tersendiri iaitu ‘lekor’ yang bermaksud ‘lingkar’ dalam dialek Terengganu
yang menggantikan ‘ar’ kepada ‘or’ pada suku kata terakhir .1 Pada asalnya keropok lekor hanya
dikenali dikalangan masyarakat Terengganu sahaja kerana keropok lekor mula dicipta oleh
masyarakat Terengganu dan keropok lekor yang asli datangnya dari Terengganu. 2 Keropok lekor
memperoleh nama tersebut daripada kaedah pembuatannya yang memerlukan tenaga yang
banyak dimana perlu digentel menjadi silinder panjang , kemudian keropok akan diletakkan di
dalam talam sebelum direbus.3

Makanan tradisional sering dikaitkan dengan makanan yang telah menjadi tradisi
masyarakat Malaysia yang mempunyai kaedah dan cara penghasilan yang tersendiri.
Kebiasaanya kawasan yang paling banyak mengusahakan keropok lekor adalah di daerah
Dungun, Marang dan Kuala Terengganu.4 Bahan yang digunakan dalam penghasilan keropok
lekor adalah ikan serta tepung sagu atau tepung ubi dan sedikit garam. 5 Kebiasaanya keropok
lekor tidak tahan.

Seperti yang kita tahu dalam penghasilan keropok lekor ikan adalah merupakan bahan
utama . Sebelum berlakunya perubahan dalam penghasilan keropok lekor , ikan disiang secara
manual iaitu penggunaan tenaga kerja manusia . Setelah berlaku perubahan dari zaman ke
zaman, ikan tidak lagi perlu disiang 6menggunakan tenaga kerja manusia kerana terdapat mesin
yang digunakan untuk menyiang ikan . Zaman sebelum perubahan , ikan dilenyek menggunakan
tangan sehingga isi ikan tersebut hancur dan lumat .Selepas era perubahan , peralatan menggisar
atau nama saintifiknya “ meat mincer” mula digunakan kerana lebih memudahkan pekerjaan
disamping dapat meningkatkan keluaran keropok lekor .7 Disamping itu , cara penggulian
keropok sebelum era penggunaan peralatan canggih adalah mengguli menggunakan tangan dan
selepas berlaku perubahan untuk mengguli dan menbulatkan keropok hanya menggunakan mesin
membulatkan keropok atau nama lainya “conveyor type”8 .
Rajmah Enterprise Kampung Gading Jaya telah lama ditubuhkan sejak tahun 1975. Pada
permulaannya , keropok lekor Rajmah ini tidak mempunyai nama, setelah mendapat permintaan
yang banyak dari kedai , pemilik mula membuat nama syarikat.9Inspirasi nama ini adalah nama
kepada ibu Encik Zul Hasim , Rajmah binti Awang . 10Beliau menggunakan nama ibunya kerana
ingin menunaikan hasrat ibunya yang tidak kesampaian untuk mempunyai perniagaan sendiri.
Maka ,beliau menunaikan hasrat ibunya dengan menubuhkan perniagaan atas nama ibunya .
Selain itu , ia menjadi sumber pemberi semangat kepada ayahnya dahulu untuk meneruskan
perniagaan keropok lekor kerana semasa penubuhan syarikat ini ayahnya tidak mempunyai
peralatan yang canggih dan moden untuk menghasilkan keropok dengan banyak maka , mereka
terpaksa menggunakan tenaga kerja yang banyak dengan mengupah ramai pekerja .11Selain tidak
mempunyai peralatan canggih mereka juga tidak mempunyai pekerja yang mahir maka ,
pengeluaran dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit .12
Sejarah penubuhan keropok lekor Rajmah Enterprise di Kampung Jaya Gading, Pahang
dan menerangkan teknologi keropok lekor dahulu dan teknologi kini.

Rajmah Enterprise adalah antara salah satu syarikat yang telah lama bergiat dalam bidang
perniagaan. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam penubuhan Rajmah Enterprise ini,
mereka masih tetap teguh dalam memenuhi keperluan penduduk setempat . Pada awalnya
Rajmah Enterprise hanya bergiat secara kecil- kecilan di sekitar Batu 10, Kuatan , Pahang .
Mereka tidak mempunyai modal yang besar untuk menyewa sebuah kedai oleh disebabkan itu ,
mereka hanya memproses serta menjualnya di rumah . Selain itu , semasa penubuhan syarikat
Rajmah Enterprise ini , mereka pernah menghadapi saat – saat genting kerana kekurangan
permintaan tempahan dari pelanggan . Mereka menghadapi masalah ini agak lama lebih kurang 2
bulan . Kemudian ada satu bulan mereka mendapat sambutan yang agak tinggi tetapi kekurangan
bahan mentah iaitu ikan kerana pada tahun itu juga harga bahan mentah meningkat secara
13
mendadak disebabkan para nelayan tidak ke laut.

Setelah 10 tahun Rajmah Enterprise bertapak di Batu 10 , mereka mula berpindah ke


kawasan bandar serta menyewa sebuah kedai untuk melakukan urusan jual beli keropok lekor.
Apabila mereka mula beroperasi di kawasan bandar mereka hanya menyangkakan sambutan
yang tidak mengalakkan kerana lokasi kedai mereka yang tidak startegik tetapi sebaliknya yang
berlaku ,sambutan di kawasan bandar lebih memuaskan berbanding di sekitar Batu 10 .
Disebabkan ingin meningkatkan lagi permintaan , mereka mula memperluaskan lagi perniagaan
dengan meletakkan keropok lekor Rajmah Enterprise di premis – premis berdekatan . Setelah
keropok lekor Rajmah Enterprise diletakkan di premis berdekatan , mereka semakin menerima
permintaan yang tinggi dalam anggaran 5000 batang keropok lekor sehari . Pada musim
perayaan , keropok lekor Rajmah Enterprise menjadi tumpuan ramai sehingga syarikat Rajmah
Enterprise ini tidak cukup kakitangan untuk melakukan kerja . Permintaan pada musim perayaan
adalah sangat tinggi sehingga hampir mencecah 30,000 batang keropok lekor dalam tempoh 2
minggu . Itu adalah jumlah permintaan yang sangat besar sepanjang 10 tahun mereka
berkecipung dalam bidang perniagaan . Tetapi malangnya setelah kilang keropok lekor mula
ditubuhkan di Batu 8 , permintaan keropok lekor mula merosot kerana premis berdekatan mula
mengambil dan menempah keropok lekor di kilang . Permintaan keropok lekor tinggi di kilang
Batu 8 kerana mereka melakukan perubahan dalam keropok lekor, serta mempunyai variasi
keropok seperti keropok keping dan keropok losong .14

Setelah itu, Rajmah Enterprise berpindah semula ke kawasan kampung dengan


menubuhkan kedai serta tempat pemprosesan keropok lekor sendiri . Ini lebih memudahkan
mereka kerana tidak terikat dengan peraturan kedai yang telah ditetapkan oleh pemilik kedai .
Mereka juga tidak mahu menyewa kedai dengan harga yang mahal. Semasa mereka di Kampung
Jaya Gading, mereka mula memiliki perubahan dalam penghasilan keropok lekor seperti
peralatan untuk mengadun tepung , mesin penggisar isi ikan dan sebagainya . Oleh itu , tenaga
kerja dapat dikurangkan dengan bantuan mesin yang canggih . Pada awalnya , pekerja syarikat
Rajmah Enterprise tidak tahu cara untuk menggendalikan mesin sehingga menyebabkan proses
penghasilan bergerak lambat .Setelah sudah mengetahui cara untuk kendalikan mesin , keropok
lekor Rajmah Eenterprise dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi sambutan tidak
begitu ramai kerana orang ramai lebih fokus kepada kilang di Batu 8 yang memiliki variasi
dalam keropok lekor .15

Pada sekitar era 70-an dan 80- an ,Rajmah Enterprise masih mengekalkan penghasilan
keropok lekor secara tradisional walaupun terdapat beberapa peralatan canggih yang digunakan
dalam pemprosesan keropok lekor . Secara umumnya , dalam penghasilan keropok lekor bahan
utamanya ialah ikan .pada era 70 dan 80-an , ikan masih disiang secara tangan. Isi ikan diambil
dan akan dikisar di dalam mesin pengisar. Kaedah ini melambatkan proses kerja kerana sebelum
mengadun tepung , ikan perlu dibuang tulang untuk diadunkan sekali dengan tepung . Ikan yang
disiang secara tangan akan meninggalkan tulang-tulang kecil . Pada era 90-an pula , Rajmah
Enterprise mula menggunakan ikan yang telah siap dibuang tulang .16

Selain itu , mesin pengukus keropok juga berubah .Pada era 70 dan 80-an , kukusan
keropok lekor hanya menggunakan kayu atau papan . Pengukusnya pula tidak bertutup dan amat
lebar dan hanya boleh diletakkan diluar tempat proses . Pada era 90-an, kukusan keropok lekor
berubah dengan menggunakan kukusan yang bertutup dan boleh digunakan di dalam tempat
penghasilan .17
Pada awalnya, pemilik syarikat ini begitu mahir dalam membuat keropok lekor. Dia
belajar membuat keropok lekor dengan bapanya, Zul Hasim. Bapanya selalu membawanya ke
kilang atau ke tempat pengasilan keropok lekor milik keluarganya. Beliau mula mewarisi kilang
setelah bapanya meninggal dunia.

Setelah beberapa tahun beliau mewarisi kilang keropok lekor Rajmah Enterprise, beliau
memperbesarkan dan memperbaharui kilang dengan segala alat teknologi. Kemudian, beliau
mula mengupah tenaga kerja untuk membantunya dalam mengurus syarikat keluarganya. Beliau
mengajar pekerjanya bagaimana hendaklah menghasilkan dan bagaimana kaedah untuk
memajukan lagi syarikat Rajmah Enterprise. Pada waktu itu juga, kilang yang diwarisi secara
turun- temurun tidak dilengkapi dengan teknologi yang canggih. Disebabkan itu, syarikat
Rajmah menggunakan cara tradisional.

Cara tradisional pada ketika itu sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai. Disebabkan
itu , pemilik atau pewarisi syarikat ini perlu mengupah lebih ramai pekerja walau hakikatnya
belaiu tidak mampu mengupah gaji yang mahal kepada pekerjanya. Teknologi yang telah sedia
ada pada ketika itu ialah alat untuk merebus keropok. Tetapi alat untuk merebus itu begitu terhad
kerana hanya boleh diletakkan diluar tempat proses. Setelah itu alat yang moden telah diguna
pakai untuk menghasilkan keropok lekor dalam tempoh masa yang singkat. Alat yang lebih
moden dan canggih lebih memudahkan syarikat ini kerana tidak perlu mengaji pekerjayang
begitu ramai serta tidak perlu mengeluarkan kosa yang begitu banyak.
Keberhasilan perkembangan teknologi dalam penghasilan keropok lekor Rajmah
Enterprise.

Setelah berlaku perubahan teknologi penghasilan keropok lekor ini, kadar jualan
meningkat selepas 15 tahun terlibat dalam perniagaan. Pada awalnya , mereka hanya
menggunakan cara penghasilan tradisional seperti mengguli menggunakan tangan , ikan yang
belum disiang , mesin membancuh bersaiz kecil , menggunakan kayu alat untuk merebus
keropok dan tempat rebusan yang terbuka. Jualan meningkat selepas mereka memiliki peralatan
yang canggih serta bermutu tinggi kerana proses penghasilannya dapat dilakukan dengan pantas.
Sebelum adanya alatan canggih dan moden , syarikat Rajmah hanya menggunakan tenaga kerja
manusia semata-mata. Disebabkan itu , tenaga kerja yang diperlukan pada masa itu adalah dalam
kuantiti yang agar ramai .

Semakin hari semakin meningkat kadar pelanggan yang membeli dan menempah keropok
lekor Rajmah Enterprise. Pada hari perayaan , syarikat Rajmah Enterprise telah mendapat
sambutan yang mengalakkan sehingga menyebabkan mereka tidak cukup tenaga kerja dan
terpaksa mencari tenaga kerja yang baru . Setalah peralatan canggih dan moden dihasilkan
Rajmah Enterprise tidak lagi hanya bergantung kepada tenaga manusia malahan proses
pembuatan menjadi lebih mudah dan pantas. Syarikat Rajmah pernah mendapat sambutan
pembeli keropok lekor yang sangat tinggi sehingga mencecah 20,000 batang keropok lekor
dalam seminggu .18 Keropok lekor ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh para penduduk
serta kedai-kedai yang berurusan dengan syarikat Rajmah Enterprise.

Pada permulaaan perniagaannya , Rajmah Enterprise tidak memiliki sebarang peralatan


canggih melainkan mesin mengadun yang hanya bersaiz kecil yang hanya boleh menghasilkan
bancuhan keropok lekor dalam kuantiti yang sedikit. Proses penghasilannya menjadi lebih
lambat dan tempahan yang boleh diambil tidak melebihi 1000 batang . Disebabkan itu,
keuntungan syarikat menurun kerana ketiadaan pembeli dan orang membuat tempahan . Selain
itu , syarikat Rajmah kekurangan tenaga kerja kerana sebelum perkembangan teknologi mereka
hanya bergantung terhadap keperluan tenaga manusia .
Memang amat sukar untuk untuk Rajmah Enterprise mendapatkan jualan yang tinggi
sekiranya tenaga kerja mereka masih lagi berada ditahap yang rendah. Mereka juga perlu
mencari pekerja yang memiliki kemahiran dalam mengendalikan mesin yang akan dibeli oleh
syarikat Rajmah Enterprise. Selain kemahiran mengendalikan mesin, mereka juga mahu mencari
tenaga kerja yang bertindak dengan pantas tanpa melengahkan masa . Disamping itu, mereka
juga ingin pekerja yang memiliki ketahanan mental dan fizikal kerana sebelum Rajmah
Enterprise ini dikenali ramai , para pekerja yang akan mengedarkan keropok lekor ke premis –
premis berdekatan .

Pada mulanya , keuntungan yang mereka dapat amat sedikit kerana belum dikenali ramai.
Disebabkan itu juga mereka tidak mampu untuk mengaji pekerja yang ramai. Setelah pernigaan
mereka stabil, mereka menawarkan pula pekerjaan bagi sesiapa yang berminat . Semakin hari
semakin meningkat jualan keropok lekor Rajmah Enterprise . Setelah wujudnya kilang keropok
lekor yang terbesar di batu 8 , jualan mereka mula merosot . Semakin hari jualan mereka
semakin menurun. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan perniagaan keropok lekor
mereka dengan membuat inovasi di dalam penghasilan keropok lekor mereka. Mereka mula
membuat keropok losong dimana keropok losong boleh dimakan tanpa perlu digoreng. Selain
itu, mereka juga membuat pembaharuan dalam teknologi yang mereka gunakan.

Dengan adanya mesin yang canggih dan moden, segala kerja dapat dijalankan dengan
pantas dan dapat disiapkan mengikut masa. Pembeli serta kedai yang memesan keropok lekor
Rajmah Enterprise juga semakin meningkat dari hari ke hari. Setelah adanya inovasi dalam
penghasilan keropok Rajmah ini, orang ramai lebih tertumpu kepada keropok losongnya .
Keropok losong Rajmah berbeza dengan keropok lekornya kerana keropok lekor menggunakan
tepung ubi manakala keropok losong menggunakan tepung sagu. Tambahan pula ia lebih
memudahkan kerana tidak perlu digoreng sebelum makan.

Rajmah Enterprise juga menggunakan konsep menerima tempahan atau permintaan


pelanggan. Oleh itu, syarikat ini pada permulaanya tidak mempunyai mesin yang sedia ada dan
hanya bergantung kepada penghasilan secara tradisional. Selain itu , mesin yang dikehedaki juga
boleh dicipta mengikut keperluan pemilik. Rajmah Enterprise adalah antara satu syarikat yang
ditubhkan di dalam kampong Jaya Gading Kuatan , Pahang.
Cara penghasilan keropok lekor sebelum menghadapi era perkembangan penggunaan
teknologi dan selepas penggunaan perkembangan teknologi dan cara pengendalian
peralatan dalam penghasilan keropok lekor.

Sebelum menghadapi era perkembangan penggunaan teknologi , Rajmah hanya


mengendalikannya menggunakan tenaga kerja manusia . Tenaga kerja yang diperlukan agak
ramai sehingga menyebabkan pengurusan tidak teratur . Sebelum adanya teknologi ini , mereka
tidak mendapat sambutan yang banyak serta sokongan dari masyarakat setempat . Walau
bagaimana pun. Rajmah Enterprise tetap menjalankan aktiviti perniagaannya dengan
mengedarkan dan meletakkan keropok lekornya di kedai yang berdekatan . Rajmah Enterprise
juga pernah menghadapi krisis ekonomi kerana tidak banyak yang membeli serta menempah
keropok lekor mereka. Krisis yang dihadapi tersebut telah menyukarkan Rajmah Enterprise
untuk bangun semula setelah jatuh .

Tenaga kerja manusia digunakan dalam penghasilan keropok lekor sebelum adanya
teknologi . Ikan yang belum siap disiang akan disiang dan dikisar di dalam mesin penggisar .
Mesin tersebut akan mengisar ikan menjadi halus . Mengentel doh keropok lekor secara tangan
adalah lebih sukar kerana dohnya yang lembik serta melekit menyebabkan ia sukar untuk
digentel . Setelah adanya teknologi , doh keropok lekor hanya dimasukkan ke dalam mesin dan
ia lebih memudahkan serta lebih cepat berbanding menggunakan tenaga manusia . Disamping
itu, mesin juga mampu menghasilkan seberapa banyaknya keropok lekor dalam satu hari.

Sebelum Rajmah Enterprise membeli mesin yang canggih serta moden , mereka juga
menggunakan tempat rebusan yang tidak menggunakan gas tetapi menggunakan kayu atau
papan. Alat rebusan untuk keropok lekor juga terbuka dan alat rebusan tersebut hanya diluar
tempat pemprosesan keropok lekor19. Alat rebusan tersebut memerlukan ruang yang besar .
Beberapa tahun kemudian , syarikat Rajmah Enterprise mula memperkembangan perniagaannya
dengan menerima tempahan dari luar daerah lain selain Kuatan . Mereka juga telah membeli
mesin yang untuk membuat doh keropok lekor dalam kuantiti yang banyak. Setelah membeli
mesin tersebut kadar jualan meningkat .20 Setelah itu , Rajmah Enterprise mula mengedarkan
keropok lekor disemua premis yang berdekatan serta menerima tempahan dari premis yang luar
dari daerah Kuantan. Namun begitu, proses penghasilan keropok lekor Rajmah masih tidak
sistematik kerana kurang kepengunaan teknologi canggih.
Tahun berikutnya, Rajmah Enterprise telah membeli mesin yang lain iaitu mesin
mengisar. Mesin tersebut bertujuan untuk mengisar ikan yang telah disiang. Pada awalnya,
mereka tidak mempunyai mesin mengisar yang canggih tetapi mereka hanya mempunyai mesin
mengisar yang menggunakan tangan. Pada waktu itu, tenaga kerja dalam Rajmah Enterprise
memang sangat diperlukan . Langkah pertama dalam pemprosesan keropok lekor ini ialah plastik
isi ikan akan dibuka terlebih sebelum diletakkan diatas bangku untuk proses penyahbekuaan.
Kemudian isi ikan ini akan dimasukkan kedalam mesin pemotong isi ikan untuk mendapatkan isi
ikan yang bersaiz kecil. Isi ikan tadi akan ditimbang mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, isi ikan tersebut akan dicampur dengan tepung sagu dan bahan perasa yang telah
ditimbang mengikut sukatan yang telah ditetapkan ke dalam mesin penggaddun.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan adunan membuat keropok yang sebati. Apabila
adunan telah sebati, adunan ini akan dimasukkan ke dalam mesin mincer untuk mendapatkan
bentuk silinder.Langkah terakhir adalah memasukkan sekali lagi adunan tadi ke dalam mesin
mixel untuk mendapatkan adunan yang mudah untuk dibentuk ketika proses mengetel nanti.
Adunan akan digentel mengikut jenis dan saiz yang dikehendaki .Keropok yang sudah siap
digentel akan digoreng separuh masak dan disejukkan sebelum proses pembungkusan.

Selang beberapa tahun kemudian, mereka membeli pula mesin penggadun besar yang
kapasitinya lebih dari 10kg.21 Mesin tersebut bertujuan untuk lebih mempercepatkan proses
penggadun doh keropok lekor kerana boleh dimasukkan dengan begitu banyak . Dengan adanya
mesin tersebut, kerja mengentel dapat dilakukan dengan lebih cepat dan dapat disiapkan
mengikut masa. Mesin penggadun dilengkapi dengan batang penggadunnya tersendiri. Sebelum
adanya mesin penggadun yang canggih, mereka menggunakan yang bersaiz kecil . Kerja –kerja
menggadun tidak dapat dilakukan dengan pantas .

Selain keropok lekor dan keropok losong ,Rajmah Enterprise juga membuat inovasi iaitu
keropok keping22.Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok
keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan
kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.Keropok keping ini
akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas. Keropok keping mempunyai
mesin tersendiri .
Kesegaran sesuatu keropok adalah berdasakan kesegaran ikan yang digunakan oleh
perusaha sendiri.Kebiasaan ikan yang digunakan dalam penghasilan keropok keping ialah ikan
tamban, parang, selayang , kerisi , lolong bara , dan biji nangka .Keropok lekor boleh direka
dalam dua bentuk iaitu jenis kering.

Kemudian setelah maju, mereka membeli pula tempat rebusan yang boleh diletakkan
dalam tempat pemprosesan keropok. Sebelum adanya tempat rebusan tersebut, mereka hanya
boleh merebus keropok yang telah siap digentel di luar tempat pemprosesan sahaja kerana masih
menggunakan papan .23 Papan yang tidak digunakan dijadikan sebagai alat untuk merebus
keropok lekor dan keropok losong.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Rajmah Enterprise telah menghadapi perkembangan teknologi dari


tahun ke tahun berdasarkan keperluan mereka . Pada awal pembukaan syarikat ini, mereka
kurang memiliki pengetahun asas seperti cara kendalikan mesin dan cara mempromosikan
keropok lekor mereka. Mereka juga tidak tahu cara menguruskan syarikat dengan lebih
sistematik. Secara tidak langsung Rajmah Enterprise dapat memenuhi keperluan asas
masyarakat.

Rajmah Enterprise sebagai tempat kajian pengkaji kerana penghasilannya masih


mengekalkan penggunaan tradisional. Walaupun telah masuk ke era yang baru , Rajmah
Enterprise masih mengekalkan cara tradisi. Disamping itu , kaedah moden juga digunakan dalam
penghasilan keropok lekor ini. Cara moden lebih cepat dan pantas serta keropok yang dihasilkan
juga lebih dapat menerima tempah dan pembelian yang banyak.

Kaedah tradisi juga tidak dilupakan walaupun telah adanya peralatan moden dan
canggih, penghasilan keropok lekor dan losong secara tradisi lebih banyak digunakan pakai
semasa hal kecemasan. Walaupun Rajmah Enterprise telah hadapi pelbagai dugaan, syarikat
tersebut tetap teguh dan masih mengekalkan cara penghasilan tradisionalnya. Dugaan yang saban
tahun mendatang telah mengajar mereka untuk terus berusaha kerana ingin memenuhi hasrat
arwah ibunya. Bapa kepada En.Zulhakim telah berjaya membuatkan Rajmah Enterprise menjadi
yang pertama memenuhi keperluan asas penduduk Kampung Jaya Gading.24

(3024 patah perkataan)


NOTA HUJUNG
1
Asal usul nama keropok lekor http://digitalungu.com/asal-usul-nama-keropok-lekor-yang-ramai-tidak-tahu/
2
https://books.google.com.my/books?
id=jQ05CQAAQBAJ&pg=PR3&lpg=PR3&dq=sejarah+asal+ususl+keropok+lekor&source=bl&ots=GeLHfGyLoe&sig=5uJgdxv-
t5Pd776buStU35RsFAU&hl=ms&sa=X&ved=0ahUKEwjJ-
6qpmpTZAhWLsY8KHfNxAUo4ChDoAQhJMAU#v=onepage&q&f=false
3
Temubual dengan Encik Zulhakim
4
https://books.google.com.my/books?
id=jQ05CQAAQBAJ&pg=PR3&lpg=PR3&dq=sejarah+asal+ususl+keropok+lekor&source=bl&ots=GeLHfGyLoe&sig=5uJgdxv-
t5Pd776buStU35RsFAU&hl=ms&sa=X&ved=0ahUKEwjJ-
6qpmpTZAhWLsY8KHfNxAUo4ChDoAQhJMAU#v=onepage&q&f=false
5
Temubual dengan pekerja Encik Zulhakim
6
Gambar ikan yang disiang secara tangan
7
Gambar mesin menggisar
8
https://www.google.com/search?
q=nama+mesin+penggadun+keropok+lekor&biw=1536&bih=758&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=PRK
9
Temubual dengan pemilik
10
ibid
11
ibid
12
ibid
13
ibid
14
ibid
15
Iibid
16
Gambar ikan siap
17
Temubual
18
ibid
19
Gambar tempat rebus
20
Temubul dengan pemilik
21
ibid
22
Temubual dengan pemilik
23
Gambar tempat proses
24
Temubual