Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 1


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan
beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang
bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di
akhirat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM


Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Islam berkebolehan:
i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul, dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya
dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;
vi. Memahami dan mengamalkan asas-asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda.
viii. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 2


BAND PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah
1 tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan asas jawi.

Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah
2 tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW, dan asas jawi.

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
3 surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah
Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.

Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
4 surah-surah tertentu, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu,
menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.

Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan
5 ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu
membaca dan menulis jawi dengan baik.

Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan
6 sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan
harian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 3


BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR

Menyebut kalimah dan membaca potongan ayat satu daripada surah-surah tertentu
MODUL AL- QURAN 1
dengan bimbingan.
Membaca dan menghafaz
surah al-Kafirun, surah al- 2 Membaca ayat-ayat satu daripada surah-surah tertentu dengan bantuan.
Kauthar, surah al-Ma’un an
dan surah Quraisy. 3 Menghafaz dengan betul satu daripada surah-surah tertentu.

4 Menghafaz dengan bertajwid satu daripada surah-surah tertentu.

AKIDAH
Mengetahui pengertian dan hukum beriman kepada Malaikat dengan bimbingan.
Menghayati Konsep
Beriman: Kepada :
 Malaikat
 Rasul dan Nabi Mengetahui pengertian dan hukum beriman kepada Rasul dan Nabi dengan bimbingan.
Memahami :
 Sifat-sifat Allah
 Wujud 1
 Qidam
 Nama-nama Allah Mengetahui pengertian sifat-sifat Allah SWT dan hukum beriman kepada-Nya dengan
 Al-Rahman bimbingan.
 Al-Rahim
 Al-‘Afu
 Al-Ghafur
 Al-Karim Mengetahui nama-nama Allah SWT serta pengertiannya dengan bimbingan.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 4


BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR

Menyenaraikan 10 nama malaikat dengan betul.

Menyenaraikan tugas-tugas Rasul dengan betul.

Menyatakan bukti-bukti kewujudan Allah SWT dengan betul.


2

Menyatakan kesan beriman kepada sifat Qidam Allah SWT dengan betul.

Menyatakan tanda-tanda sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah SWT terhadap hamba-Nya
dengan betul.

Menyatakan perbezaan antara sifat Malaikat dan sifat Manusia dengan betul.

Menyatakan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul dengan betul.

3 Menyatakan dengan betul bagaimana :


 al-Rahman -boleh membentuk diri menjadi seorang yang pemurah
 al-Rahim- boleh membentuk diri menjadi seorang yang penyayang

Menyatakan cara-cara memuliakan Allah SWT menerusi nama Allah SWT al-Karim
dengan betul.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 5


BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR

IBADAH Mengetahui pengertian fardu ‘Ain dan fardu Kifayah dengan bimbingan.
Menghayati Konsep : 1
 Fardu ‘Ain Mengetahui pengertian, perlakuan dan bacaan dalam solat fardu dengan bimbingan.
 Fardu Kifayah
Mengamalkan Mengetahui perbezaan antara fardu ‘Ain dan fardu Kifayah dan menyatakan contoh-
 Solat Fardu contohnya dengan betul.
 Perlakuan Dalam 2
Solat
Mengetahui pengertian, perlakuan, hukum, nama, waktu dan bilangan rakaat solat-solat
fardu dengan betul.

Menyatakan faedah melakukan perkara fardu ‘Ain dan fardu Kifayah dengan betul.

3 Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.

Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul.

Melakukan perlakuan dalam solat dengan tertib.


4
Menghafaz bacaan tahiyyat awal dengan betul.

Melakukan perlakuan dalam solat dengan tertib dan istiqamah.


5
Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan beradab.

6 Melakukan perlakuan solat serta bacaannya dengan betul, sempurna dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 6


BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR

Mengetahui dengan bimbingan :


SIRAH
 pekerjaan nabi Muhammad SAW semasa kecil mengikut peringkat umur.
1
Memahami dan mengambil  akhlak nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan.
iktibar daripada :  pengenalan Hajar al-Aswad.
 Pekerjaan Nabi
Muhammad SAW Menyenaraikan dengan betul :
 Peristiwa Berkaitan  faktor-faktor yang mendorong Nabi Muhammad SAW menjalankan pekerjaan.
2
Hajar Al-Aswad  nama anak-anak Nabi Muhammad SAW.
 Perkahwinan  peristiwa perletakan Hajar al-Aswad.
Rasulullah SAW
Menjelaskan dengan betul :
 akhlak Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan
3
 perkahwinan Nabi Muhammad SAW.
 sifat-sifat Rasulullah SAW dalam menangani peristiwa perletakan Hajar al-Aswad

ADAB 1 Mengetahui satu daripada adab-adab tertentu dengan bimbingan.

Mengamalkan : 2 Menyatakan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.


 Adab Tidur
 Adab Masuk dan
Keluar Rumah 3 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.
 Adab di Sekolah
4 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul dan beradab.

5 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan istiqamah.

6 Melakukan adab-adab di sekolah dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 7


BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR

JAWI Membaca perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan
1
bimbingan.
Membaca dan menulis :
 Suku Kata Terbuka
dan Tertutup 2 Menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan.
 Serapan Bahasa
Arab
 Serapan Bahasa Menulis ayat-ayat daripada perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
3
Inggeris dengan betul.

4 Membaca perkataan serapan bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan betul.

Menulis ayat yang terdiri daripada perkataan serapan bahasa Arab dan serapan bahasa
5
Inggeris dengan tepat.

Mampu membaca dan menulis ayat yang mengandungi :


 suku kata terbuka dan tertutup
6
 serapan bahasa Arab
 serapan bahasa Inggeris

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 8

Anda mungkin juga menyukai