Anda di halaman 1dari 6

UNIT PENGAJIAN AM

SESI DISEMBER 2019

MPU 1222
KEUSAHAWANAN

LATIHAN (ULANGKAJI)
TOPIK 2: CAMPURAN PEMASARAN

Nama Pelajar MAIDATUL AINNA BINTI MOHD RODY


(C07SPK18F502)

SITI AISYAH BINTI ZAKARIAH


(C07SPK18F504)

MUHAMMAD IZZAT AFIQ BIN MOHD PUTRA


(C07SPK18F506)
Kelas SPK 3
Nama Pensyarah PUAN NORSUZILAWATE BINTI ZULKAPLI
Tarikh Hantar 7 JANUARI 2020
KEPENTINGAN ‘UNIQUE SELLING
PROPOSITION’ (USP) DALAM BISNES

PENGENALAN
Sekarang, persaingan untuk berniaga di Facebook semakin sengit. Mana tak sengitnya, sudah ramai yang
sudah mula berniaga secara online terutamanya di facebook. Setiap hari, semakin bertambah peniaga di
facebook. Hari-hari ada saja penjual baru. Ada menjual pakaian, ada jual produk kosmetik, produk
kesihatan dan macam-macam ada.

Persaingan semakin sengit..

Bagi usahawan internet yang berpengalaman, ini adalah normal. Biasalah, persaingan adalah normal dalam
perniagaan. Dalam perniagaan konvensional pun, persaingan juga tetap ada. Malahan lebih sengit. Jika di
satu kawasan perumahan tu ada seorang yang buka gerai jualan Pisang Goreng Cheese, tak lama selepas
itu munculah berduyun-duyun penjaja Pisang Goreng Cheese yang lain pula.

Dalam dunia persaingan yang sengit ini, anda perlu timbulkan USP bisnes/produk/servis/jenama anda. Apa
yang membezakan anda dengan pesaing anda dari segi kualiti, kecepatan, layanan, keberkesanan, sasaran
pengguna dan lain-lain lagi.

Unique Selling Proposition (USP) juga adalah faktor yang membezakan produk peniaga itu berbeza atau
unik dari produk yang dijual di pasaran semasa. Ia adalah seperti lubang-lubang pasaran yang masih belum
diterokai oleh orang lain.

Dengan mempunyai USP yang jelas, anda akan dapat jawab persoalan prospek seperti berikut;

 Apa keunikan bisnes anda?


 Apa yang membezakan bisnes anda dari pesaing yang lain?
 Kenapa saya perlu beli dari anda, bukan dari dari peniaga lain?
 Kenapa saya perlu ambil tahu mengenai bisnes atau produk anda?

CONTOH USP:

1) ZAPPOS
Antara syarikat yang menpunyai USP yang unik adalah Syarikat Zappos. Mereka dikenali kedai online
yang paling mesra pelanggan untuk membeli kasut secara online.

Mereka menyediakan servis ‘free shipping’ dan ‘free return shipping’. Hasilnya, pelanggan boleh tempah
kasut dalam kuantiti yang banyak, kemudian mereka boleh pulangkan semula kasut yang mereka tak nak.

Syarikat Zappos mempunyai USP yang agak menarik iaitu mereka tawarkan servis pemulangan produk


yang terbaik. Hasilnya, pelanggan tidak lagi takut untuk membeli secara online dan mereka boleh
pulangkan semula kasut yang tidak sesuai untuk mereka.
Kesannya, mereka dapat jual produk dengan harga yang lebih mahal dari syarikat pesaing.

2) STARBUCKS
Satu lagi syarikat yang boleh anda jadikan kajian kes untuk USP adalah Syarikat Starbucks.

Apa USP mereka?

Jawapannya pasti anda sudah tahu…

USP mereka adalah menyediakan minuman kopi premium yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan
mereka. Sekarang, mereka telah menyediakan lebih 30 jenis kopi dan makanan
seperti sandwitches, salad, oatmeal dan banyak lagi.

Mereka bukan ingin dikenali sebagai harga kopi yang termurah atau terbaik. Mereka hanya fokus pada satu
USP sahaja iaitu menyediakan minuman kopi premium.

Ramai pelanggan mereka jadikan restoran Starbucks sebagai tempat berkumpul untuk berbincang,
berborak atau bekerja.

3) DOMINO PIZZA HUT


Salah satu contoh USP yang hebat adalah seperti apa yang ditawarkan oleh syarikat Domino’s Pizza.
Sebelum mewujudkan USP khas mereka, syarikat online casino tersebut telah hampir bankrap.

Oleh itu, mereka memerlukan satu USP yang boleh terus membezakan mereka berbanding pesaing-pesaing
mereka.

Dalam pada itu, mereka telah mewujudkan USP “Fresh, hot pizza delivered in 30 minutes or less or it’s
free”.

4) BURGER KING
Satu lagi contoh USP yang baik adalah apa yang diberikan oleh syarikat Burger King yang sedang
bersaing dengan syarikat McDonalds.

Syarikat Burger King telah mewujudkan USP “Have it your way”.

Mereka membezakan syarikat mereka berbanding pesaing dengan membolehkan pelanggan untuk memilih
apa yang ingin mereka letak di dalam burger mereka.

Dengan memberikan kuasa untuk memilih kepada pelanggan mereka, maka USP mereka telah mencapai
kejayaan.
5) PAPA JOHN”S
Terdapat juga syarikat pesaing pizza yang lain seperti Papa John’s yang menggunakan USP khas iaitu
“Better ingredients, better pizza”.

Kesemua syarikat yang mempunyai USP yang khas ini bertujuan untuk membezakan mereka dengan
pesaing-pesaing mereka.

Salah satu proses untuk menghasilkan USP yang baik adalah dengan memikirkan apakah perkara yang
boleh menarik perhatian pelanggan untuk membeli daripada anda, bukannya daripada pesaing-pesaing
anda.

Asas untuk bina USP mestilah datang dari pemahaman sebenar pelanggan anda. Anda perlu tahu siapa
sebenarnya sasaran pelanggan anda sebelum bina USP.

Saya berikan beberapa tips untuk anda bina USP;

 Berfikir seperti pelanggan


 Kaji faktor yang boleh menaikkan motivasi pelanggan anda untuk membeli
 Kaji sebab kenapa pelanggan datang kepada anda, bukan kepada pesaing anda

7 LANGKAH MEMBINA USP YANG BAIK:

#1: SENARAIKAN MANFAAT PRODUK ATAU


SERVIS
Senaraikan sekurang-kurangnya 3 manfaat terbaik produk atau servis anda. Jelaskan kenapa prospek perlu
dapatkan produk atau servis anda.

Terangkan bagaimana produk anda dapat membantu mereka. Adakah produk anda terbukti berkesan?

Persoalan-persoalan inilah yang memudahkan anda untuk menjual produk tersebut.

Saya berikan Buku Legenda Jutawan sebagai contoh…

Apa yang manfaat yang bakal pembeli akan dapat dari buku ini?

 Idea cara mencari produk yang berpotensi untuk menghasilkan jualan tinggi di facebook.
 Strategi Pemasaran Produk di Facebook. Dengan strategi yang betul, anda boleh
memperolehi jualan yang besar.
 Teknik Penulisan Ayat Jualan yang efektif yang mampu memikat emosi prospek dan
seterusnya membuatkan mereka bertindak membeli.
#2: UNIK
Fokus utama sekarang adalah jadi unik. Anda perlu bina faktor-faktor yang menunjukkan syarikat anda
adalah pilihan terbaik untuk prospek membeli.

Tulis USP yang boleh membangkitkan keinginan pelanggan untuk membeli. Anda boleh tulis USP di
bahagian pengenalan, tawaran atau jaminan produk anda.

Contohnya…

Pada pandangan peribadi saya,  cover buku legenda jutawan ini, persembahannya agak berlainan dari
cover buku yang dijual di pasaran. Bagi saya, gambar model (saya la tu) yang memandang ke bawah itu
agak unik, agak misteri. Di tambah pula dengan logo sifufbads yang tertera pada baju si model tersebut.
Tajuknya “Legenda Jutawan Facebook”, bagi saya agak catchy. Inilah keunikan yang saya cuba tonjolkan
pada tajuk buku ini.

#3: SELESAIKAN MASALAH SEMASA


Kenal pasti apakah keperluan atau permintaan dalam pasaran sekarang. Pasti ada lubang-lubang pasaran
kecil yang anda boleh masuk.

Apakah perkara yang paling mengecewakan pelanggan anda semasa berurusniaga? Kurangkan
kekecewaan mereka dan pastikan anda dapat tunaikan janji-janji anda.

Contohnya…

Masalah semasa yang sedang dihadapi oleh ramai usahawan tidak tahu bagaimana memasarkan
produk/servis mereka menggunakan facebook. Jadi, mereka mula cari cara atau panduan bagaimana untuk
belajar ilmu pemasaran facebook.

Buku Legenda Jutawan ini mendedahkan tips, panduan, strategi dan pengalaman sebenar untuk berniaga
menggunakan pemasaran facebook.

#4: BERIKAN BUKTI


Kurangkan keraguan pelanggan anda dengan berikan bukti seperti testimoni. Ini kerana pelanggan agak
ragu-ragu dengan produk yang baru dikeluarkan di pasaran. Mereka lebih percaya feedback dari pihak
ketiga berbanding dari peniaga.

Hubungi semula pelanggan anda dan dapatkan testimoni yang jujur dari mereka.

#5: RINGKAS TAPI PADAT


USP yang baik mempunyai maksud yang mudah difahami. Ia mestilah ringkas tapi padat. Maksud yang
ingin disampaikan dalam USP anda mestilah jelas.
Macam mana nak bina USP yang ringkas tapi padat?

Caranya adalah dengan senarai dan kumpulkan segala maklumat secara terperinci mengenai produk atau
servis anda, kemudian gabungkan maklumat tersebut dalam bentuk perkataan yang ringkas.

Pelbagaikan sususan ayat anda, tanya pada rakan-rakan anda untuk dapatkan pendapat mengenai ayat USP
anda.

Contohnya…

Lihat buku di bawah!

Tajuknya – Legenda Jutawan Facebook

Taglinenya – Rahsia Menghasilkan Jualan 6-7 Angka Di Facebook.

#6: GABUNGKAN USP DENGAN TOOL PEMASARAN


Variasikan USP anda dalam  semua tool pemasaran seperti…

 Headline surat jualan;
 Bisnes kad, brochures dan flyers
 Telefon dan Skrip jualan;
 Surat dan Post kad
 Website dan Blog
 Cover Timeline Fanpage, Calendar dan Banner

#7: JAMINAN USP
USP yang baik boleh menjadikan perniagaan anda berjaya, begitu juga sebaliknya. Anda perlu yakinkan
pelanggan yang anda mampu untuk lakukannya. Ini merupakan satu cabaran bagi syarikat yang baru.

Itulah langkah-langkah yang perlu anda buat untuk bina USP yang baik.

Membina USP yang baik adalah faktor penggerak untuk membina kejayaan perniagaan anda. Gunakan


USP anda secara optimum dalam  tool pemasaran untuk dapatkan hasil yang maksimum.

Jadi, apa Unique Selling Proposition (USP) anda? Apa yang anda ingin dikenali oleh bakal pelanggan
anda? Atau apa keunikan bisnes anda? Fikir-fikirkan la…

Anda mungkin juga menyukai