Anda di halaman 1dari 1

SKEMA JAWAPAN SOALAN 9

PENGENALAN :
Definisi : definis psikologi dan senaraikan bidang psikologi
Tokoh Haron Mokhtar : tarikh lahir, tempat lahir mana, pekerjaan semasa
Gaya penampilan : Gaya realistik aliran realisma. Menggambarkan suasana
kampong yang tenang dan pekerjaan membajak sawah
menggunakan kerbau
ISI (2 shj) :

F1 : kreativiti

Merujuk kepada karya “Kerbau” 2007 oleh Haron Mokhtar terdapat peranan
psikologi yang pertama iaitu kreativiti (F). Kreativiti bermaksud dapat
menghasilkan sesuatu yang berbeza dari dahulu atau mencipta sesuatu yang
baru (H1). Situasi berkenaan dapat dilihat melalui karya berjudul “Kerbau” iaitu
Imej tiga ekor kerbau (H2)yang dilukis dengan beralinan arah pandangan seperti
berkedudukan memandang hadapan, menoleh ke hadapan dan seekor lagi
hanya nampak sebahagian kepala dan leher sahaja (H3). Pelukis juga
menggunakan harmoni warna sejuk (C1) seperti hijau, biru dan unggu di
bahagian latar belakang karya untuk menggambarkan suasana tenang dan
kehijauan kampung tersebut (4).

F2. Sensitiviti

Aspek psikologi yang kedua yang terdapat di dalam karya “Kerbau” 2007
ialah Sensitiviti (F). Sensitiviti bermaksud kepekaan individu dengan apa yang
berlaku dipersekitarannya (H1). Tempat tinggal pelukis di Tanjung Karang,
Sungai Besar, Selangor banyak terdapat sawah padi (H2). Ini secara tidak
langsung apa yang dilihat pada setiap hari menjadi idea kepadanya untuk
berkarya (H3). Ini menunjukkan pelukis peka dengan kehidupan pesawah yang
membanting tulang untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan (H4).

Rumusan :
1. Setuju/sokong soalan
2. Nyatakan semula 2 Fakta yang diberi di atas
3. Beri pendapat anda @ penilaian terhadap karya