Anda di halaman 1dari 28

KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

FUN BALL
PRASEKOLA
H

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

1.0 Syarat Fun Ball Prasekolah.

1.1 Setiap pasukan terdiri daripada :


Peserta : 10 orang (7 pemain dan 3 pemain simpanan).
Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain di gelanggang dengan posisi : C , WA ,
WD , GA , GD , GS DAN GK
1.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
1.3 Peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM Bola Jaring
tetapi disesuaikan mengikut tahap murid prasekolah.
1.4 Keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.
1.5 Setiap pemain yang telah ditukar,dibenarkan bermain semula dan pertukarannya akan
diambil kira.
1.6 Setiap pasukan boleh membuat pertukaran posisi semasa rehat atau permainan
diberhentikan atas sebab kecederaaan atau sakit.
1.7 Jumlah pengadil : 2 orang.
1.8 Penjaga masa 1, pencatat 1.

2.0 Pakaian
2.1 Memakai pakaian sukan. (tshirt dan tracksuit)
2.2 Memakai kasut (Tidak boleh berkaki ayam dan memakai kasut yang
mempunyai tapak berpaku).
2.3 Setiap pasukan hendaklah memakai ‘bib’ seragam berwarna yang ditetapkan oleh
PPD masing-masing.
2.4 Setiap pasukan perlu membawa sekurang-kurangnya 2 set ‘bib’ . Saiz
‘bib’ yang dicadangkan berukuran 42cm x 35cm dan huruf bercetak.

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

2.5 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku
pendek.

3.0 Gelanggang / Bola / Tiang gol

3.1 Menggunakan gelanggang bola jaring sebenar yang telah diubahsuai mengikut
kesesuaian murid prasekolah .

(21 m panjang padang) X 10.5 m lebar padang)

kawasan
gol
(3.5m)

(0.6m)

3.2 Tiang gol yang diselaraskan mengikut tahap murid prasekolah iaitu mempunyai
ketinggian 1.7 meter dan dipasang net. Tiang gol hendaklah dibalut bagi
mengelakkan kecederaan kepada pemain.
3.3 Bulatan tiang gol mengikut ukuran diameter 380mm, panjang jaring secara horizontal
dari tiang berukuran 150mm.
3.4 Jenis bola ‘soft volley ball’ dan bersaiz 4.

4.0 Peraturan Permainan (Kesesuaian di peringkat murid parsekolah)

4.1 Semua pemain berada di posisi masing-masing sewaktu memulakan permainan.


Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan.
Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol.
4.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.
4.3 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola.
Dibenarkan mengerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke
arah rakan atau bulatan gol. Pemain dibenarkan ‘pivot’(berpusing dengan 2 kaki)
untuk menghantar bola.
PINDAAN 22 OGOS 2017
KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan ‘menggantung’ salah


satu kaki.
4.4 Semua pemain bermain di dalam had kawasan masing-masing
Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol.
4.5 Seorang pemain TIDAK dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum membuat
hantaran (tidak melebihi 3 saat). Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke
tangan.
4.6 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan.
4.7 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol.

5.0 Pematuhan masa

5.1 Masa permainan : 5 : 2 : 5 iaitu 5 minit permainan, 2 minit rehat dan


tukar gawang gol disambung semula 5 minit.
5.2 Setiap pasukan mesti bersedia di tepi gelanggang 5 minit sebelum
perlawanan bermula.
5.3 Pasukan yang gagal melapor diri selepas 3 minit waktu perlawanan dianggap tewas
dalam perlawanan tersebut dan kemenangan diberikan pada pasukan lawana dengan
jariangan 3 – 0.

6.0 Sistem Pertandingan

6.1 Liga dalam kumpulan


6.2 Pusingan Separuh Akhir
6.3 Perlawanan Tempat Ketiga & Keempat
6.4 Perlawanan Akhir

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

FUTSAL
PRASEKOLA
H

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

1.0 Jumlah Pemain ( sepasukan )


1.1 Jumlah pemain maksima untuk memulai pertandingan: 5, salah satunya penjaga gol.
1.2 Jumlah pemain minima untuk mengakhiri pertandingan :3 (tidak termasuk cedera )
1.3 Jumlah pemain setiap pasukan maksima: 8 orang
1.4 Jumlah pengadil : 2 orang.
1.5 Penjaga masa 1, pencatat 1.
1.6 Batas jumlah pergantian pemain: tidak terbatas
1.7 Metod penggantian: "pergantian melayang" (semua pemain kecuali penjaga gol boleh
memasuki dan meninggalkan padang pada bila – bila masa saja melalui pengadil;
pergantian penjaga gol hanya dapat dilakukan jika bola tidak sedang dimainkan dan
dengan persetujuan pengadil)
1.8 Pengadil tidak boleh masuk ke dalam padang , hanya boleh di luar garis padang saja ,
kecuali jika ada pelanggaran-pelanggaran yang harus memasuki padang.

2.0 Pakaian
2.1 Memakai pakaian sukan. ( tshirt dan tracksuit)
2.2 Memakai kasut
2.3 Tidak boleh berkaki ayam
2.4 Memakai jersi bernombor
2.5 Setiap pasukan perlu membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi bernombor.
(untuk memastikan jersi boleh ditukar sekiranya terdapat persamaan warna
ketika pertandingan)
PINDAAN 22 OGOS 2017
KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

2.6 Warna jersi pemain hendaklah mengikut warna MSSD seperti berikut
a. Padang Terap – Oren
b. Baling/Sik – Merah
c. Kulim Bandar Baharu – Biru Muda
d. Kota Setar – Kuning
e. Langkawi – Biru Tua
f. Kubang Pasu – Ungu
g. Kuala Muda Yan – Hijau
h. Pendang – Kelabu

3.0 Gelanggang / Bola / Tiang gol

3.1 Menggunakan gelanggang, bola dan tiang gol futsal yang standard

kawasan
gol
kawasan gol

4.0 Cara permainan

4.1 Permainan dijalankan secara :


a.) Liga di peringkat kumpulan
b) Pusingan separuh akhir.
c) Pertandingan tempat ketiga & keempat
d) Perlawanan akhir.
4.2 Masa permainan : 5 : 2 : 5 iaitu 5 minit permainan, 2 minit rehat dan tukar
gawang gol disambung semula 5 minit.
4.3 Sekiranya masih seri , tendangan penalti diberi (maksima 5 gol) jika jumlah pasukan
masih seri , tendangan penalti diberi sehingga terdapat perbezaan jumlah gol.
4.4 Apabila terdapat keadaan bola mati : Balingan @ tendangan tinggi tidak boleh
melebihi separuh gelanggang.
Sekiranya melebihi gelanggang, bola akan menjadi milik lawan.
4.5 Penjaga gol boleh berada di kawasan gol sewaktu menangkap bola. Penjaga gol bebas
membuat hantaran bola.
4.6 Setiap pasukan yang tidak hadir ketika perlawanan berlangsung akan memberikan 3
mata kepada pasukan lawan
PINDAAN 22 OGOS 2017
KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

4.7 Perlawanan akan mengikut peraturan Futsal biasa tetapi dimurni serta disesuaikan
dengan peringkat umur murid prasekolah.
4.8 Sistem mata kemenangan bagi acara liga ialah:-
MENANG - 3 MATA
SERI - 1 MATA
KALAH - 0 MATA

5.0 Pengurusan Pasukan


5.1 Setiap pasukan mesti bersedia di tepi gelanggang 5 minit sebelum perlawanan bermula.
5.2 Pasukan yang gagal melapor diri selepas 3 minit waktu perlawanan dianggap tewas
dalam perlawanan tersebut dan kemenangan diberikan kepada pasukan lawan dengan
jaringan 3 – 0

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

HAFAZAN
PRASEKOLA
H

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

1. PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, mengenal asas Bahasa Al-Quran dan menghafaz beberapa surah
pendek dari juzu’ Amma adalah antara fokus dalam Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.

2. OBJEKTIF

2.1. Membentuk kemahiran mengenal asas Bahasa Al-Quran dalam kalangan


murid prasekolah.
2.2. Melahirkan murid yang cintakan Al-Quran.
2.3. Mengasah, memupuk dan mengembangkan bakat dan potensi.
2.4. Melahirkan murid prasekolah yang berketrampilan dan berkeyakinan.

3. PENYERTAAN
3.1. Setiap daerah diwakili oleh dua orang murid perempuan prasekolah.

4. SURAH HAFAZAN
4.1. Surah Al-Fatihah (WAJIB)
4.2. Surah An-Nas
4.3. Surah Al-Falaq
4.4. Surah Al-Ikhlas
4.5. Surah Al- Kafirun
* Peserta perlu membaca dua surah pilihan melalui undian yang dibuat.

5. TEMPOH
Tempoh masa tidak melebihi 7 minit.
PINDAAN 22 OGOS 2017
KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

6. PEMARKAHAN
6.1. Bahagian A - Hafaz dan lancar (50 markah)
6.2. Bahagian B - Tajwid dan fasohah (40 markah)
6.3. Bahagian C - Suara dan Gaya (10 markah)

7. PENGHAKIMAN
7.1. Peserta akan dihakimi oleh 3 orang panel hakim yang akan diketuai oleh
seorang ketua hakim.
7.2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
7.3. Jika berlaku persamaan markah, hendaklah dirujuk kepada markah hafazan dan
kelancaran. Jika masih lagi berlaku persamaan perlu dirujuk markah tajwid dan fasohah. Jika
masih lagi berlaku persamaan, ketua hakim hendaklah membuat keputusan setelah berbincang
dengan hakim-hakim pertandingan.
7.4. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

8. PERATURAN AM
8.1. Setiap daerah diwakili oleh dua orang peserta murid perempuan.
8.2. Bacaan berbentuk “tadwir”
8.3. Juruacara akan menerangkan syarat dan peraturan pertandingan. Peserta dikehendaki
menghafaz tiga (3) surah hafazan seperti berikut :
a. Surah Wajib Surah Al-Fatihah
b. Surah pilihan 1. Surah An- Nas atau Surah Al- Ikhlas
2. Surah Al-Falaq atau Surah Al- Kafirun
( Perlaksanaan – Peserta cabutan undian terus nombor 1 dan 2 diatas.)
8.4. Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafazan dengan lisan melalui surah-surah
yang ditetapkan dengan lancar serta mengambil kira hukum tajwid, fasohah dan suara.
8.5. Munabih akan membacakan setiap awalan surah sebanyak sekali.
8.6. Setelah 10 saat, peserta gagal meneruskan bacaannya, Munabih akan membimbing
peserta. Sekiranya peserta masih gagal meneruskan bacaannya, hafazan tersebut ditamatkan.
Munabih boleh menamatkan bacaan jika difikirkan perlu.

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

KUIZ
PRASEKOLA
H

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

KUIZ MATEMATIK & SAINS

1.0 PENYERTAAN

1.1 Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang peserta.


1.2 Setiap daerah akan menghantar satu (1) pasukan mewakili daerah masing-masing.
1.3 Lapan (8) pasukan yang bertanding akan menjawab soalan secara bergilir-gilir.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

2.1 Juru kuiz akan menerangkan syarat dan peraturan pertandingan. Peserta dibenarkan
memilih soalan dengan cara mengambil bola ping pong bernombor. Pembantu juru
kuiz akan memberi soalan yang dipilih peserta untuk dibacakan oleh juru kuiz. Juru
kuiz akan membacakan soalan sebanyak dua (2) kali dan diikuti oleh jawapan
peserta.
2.2 Pembantu juru kuiz perlu mengasingkan bola ping pong yang telah dipilih.
2.3 Pencatat akan mencatatkan markah pada papan markah untuk tontonan umum.
2.4 Hakim akan menentukan sama ada jawapan murid tersebut betul atau salah dengan
mengangkat kad markah 0, 3 atau 5.
(5) - markah untuk jawapan yang betul tanpa dibantu
rakan.
(3) - markah untuk jawapan yang betul dengan bantuan
rakan (untuk pusingan ketiga (3) sahaja.)
(0) - markah untuk jawapan yang salah.
2.5 Terdapat 3 pusingan iaitu :
PINDAAN 22 OGOS 2017
KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

Pusingan 1 : pilihan jawapan A atau B


Pusingan 2 : pilihan jawapan BETUL atau SALAH
Pusingan 3 : lisan

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN.


3.1 Setiap peserta diwajibkan menjawab 3 soalan iaitu:
 Satu soalan pada pusingan pertama yang berbentuk pilihan
jawapan A atau B.
 Satu soalan pada pusingan kedua yang berbentuk pilihan
jawapan BETUL atau SALAH.
 Satu soalan pada pusingan ketiga yang berbentuk lisan.
3.2 Soalan kuiz dibina berdasarkan DSKP Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Awal
Matematik & Sains). * Tiada soalan bahagian komputer.
 Soalan Matematik yang melibatkan operasi tambah dan tolak adalah dalam lingkungan 1-20.
3.3 Jumlah soalan yang disediakan adalah sebanyak 30 soalan dalam setiap pusingan. Peserta-
peserta dibenarkan memilih satu sahaja soalan dari nombor 1 hingga 30 atau nombor-nombor
soalan yang belum dipilih oleh peserta lain setiap pusingan.
3.4 Juru kuiz akan membaca soalan yang telah dipilih sebanyak 2 kali.
3.5 Loceng akan dibunyikan selepas juru kuiz membacakan soalan kali kedua. Kemudian murid
menjawab soalan yang dikemukakan.
3.6 Jangka masa menjawab soalan ialah 30 saat.
4.0 PERMARKAHAN
4.1 Permarkahan adalah seperti berikut :
 Pusingan pertama dan pusingan kedua – peserta hanya dibenarkan menjawab sekali
sahaja. Jika betul diberikan 5 markah dan jika salah 0 markah.
 Pusingan ketiga – peserta dikehendaki menjawab sekali sahaja dan jika jawapan yang
diberikan salah, peluang dibuka kepada peserta lain dalam kumpulan yang sama untuk
membantu menjawab. Jika peserta menjawab dengan betul 5 markah diberi, jika dibantu 3
markah diberi kepada peserta yang bantu menjawab dan sekiranya kedua-dua jawapan salah 0
markah.
 Sekiranya keputusan markah seri :-
- soalan tambahan akan diberi kepada setiap peserta sehingga ada pemenang. (Soalan
KBAT )
 Keputusan hakim adalah muktamad.

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

BIJAK
PRA

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

BIJAK PRA – BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

1. Pengenalan
1.1. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berteraskan penguasaan kemahiran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
1.2. Aktiviti yang dipertandingkan merangkumi kemahiran membina perkataan,
mengeja, membina ayat, membaca dan menulis ayat mudah.
1.3. Aktiviti ini mengandungi lima (5) stesen dimana setiap stesen mewakili sub-
aktiviti seperti berikut :
 Stesen 1 - Membentuk perkataan daripada huruf
 Stesen 2 - Mengeja perkataan
 Stesen 3 - Membina ayat berdasarkan gambar
 Stesen 4 - Membaca ayat petikan , faham dan jawab
 Stesen 5 - Menulis ayat mudah

2. Objektif
2.1. Meningkatkan kemahiran mendengar, membaca dan menulis di kalangan
murid prasekolah.
2.2. Memupuk minat dan pembudayaan ilmu bermula dari peringkat pendidikan
awal kanak-kanak.
2.3. Menggalakkan perkembangan sosioemosi murid prasekolah.
2.4. Memupuk kerjasama dan sikap tolak ansur murid dalam melakukan
aktiviti berkumpulan.

3. Syarat-syarat Am
3.1 Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) peserta.
3.2 Setiap ahli kumpulan perlu memakai nombor giliran peserta(1-4)
3.3 Setiap daerah akan menghantar satu (1) pasukan bagi mewakili
daerah masing-masing.

4. Strategi Pelaksanan Aktiviti

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

4.1. Aktiviti dijalankan mengikut turutan stesen.


4.2. Pasukan pertama dan seterusnya dipilih berdasarkan cabutan
giliran.
4.3. Pergerakan setiap pasukan adalah seperti berikut :
 Pasukan Pertama akan memulakan tugasan di Stesen 1.
 Apabila Pasukan Pertama selesai tugasan mereka dan bergerak ke
Stesen 2, maka Pasukan Kedua akan memulakan tugasan mereka
di Stesen 1.
 Dan begitulah seterusnya pergerakan setiap pasukan sehingga
tamat tugasan di Stesen 4.

4.4. Untuk Stesen 5, semua pasukan akan dikumpulkan dan mereka akan
melaksanakan tugasan secara serentak.
4.5. Setiap markah pasukan yang terkumpul di setiap stesen akan dijumlahkan bagi
menentukan pemenang.

5. Pelaksanaan Aktiviti di Stesen


5.1. Stesen 1 – Membentuk Perkataan daripada huruf
 Peruntukan masa : 5 minit
 Huruf terdiri daripada 15 huruf konsonan, 30 huruf vokal
 Peserta perlu membina perkataan seberapa banyak yang boleh dalam
tempoh masa yang diperuntukkan.
 Peserta akan membina perkataan secara serentak.
 Sekiranya terdapat perkataan yang sama oleh ahli pasukan maka hanya
1 sahaja yang dikira. Perkataan berulang tidak akan dikira
markah.
 Perkataan yang dibentuk mestilah terdiri daripada perkataan bermakna.
Tidak termasuk nama khas.
(Nama Orang, Nama Tempat, Nama Hari, Nama Bulan,
Nama Jenama dan Penanda Wacana)
Syarat ini juga diguna pakai untuk aktiviti Bahasa Inggeris –
Proper Nouns and Conjuctions – (is,are,a,were,was,the etc)
-

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

 Permarkahan : 1 huruf 1 markah bagi jumlah huruf yang


terdapat dalam perkataan yang bermakna dan betul.
 Satu kesalahan ejaan pada perkataan , perkataan tersebut tidak akan
‘dikira’.

5.2. Stesen 2 – Mengeja Perkataan


 Peruntukan masa setiap peserta : 30 saat untuk 1 perkataan.
 Murid akan mengeja dalam 3 pusingan.

Bahasa Malaysia
 1 perkataan yang terdiri daripada :
* Pusingan Pertama : 1 perkataan KVKVK
* Pusingan Kedua : 1 perkataan berimbuhan ( awal,
apitan dan akhir )
* Pusingan Ketiga : 1 perkataan kvk + kvkk
( contoh sam + bung )

Bahasa Inggeris
 Each participant needs to spell one words in each round
 First Round is 4 letter –word (High Frequency Words)
 Second round is 5 letter-word (Action Words)
 Third round is 6 letter-word (Thematic Modules) – depends on the
consensus of the organizing committee
 Themes
- living things
- non living thing
- environment
- things in the classroom
- cleanliness

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

 Hakim akan memanggil peserta mengikut nombor yang dipakai .


Perkataan dipilih melalui cabutan nombor.
 Permarkahan : Markah diberi untuk setiap ejaan perkataan yang betul.
* 5 markah : ejaan perkataan yang betul
* 2 markah : ejaan yang diulang dalam tempoh 30 saat.
* 0 markah : ejaan yang salah
 Hakim perlu membaca perkataan yang hendak dieja sebanyak 2 kali
sebelum murid mula mengeja.
 Loceng dibunyikan apabila masa bermula ( sekali ) dan tamat ( 2 kali )

5.3. Stesen 3 – Membina Ayat Mudah Berdasarkan Gambar

 Peruntukan Masa : 1 minit untuk seorang peserta.


 1 peserta 1 ayat
 Giliran membina ayat berdasarkan nombor peserta.
 Peserta diminta membina ayat berdasarkan gambar yang dipilihnya.
 Permarkahan : Bagi setiap ayat yang betul, markah diberi mengikut
jumlah perkataan yang dibina dalam ayat tersebut. 1 markah bagi satu
perkataan.
(cth : Itu kereta ayah saya. : 4 markah
* Hanya ayat yang berdasarkan gambar sahaja diberi markah.

5.4. Stesen 4 – Membaca petikan, faham dan jawab.


 Peruntukan masa : 2 minit seorang peserta dimana 1 minit untuk
membaca dan 1 minit untuk menjawab soalan.
 Setiap peserta akan membuat cabutan nombor petikan.
 Setiap peserta hendaklah membaca dan memahami petikan.
 Markah akan diberi seperti berikut :

SKEMA PEMARKAHAN
STESEN 4 : MEMBACA PETIKAN, FAHAM DAN JAWAB

ITEM MARKAH Catatan


i. Mesti tamat bacaan dalam
Kelancaran 2
masa 1 minit dengan lancar.
PINDAAN 22 OGOS 2017
KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

Sebutan 3 ii. 1 sebutan salah, tolak 1 markah


Membaca mengikut tanda bacaan
Intonasi 2
dengan betul.
Dapat didengar oleh hakim dengan
Suara 1
jelas.
Soalan pemahaman 2 1 soalan 1 markah
KESELURUHAN 10

CATATAN :- Petikan 40 hingga 50 patah perkataan

 Setiap peserta perlu menjawab 2(dua) soalan kefahaman yang diberi


berdasarkan petikan.
 Soalan dijawab secara bertulis dengan membulatkan jawapan yang
betul sama ada A atau B sahaja
 Peserta hanya perlu membulatkan satu jawapan sahaja.
 Satu soalan yang betul : 1 markah dan 0 markah bagi jawapan yang
salah atau tidak dibulatkan.

5.5. Stesen 5 – Menulis Ayat Mudah


 Semua pasukan akan dikumpul dan ditempatkan di satu ruang yang
sama dan akan melaksanakan tugasan serentak.
 Setiap peserta akan menulis ayat yang sama.
 Peserta akan menulis diatas kertas putih ( garisan satu )
 Setiap peserta dikehendaki menulis serentak setiap ayat yang dibaca
oleh juruacara selepas loceng dibunyikan sekali.
 Peruntukan masa : 2 minit bagi setiap ayat dan loceng akan dibunyikan
2 kali selepas tempoh tersebut tamat.
 Struktur ayat (Ayat Tunggal):

i. Ayat pertama - 3 patah perkataan.


ii. Ayat kedua - 4 patah perkataan
iii. Ayat Ketiga - 5 patah perkataan

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

 Sekiranya berlaku seri (setelah markah dikumpul dari stesen 1 hingga


stesen 5), ayat tambahan akan dibacakan oleh juruacara kepada peserta
yang terlibat sehingga pemenang ditentukan.

 Pemarkahan akan diberi berdasarkan :

PERMARKAHAN Catatan
Ayat yang betul dan lengkap diberi markah.
(termasuk tanda baca dan ejaan) .Sekiranya tanda
baca dan ejaan salah, tiada markah.

Ayat 1 (3 perkataan) betul 3 markah / salah 0 markah


Ayat 2 (4 perkataan) betul 4 markah / salah 0 markah
Ayat 3 (5 perkataan) betul 5 markah / salah 0 markah

 Keputusan hakim adalah muktamad.


6. Jangkaan masa pelaksanaan aktiviti adalah 2 jam.

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

AZAN
PRASEKOLA
H

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

1. PENGENALAN

Dalam pendidikan prasekolah, mengenal asas Bahasa Al-Quran dan menghafaz beberapa surah
pendek dari juzu’ Amma adalah antara fokus dalam Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.

2. OBJEKTIF

2.1. Membentuk kemahiran mengenal asas Bahasa Al-Quran dalam kalangan


murid prasekolah.
2.2. Melahirkan murid yang cintakan Al-Quran.
2.3. Mengasah, memupuk dan mengembangkan bakat dan potensi.
2.4. Melahirkan murid prasekolah yang berketrampilan dan berkeyakinan.

3. PENYERTAAN
3.1. Setiap daerah diwakili oleh dua orang murid lelaki prasekolah.

4. TEMPOH
Tempoh masa adalah antara 5 minit.

5. PEMARKAHAN
5.1. Bahagian A - Suara (20 markah)
5.2. Bahagian B – Lagu (10 markah)
5.3. Bahagian C – Lancar (10 markah)
5.4. Bahagian D – Tertib ( 10 markah )

7. PENGHAKIMAN
7.1. Peserta akan dihakimi oleh 3 orang panel hakim yang akan diketuai oleh
seorang ketua hakim.

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

7.2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.


7.3. Jika berlaku persamaan markah, hendaklah dirujuk kepada markah suara ,seterusnya lagu ,
tertib dan lancar . Jika masih lagi berlaku persamaan, ketua hakim hendaklah membuat
keputusan setelah berbincang dengan hakim-hakim pertandingan.
7.4. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

8. PERATURAN AM
8.1. Setiap daerah diwakili oleh dua orang peserta murid lelaki. Peserta azan
kemudian akan dikenali sebagai ‘muazin’
8.2 Juruacara akan menerangkan syarat dan peraturan pertandingan.
8.4. Setiap peserta diuji dengan mengambil kira suara , lagu , kelancaran dan
tertib ketika mengumandangkan azan tersebut.
8.5 Azan solat subuh tidak dibenarkan.
 

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

BERCERITA
BAHASA CINA &
TAMIL

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

KARNIVAL KECEMERLANGAN PRASEKOLAH 2017


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA
BAHASA CINA
1. PENYERTAAN
 Setiap PPD yang mempunyai prasekolah SJKC dikehendaki menghantar dua peserta kecuali
PPD Kota Setar menghantar seorang peserta.
 Pertandingan ini dibuka kepada semua murid prasekolah SJKC yang boleh berbahasa Cina
tidak kira bangsa dan kaum.
 Pertandingan Bercerita Bahasa Cina disampaikan dalam Bahasa Cina.

2. PEMILIHAN CERITA
 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola semasa pendaftaran.
 Teks bercerita mestilah ditaip menggunakan, font 楷体 saiz 14, spacing 1.5, tajuk di tengah
dan digariskan.
 Teks disediakan dalam 3 salinan

3. MASA
 Masa persembahan bagi setiap peserta adalah 2 hingga 5 minit.
 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat dan dua kali pada minit kelima
menandakan masa telah tamat.
 Markah tidak akan dikira bagi bahagian yang melebihi tempoh masa tamat.
 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira.

4. TATACARA PERSEMBAHAN
 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran dan sebutan.
 Penggunaan kostum dan props dibenarkan tetapi markah tidak diambil kira.
 Penggunaan muzik latar adalah tidak dibenarkan.

5. KRITERIA PEMARKAHAN

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

a. kelancaran 30%
b. Sebutan 20%
c. Intonasi 20%
d. Gaya 20%
e. Pengajaran cerita 10%
6. Pengiraan markah : jumlah markah hakim / bilangan hakim x 100

7. Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenang
a. Teknik persembahan
b. Bahasa dan pertuturan
c. Penghayatan cerita

8. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

KARNIVAL KECEMERLANGAN PRASEKOLAH 2017


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA
BAHASA TAMIL
1. PENYERTAAN
 Setiap PPD yang mempunyai prasekolah SJKT dikehendaki menghantar seorang peserta
untuk kategori bercerita Bahasa Tamil, manakala PPD KMY mengantar 3 orang peserta dan
PPD KBB dikehendaki menghantar 2 orang peserta .
 Pertandingan ini dibuka kepada semua murid prasekolah SJKT yang boleh berbahasa Tamil
dan tidak kira bangsa dan kaum.
 Pertandingan bercerita Bahasa Tamil disampaikan dalam Bahasa Tamil.

2. PEMILIHAN CERITA
 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola semasa pendaftaran.
 Teks cerita mestilah tidak berunsur politik atau menyentuh keagamaan.
 Teks bercerita mestilah ditaip menggunakan, saiz 14, spacing 1.5, tajuk di tengah dan
digariskan.
 Teks disediakan dalam 3 salinan

3. MASA
 Masa persembahan bagi setiap peserta 3 hingga 5 minit.
 Loceng akan dibunyikan pada minit keempat sekali dan 2 kali pada minit yang kelima sebagai
menandakan masa telah tamat.
 Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh masa yang tamat.
 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira.

4. TATACARA PERSEMBAHAN
 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran dan sebutan.
 Penggunaan kostum dan props dibenarkan tetapi markah tidak diambil kira.
 Penggunaan muzik latar adalah tidak dibenarkan.

5. KRITERIA PEMARKAHAN
a. Kelancaran :30%

PINDAAN 22 OGOS 2017


KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI KEDAH 2017

b. Sebutan :20%
c. Intonasi :20%
d. Gaya :20%
e. Pengajaran cerita :10%

6. Pengiraan markah : jumlah markah hakim / bilangan hakim.

7. Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang
a. Teknik persembahan
b. Bahasa dan pertuturan
c. Penghayatan cerita

8. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

PINDAAN 22 OGOS 2017

Anda mungkin juga menyukai