Anda di halaman 1dari 26

Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : Jom Gosok Gigi

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Memupuk kesedaran menjaga kebersihan dan kesihatan gigi
2. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam mengurus gigi

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Berus gigi, cawan, ubat gigi ,ubat gigi.

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor menunjukkan gambar gigi yang cantik dan yang rosak.

1. Guru/mentor menerangkan cara penggunaan peralatan


memberus gigi

2. Setiap murid mengayakan cara memegang berus gigi yang


betul.

3. Guru/Mentor menunjukkan gaya meletakkan ubat gigi pada


berus gigi dengan betul.

4. Murid mempraktikkan aktiviti yang ditunjukkan (guru


memantau)

5. Murid mengikut cara memberus gigi yang ditunjukkan oleh guru.

6.Membersihkan tempat memberus gigi.

Penilaian : Murid dapat mempraktikkan cara memberus gigi dengan betul.

Rumusan : Murid lebih yakin dalam menjaga kebersihan dan kesihatan gigi.

falsafah ; Gigi cantik senyuman menawan


LAMPIRAN
lampiran
LAMPIRAN MEWARNA
Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid

Tajuk : Eee..rosaklah gigi saya

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. mengenal jenis makanan yang merosakkan gigi.
2. Meningkatkan pengetahuan mengenai makanan yang merosakkan
gigi.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran bergambar/perkataan

Contoh : gambar gula-gula, coklat, aiskrim, sayur, buah-buahan dan


yang berkaitan.

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor menunjukkan kad imbasan.

1. mentor menerangkan bahayanya makanan yang boleh merosakkan


gigi.

2. murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

3. Guru/ mentor mengedarkan bahan kepada kumpulan.

4.Murid-murid memilih jenis makanan yang boleh merosakkan gigi


dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Guru/mentor memantau aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Murid dapat mengenal dan membezakan makan yang boleh


merosakkan gigi.

Rumusan : Murid boleh mengenalpasti makanan yang boleh merosakkan gigi.


falsafah ; Gigi sihat anda ceria.

lampiran
Lampiran
Lampiran mewarna
Bidang : Peningkatan Disiplin Diri

Tajuk : Si Manjaku Ceria

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menampilkan diri dengan pakaian yang lengkap dan kemas.
2. Memupuk sikap menjaga kekemasan diri.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran: pakaian sekolah yang kemas dan lengkap

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor menunjukkan gambar atau contoh murid yang
berpakaian kemas.

1. Guru memberi penerangan tentang gaya berpakaian sekolah yang


kemas dan lengkap.

2. Murid melihat diri dan mengenalpasti sama ada pakaian mereka


Kemas, lengkap atau tidak.

3. Guru membuat aktiviti dengan menyanyi lagu “ Saya Bersih”


bersama murid.

Penilaian : Murid dapat mempastikan dirinya berpakaian lengkap dan kemas.

Rumusan : Murid lebih yakin datang ke sekolah apabila pakaian mereka bersih
dan lengkap.
Falsafah : Baju bersih mengambarkan identiti diri yang sempurna

Lampiran
BAJU SAYA BERSIH

BERSIH BAJU SAYA

KALAU BAJU BERSIH

KAWAN SUKA SAYA

ULANG*****************

*Mengikut kesesuaian dan masa serta boleh dilakukan bersama gerakan tangan.
Bidang : Peningkatan Disiplin Diri

Tajuk : Kasut Ajaib

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Memastikan kasut sentiasa bersih dicuci dan di kapur.
2. Memupuk sikap menjaga kekemasan diri

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kasut , stokin dan kapur kasut.

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor menunjukkan kasut dan stokin yang bersih

1. Guru meminta murid melihat kasut dan stokin yang dipakaiannya


sama ada bersih dan berkapur.

2. Guru menyatakan sebab kasut dan stokin perlu bersih dan


berkapur. Guru menunjukkan cara mengapur kasut yang betul.

3. Murid melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru.

Penilaian : Murid dapat memastikan kasut sentiasa lengkap dan bersih..

Rumusan : Murid lebih seronok datang ke sekolah dengan berkasut bersih.

Falsafah : Kebersihan mencerminkan diri yang sempurna


lampiran
Lampiran mewarna
Bidang : Kesejahteraan Mental

Tajuk : Jom, Kenal-kenal Kawan!

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Memupuk sikap ingin mengenali kawan.
2. Merapatkan hubungan mesra antara murid.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Murid-murid di dalam kelas.

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor memperkenalkan diri.

1. Setiap murid dikehendaki menyebut nama masing-masing.

2. Murid-murid diminta menghafal atau mengingat 5 nama kawannya.

3. Setiap murid akan menyebut nama kawan yang telah dikenalinya


sambil menunjukkan kawan yang disebut tadi.

Penilaian : Murid-murid dapat mengenali kawan sekelasnya dengan lebih rapat.

Rumusan : Murid dapat mewujudkan hubungan persahabatan yang erat


dikalangan rakan sekelas.

Falsafah : Kemesraan menjalinkan persaudaraan yang utuh


Lampiran mewarna
Lampiran mewarna
Bidang : Kesejahteraan Mental

Tajuk : Cikgu Ku Sayang

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Memupuk sikap hormat dan sayang kepada guru.
2. Melahirkan murid yang bersahsiah terpuji.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran: kad imbasan (adab bersama guru)

Contoh: Terima kasih cikgu

Selamat pagi cikgu

Maafkan saya cikgu

Assalammualaikum / Salam sejahtera cikgu

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor menunjukkan adab-adab ketika berjumpa guru.

1. Murid menyebut dengan kuat dan serentak perkataan yang


ditunjukkan oleh guru.

2. Guru menerangkan waktu yang sesuai untuk menggunakan


perkataan tersebut.

3. Murid melakukan aktiviti lakonan bersama rakan sekelas.

Penilaian : Murid dapat mengaplikasikan adab tersebut mengikut kesesuaian


waktu dan tempat.

Rumusan : Murid lebih menghormati dan menyayangi cikgu .


Falsafah : Guru umpama lilin yang menerangi diri.

Terima kasih cikgu

Selamat pagi cikgu

Maafkan saya cikgu

Assalammualaikum cikgu

Salam sejahtera cikgu


Bidang : Kerjaya

Tajuk : Mari Berkebun

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Melahirkan sikap menghargai kerjaya seorang petani.

2. Mewujudkan minat kerjaya dalam bidang pertanian.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Biji benih lada, tanah,air, baja dan poli beg.

Langkah- : Set Induksi:


langkah
Guru / mentor menerangkan kerjaya dan keselamatan menggunakan
peralatan dalam bidang pertanian.

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan melantik seorang


ketua kumpulan.

2. Guru mengedarkan bahan dan peralatan berkebun kepada ketua


kumpulan.

3. Murid melakukan aktiviti penyemaian yang ditunjukkan oleh guru


dalam kumpulan masing-masing.

4. Guru mengarahkan murid mengatur biji benih yang telah disemai di


tempat yang di khaskan.

5. Murid mengemas tempat aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Murid dapat memupuk sikap berjimat cermat dan tidak suka
membazir.
Rumusan : Murid dapat menghargai keringat si petani

Falsafah : Pertanian adalah satu perniagaan

Lampiran mewarna
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Ekpresi Pekerjaan

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengenali jenis-jenis pekerjaan..
2. Mendapat pengetahuan mengenai jenis pekerjaan..

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Bahan/poster/pensel warna (guru/doktor/bomba/polis/peguam)

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor memaparkan gambar pekerjaan.

1. Guru meminta murid-murid menyebut nama pekerjaan berdasarkan


gambar.

2. Setiap murid mendapat sekeping gambar/poster pekerjaan.

3. Murid mewarna gambar pekerjaan

Penilaian : Murid dapat mengenali jenis-jenis bidang pekerjaan .

Rumusan : Murid akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan.

Falsafah : Kejayaan adalah hak milik individu bagi orang yang rajin berusaha.
Lampiran mewarna
Bidang : Kesejahteraan Mental

Tajuk : Ronda-ronda

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengenali persekitaran sekolah .
2. Mendapat pendedahan lokasi tempat di sekolah.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : tiada

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor membawa murid-murid bersiar-siar mengelilingi sekitar
sekolah sambil menerangkan nama lokasi /tempat.

1. Guru meminta murid-murid menyebut lima lokasi /tempat yang


dilawati.

Penilaian : Murid dapat mengenali kedudukan tempat/lokasi sekolah

Rumusan : Murid akan lebih yakin berada di kawasan sekolah .

falsafah : Sekolahku syurga ku


Bidang : Kesejahteraan Mental

Tajuk : Ekpresi Bentuk

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Meningkatkan pengetahuan mengenai bentuk.
2. Memupuk sikap kreatif minda.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Straw minuman plastik (satu kumpulan 6 orang 100 batang straw)

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru / mentor menunjukkan satu contoh bentuk yang boleh dihasilkan
dengan mengunakan straw.

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. (Satu kumpulan 6 orang)

2. Setiap kumpulan di minta menghasilkan seberapa banyak bentuk


yang berlainan mengikut krativiti masaing-masing dalam masa yang
ditetapkan.

3. Guru memantau aktiviti yang dijalankan

4. Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan bentuk yang telah


dihasilkan.

Penilaian : Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

Rumusan : Murid mengamalkan budaya saling bantu membantu antara satu sama
lain.

Falsafah : Minda sihat otak cergas

lampiran

Anda mungkin juga menyukai