Anda di halaman 1dari 12

CONGKAK

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu


berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah,
biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak
pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Congkak merupakan
antara permainan taradisional yang cukup popular pada suatu ketika dahulu,
permainan ini bukan sahaja dimainkan di desa-desa malahan di kota-kota.
Umumnya, congkak merupakan sejenis permainan masa lapang rakyat Malaysia dan
biasanya dimainkan di dalam rumah. Terdapat juga sesetengah orang yang
menyebut nama permainan ini sebagai `jongkak`. Tidak hanya di negara ini,
permainan congkak turut dimainkan oleh masyarakat di beberapa buah negeri di
benua Asia dan Afrika. Oleh itu, congkak bolehlah dilihat sebagai permainan yang
bersifat universal serta mampu menarik minat orang ramai untuk memainkannya
terutamanya kaum wanita. Dipercayai permainan congkak telah wujud sejak 200
tahun yang lalu di alam melayu. Congkak menjadi pilihan untuk dimainkan oleh
golongan wanita khususnya kerana congkak tidak memerlukan banyak pergerakan
fizikal berbanding permainan rakyat yang lain. Permainan congkak sangat digemari
oleh gadis dan tidak terkecuali wanita-wanita berusia.

Papan Congkak

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada


batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir
bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan
diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm.
dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di
tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak
kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang
disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan
dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak
ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah
congkak sama banyak.

Cara Bermain

Anak-anak gadis
sedang bermain congkak

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan
dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
(jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.


Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

17. Congkak

 Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-


kanak perempuan. Selain kanak-kanak,
perempuan dewasa termasuklah ibu-ibu dan
nenek-nenek juga menggemari permainan ini.

 Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan


buah congkak.

 Pemain menggali lubang bagi membuat


gelanggang permainan.
 Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke
dalam setiap lubang congkak.

 Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain


berusaha menambah bilangan buah congkak di
dalam lubang rumah masing-masing.

 Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah


congkak berada di dalam lubang di kampung
masing-masing.

 Permainan ini mengambil masa yang agak lama


dan pemain yang berjaya memungut buah congkak
yang paling banyak dianggap memenangi
permainan ini

PERLATAN CONGKAK
PAPAN CONGKAK
Permainan congkak hanya memerlukan dua jenis peralatan sahaja iaitu
papan congkak dan
buah congkak. Sebelum adanya papan congkak, mereka yang ingin bermain
congkak akan
mengorek tanah untuk membuat lubang congkak.
Kini, papan congkak boleh didapati dengan mudah dan biasanya diperbuat
daripada kayu yang
agak keras dan bermutu. Jika diperhatikan, ukuran biasa papan congkak
ialah kira-kira 120 cm

Kebiasaanya, papan congkak adalah tebal dan dibentuk seperti sebuah

perahu kecil. Papan


congkak yang sudah siap akan dihiasi pula. Papan congkak berkenaan akan
diukir, diwarna dan
dikilatkan untuk mencantikkannya.
Bahagian atas papan congkak akan dibuat dua barisan lubang yang sama
besar dan banyak.
Lubang-lubang itu dinamakan `Kampung Congkak;’. Jumlah yang terdapat
pada papan congkak
ada kalanya 7,10,14 dan sebagainya. Lubang-lubang ini akan diisi dengan
buah congkak

Pada hujung kedua-dua barisan lubang pula akan dibuat dua lubang yang
lebih besar. Lubang
besar ini adalah untuk mengisi buah congkak yang banyak. Justeru, kedua-
dua lubang besar
ini dinamakan sebagai `Rumah Congkak’
.BUAH CONGKAK
Sebenarnya berbagai-bagai benda atau objek boleh dijdikan buah congkak
terutamanya guli.
Namun sebelum adanya guli, kulit kerang, biji getah, batu-batu kecil, biji
saga dan sebagainya
sering dijadikan buah congkak

Benda-benda ini mudah diperoleh di sekeliling rumah. Buah congkak akan


diisi ke dalam
lubang-lubang congkak. Jumlah yang perlu diisi bergantung kepada jumlah
lubang yang
terdapat dalam satu baris. Sebagai contoh, jika lubang congkaknya tujuh,
maka tujuh biji buah
congkak perlu diisi ke dalam setiap lubang dan begitulah sebaliknya

CARA BERMAIN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-
dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu
demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan
kampung lawan

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan


dalam kampung kosong
di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya
buah itu jatuh atau
mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan
kampungnya iaitu mangaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya
mati. Sekiranya buah
terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan
dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.
Sekiranya buah terakhir
jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan

boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.


Setelah tamat pusingan pertama, setiap permainan mengisi semula
kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buahnya diangap terbakar.
Kampung ini tidak
boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya sehingga pihak
lawan mengaku kalah

SETELAH SAYA JALANKAN KAJIAN INI SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG


PERMAINAN
TRADISIONAL IAITU CONGKAK.SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG ASAL-USUL
PERMAINAN
CONGKAK.BUKAN ITU SAHAJA,SAYA JUGA DAPAT MENGETAHUI CARA-CARA
PERMAINAN
CONGKAK.SAYA JUGA MENGENAL DAN MENGETAHUI CARA PEMBUATAN
CONGKAK DAN
BERBAGAI JENIS CONGKAK.
PERMAINAN CONGKAK BANYAK MEMBERI KESAN TERHADAP MASYARAKAT
MELAYU.
PERMAINAN CONGKAK DIMAINKAN SEJAK ZAMAN NENEK
MOYANG,DISEBABKAN ITU

KITA PERLU SENTIASA MENGHARGAI DAN MENGIKUTI SEPERTI ZAMAN NENEK


MOYANG
KITA DAHULU KALA.
BANGSA MELAYU MEMANG DIKENALI DENGAN PERMINAN CONGKAK.OLEH
IYU,CONGKAK
ADALAH SESUATU SIMBOLIK KEPADA PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT
MELAYU.
UNTUK MENUNJUKKAN CONGKAK ADALAH PERMAINAN MASYARAKAT MELAYU
IALAH
DI BELAKANG SEKEPING DUIT SYILING RM0.10.
PERMAINAN CONGKAK JUGA DAPAT DIKENALI DISEKITAR LUAR NEGARA.OLEH
ITU CONGKAK
TELAH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA MALAYSIA DALAM PERMAINAN
TRADISIONAL.
INTERNET
(HTTP:/MALAYSIANA.PN.M
BUKU ILMIAH
SEJATI BOOKS
#1115, LEVEL II, BLOK A,
DAMANSARA,INTAN,
NO 1, JALAN SS20/27,
47400 PETALING JAYA, SELANGOR
MAJALAH
MAJALAH DALAM KELAS SEJAK TAHUN 1988

DEWAN SISWA

MAJALAH RASMI HARI GURU KEBANGSAAN MEI 2007


PAMERAN

PAMERAN DUNIA CONGKAK


28 JUN – 28 JULAI 2003
DEWAN TENGAH,
MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR.

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai


aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

Latar Belakang

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung
kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai
oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000
hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke
Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara,
congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai


sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina,
sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara dikalangan rakyat jelata, ia sekadar
dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak
dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-
peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam
budaya dan bangsa di seluruh dunia. Kita juga dapat bermain congkak secara terus
dengan mereka.Ini disebabkan permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka
yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya
memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke
dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan
jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain
yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong.
Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap
pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain
akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang
tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran
sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang
pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah,
atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Cara membuat permainan

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara membuat congkak:

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan


papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja
yang diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu
tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk
dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan
tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai
‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti
bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang
kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.


Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Peraturan permainan

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-
masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan
boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.

Perbezaan peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang


berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa
perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan
di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain.
Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam
berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

04.08.08 (10:41 am)   [edit]

Anda mungkin juga menyukai