Anda di halaman 1dari 2

Nama : Chan Hao Yu

Kelas : PC2

1) 4 jenis tingkah laku bermasalah yang boleh mengganggu pelaksanaan aktiviti pdp
di dalam bilik darjah dan huraikan 2 halangan dalam mengurus masalah disiplin dan
tingkah laku bermasalah di sekolah rendah.

 Tingkah laku bermasalah adalah seperti tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di
kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka
akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Jenis-jenis tingkahlaku destruktif
termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan kerusi, meja, peralatan,
telefon awam dan sebagainya, aktiviti kumpulan 3 liar, amalan tumbuk menumbuk,
mengugut, mencalar kereta atau motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran
lucah pada dinding bangunan sekolah.
 Selain itu, permusuhan nyata (Overt hostility) .Permusuhan nyata boleh difahamkan
sebagai keadaan di mana wujud tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk
menyakiti atau melukai sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan
permusuhan nyata ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung
dan mendapat penilaian yang negatif.
 Di samping itu, tingkah laku disruptif.Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku
yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang
melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan
sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak-
menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas.
 Tambahan pula, tingkah laku bergantung. Tingkah laku bergantung merujuk kepada
keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau
rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan.
Individuindividu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang
menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.
 Halangan dalam mengurus masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah adalah
seperti salah laku yang tidak dijangka.Adakalanya guru telah membuat persiapan
yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya
membuat perancangan tentang objektif, memilih bahan bantu mengajar yang sesuai
dengan perkembangan kognitif, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kaedah
penilaian dan sebagainya. Walau baimanapun terdapat juga pelajar yang
mempunyai masalah emosi dan disiplin diluar jangkaan. Guru hendaklah bersabar
dan jangan mengambil tindakan yang terburu-buru. Guru haruslah bijak mengambil
tindakan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.
 Selain itu, halangan komunikasi antara pelajar dan guru. Komunikasi antara pelajar
dengan guru terjejas disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan mereka
sukar memahami pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang secara
semulajadi kurang berminat terhadap sesuatu subjek. Situasi ini telah menyebabkan
pelajar tersebut tidak berminat mendengar pengajaran guru. Pembelajaran dan
pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah
interaksi dalam bilik darjah. Selain itu guru tidak mempunyai berkebolehan
memadankan bahan – bahan pelajaran yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar.
Guru juga terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran
Masteri. Aras bahan pembelajaran terlalu sukar turut menyebabkan, pelajar tidak
dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.

2) Bincangkan pendekatan yang boleh diambil oleh seorang guru untuk


mengurangkan masalah disiplin yang menjejaskan pembelajaran murid dalam bilik
darjah .

Secara umumnya anda perlu ketahui pengurusan masalah disiplin bilik darjah adalah suatu
prosuder tindakan guru mengawal dan mengurus masalah tingkahlaku pelajar sama ada
semasa atau di luar proses 14 pengajaran dan pembelajaran. Tindakan guru ini merangkumi
aktiviti rutin harian seperti mengambil kedatangan pelajar, memastikan pelajar menjalankan
tugas kebersihan dan kecerian hinggalah kepada pengurusan tingkah laku yang bermasalah
seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 iaitu datang lewat ke
kelas, biadap terhadap guru, bergaduh, berpakaian tidak kemas dan sebagainya. Tingkah
laku bermasalah ini perlu ditangani kerana akan mengganggu, menghalang kelancaran dan
kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai