Anda di halaman 1dari 2

Nama : Chan Hao Yu

Kelas : PC2

1) Penggunakan peneguhan positif dan negatif untuk membentuk tingkah lau


yang diingini.

 Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi
tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang
menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif.
Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran.
Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah
yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan
yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya
seorang saya ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Saya perlu
menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi
oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang
pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah
memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan
membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab
soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu
dalam dirinya.

 Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.Organisme
kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat mengelak atau mengurangkan
keadaan yang negatif. Peneguhan dapat dilakukan secara berterusan atau
berkala. Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak
diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan
negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam
suatu tingkah laku dan untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak
dikehendaki. Sebagai contohnya, saya telah menegur pelajar yang membuat bising.
Disebabkan oleh tindakan saya, pelajar tersebut diam dan memberi tumpuan dalam
pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai