Anda di halaman 1dari 2

NAMA : CHAN HAO YU

PC2

1. Huraikan maksud lewat perkembangan

Lewat perkembangan secara umum atau lebih dikenali dengan nama “Global
Developmental Delay” (GDD) merujuk kepada kanak-kanak yang tidak mencapai tahap
perkembangan mereka mengikut peringkat umur secara normal dari aspek perkembangan
bahasa dan komunikasi, fizikal, kognitif, sosio emosi dan persekitaran. Kebiasaannya boleh
dikenalpasti di peringkat awal perkembangan kanak-kanak iaitu ketika kanak-kanak baru
lahir sehingga berumur 18 tahun. Secara tuntasnya, lewat perkembangan merujuk kepada
perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kemahiran komunikasi yang tidak dapat mengikut
norma seperti kanak-kanak lain.

2. Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan


keberkesanan pembelajaran murid yang menghadapi masalah pendengaran dalam
bilik darjah

Setiap anak murid yang berada di dalam kelas adalah menjadi tanggungjawab
seseorang guru untuk mendidik mereka. Guru-guru tidak boleh lepas tangan dan mengambil
mudah dalam aspek mendidik dan mengajar mereka. Guru-guru tidak perlu gusar jika
terdapat anak murid yang bermasalah pendengaran ditempatkan di dalam kelas mereka.
Jadi, guru perlulah :

 Tempatkan anak bermasalah pendengaran di barisan hadapan dan berhampiran


dengan guru

 Guru perlu memakai alat FM System untuk memastikan anak bermasalah


pendengaran mendengar suara guru dengan jelas semasa sesi pembelajaran

 Guru perlu berhadapan dengan anak bermasalah pendengaran ketika berkomunikasi


dengan mereka

 Elakkan mengajar sambil berjalan (jika tidak memakai FM System)


 Kurangkan bunyi bising di dalam kelas (contoh: pasang langsir di dalam kelas)

 Tuliskan arahan di atas papan hitam bagi memudahkan pemahaman anak.

 Galakkan buddy system supaya seorang rakan boleh membantu menyampaikan


maklumat tentang aktiviti kelas.

 Menyediakan aktiviti sosial seperti bermain untuk meningkatkan kemahiran sosial


murid.

 Memperbanyakkan penggunaan teknologi seperti komputer dalam PdP.

Anda mungkin juga menyukai