Anda di halaman 1dari 1

13. Huraikan lima faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang perabot.

[15]
a. Bahan mentah
 Bahan mentah merujuk kepada input yang digunakan dalam pengeluaran barang
dan perkhidmatan
 Sebagai contoh, kilang perabot sesuai dibina di tempat yang berdekatan dengan
pembekal kayu dan papan
b. Sistem pengangkutan dan logistik
 Syarikat perlu memilih lokasi yang dilengkapi dengan kemudahan perhubungan
yang baik
 Sebagai contoh, lokasi kilang perabot haruslah terletak di tempat yang senang
dicapai untuk memudahkan penghantaraan bahan mentah dan barang siap
c. Peraturan dan kawalan undang-undang
 Syarikat perlu mengambil kira peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam
industri yang diceburi
 Sebagai contoh, kilang perabot tidak boleh terletak berhampiran kawasan
perumahan kerana bunyi bising kilang dan kenderaan berat keluar masuk kilang
akan menganggu ketenteraman penduduk setempat
d. Bekalan tenaga buruh
 Syarikat perlu memilih lokasi kilang yang terletak di tempat yang mudah untuk
mendapatkan buruh yang murah dan berkemahiran
 Sebagai contoh, kilang perabot dibina di kawasan pinggir bandar dan mengambil
penduduk di pinggir bandar untuk bekerja di kilang
e. Jarak lokasi dengan tempat kemudahan
 Syarikat perlu memilih lokasi yang berdekatan dengan institusi kewangan
 Sebagai contoh, lokasi kilang perabot haruslah terletak di kawasan yang
mempunyai bank untuk memundahkan urusan pembayaran dan penerimaan wang

Anda mungkin juga menyukai