Anda di halaman 1dari 15

Bingkai Aliran Pemikiran Muhammad ‘Uthman El-Muhammady:

Inteligensia Muslim Kontemporari

1
Ummi Zainab Mohd Ghazali & 2Muhammad Azizan Sabjan

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan


Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia

Abstrak: Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam
penyebaran dakwah di Malaysia. Beliau turut dikenali sebagai tokoh inteligensia Muslim
kontemporari berdasarkan kepada bingkai aliran pemikiran yang dibawa oleh beliau. Kajian ini
menggunakan metode kajian kualitatif yang berlandaskan kepada metode sejarah, analisis kandungan
karya-karya secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa Muhammad ‘Uthman El-
Muhammady adalah pejuang tegar ahli Sunnah wa al-Jama’ah dalam kalangan para ilmuan Nusantara.
Bingkai aliran pemikiran beliau dapat dilihat melalui hasil karya-karya beliau, wacana keilmuan dan
kertas kerja sebagai kaedah dan medium yang beliau usahakan dalam penyebaran dakwah Islamiyyah
dalam kalangan ummah. Seterusnya, keprihatinan beliau terhadap nasib ummah dalam kemelut
permasalahan isu agama terutama dari sudut amalan dan serangan pemikiran gerakan Barat
menjadikan beliau berusaha merungkai dan menyelesaikan dengan cara yang bijaksana berlandaskan
kepada ajaran al-Quran, al-Sunnah, al- Ijma’ dan al-Qiyas. Ajaran ahli Sunnah wa al-Jama’ah menjadi
pegangan yang utuh dan kuat dalam diri beliau. Bahkan, beliau menekankan dan menggalakkan setiap
Muslim berpegang dengan ajaran ahli Sunnah demi menjaga dan memelihara akidah dari serangan
ancaman ideologi pemikiran anti Islam. Pencerahan ilmu dakwah ajaran agama yang sahih dan jelas
dapat menghindarkan seseorang Muslim dari terpengaruh dengan pemikiran agama dan falsafah
moden. Hasilnya, keperibadian dan keintelektual yang ditonjolkan oleh Muhammad ‘Uthman El-
Muhammady dalam menganalisis diagnostik setiap permasalahan yang timbul dan mencari jalan
penyelesaian serta berjaya dalam komunikasi dengan masyarakat menjadikan beliau seorang tokoh
inteligensia Muslim kontemporari par excellence di Alam Melayu ini. Malah, hasil pemikiran beliau
dapat dijadikan sebagai iktibar dan rujukan umat Islam dalam menghadapi serta menangani kemelut
serangan pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam dengan cara yang sebaik-baiknya.

Kata kunci: pemikiran, Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, inteligensia, kontemporari, ahli


Sunnah wa al-Jama’ah

1
Beliau merupakan calon Sarjana Sastera (Falsafah) di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
2
Prof. Madya Dr. Muhammad Azizan Sabjan merupakan pensyarah di Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. E-mail: mazizan@usm.edu.my

1
PENGENALAN

Secara umumnya, Islam merupakan agama universal yang dianuti oleh pelbagai kaum dan bangsa
(Napisah 2017). Malah, Islam ialah agama Ilahi yang bersumber kepada asas ilmu pengetahuan iaitu
wahyu (Ali 2013). Menurut Walker (1995), perkataan dakwah berasal dari kata kerja ‘da’a’ yang
mempunyai makna dan maksud yang baik dalam al-Quran serta dalam ungkapan ucapan. Menurut
Yusuf (1993), pandangan dari sudut perspektif multi-agama dan mentakrifkannya sebagai aktiviti
pencerahan kepada masyarakat akan kebenaran agama Islam dan ajaran yang patut diamalkan.
Golongan inteligensia atau ulama ialah seseorang yang mempunyai intelektual ilmu yang meluas
dalam bidang ilmu agama (Surtahman 2004). Keilmuan yang dimiliki oleh seseorang tokoh
inteligensia dapat menggarapkan dan mengembangkan ilmu tersebut bersesuaian dengan bidang
kepakaran sehingga lahir beberapa disiplin atau cabang ilmu yang lain. Kewujudan golongan
inteligensia dalam suatu kelompok masyarakat menjadi faktor asas yang utama kepada pembinaan
‘aqal dan jiwa serta diri dan tamadun sesuatu bangsa umat manusia. Bidang keilmuan dakwah agama
sangat sinonim dengan golongan inteligensia (Ismail Mina 2014).

Menurut Abd Aziz (2012), seruan dakwah kepada umat Islam adalah merupakan suatu tuntutan
rabbani yang Allah s.w.t telah menciptakan manusia untuk ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi
ini. Aktiviti dakwah telah lama dipraktikkan dan dilakukan oleh para nabi yang bermula sejak dari
Nabi Adam a.s iaitu manusia pertama dalam kejadian umat manusia di dunia ini sehinggalah kepada
utusan Rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan ia diteruskan pula oleh para sahabat rasul,
tabi’in, para da’i sehingga kini. Namun, perkembangan intelektual dalam golongan ulama inteligensia
telah membawa kepada rumusan definisi dakwah yang baru dalam dunia Islam. Hal ini berkait rapat
dengan kepakaran para ulama dalam perkembangan konsep dakwah dari semasa ke semasa. Dakwah
kepada agama Allah s.w.t merupakan jalan yang ditempuh oleh para nabi dan pengikutnya. Dalam
salah satu hadith ada disebut bahawa ‘ulama adalah pewaris para Nabi’. Hal ini terbukti, apabila
ulama terdahulu berjaya dalam penyebaran syiar Islam ke seluruh pelosok dunia.

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (1943-2013) merupakan seorang tokoh pemikir, penulis


dan cendekiawan Islam yang terkenal di Malaysia malahan di Nusantara. Beliau mempunyai peribadi
yang menggagumkan dan memiliki keilmuan yang pelbagai jenis dengan tahap pemikiran serta kualiti
yang hampir sama dengan ulama-ulama terdahulu. Selama 30 tahun lebih beliau bergiat cergas dalam
dunia aktiviti berdakwah. Misi dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady ialah untuk
meneruskan usaha pencerahan yang telah dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu dengan menerangkan
kebenaran dan kesempurnaan ajaran Islam ahli Sunnah wa al-Jama'ah serta mendidik ummah ke arah
penghayatan Islam sebagai ad-Din.

2
TINJAUAN LITERATUR

Kajian mengenai tokoh ulama Nusantara dan dakwah merupakan kajian yang telah banyak dilakukan
oleh para penyelidik akademik bagi menyelidik dan mengkaji peranan, sumbangan, dan pemikiran
para ulama. Menurut Dzulkifli (2017), bahkan dalam kitab-kitab asanid dan qamus tarajim (biografi
tokoh Arab) banyak dimuatkan biografi para ulama Nusantara. Namun, hasil penulisan karya-karya
agung oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady masih kurang dikaji dan ia sebagai usaha beliau
untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah di Malaysia mahupun Nusantara. Justeru, penulis telah
meneliti dan mengkaji setiap karya yang telah dihasilkan oleh beliau. Ia merangkumi pelbagai sudut
aspek seperti tafsiran al-Quran, politik, ekonomi, pendidikan, akidah, tasawuf, fiqah, ibadat dan
sebagainya. Antara penumpuan beliau ialah mengenai perbincangan isu-isu agama seperti fenomena
serangan fahaman dan falsafah gerakan moden atau agama baru seperti agama Pasca Modernisme
penulisan Ismail Mina (2014), Liberalisme dalam penulisan Wan Ismail (2015), Sekularisme
penulisan Syaikh Abdullah (2009) dan Pluralisme Agama penulisan John Hick (2004). Gerakan
agama baru ini sangat bercanggah dengan ajaran Islam.

Selain itu, melalui penulisan Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, beliau menyatakan


bahawa pemikiran serangan atau war of ideas oleh pemikir-pemikir agama Barat turut
mengemukakan teori-teori baru rekaan mereka seperti falsafah deontologi, desakralisasi dan
sebagainya yang bertentangan dengan akidah dan ajaran Islam. Menurut pemikir Freemasonry Zionis
yang masih mengaku beragama Islam, mereka sentiasa berusaha menyusun strategi dalam serangan
terhadap umat Islam sehingga dapat memberikan impak yang cukup terkesan dalam komuniti Islam
(Abdul 2014). Fahaman agama moden ini menekankan kepada fahaman dan falsafah kebebasan
mutlak individu dalam semua aspek kehidupan dan ini sangat bercanggah dengan akidah, syariat,
akhlak, ontologi, epistemologi, budaya, institusi keluarga dan sistem ilmu umat Islam. Dalam
tamadun Islam, fenomena serangan inilah merupakan bukti yang jelas kerosakan akidah dan memberi
kesan serta pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang Muslim. Sebagai contoh dapat dilihat
dalam buku yang bertajuk, ‘Civil Democratic Islam oleh C. Benard’ dan juga ‘Building Moderate
Muslim Networks oleh Angel Rabasa’. Buku-buku ini membahaskan mengenai keilmuan, dialog-
dialog ketamadunan, wacana pemikiran dan falsafah serta wacana psikologi yang menjerumus kepada
serangan pemikiran. Hal ini bertujuan untuk mengelirukan umat Islam terhadap pegangan agama yang
dipegang selama ini (Ismail 2014).

Seterusnya, huraian mengenai Liberalisme dapat dilihat dalam penulisan Cecile Laborde
(2017) dalam buku yang bertajuk ‘Liberalism’s Religion’ yang membahaskan mengenai pendekatan
egalitarian liberal. Antara penulisan lain mengenai ideologi fahaman barat ialah penulisan dari Ronald
Dworkin (2013) yang bertajuk ‘Religion without God’, penulisan Cristopher Eisgruber dan Lawrence
Sager (2007) yang bertajuk ‘Religious Freedom and the Constitution, penulisan Charles Taylor dan

3
Jocelyn Maclure (2011) yang bertajuk ‘Secularism and Freedom of Conscience, penulisan Micah
Schwartzman (2012) yang bertajuk ‘What if Religion Is Not Special’, and ‘“Religion, Equality and
Anarchy”, in Religion in Liberal Political Philosophy’. Penulisan-penulisan ini membincang dan
membahaskan dengan lebih telus mengenai falsafah dan ideologi yang dicetus oleh pemikir-pemikir
di Barat. Kebebasan pemikiran ini menjadi satu cabaran kepada umat Islam untuk menempis dan
menolak dari menerima serangan pemikiran yang bertentangan dengan akidah Islam.

Menurut Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, amalan Liberalisme Barat sangat bercanggah


dengan akidah Islam yang menjadi ancaman kepada golongan belia di Malaysia mahupun Nusantara.
Antaranya ialah kebebasan manusia perseorangan tanpa batas dan pentakrifan manusia dari segi
keinginan-keinginan yang relatif, kebebasan yang tidak terkawal dengan ajaran syariat dan konsep
insan yang bersifat sejagat. Hal ini membawa kepada percanggahan akidah Islam dan boleh
menjadikan seseorang itu terpesong akidah hidupnya dari Islam (Ismail 2014). Menurut Wan Adli
(2014), segelintir pemikir Islam telah menerima pakai idea pemikiran liberal meskipun pada dasarnya
istilah ‘Islam Liberal’ tidak pernah wujud dalam pegangan ahli Sunnah yang berlandaskan kepada al-
Quran, Sunnah dan Ijma’. Ancaman ini telah membuka mata dan menjadikan tokoh ulama murabbi
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady bangkit memperjuangkan fahaman pegangan ahli Sunnah wa
al-Jama’ah dalam konsep dakwahnya bagi menggelakkan umat Islam terpesong akidah yang boleh
menimbulkan kekacauan dan kecelaruan akidah sebagaimana yang pernah berlaku kepada umat
terdahulu mahupun ketika ini (Abdul 2014).

BIOGRAFI

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang telah dilahirkan
pada 9 Februari 1943 di Kampung Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah dibesarkan dalam
sebuah keluarga petani yang cukup sederhana. Ayah beliau dikenali sebagai Muhammad bin Musa.
Manakala, ibu beliau pula ialah Mek Wok binti Awang Long. Pasangan ini telah dikurniakan empat
orang cahaya mata iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Beliau merupakan anak sulung
dalam kalangan empat adik beradik tersebut (Yasmun 2013).

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah melalui proses pendidikan pada peringkat awal
sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika beliau berusia enam tahun,
beliau telah memasuki alam persekolahan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rambutan Rendang,
daerah Panji Kota Bharu, Kelantan dalam sekitar tahun 1945 sehingga 1949. Setelah tamat pengajian
pada peringkat sekolah kebangsaan, beliau meneruskan pengajian dan memasuki “Special Malay
Class” di Maktab Sultan Ismail atau Sultan Ismail College Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1955 dan
telah menamatkan pengajian selama lima tahun iaitu pada tahun 1960 (Zakaria 2014).

4
Sepanjang tempoh pengajian tersebut, beliau mempunyai beberapa orang rakan seperjuangan
dan antara salah seorang sahabat beliau ialah Kamal Hassan yang merupakan sahabat karibnya ketika
itu. Antara sahabat karib beliau yang lain ialah Haji Jaafar iaitu pengusaha minyak Mustika, Haji
Arifin iaitu seorang guru. Mereka berempat telah bersahabat baik sehingga kini. Keazaman
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam menguasai kitab-kitab Arab telah berjaya dikuasai
dengan cemerlang. Pada ketika itu juga, disebabkan minat beliau yang mendalam terhadap buku,
beliau telah membeli sebuah buku yang bertajuk, ‘The Republic’ oleh pengarang Plato pada 2 Mac
1957 dengan harga RM1.75. Buku itu antara buku yang masih berada dalam koleksi peribadi beliau
(Yasmun 2013).

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah melanjutkan pengajian ke peringkat menengah


atas di Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Kedah pada tahun 1962. Beliau mendapat keputusan
yang baik dan lulus dalam peperiksaan High School Certificate (HSC) dengan jayanya. Kejayaan
akademik Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam peperiksaan High School Certificate (HSC)
telah melayakkan beliau untuk meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Muhammad
‘Uthman El-Muhammady telah berjaya ditawarkan untuk memasuki Universiti Malaya (UM), Kuala
Lumpur sebagai tempat untuk meneruskan pengajian beliau dengan membuat pengkhususan dalam
bidang Pengajian Islam pada tahun 1963. Selama tempoh tiga tahun beliau menimba ilmu di
Universiti Malaya. Namun, pada tahun 1966, beliau telah berjaya menamatkan pengajian beliau
dengan cemerlang dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pangajian Islam) (Yasmun 2013).

Badan dakwah Al-Rahmaniah telah ditubuhkan pada tahun 1963. Badan dakwah ini telah
dianggotai oleh pelajar-pelajar Muslim yang mempunyai minat cenderung ke arah fahaman Islam.
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan antara tenaga utama dalam badan dakwah ini.
Badan dakwah Al-Rahmaniah merupakan antara salah satu organisasi dakwah yang terawal dalam
kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti di negara ini. Selepas tamat pengajian di peringkat
ijazah pertama, beliau bertugas sebagai tutor di Universiti Malaya.

Seterusnya, Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah melanjutkan pengajian ke peringkat


sarjana. Beliau memilih universiti yang sama dan memberikan sepenuh perhatian terhadap bidang
ilmu yang beliau pelajari sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang. Tesis bagi ijazah
sarjananya ialah mengenai pemikiran politik Imam al-Mawardi (Yasmun 2013). Beliau telah
mengakhiri zaman bujang selepas beliau menamatkan pengajian beliau di universiti tempatan. Beliau
telah berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Mariam binti Husain pada tahun 1966. Isteri
beliau berasal dari Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Hasil perkongsian hidup Muhammad
‘Uthman El-Muhammady dengan isterinya, mereka telah dikurniakan seramai 14 orang cahaya mata
dan dua dari kalangan anak-anaknya telah meninggal dunia (Zakaria 2014).

5
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah
dan mula berkhidmat di Jabatan Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1969 sejurus
selepas beliau berjaya memperoleh ijazah sarjana dari universiti tersebut (Yasmun 2013). Selain itu,
beliau turut dilantik menjadi Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Karyawan. Di samping
itu, beliau bekerja sebagai pensyarah sambilan di peringkat ijazah sarjana dalam bidang perbandingan
agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seterusnya, Muhammad ‘Uthman El-Muhammady juga
merupakan Felo Akademik Yang Amat Utama di ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau telah memperkenalkan konsep Pendidikan Islam yang bersifat bersepadu dengan
mengemukakan idea-idea baru dalam karya yang berhubung dengan pendidikan Islam sejagat (Adli
2017).

Menurut Zukifli Dahalan (2008), Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah dilantik


menjadi Yang Di-Pertua bagi Pertubuhan Al-Rahmaniah pada tahun 1963. Beliau telah menulis
makalah-makalah yang terdapat dalam majalah ‘al-Nur’. Penulisan beliau telah diterima pakai oleh
masyarakat dan para ilmuan. Beliau turut terlibat dengan penulisan penterjemahan dari buku-buku
bahasa Arab dan Inggeris kepada buku bahasa Melayu serta tulisan-tulisan asli. Malah, beliau banyak
menulis mengenai kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar-seminar yang
dianjurkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa terutamanya dari segi akidah, akhlak,
budaya, kerohanian dan falsafah (Zukifli 2008).

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady pernah menyandang jawatan sebagai Pakar Perunding


Agama bagi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di Terengganu. Beliau juga turut menjadi ahli
dewan redaksi majalah ‘Pengasuh’ iaitu keluaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Beliau
banyak bergiat aktif dalam menyampaikan dakwahnya semasa hayat beliau. Semasa beliau kembali ke
Kelantan, beliau banyak memberi tumpuan dalam melaksanakan pengajian kitab-kitab agama dan
memperoleh banyak jemputan ceramah di sekitar masjid-masjid di Pasir Mas dan Kota Bharu,
Kelantan. Beliau menjadi ikon kepada anak-anak muda Kelantan dalam menyampaikan dakwah
agama Islam (Yasmun 2013).

Di samping itu, Muhammad ‘Uthman El-Muhammady juga pernah menyandang beberapa


jawatan penting dalam Jawatankuasa dan Lembaga. Antaranya ialah beliau memegang jawatan
sebagai Ahli Panel Penasihat Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS). Seterusnya, Editor Pakar
bagi menyemak terjemahan Inggeris Tafsir Pimpinan al-Rahman, JAKIM. Selain itu, beliau pernah
menyandang jawatan sebagai Penyemak Terjemahan Muqadimmah Ibn Khaldun, DBP. Beliau turut
dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institusi Integriti Malaysia dan Pesuruhjaya SUHAKAM
(Zakaria 2014).

6
METODOLOGI

Kertas kerja ini bertujuan untuk memfokus dan menjelaskan mengenai ketokohan Muhammad
‘Uthman El-Muhammady sebagai seorang tokoh inteligensia kontemporari dalam menyebarkan
dakwah Islamiyyah di Malaysia mahupun Nusantara serta menganalisis pemikiran serta perjuangan
beliau berdasarkan kepada hasil karya-karya, kertas kerja dan wacana ilmu yang dibuat semasa hayat
beliau dari tempoh tahun 1943 sehingga 2013. Justeru, metode kajian yang digunakan ialah kajian
yang berbentuk kualitatif. Ia merujuk kepada metode analisis kandungan. Menurut Othman Lebar
(2006), pengumpulan data melalui analisis kandungan dapat memberi maklumat yang relevan kepada
permasalahan dan isu yang dikaji.

Metode analisis dilakukan berdasarkan kepada pendekatan induktif diskriptif terhadap hasil
karya-karya yang dikarang oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dalam memartabatkan dan
memperjuangkan fahaman ajaran ahli Sunnah wa al-Jamaah serta pembongkaran ideologi falsafah
moden dari gerakan Barat di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Analisis pemikiran dan
perjuangan dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady turut dilakukan melalui beberapa metode
iaitu dari segi metode pembacaan, pemerhatian dan penganalisian data yang diperoleh. Malah,
membuat perbincangan serta rumusan sejauah mana pemikiran dakwah beliau dapat memberi impak
dan kesedaran kepada umat Islam di Malaysia mengenai permasalahan dan isu-isu agama yang
melanda ummah masa kini.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang pakar dalam
bidang ilmu-ilmu agama. Beliau memiliki kebolehan dalam memahami ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan ilmu falsafah Islam Klasik, falsafah Islam Kontemporari serta falsafah Barat iaitu falsafah
Greaco-Alexandario dengan baik. Malah, beliau turut mempunyai peranan penting dalam kajian
terhadap kitab-kitab Islam, ekonomi, politik dan sejarah. Kepakaran ilmu yang beliau miliki
menyumbang kepada pembangunan dakwah Islamiyyah di Malaysia. Beliau juga bergiat aktif dalam
bidang penulisan wacana keilmuan dan kertas kerja.

Sepanjang beliau dikenali sebagai seorang tokoh inteligensia kontemporari, beliau telah
berjaya menghasilkan beberapa buah karya, di mana karya-karya tersebut adalah hasil dari buah
pemikiran beliau yang berpaksikan kepada ajaran ahli Sunnah dan pemikiran ulama-ulama terdahulu
seperti Imam al-Syafi’i rh, Imam al-Ghazali rh terutamanya dari segi bidang akidah Islam, fiqah,
hukum-hakam, tauhid, ibadat. Antara sebahagian dari hasil karya-karya beliau boleh diperincikan
kepada jadual berikut:

7
Jadual 1: Dapatan Hasil Karya-Karya Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Tajuk Karya-Karya Perbincangan Terbitan/ Tahun

Al-Quranul-Karim, terjemahan Ia adalah terjemahan dan Terbitan Dewan Bahasa dan


dan Huraian Maksud huraian tambahan atas tafsir Pustaka (DBP) (5 jilid).
Inggeris oleh Abdullah Yusuf
Ali.
Fath al-Mu’in, terjemahan dan Menterjemahkan kitab Syaikh Terbitan Majlis Ugama islam
Huraian Maksud Zayn al-Din al-Malbari rh iaitu Negeri Kelantan, Kota Bharu,
Fath al-Mu’in sebuah kitab Kelantan.
Mazhab al-Syafi’i ke dalam
Bahasa Melayu. Kitab ini ialah
teks fiqah sederhana besar yang
digunakan di pondok-pondok di
Alam Melayu.
Peradaban Dalam Islam Membincangkan mengenai Terbitan Pustaka Aman Press,
Islam sebagai ‘Din’, Man in Kota Bharu, edisi 1976 dan
Islam, kehidupan kerohanian beberapa cetak-ulang.
dalam ajaran Islam, puasa,
keperibadian Rasulullah s.a.w.
contoh terbaik, kegagalan
pendidikan ‘Liberal’,
pendidikan dalam Islam,
kepimpinan, ajaran tasawuf,
peranan tokoh ulama di
Malaysia.
Memahami Islam Membahaskan mengenai Terbitan Pustaka Aman Press,
kepimpinan yang membawa Kota Bharu, Kelantan, 1977.
manusia atau mengembalikan
manusia kepada ‘Jalan’ Tuhan
yakni kepada hukum syari’at
dengan sempurna dalam semua
aspek kehidupan.
Islam, Peribadi, Tarbiah, dan Membincangkan mengenai Terbitan Majlis Ugama Islam
Institusi amal ibadat terutamanya ibadat Kelantan, 1987.
khusus yang bersifat fardiyah
kerana ia adalah penekanan
utama dalam ajaran ahli Sunnah
wa al-Jamaah. Menurut beliau,
aktiviti puncak dalam
kehidupan seseorang manusia
adalah amal ibadatnya. Ia
merupakan penghubung antara
manusia dengan Tuhannya.

8
Islam dan Kebudayaan Membahaskan tentang Islam Terbitan Dewan Bahasa dan
dan kebudayaan yang saling Pustaka (DBP) berdasarkan
bergantungan antara satu sama kepada wacana tentang
lain. Kebudayaan Islam kebudayaan yang disampaikan
diperlukan bagi manusia pada pada tahun 1989 di Kuala
zaman kini. Karya ini turut Lumpur.
menghuraikan kedudukan
sebenar antara kontemplasi
dengan kegiatan lahiriah dalam
kehidupan dan peradaban
manusia tanpa meminggirkan
dari segi mana-mana aspek
yang diperlukan.
Falsafah Agama John Hick- Membincangkan mengenai John Terbitan Pertubuhan Muafakat
Pengamatan Dari Perspektif Hick yang banyak mentakrifkan Sejahtera Masyarakat Malaysia
Ajaran Ahli Sunnah wa al- agama dalam pelbagai maksud. (MUAFAKAT), 2012
Jamaah. Antara salah satunya adalah
John Hick menganggap agama
itu sebagai pengiktirafan umat
manusia tentang adanya sesuatu
kuasa ghaib yang bertindak
sebagai pengawal segalanya.
Beliau juga percaya kepada
konsep Tuhan yang bersifat
sebagai satu diri atau dewa-
dewa berhak untuk ditaati dan
disembah.
Menegakkan Ahl Al-Sunnah Membincangkan mengenai Terbitan Majlis Agama Islam
Wa Al-Jama’ah Mengelak pegangan fahaman ahli Sunnah Kelantan, Kota Bharu, 2012
Daripada Syi’ah. wa al-Jama’ah. Mazhab ahli
Sunnah wa al-Jama’ah
merupakan mazhab yang paling
dominan dalam sejarah umat
Islam. Mazhab ini juga
merupakan mazhab yang benar,
asal serta tepat mengikut ajaran
dan amalan umat Islam. Sejarah
perkembangan mazhab ini telah
telah wujud sejak dari awal lagi.
Malah, turut membincangkan
mengenai aspek akidah Islam.
Akidah yang sahih menjadi
dasar kepada kehidupan
rohaniah dalam Islam. Ia
berpandukan kepada al-Quran
dan hadith yang sahih.

9
Berdasarkan kepada Jadual 1, bidang yang menjadi keutamaan Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
dalam penghasilan karya-karya agama ialah berkaitan dengan pegangan akidah umat Islam dengan
merujuk kepada konsep dan doktrin akidah ahli Sunnah wa al-Jamaah.

PERBINCANGAN HASIL DAPATAN

Analisis Bingkai Pemikiran

Pola dasar pemikiran Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah banyak dipengaruhi oleh
pemikiran ulama-ulama terdahulu seperti al-Juwayniy dan al-Ghazali. Ia merangkumi dari
aspek ajaran dan falsafah ahli Sunnah wa al-Jama’ah. Manakala, dalam bidang hukum-
hakam fiqah pula, beliau turut dipengaruhi oleh Imam al-Syafi’i. Seterusnya, dalam bidang
yang berkaitan dengan konsep akidah Islam, beliau berlandaskan kepada skema dan konsep
Imam al-Ash’ari dan Imam Abu Hanifah (Ismail 2014).

Aliran pemikiran tokoh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady yang jelas terlihat


dalam penyebaran dakwah ialah mengenai usaha memartabatkan ahli Sunnah wa al-Jama’ah
sebagai pemangkin kelangsungan masyarakat Islam Madani di Malaysia (Abdul 2014).
Menurut beliau, keuntuhan pegangan ajaran ahli Sunnah wa al-Jama’ah dalam kalangan
ummah telah menyatupadukan seluruh umat Islam dengan kefahaman Islam yang seragam.
Pegangan akidah ahli Sunnah wa Jama’ah ini berasaskan kepada ajaran fiqah berpandukan
mazhab Shafi’i dan akhlak berpandukan kepada tasawuf Imam al-Ghazali, serta ajaran akidah
dari Imam Al-Ash’ari (Abdul 2014).

Menurut Zakaria Stapa, penguasaan ilmu yang telah dikuasai oleh beliau dapat dilihat
dari penghasilan karya-karya beliau dan perungkaian permasalahan mengenai kemelut
pemikiran dalam isu-isu kontemporari di Malaysia dengan lebih baik dan jelas. Konsep yang
dibawa oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady telah memberi impak dan kesedaran
kepada masyarakat Islam. Menurut beliau, ajaran ahli Sunnah wa al-Jama’ah pernah menjadi
perbincangan yang serius dalam kalangan ummah. Hal ini disebabkan oleh, timbulnya
kekeliruan agama dengan pelbagai amalan dan falsafah moden dari gerakan Barat yang
semakin berleluasa malah ia merupakan ancaman terhadap umat Islam di Malaysia (Zakaria
2014).

Penciptaan amalan dan falsafah moden telah dicipta oleh manusia itu sendiri dan
ancaman ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Melalui buku yang dihasilkan oleh

10
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady yang bertajuk, ‘Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah, sebuah
huraian dari perspektif sejarah dan konsep’ mampu mengembalikan kesedaran, pencerahan
dan pegangan yang utuh dalam diri seorang Muslim. Ia merupakan alternatif sebagai satu
cara untuk mengenali dan memiliki akidah yang sahih dan benar kepada Allah s.w.t. Ia
melalui ajaran dan amalan umat Islam serta dapat memisahkan daripada ajaran dan amalan
yang salah (Abdul 2014).

Seterusnya, menurut Zakaria Stapa (2014), Muhammad ‘Uthman El-Muhammady


ialah seorang ulama Islam yang berjiwa pejuang. Beliau memiliki beberapa kelebihan dan
kepakaran ilmu agama. Dari segi kelebihan yang beliau miliki ialah beliau memahami Bahasa
Arab klasik dengan baik, justeru dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ruhiy selain
‘aqli dengan karya-karya turath tersebut seperti karya-karya al-Qusyairiy penulisan Zahra, al-
Muhasibi penulisan Margaret (1973) al-Asy’ari penulisan Muhammad Syarif (2005), al-
Baqilaniy penulisan Muhammad Hamidullah (1965), al-Ghazali penulisan Nabil (2000), Ibn
‘Arabi penulisan William (1976), Ibn Farid penulisan Guiseppe (2004), Suhrawardi Maqtul
penulisan Edward (1940) Ibn Sina penulisan Munim (2002), Fakhru’al-Din al-Razi penulisan
Mohammed Rustom (2014), al-Iskandari penulisan Shaykh Fadhalalla (2004), Shah
Waliyu’llah penulisan Muhammad Daud (1955) dan lain-lain lagi. Muhammad ‘Uthman El-
Muhammady juga turut menguasai falsafah Greaco-Alexandario dengan baik dan fasih.
Malahan, beliau juga memahami pemikiran dan falsafah Modern dan Pasca Modern seperti
falsafah Descartes, Russell, James, Kant, Hick, Deridda, Foucault, Nietzche, Lyotard, Marx
serta pemikiran falsafah Transendentalisme-Perennialisme seperti Corbin, Nasr, Huston
Smith, Schuon dan lain-lain lagi (Ismail 2014).

Menurut Muhammad ‘Uthman (2007), beliau menyatakan bahawa pemikiran


merupakan suatu prinsip tunjang peribadi, keluarga, masyarakat dan peradaban. Dengan
memiliki prinsip inilah, segala serangan dari gerakan Barat dapat ditempiaskan dan
dihindarkan. Dalam wacana beliau, beliau sangat menekankan dan menggalakkan setiap
Muslim menggunakan ‘aqal integrasi agar memahami ajaran Islam yang sebenarnya. Aliran
pemikiran Muhammad ‘Uthman El-Muhammady masih diguna pakai sehingga kini. Karya-
karya beliau dijadikan sebagai rujukan para da’i dan para ilmuan dalam penyebaran dakwah
di Malaysia. Kajian penyelidikan mengenai ketokohan beliau secara kursus dan ilmiah masih
kurang terutamanya di peringkat sarjana. Karya-karya yang dihasilkan oleh Muhammad
‘Uthman El-Muhammady diterbitkan di bawah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat

11
Malaysia (MUAFAKAT). Malah, diterbitkan juga oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan (MAIK) (Ismail 2014).

KESIMPULAN

Kesederhanaan di sebalik ketegasan pemikiran dan peribadi Muhammad ‘Uthman El-


Muhammady sepanjang perjalanan dakwahnya menyebabkan beliau disegani dan mudah didekati oleh
segenap lapisan masyarakat. Beliau ternyata memiliki ketokohan inteligensia Muslim yang banyak
memberi sumbangan dalam kalangan ummah di Malaysia. Bingkai pemikiran beliau merupakan
penyumbang kepada pembangunan dakwah Islamiyyah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa. Keintelektual beliau menggambarkan bahawa beliau bukan sahaja seorang pendakwah
malah pejuang Islam dalam menentang golongan gerakan anti Islam yang membawa kepada
kerosakan akidah ummah melalui dalam bentuk wacana, kertas kerja dan karya-karya beliau.
Kebijaksanaan beliau jelas terbukti, apabila beliau dapat merungkai serta menyelesaikan pelbagai
permasalahan isu agama dalam kalangan ummah. Beliau menjadikan wacana ilmu sebagai medium
penyampaian kefahaman dan membongkarkan ideologi yang dibawa oleh gerakan agama moden.
Kajian ini berjaya mengenal pasti bingkai pemikiran dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
yang dilabelkan sebagai tokoh inteligensia Muslim kontemporari secara ringkas dalam dunia dakwah
di Malaysia. Sewajarnyalah, pemikiran yang dibawa oleh beliau harus dijadikan sebagai rujukan,
panduan dan pedoman dalam menghadapi cabaran serta kemelut yang dihadapi oleh umat Islam
dengan cara yang sebaiknya.

RUJUKAN

Abd Aziz Mohd Zain. 2012. Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W. Kuala Lumpur: Jabatan
Dakwah Dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Abdul Razak Mahmud. 2014. Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah, Sebuah Huraian dari Perspektif Ajaran
Ahli Sunnah wa Al-Jama’ah, Sebuah Huraian dari Perspektif Sejarah dan Konsep. Kelantan,
Malaysia: Penerbit Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Adli Bin Yaacob. 2017. Konsep Sastera Islam Mengikut Uthman El-Muhammady. Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship 4: 1–16.

Ahmad al-Rasyuni. 2013. Imam al-Shatibi’s Theory of the Higher Objectives and Intents of Islamic
Law. International Institute of Islamic Thought, USA.

12
Ali Raza Tahir. 2013. Islam And Philosophy (Meaning And Relationship). Nterdisciplinary Journal Of
Contemporary Research In Business. Institute Of Interdisciplinary Business Research.
(January).

Cecile Laborde. 2017. Liberalism’s Religion. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Charles Taylor & Jocelyn Maclure. 2011. Secularism and Freedom of Conscience. Cambridge, MA:
Harvard University Press.

Cristopher Eisgruber & Lawrence Sager. 2007. Religious Freedom and the Constitution. Cambridge,
MA: Harvard University Press.

Dzulkifli Hadi Imawan. 2017. Dakwah dan Pemikiran Syaikh Muhammad Mahfuzh al-Tarmisi al-
Makki: Ulama Tanah Suci dari Tanah Jawi. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VII,
disunting oleh Ezad Azraai Jamsari, Azmul Fahimi Kamaruzaman, Farid Mat Zain, Kaseh Abu
Bakar, Zamri Arifin, Firuz Akhtar Mohamad Bohari and Ammalina Dalilah Mohd Isa. Ulama
dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara, anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, 8-9 Ogos, UKM.

Edward J. Jurji. 1940. The Israqi Revival of al-Suhrawardi. Journal of the American Oriental Society.
(March) 90-94.

Guiseppe Scattolin. 2004. The Diwan of Ibn al-Farid. Cairo: Institute Francais d’Archeologie
Orientale.

Ismail Mina Ahmad. 2014. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady Inteligensia Muslim Kontemporari.
Kuala Lumpur: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

John Hick. 2004. The Fifth Dimension. Oxford: One World. (10)77-70; and the books, 1989. An
Interpretation of Religion: Human Responses to the Transcendent. London: Macmillan.
Reprinted on 1991. 247.

Margaret Smith. 1973. An early mystic of Baghdad: A study of the life and teaching of Harith B. Asad
al-Muhasibi. London: Sheldon.

Micah Schwartzman. 2012. What if Religion Is Not Special & “Religion, Equality and Anarchy”, in
Religion in Liberal Political Philosophy’. University of Chicago Law Review 79, no. 1351.

Mohammed Rustom. 2014. Ibn ‘Arabi’s Letter To Fakhr Al-Din Al-Razi: A Study And Translation.
Journal of Islamic Studies Advance. Carleton University. 4 (January): 1-25.

13
Muhammad Daud Rahbar. 1955. Shah Wali Ullah And Ijtihad. The Muslim World. 45(4) (October):
346-358.

Muhammad Hamidullah. 1965. Yusuf Ibish. Life And Works of Al-Baqillani. Islamabad: Islamic
Studies, Library, IIU.

Muhammad Syarif Hasyim. 2005. Al-Asy’ariyah: Studi tentang Pemikiran al-Baqillani, al-Juwaini,
al-Ghazali. STAIN Datokarama Palu, Jurusan Syariah. Jurnal Hunafa 2(3) (Desember): 209-
224.

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady. 2007. Membumikan al-Quran: Pembentukan Peribadi Dan


Akal Sepadu. Terengganu: Multaqa Wi’az Kebangsaan 21 (Oktober).

Muhammad Zainiy Uthman. 2001. Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif: Suatu Perbandingan
Ringkas. Jurnal YADIM, 2 (November): 146-148.

Munim M. Al-Rawi. 2002. The Contribution of Ibn Sina (Avicenna) to the development of Earth
Sciences, editor by Salim al-Hassani, Salah Zaimeche. United Kingdom: Foundation for
Science Technology and Civilisation.

Nabil Nofal. 2000. Al-Ghazali: A.D. 1058-1111; A.H. 450-505. International Bureau of Education.
Published in Prospects: the quarterly review of comparative education: UNESCO 3(4): 519-
542.

Napisah Karimah Ismail. 2017. Islam dan Budaya Nusantara di Bumi Perth, Australia. Prosiding
Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VII, disunting oleh Ezad Azraai Jamsari, Azmul Fahimi
Kamaruzaman, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar, Zamri Arifin, Firuz Akhtar Mohamad
Bohari and Ammalina Dalilah Mohd Isa. Ulama dan Pemikiran Wasatiyyah Nusantara, anjuran
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, 8-9 Ogos, UKM.

Othman Lebar. 2006. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Perguruan Sultan Idris.

Paul D. Janz. 2004. Radical Orthodoxy and The New Culture of Obscurantism. Modern Theology.
Vol. 20, Issue 3. July.

Ronald Dworkin. 2013. Religion without God. Cambridge, MA: Harvard University Press.

S.Salahudin Suyurno. 2006. Kefahaman Terhadap Falsafah Sains Islam Sebagai Pencetus
Perkembangan Sains dan Teknologi: Satu Tinjauan Awal: Koordinator Sains Kemasyarakatan
UPENA, UiTM

14
Shaykh Fadhalalla Haeri. 2004. The Hikam - The Wisdom of Ibn ‘Ata’ Allah. Publisher: Zahra
Publications.

Surtahman Kastin Hasan. 2004. Pemikiran Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat Dalam
Ekonomi. Jurnal Usuluddin, UM.

Syaikh Abdullah bin Jibrin. 2009. Hakikat Sekularisme. Terj. Mohammad Iqbal Ghazali. Edited by
Eko Haryanto Abu Ziyad. Islamhouse.com. Retrieved on: 10 April 2017.

Wan Adli Wan Ramli. 2014. Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim Berdasarkan
Konsep Ijmak. Jurnal Usuluddin 40 (Julai-Disember): 27-46.

Wan Ismail W Dagang. 2015. Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di
Nusantara: Satu Sorotan Kajian. Fakulti Tamadun Islam, UTM.

Walker P. E. 1995. Da‘wah: Qur’anic Concepts, in The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic
World. New York: Oxford University Press.

William C. Chittick. 1982. Ibn ‘Arabi’s Own Summary of The Fusus, ‘The Imprint of The Bezels of
The Wisdom’, 1975 and 1976. This translation appeared in Sophia Perennis, Tehran, Vol. 1, No.
2, Autumn 1975 and Vol. 2, No. 1, spring 1976. It was reprinted in the Journal of the
Muhyiddin Ibn ‘Arabi Society Vol. 1.

Yasmun Muhammad. 2013. Pengasuh’. Majalah Bulanan Dakwah dan Hadharat Islamiah. Edisi Mac-
April.

Yusuf, B. 1993. Da‘wah and Contemporary Challenges Facing Muslim Women in Secular States – A
Nigerian Case Study. In N. Alikali, A. Adamu, A. Yadudu & R. Motem (eds. et. al) Islam in
Africa, Lagos, Spectrum Book Limited.

Zahra Sands. Abu I-Qasim al-Qushayri’s Lata’if al-Isharat, Subtleties of the Allusions Great
Commentaries on the Holy Qur’an. Part 1, Surahs 4-1, Fons Vitae: Royal Aal al-Bayt Institute
for Islamic Thought.

Zakaria Stapa. 2014. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady 1943-2013. Fakulti Pengajian Islam,
UKM.

Zaydan. 1998. ‘Abd al-Karim. Al-Wajiz fi usul al-Fiqh, cet. ke 2, Beirut: Muassasah al-Risalah.

Zukifli Dahalan. 2008. Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan yang Pernah Dimainkannya dalam
Aktiviti-aktiviti Dakwah Islamiah di Malaysia. ESTEEM. Vol. 4: Academic Journal UiTM.

15

Anda mungkin juga menyukai