Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN
Borang
Penghargaan
1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi
2.1Pengertian Definisi
2.2 Definisi Bimbingan
2.3 Definisi Kaunseling
2.4 Definisi Psikoterapi
3.0 Konsep
3.1 Pengertian Konsep
3.2 Konsep Bimbingan
3.3 Konsep Kaunseling
3.4 Konsep Psikoterapi
4.0 Aliran Teori Behaviouris
4.1 Definisi Teori
4.2 Pengenalan Aliran Teori Behaviouris
4.3 Kelebihan Aliran Teori Behavioris
5.0 Isu Dan Cabaran
5.1 Isu Dan Cabaran Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah dan cara
menanganinya
6.0 Kesimpulan
7.0 Penutup
DEFINISI

PENGERTIAN DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi ditakrifkan sebagai kenyataan yang
ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dan lain-lain.

DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan ialah proses pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang yang
sedia menolong seseorang membuat keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak
dilakukan, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik
dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling merupakan suatu proses hubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip psokologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi melakukan,
perkembangan dan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara
sukarela sepanjang hayat berdasarkan etika kaunseling.

DEFINISI PSIKOTERAPI
Psikoterapi ialah proses rawatan psikologi yang mendalam dan memberi focus
kepada perubahan personality dan tingkah laku yang dihujungkontinum permasalahan
manusia. Psikoterapi jarang berlaku dalam sesi kaunseling kerana ia melibatkan rawatan
terhadap kecelaruan personaliti yang serius

KONSEP

PENGERTIAN KONSEP
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konsep ditakrifkan sebagai pengertian am
atau idea yang mendasari sesuatu.

KONSEP BIMBINGAN
Menurut McDaniel dan Shaftel (1956), bimbingan ialah suatu pola khidmat yang
merangkumi orientasi maklumat Pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling,
penempatan dan aktiviti susulan.
KONSEP KAUNSELING
Delaney dan Eisenberg (1977) berpendapat kaunseling ialah satu proses di mana
kaunselor membantu klien supaya bertingkah laku dengan cara yang berkesan.

KONSEP PSIKOTERAPI
Menurut Maznah dan Zainal (2003), psikoterapi ialah proses membantu individu
bermasalah yang lebih serius. Biasanya ia mengambil masa yang lebih lama dan
melibatkan peranan psikiatris yang berkemahiran dalam bidang psikologi dan perubatan.

ALIRAN TEORI BEHAVIOURIS

DEFINISI TEORI
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pendapat bersifat pandangan yang tidak
dapat dibuktikan dengan kukuhnya yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara.
Dari perspektif Bimbingan Dan Kaunseling, teori kaunseling adalah penting kerana
disifatkan sebagai rangka rujukan yang baik untuk membantu guru bimbingan dan
kaunseling memmahami tingkah laku manusia.

PENGENALAN ALIRAN TEORI BEHAVIOURIS


Teori behaviouris merupakah salah satu teori kaunseling yang terkandung dalam kategori
Behavioral. Teori behaviouris merupakan hasil kajian Ivan Pavlov dan B.F. Skinner. Ahli
teori yang lain juga termasuk Joseph Wolpe, M.B Shapiro, dan Hans Eysenck. Teori
behaviouris dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu pandangan terhadap manusia,
peranan kaunseling dan Teknik untuk membantu klien.

KELEBIHAN ALIRAN TEORI BEHAVIOURIS DALAM PELAKSAAN SESI KAUNSELING


DI SEKOLAH
Antara kelebihan aliran teori behaviouris dalam pelaksaan sesi kaunseling di sekolah ialah
dapat memudahkan guru dalam membantu pelajar untuk menyelesaikan masalahnya secara
terancang dengan langkah-langkah yang teratur. Buktinya, melalui aspek teknik untuk
membantu pelajar, di bawah kategori Operan terdapat enam Teknik Operan. Salah satu
daripadanya ialah kontrak kontingensi yang merangkumi enam langkah sehingga akhirnya
guru bimbingan dan kaunseling dapat membentu pelan yang berkesan untuk mengekalkan
tingkah laku pelajar. Contoh masalah pelajar ialah pelajar belajar kerana mengharapkan
ganjaran ekatrinsik. Melalui kontrak kontingensi ini, pelajar dilatih supaya beralih daripada
ganjaran ekstrinsik kepada ganjaran intrinsik, dimana pelajar akan menyiapkan kerja rumah
tanpa disuruh oleh ibu bapa.
Seterusnya, kelebihannya ialah meningkatkan keupayaan pelajar untuk meningkatkan
kemahiran mengawal tingkah laku dan pengurusan kendiri. Hal ini dapat dibuktikan dengan
aspek peranan kaunseling. Secara amnya, teori behaviouris berorientasikan tindakan sekali
gus pelajar akan bertindak secara aktif kea rah penyelesaian masalah yang mereka hadapi.
Manakala guru bimbingan dan kaunseling akan merancang untuk mengukuhkan tingkah
laku yang wajar, sambal menghapuskan tingkah laku yang tidak boleh diterima. Kesannya,
pelajar
akan beralih daripada peneguhan ekstrinsik kepada p;eneguhhan intrinsik. Sebagai
contohnya, setibanya di rumah, anak-anak akan terus menyiapkan tugasan yang diberi oleh
guru kerana bangga dengan pujian yang diberi oleh guru dan bukannya kerana
megharapkan hadiah daripada ibu bapa lagi. Contoh ini menunjukkan perubahan ganjaran
ekstrinsik kepada intrinsik.

Akhir sekali, kelebihan penggunaan aliran teori behaviouris dalam pelaksanaan sesi
kaunseling di sekolah ialah membiasakan guru kaunseling untuk bersikap peka serta
terbuka terhadap situasi dan keadaan pelajar. Hal ini demikian kerana menurut aspek
pandangan terhadap manusia, ahli behaviouris percaya bahawa manusia dilahirkan neutral
dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik atau jahat dan bersifat rasional
mahupun tidak rasional. Seterusnya, manusia mempelajari dan menyimpan pola-pola
tinngkah laku dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa depan jika
diperlukan.Oleh itu, ianya dapat menjadi banteng untuk guru kaunseling supaya tidak terus
melabel seseorang pelajar. Contohnya, seorang pelajar yang gemar berkata bohong sedar
akan keburukan tingkah laku negatif itu selepas melalui intervensi kaunseling dan berazam
untuk berubah tetapi tiada siapa yang boleh menjamin bahawa pelajar tersebut akan kekal
dengan perubahan tingkah laku bercakap benar buat selama-lamanya.

ISU DAN CABARAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


CARA MENANGANI ISU DAN CABARAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KESIMPULAN

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai