Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PROGRAM INTERVENSI DISIPLIN PELAJAR

(PONTENG, LEWAT, KEKEMASAN DIRI DAN BUDAYA PENYAYANG KE SEKOLAH)

SMK SENAWANG 3 @ TAMAN FOREST HEIGHTS, SEREMBAN

TAHUN 2015

1.0 Pendahuluan :
Gejala ponteng, kelewatan dan kekemasan diri ke sekolah merupakan salah satu
masalah disiplin yang semakin ketara. Hal ini amat membimbangkan ramai pihak khususnya
kepada pihak sekolah. Jesteru itu, dalam Program Intervensi Disiplin Pelajar yang
dicadangkan oleh pihak sekolah adalah menggadakan satu program Budaya Penyayang.
Program sokongan ini perlu diadakan sebagai usaha pencegahan dan pemulihan yang
dilakukan oleh pihak sekolah.

Program Intervensi Disiplin Pelajar ini diadakan bertujuan untuk memberi


kesedaran kepada semua pelajar tentang kesalahan perilaku yang mereka lakukan. Di
samping itu, Program Kaunseling Berfokus juga memberi pendedahan mengenai kesan
buruk yang akan diterima sekiranya sikap negatif ini tidak diubah oleh pelajar sehingga
tamat persekolahan.

Sehubungan itu, tema “ Seribu Langkah Ke Sekolah Setiap Hari, Menjamin Kejayaan
Seumur Hidup ” telah dipilih untuk tema program ini khususnya.

2.0 Matlamat :

Bagi membantu dan menyelesaikan masalah disiplin yang semakin meruncing dalam konteks
pendidikan di sekolah.

3.0 Rasional :
Permasalahan pelajar-pelajar pada masa kini perlukan medium yang sesuai bagi
membantu pelajar tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini. Di
samping itu, menyedarkan pelajar-pelajar bahawa gejala negatif akan menyebabkan kesan
buruk terhadap masa hadapan mereka sekiranya tidak diatasi.

4.0 Objektif :

4.1 Membentuk karekter, sahsiah dan jati diri pelajar-pelajar tentang pentingnya hadir
ke sekolah untuk masa hadapan mereka.
4.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan pelajar selaras dengan
keperluan semasa dalam menjana sistem pendidikan yang berjaya.
4.3 Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya sekolah yang positif kepada
semua pelajar-pelajar.
5.0 Justifikasi :

5.1 Terdapatnya peningkatan salahlaku disiplin dalam kalangan pelajar.


5.2 Peningkatan kadar ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar .
5.3 Terdapat dikalangan guru yang mengalami tekanan emosi ketika dalam menjalankan
tugas.

6.0 Program Intervensi Disiplin Pelajar :

6.1 Program Jangka Pendek :

6.1.1 Kaunseling Berfokus ( Kelas / Kumpulan / Individu )


6.1.2 Program Bersama Polis.

6.2 Program Jangka Panjang :

6.2.1 Memperkasakan program Disiplin dalam aktiviti Ko-Kurikulum.

6.0 Kumpulan Sasaran :

6.1 Pelajar-pelajar yang bermasalah tentang :

6.1.1 Ponteng kelas dan ponteng sekolah serta ponteng program aktiviti
Ko-Kurikulum sekolah.
6.1.2 Selalu lewat ke sekolah.
6.1.3 Tidak menjaga kekemasan diri. ( pakaian dan penampilan diri )

7.0 Anggaran Perbelanjaan Program :

7.1 Kain Rentang : RM


7.2 Makan Tengahari : RM
( RM5.00 X )

8.0 Jawatankuasa Induk Program Intervensi Disiplin Pelajar :

Penasihat : Hj. Hamidon

Pengerusi : Pn. Zuraimi

Setiausaha : Hjh. Zalinah

Bendahari : En. Sezali


Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program :

1. Buku Program : Pn. Roslida


2. Kain Rentang / : En. Sezali
Cenderamata En. Ganesan
3. Ceramah : Pn. Nurhida
Cik Aida Yus

Anda mungkin juga menyukai