Anda di halaman 1dari 4

Soalan 2b: Syair

Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu riwayat Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Raja di desa Negeri Kembayat Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gelana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. "Gempar ini apakah kurang."

i)Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas?


[2 markah]
ii)Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa
bencana?                                                                                                                               
[3 markah]
iii)Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas?          [4 markah]

Soalan 2c- Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
 
Hakim,cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar.Hal Hakim inilah yang hendak kuceritakan di
sini.Dia belajar hingga ke university,barangkali berkat namanya yang bermaksud bijaksana itu.Hakim
semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang berlaku di sekelilingnya.Dunia ini penuh
dengan penganiayaan.Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah
datuknya yang telah terlepas ke tanah raja.Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat baiknya
Azam,seorang mahasiswa jurusan undang-undang.Mereka bersetuju bahawa ini merupakan satu
penganiayaan dan mula mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.
Setelah bekerja,Hakim menfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk.Dia melantik Azam
sebagai peguamnya.Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan
bukti,menulis dengan kemas dan terperinci,berbahas dengan fasih dan bernas.
 
a) .Apakah maksud rangkai kata “memberikan dia pencerahan”?
[2 markah]
b) Pada pendapat anda,nyatakan langkah-langkah untuk menegakkan kebenaran diri sendiri?
[3 markah]
c) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan serta  nilai yang terdapat daripada keseluruhan
cerpen. [4 markah]
                             
Soalan 2d- Prosa Tradisional -Kepimpinan Melalui Teladan

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih
Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan
bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,‘ kerana bapamu sudahlah mati dengan
pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hdk dijadikan penggawa agung.” Setelah Kertala
mendengar kata Patih Gajah Mada itu. maka Kertala Sari terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah
kaki Patih Gajah Mada. Maka sembah Kertala Sari, “ Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka
dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang
kulaan juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil.Adapun jika
belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalinan. Setelah sudah maka
Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun
penjurit tujuh orang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh
oleh Laksamana ketujuhnya. Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang
baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak
Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.”

i. Apakah tujuan Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari? [2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Kertala Sari tidak mahu menjadi penggawa
agung .[3 markah]

iii.Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan pada zaman dahulu sering melancarkan perang
terhadap negeri di sekitarnya? [3 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

Jawab semua soalan

a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai kata nama khas atau peribahasa.

i) hati
ii) berhati-hati
iii) memperhatikan
iv) perhatian
v) pemerhatian
vi) pemerhati [6 markah]

b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i) Kamu perlu menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.


ii) Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
iii) Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
[6 markah]

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih dari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penyalahgunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Doktor Azira memperingati pesakitnya agar menghabiskan ubat antiboiti itu dalam seminggu
ii) Kami akan pembantu nenek menyiapakn tempahan kueh bahulu sebelum tiba hari raya.
iii) Encik Azman meminta pekerjanya memfotostet perjanjian jual beliitu sebanyak lima persalinan
untuk diberikan kepada pelanggannya.
[6 markah]

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih dari satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Semua murid-murid tidak sabar untuk menyaksikan tayangan teater muzikal yang akan diadakan
sempena Minggu Kesenian nanti.
ii) Setelah meneliti semua syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian itu, Muzamil bersetuju
untuk menulis surat perjanjian itu.
iii) Hasil dari jualan goreng pisang, dia memperolehi pendapat yang lumayan.
[6 markah]

e) Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudaian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi situasi
tersebut.

i) Setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu, hari ini Suraya telah
kehilangan ibunya pula.
ii) Semua penduduk kampung bekerjasama membantu menyiapkan rumah baru Pak Leman setelah
rumahnya hangus dijilat api.
iii) Ibu bapa seharusnya memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruha.

a) Nyatakan tema yang terdapat dalam novel ini. [7 markah]

b) Huraikan sinopsis yang terdapat dalam bab 1 hingga 3. [8 markah]

Anda mungkin juga menyukai