Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Cheras Perdana Kod Sekolah: BEA 4617

1. Nama Guru
Inovasi dan Kreativiti Menjana
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Trasformasi Pendidikan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menghimpunkan 25 makalah Guru Cemerlang dalam pelbagai bidang yang merangkumi
mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Geografi, Pendidikan Khas, Prinsip Perakaunan,
Kaunseling, Matematik, Ekonomi, Perdagangan dan Keusahawanan dan Sejarah. Himpunan
makalah dalam buku ini menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran
PdPc di sekolah, terutama bagi panduan kepada guru dan bakal guru. Pengalaman mengajar dan
kaedah PdPc ciptaan para Guru Cemerlang ini sangat relevan untuk diamalkan kerana
bersesuaian dengan iklim pendidikan negara ini. Selain itu setiap penjelasan dan tatacara tentang
kaedah PdPc telah dipaparkan dengan sistematik. Penjelasan dibantu dengan lakaran grafik dan
jadual sehingga memberikan gambaran yang lebih tepat dengan maksud penyampaian. Huraian
yang mengiringi grafik lebih memudahkan pemahaman.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Semasa guru menjalankan proses PdPc di kelas masing-masing, pasti akan timbul masalah
tersendiri dan memerlukan cara penyelesaian yang khusus. Sehubungan itu ia boleh menjadi
faktor yang menggerakkan guru untuk mencipta kaedah PdPc sendiri. Cara demikian lebih
signifikan kerana terus berfokus pada masalah, bukannya berdasarkan teori PdPc yang dicedok
bulat-bulat dari pakar pendidikan luar negara. Cedokan tanpa tapisan dan ubah suai akan
menjadikan pengajaran terlalu paradigmatik dan tidak memenuhi kehendak setempat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh dijadikan panduan oleh para guru dan memberi inspirasi kepada guru lain untuk
melakukan inovasi dalam pengajaran masing-masing dan menimbulkan keinginan untuk menulis
makalah sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai