Anda di halaman 1dari 23

981116-xx-xxxx

Tingkat Upah Mengikut Sektor Ekonomi di Malaysia dari Tahun 2011 hingga
Tahun 2015

Abstrak

Kajian ini bertajuk Tingkat Upah Mengikut Sektor Ekonomi di Malaysia dari Tahun
2011 hingga Tahun 2015. Objektif yang dikaji oleh pengkaji antaranya
menghuraikan arah aliran upah Sektor Maklumat dan Komunikasi dari tahun 2011
hingga tahun 2015 dan membandingkan arah aliran upah antara Sektor Maklumat
dan Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan dari tahun 2011
hingga tahun 2015. Pengkaji menggunakan kaedah sekunder, iaitu kaedah
memperoleh data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan kaedah analisis data
dalam bentuk nilai dan graf. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa
arah aliran tingkat upah Sektor Maklumat dan Komunikasi menunjukkan pola
peningkatan dengan tingkat upah yang tertinggi sebanyak RM3 975 dan yang
terendah sebanyak RM3 101. Kadar pertumbuhan bagi sektor ini yang tertinggi
sebanyak 10.82% dan yang terendah sebanyak 0.99%. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa perbandingan arah aliran tingkat upah antara Sektor
Maklumat dan Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan
menunjukkan tingkat upah Sektor Maklumat dan Komunikasi lebih tinggi
berbanding tingkat upah Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan dengan tingkat
upah yang tertinggi bagi Sektor Maklumat dan Komunikasi sebanyak RM3975
manakala tingkat upah bagi Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan yang tertinggi
pula sebanyak RM2 500. Kesimpulannya, pengkaji berharap dengan hasil kajian ini
mampu memberikan pengetahuan mengenai tingkat upah antara Sektor Maklumat
dan Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan.

i
981116-xx-xxxx

SENARAI KANDUNGAN

Isi Kandungan Halaman

Abstrak i

Isi Kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Latar Belakang 1-2

2.0 Penyataan Masalah 3

3.0 Objektif Kajian 3

4.0 Kaedah Kajian 4-6

4.1 Kaedah Memperoleh Data 4-5

4.2 Kaedah Analisis Data 5-6

5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan 7-13

5.1 Menghuraikan arah aliran upah sektor Maklumat dan

Komunikasi dari tahun 2011 hingga tahun 2015 7-10

5.2 Membandingkan arah aliran upah antara sektor Maklumat

dan Komunikasi dengan sektor Pengangkutan dan penyimpanan

dari tahun 2011 hingga tahun 2015 11-15

6.0 Cadangan 16-17

7.0 Rumusan 18-19

8.0 Rujukan 20-21

Lampiran

ii
981116-xx-xxxx

1.0 Latar Belakang Kajian

Pengkaji menjalankan kajian yang bertajuk Tingkat Upah Mengikut Sektor


Ekonomi di Malaysia dari Tahun 2011 hingga Tahun 2015. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2016), upah bermaksud wang dan lain-lain yang diberikan kepada
orang yang disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran
untuk tenaga orang yang telah digunakan. Upah juga didefinisikan sebagai bayaran
atau ganjaran yang dibuat kepada buruh untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh
buruh kepada firma dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan (Suhiliah Mohd
Salleh, 2017). Menurutnya lagi, upah dapat dibezakan kepada tiga kategori, iaitu upah
wang, upah bukan wang dan upah benar. Upah wang atau upah nominal ialah jumlah
pembayaran dalam bentuk nilai wang kepada buruh atas sumbangan mereka sama ada
dalam bentuk fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. Upah bukan wang ialah
faedah yang diperoleh dalam bentuk bukan wang seperti kemudahan tempat tinggal,
pakaian seragam, kemudahan perkhidmatan kesihatan, pengangkutan serta
kemudahan lain yang disediakan oleh majikan. Upah benar pula bermaksud kuasa beli
upah wang yang diterima oleh buruh yang diukur daripada jumlah barang yang dapat
dibeli oleh buruh dengan jumlah upah wang yang ada (Suhiliah Mohd Salleh, 2017).

Sektor bermaksud bidang sesuatu usaha kegiatan industri, pertanian, dan lain-
lain. Ekonomi pula merujuk kepada ilmu berkenaan dengan pengeluaran, pengagihan,
penggunaan barang-barang dan perkhidmatan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016).
Sektor ekonomi di Malaysia merangkumi sektor pertama, sektor kedua dan sektor
ketiga. Sektor pertama meliputi kegiatan ekonomi dari sektor pertanian, perhutanan,
perikanan, perlombongan dan pengkuarian manakala sektor kedua merupakan
kegiatan ekonomi dari sektor pembuatan dan pembinaan. Sektor ketiga pula meliputi
sektor kecil perkhidmatan, iaitu utiliti, perdagangan borong dan runcit, penginapan
dan restoran, pengangkutan dan penyimpanan, komunikasi, kewangan dan insurans,
hartanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan lain serta perkhidmatan
kerajaan (Lai Mooi Chang, 2014). Pengkaji telah memfokuskan kajian ini kepada
sektor ekonomi ketiga iaitu sektor perkhidmatan maklumat dan komunikasi.
Perkhidmatan maklumat dan komunikasi merangkumi aktiviti penerbitan; penerbitan
wayang gambar, video & program televisyen, rakaman bunyi & penerbitan muzik;
pemprograman & penyiaran; perkhidmatan telekomunikasi; pengaturcaraan

1
981116-xx-xxxx

komputer, perundingan & aktiviti yang berkaitan dan perkhidmatan maklumat (Portal
Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017).

Dalam kajian ini, pengkaji akan membandingkan tingkat upah antara Sektor
Maklumat dan Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan. Sektor
Pengangkutan dan Penyimpanan merangkumi perkhidmatan pengangkutan darat,
pengangkutan air, pengangkutan udara, penggudangan & aktiviti sokongan dan juga
perkhidmatan pos & kurier (Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017).
Perbandingan antara kedua-dua sektor dilakukan dalam sektor ekonomi ketiga.
Data kajian yang dijalankan adalah berdasarkan data siri upah dari Jabatan
Perangkaan Malaysia. Tempoh kajian ini adalah selama lima tahun, iaitu dari tahun
2011 hingga tahun 2015. Tempoh kajian ini berkaitan tingkat upah sektor ekonomi
ketiga iaitu subsektor maklumat dan komunikasi dan subsektor pengangkutan dan
penyimpanan.

2
981116-xx-xxxx

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini, sektor ketiga menjadi fokus utama pengkaji untuk
menganalisis arah aliran tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi. Melalui
arah aliran tingkat upah, pengkaji dapat melihat perkembangan Sektor Maklumat Dan
Komunikasi sepanjang tempoh lima tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Perbandingkan tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi dengan Sektor
Pengangkutan Dan Penyimpanan juga dapat menunjukkan perbezaan tingkat upah
sektor masing-masing. Kajian ini harus dilaksananakan untuk mengetahui sektor
mana yang memiliki tingkat upah yang tinggi dan yang rendah serta faktor penyebab
perbezaan tingkat upah di sektor ketiga. Dengan ini, faktor perbezaan antara tingkat
upah dalam sektor ketiga dapat diketahui dengan lebih jelas.

Selain itu, kajian ini bertujuan dapat memberi manfaat kepada pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak dengan sektor ekonomi ketiga seperti pihak
penyelidik, pelajar serta pihak kerajaan, iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit
Perancangan Ekonomi. Kajian yang dijalankan ini juga diharap dapat menjadi
panduan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam supaya dapat menetapkan tingkat
upah yang paling minimal bersesuaian dengan sumbangan Sektor Maklumat Dan
Komunikasi serta Sektor Pengangkutan Dan Penyimpanan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

(a) Menghuraikan arah aliran tingkat upah Sektor Maklumat dan Komunikasi dari
tahun 2011 hingga tahun 2015
(b) Membandingkan arah aliran tingkat upah antara Sektor Maklumat dan
Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan Dan Penyimpanan dari tahun 2011
hingga tahun 2015

3
981116-xx-xxxx

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian Tingkat Upah Mengikut Sektor Ekonomi dari tahun 2011 hingga tahun
2015 dilaksanakan dengan menggunakan data sekunder iaitu kaedah pengumpulan
data dan teknik penganalisisan data. Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk
menghubungkaitkan objektif dengan hasil kajian.

4.1 Kaedah Memperoleh Data

Kajian ini menggunakan sumber data sekunder bagi mencari data dan
maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian. Data sekunder merujuk kepada
maklumat yang dikumpulkan dan diperoleh oleh pengkaji sebagai sumber maklumat
dan rujukan tambahan. Antara data sekunder yang diguna pakai oleh pengkaji
merangkumi data dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kewangan,
Laporan Ekonomi, kamus, buku dan internet.

a) Internet
Pengkaji menggunakan sumber daripada internet seperti laman
sesawang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam
kajian ini. Antara laman sesawang yang diakses oleh pengkaji
meliputi Porta Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
(https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?
r=home/index&menu_id=b2ROaWpITmQ5NnAvMHVmRjRkZzlBQ
T09 ) untuk mendapatkan data tingkat upah mengikut sektor dan latar
belakangnya dan Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia
(http://www.treasury.gov.my/ ) untuk memperoleh laporan-laporan
ekonomi dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
b) Buku
Pengkaji menggunakan buku-buku rujukan ekonomi Penggal 3
seperti Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 yang
ditulis oleh Suhiliah Mohd Salleh (2017) dan Teks Pra-U STPM
Ekonomi Penggal 3 yang ditulis oleh Lai Mooi Chang (2014). Buku-
buku tersebut diguna pakai oleh pengkaji untuk mendapatkan definisi
upah, iaitu upah wang, upah bukan wang dan upah benar serta
memperoleh definisi sektor ekonomi.

4
981116-xx-xxxx

c) Kamus
Pengkaji juga menggunakan kamus iaitu Kamus Dewan Edisi
Keempat (2016) untuk mencari istilah-istilah tertentu, konsep-konsep
penting dan definisi berdasarkan tajuk kajian.

4.2 Kaedah Analisis Data


Kaedah deskriptif akan digunakan untuk menganalisis data dalam
bentuk nilai dan graf. Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2015 akan dianalisis untuk mendapatkan data yang tepat. Hasil data yang
dikehendaki akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Kaedah analisis data
yang digunakan adalah dengan menggunakan dua rumus seperti dibawah:

Rumus 1:
Tingkat Upah Tahun Semasa−Tingkat Upah Tahun Sebelum
Kadar pertumbuhan tingkat upah= X 100 %
Tingkat Upah Tahun Sebelum

Rumus 2:
Jumlah kadar pertumbuhan tingkat upah sektor e
Kadar purata pertumbuhan tingkat upah sektor ekonomi=
Bilangantahun(4 tahun)

Contoh pengiraan Rumus 1 dan Rumus 2 ditunjukkan dalam Jadual 1:


Jadual 1: Tingkat Upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi Di Malaysia Dari Tahun
2011 Hingga Tahun 2015

Kadar Pertumbuhan Tingkat


Tahun Tingkat upah (RM)
Upah (%)
2011 3,101 -
2012 3,281 5.80
2013 3,552 8.26
2014 3,587 0.99
2015 3,975 10.82
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011-2015)

Contoh pengiraan Rumus 1:

Kadar pertumbuhan tingkat upah tahun 2012

5
981116-xx-xxxx

Tingkat Upah Tahun 2012−Tingkat Upah Tahun 2011


¿ X 100 %
Tingkat Upah Tahun 2011
RM 3281−RM 3101
¿ X 100 %
RM 3101
= 5.80%

Contoh pengiraan Rumus 2:


Jumlah kadar pertumbuhan tingkat upah sektor e
Kadar purata pertumbuhan tingkat upah sektor ekonomi=
Bilangantahun(4 tahun)

5.80+ 8.26+0.99+10.82
¿
4

= 6.47%

6
981116-xx-xxxx

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Arah Aliran Tingkat Upah Sektor Maklmat Dan Komunikasi Dari
Tahun 2011 Hingga Tahun 2015

Pengkaji telah mendapatkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan


pengkaji juga telah mengumpul dan menganalisis data dalam bentuk jadual seperti di
bawah:

Jadual 1: Tingkat Upah Dan Kadar Pertumbuhan Tingkat Upah Sektor Maklumat Dan
Komunikasi Di Malaysia Dari Tahun 2011 Hingga Tahun 2015

Kadar Pertumbuhan Tingkat


Tahun Tingkat upah (RM)
Upah (%)

2011 3 101 -

2012 3 281 5.80

2013 3 552 8.26

2014 3 587 0.99

2015 3 975 10.82


(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011-2015)

Contoh pengiraan kadar pertumbuhan tingkat upah dan kadar purata tingkat upah
Sektor Maklumat dan Komunikasi adalah seperti berikut:

Tingkat upah tahun 2012-Tingkat upah tahun 2011


Kadar pertumbuhan tingkat upah = X 100
Tingkat upah tahun 2011

RM 3 281−RM 3 101
= X 100
RM 3 101

= 5.80%

7
981116-xx-xxxx

Kadar purata pertumbuhan tingkat upah Sektor Maklumat dan Komunikasi

Jumlah kadar pertumbuhan tingkat upah sektor ekonomi


=
Bilangan tahun (4 tahun)

5.80+ 8.26+0.99+10.82
¿
4

= 6.47%

Data yang diperoleh seperti di atas akan dipersembahkan dalam bentuk graf garis
seperti di bawah:

Graf 1: Arah Aliran Tingkat Upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi Di Malaysia Dari
Tahun 2011 Hingga Tahun 2015

4500

4000

3500
Tingkat Upah (RM)

3000

2500

2000

1500

1000

500

0
2011 2012 2013 2014 2015
Tahun

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011-2015)

Secara keseluruhannya, tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi di


Malaysia menunjukkan peningkatan arah aliran setiap tahun, iaitu dari tahun 2011
hingga tahun 2015 dengan kadar purata pertumbuhan tingkat upah dalam tempoh lima
tahun sebanyak 6.47%.

8
981116-xx-xxxx

Berdasarkan Jadual 1, pada tahun 2011, tingkat upah pekerja mengikut Sektor
Maklumat Dan Komunikasi adalah sebanyak RM3 101 telah meningkat kepada
RM3281 pada tahun 2012, iaitu dengan kadar pertumbuhan tingkat upah sebanyak
5.80%.

Arah aliran tingkat upah telah mengalami peningkatan dari tahun 2012 hingga
tahun 2013. Tingkat upah pada tahun 2012 adalah sebanyak RM3 281 telah
meningkat kepada RM3 552 pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tingkat upah
sebanyak 8.26%. Pada tahun 2014, arah aliran tingkat upah Sektor Maklumat Dan
Komunikasi telah meningkat kepada RM3 587 berbanding RM3 552 pada tahun 2013
dengan kadar pertumbuhan sebanyak 0.99%.

Pada tahun 2015, arah aliran tingkat upah telah meningkat kepada RM3 975
berbanding RM3 587 pada tahun 2014, iaitu kadar pertumbuhan tingkat upah
sebanyak 10.82%. Pada tahun ini juga merupakan kadar pertumbuhan tingkat upah
Sektor Maklumat Dan Komunikasi yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Kesimpulannya, tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi yang


tertinggi sepanjang tempoh lima tahun adalah sebanyak RM3 975 pada tahun 2015
manakala tingkat upah yang terendah pula ialah RM3 101 pada tahun 2011. Kadar
pertumbuhan bagi sektor ini yang tertinggi adalah sebanyak 10.82% pada tahun 2015
manakala yang terendah adalah 0.99% pada tahun 2014.

Keadaan ini berlaku kerana pada tahun 2011, permintaan lebih tinggi bagi
perkhidmatan selular, jalur lebar dan generasi ketiga (3G). Pertumbuhan ini didorong
oleh peningkatan kemampuan membeli dan keutamaan pengguna bagi melanggan
pakej data dalam persekitaran saingan yang sengit antara penyedia perkhidmatan.
Beberapa projek dilaksanakan untuk meluaskan infrastruktur jalur lebar kepada
masyarakat di kawasan luar dan pinggir bandar di bawah dana Pemberian
Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti projek Kampung Tanpa Wayar (KTW) dan Pusat
Jalur Lebar Komuniti (CBC)(Laporan Ekonomi, 2010/2011). Pertumbuhan yang
berlaku pada tahun ini mendorong kepada peningkatan tingkat upah.

Seterusnya berdasarkan Laporan Ekonomi 2012/2013, pada tahun 2012 Sektor


Maklumat dan Komunikasi dianggar berkembang disumbangkan oleh pertumbuhan
kukuh dalam segmen selular, jalur lebar dan generasi ketiga (3G). Segmen selular
kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan disokong oleh peningkatan penggunaan

9
981116-xx-xxxx

perkhidmatan data, suara dan multimedia. Hal ini menyebabkan tingkat upah bagi
sektor tersebut meningkat pada tahun 2012.

Pada tahun 2013, peningkatan Sektor Maklumat dan Komunikasi didorong


oleh pengembangan segmen selular berikutan penggunaan perkhidmatan data yang
tinggi. Pertumbuhan segmen ini dijangka kekal kukuh disokong oleh pelbagai langkah
kerajaan untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara seperti
Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia dan projek jalur lebar berkelajuan tinggi
(HSBB)(Laporan Ekonomi 2013/2014). Keadaan ini mendorong berlakunya
peningkatan tingkat upah pada tahun tersebut.

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2014/2015, pada tahun 2014 Sektor Maklumat


dan Komunikasi berkembang berikutan peningkatan berterusan dalam langganan
telefon selular serta penggunaan perkhidmatan data yang lebih tinggi. Pertumbuhan
ini juga didorong oleh peningkatan pembelian telefon pintar mampu milik serta pakej
menarik yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Perkembangan dalam Sektor
Maklumat dan Komunikasi ini mendorong peningkatan tingkat upah pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, pertumbuhan Sektor Maklumat dan Komunikasi kekal


kukuh berikutan permintaan tinggi ke atas internet mudah alih terutamanya
perkhidmatan data dan komputer. Prestasi ini juga disokong oleh permintaan lebih
tinggi untuk perisian GST dan permintaan mapan bagi perkhidmatan komunikasi
(Laporan Ekonomi 2015/2016). Jelasnya, pertumbuhan sektor pada tahun 2015 telah
mendorong peningkatan tingkat upah.

10
981116-xx-xxxx

5.2 Perbandingan arah aliran tingkat upah antara Sektor Maklumat


dan Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan
dari tahun 2011 hingga tahun 2015

Pengkaji menggunakan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia


berkaitan tingkat upah bagi Sektor Maklumat dan Komunikasi dan Sektor
Pengangkutan dan Penyimpanan. Data daripada kedua-dua sektor ini
kemudiaannya dibandingkan bagi membanding beza tingkat upah dan kadar
pertumbuhan kedua-dua sektor tersebut.

Jadual 2: Perbandingan Arah Aliran Tingkat Upah Antara Sektor Maklumat dan
Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan

Sektor Pengangkutan dan


Sektor Maklumat dan Komunikasi Penyimpanan

Tahun Kadar Tingkat upah Kadar


Tingkat upah
Pertumbuhan (RM) Pertumbuhan
(RM)
Tingkat Upah (%) Tingkat Upah (%)
2011 3 101 - 1 877 -

2012 3 281 5.80 1 968 4.85

2013 3 552 8.26 1 987 0.97

2014 3 587 0.99 2 166 9.01

2015 3 975 10.82 2 500 15.42


(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011-2015)

Contoh pengiraan kadar pertumbuhan tingkat upah dan kadar purata tingkat upah
Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan adalah seperti berikut:

Tingkat upah tahun 2012-Tingkat upah tahun 2011


Kadar pertumbuhan tingkat upah = X 100
Tingkat upah tahun 2011

RM 1968−RM 1 877
= X 100
RM 1 877

= 4.85%

11
Graf 2: Perbandingan Arah Aliran Tingkat Upah Antara Sektor Maklumat dan
Komunikasi dengan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan
4500 981116-xx-xxxx
4000
3500
Tingkat Upah (RM)
3000
2500
2000
1500
1000
500
0
2011 2012 2013 2014 2015

Tahun
Sektor Maklumat dan Komunikasi Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan

Kadar purata pertumbuhan tingkat upah Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan

Jumlah kadar pertumbuhan tingkat upah sektor ekonomi


=
Bilangan tahun (4 tahun)

4.85+0.97+ 9.01+15.42
¿
4

= 7.56 %

Data yang diperoleh seperti di atas akan dipersembahkan dalam bentuk graf garis
seperti di bawah:

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011-2015)

Secara keseluruhannya, tingkat upah bagi Sektor Maklumat dan Komunikasi,


dan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan menunjukkan pola peningkatan dari
tahun 2011 hingga tahun 2015. Namun begitu, Sektor Maklumat dan Komunikasi
mempunyai kadar purata pertumbuhan aliran tingkat upah dalam tempoh lima tahun
sebanyak 6.47% lebih rendah berbanding Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan
sebanyak 7.56 %.

Berdasarkan Graf 2, tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi adalah


sebanyak RM3 101 pada tahun 2011 lebih tinggi berbanding tingkat upah Sektor

12
981116-xx-xxxx

Pengangkutan dan Penyimpanan pada tahun yang sama, iaitu RM1 877 dengan
perbezaan sebanyak RM1 224.

Pada tahun 2012 pula, tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi
sebanyak RM3 281 lebih tinggi berbanding tingkat upah Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan sebanyak RM1968 dengan perbezaan tingkat upah sebanyak RM1413.
Kadar pertumbuhan tingkat upah pada tahun 2012 bagi Sektor Maklumat Dan
Komunikasi adalah 5.80% lebih tinggi berbanding Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan, iaitu 4.85%.

Tingkat upah Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan pada tahun 2013


sebanyak RM1 987 lebih rendah berbanding Sektor Maklumat Dan Komunikasi, iaitu
RM3 552 dengan perbezaan tingkat upah sebanyak RM1 565. Kadar pertumbuhan
bagi Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan sebanyak 0.97% lebih rendah
berbanding kadar pertumbuhan Sektor Maklumat Dan Komunikasi sebanyak 8.26%.

Sektor Maklumat Dan Komunikasi mempunyai tingkat upah sebanyak


RM3587 pada tahun 2014 lebih tinggi berbanding Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan, iaitu RM2 166 dengan perbezaan tingkat upah sebanyak RM1 421.
Kadar pertumbuhan bagi Sektor Maklumat Dan Komunikasi adalah sebanyak 0.99%
lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan
iaitu 9.01% pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, Sektor Maklumat Dan Komunikasi mempunyai tingkat upah
sebanyak RM3 975 lebih tinggi berbanding tingkat upah Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan, iaitu RM2 500 dengan perbezaan tingkat upah sebanyak RM1 475.
Kadar pertumbuhan bagi Sektor Maklumat Dan Komunikasi adalah sebanyak 10.82%
lebih rendah berbanding Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan iaitu sebanyak
15.42%.

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa tingkat upah Sektor Maklumat


Dan Komunikasi yang tertinggi sepanjang tempoh lima tahun adalah sebanyak
RM3975 pada tahun 2015 manakala tingkat upah yang terendah pula ialah RM3 101
pada tahun 2011. Bagi Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan pula tingkat upah yang
tertinggi adalah sebanyak RM2 500 pada tahun 2015 dan yang terendah sebanyak
RM1877 pada tahun 2011. Kadar pertumbuhan bagi Sektor Maklumat Dan
Komunikasi yang tertinggi adalah sebanyak 10.82% pada tahun 2015 manakala yang

13
981116-xx-xxxx

terendah adalah 0.99% pada tahun 2014. Bagi Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan, kadar pertumbuhan yang tertinggi ialah pada tahun 2015, iaitu
sebanyak 15.42% manakala yang terendah ialah pada tahun 2013 sebanyak 0.97%.

Keadaan ini berlaku kerana pertumbuhan Sektor Maklumat Dan Komunikasi


pada tahun 2011 hingga tahun 2015 lebih pesat berbanding pertumbuhan Sektor
Pengangkutan dan Penyimpanan. Pada tahun 2011, Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan berkembang dirangsang oleh perbelanjaan penggunaan yang kukuh
serta kecergasan aktiviti berkaitan perdagangan dan perjalanan. Peningkatan kapasiti
yang berterusan, penambahbaikan tahap kecekapan dan produktiviti serta penawaran
harga yang kompetitif oleh penyedia perkhidmatan dalam segmen laut, udara dan
darat turut menyumbang kepada peningkatan prestasi subsektor ini (Laporan Ekonomi
2010/2011). Hal ini telah mendorong peningkatan tingkat upah pada tahun 2011.

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2012/2013, pada tahun 2012 Sektor


Pengangkutan dan Penyimpanan meningkat disebabkan oleh aktiviti perjalanan
penumpang yang mampan dan perdagangan yang sederhana. Pertumbuhan ini juga
didorong oleh inisiatif pemodenan infrastruktur pengangkutan, terutamanya
pelabuhan, lapangan terbang dan pengangkutan awam. Keadaan ini mendorong
berlakunya peningkatan tingkat upah pada tahun tersebut.

Pada tahun 2013, Sektor Pengangkutan dan Penyimpan berkembang berikutan


peningkatan aktiviti pengangkutan darat untuk menyokong keluaran bagi pasaran
domestik. Pertumbuhan ini juga disokong oleh permintaan penumpang yang
bertambah bagi pengangkutan udara (Laporan Ekonomi 2013/2014). Perkembangan
dalam Sektor Pengangkutan dan Penyimpan ini telah mendorong peningkatan tingkat
upah pada tahun 2013.

Pada tahun 2014, Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan berkembang


berikutan peningkatan operasi lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang.
Pertumbuhan ini juga disokong oleh perjalanan penumpang yang mapan dan aktiviti
berkaitan perdagangan yang pesat selaras dengan aktiviti ekonomi domestik yang
berdaya tahan dan peningkatan perdagangan global (Laporan Ekonomi 2014/2015).

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2015/2016, pada tahun 2015 Sektor


Pengangkutan dan Penyimpan terus meningkat disebabkan operasi lebuh raya,
pelabuhan dan lapangan terbang yang tinggi. Peningkatan segmen pengangkutan darat

14
981116-xx-xxxx

didorong oleh penambahbaikan kecekapan dan rangkaian perkhidmatan bas Rapid


melalui pengenalan Sistem Intergrasi Bas serta pelancaran perkhidmatan Bas Aliran
Deras (BRT) laluan Sunway. Segmen pengangkutan air kembali pulih disebabkan
aktiviti pelabuhan yang lebih kukuh. Prestasi ini dicerminkan melalui peningkatan
dalam segmen fret dengan perkhidmatan kargo mencatat pertumbuhan positif.
Segmen pengangkutan udara meningkat sederhana berikutan penurunan bilangan
ketibaan penumpang dan pengendalian kargo udara. Pertumbuhan yang berlaku pada
tahun ini mendorong kepada peningkatan tingkat upah.

15
981116-xx-xxxx

6.0 CADANGAN

Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati terdapat beberapa cadangan dan


langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pihak yang terlibat untuk
memajukan ekonomi Malaysia. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan cadangan
bagi memastikan tingkat upah di Malaysia berada pada tahap yang bersesuaian selaras
dengan keadaan ekonomi semasa bagi Sektor Maklumat dan Komunikasi dan Sektor
Pengangkutan dan Penyimpanan.

Antara cadangan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tingkat upah


Sektor Maklumat dan Komunikasi adalah dengan meningkatkan kemahiran pekerja
mahir dan separuh mahir. Keadaan ini kerana pengkaji mendapati bahawa pekerja
bergaji sepenuh masa kategori pengurusan, profesional dan eksekutif merupakan
jumlah pekerja yang tertinggi dalam Sektor Maklumat dan Komunikasi dengan 72
333 orang (51.3%) pada tahun 2014 (Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia,
2017). Melalui peningkatan kemahiran, pekerja Sektor Maklumat dan Komunikasi
akan meningkatkan produktiviti mereka dalam perkhidmatan maklumat dan
komunikasi seperti pemprograman dan penyiaran; penerbitan; penerbitan wayang
gambar video dan program televisyen; rakaman bunyi dan penerbitan muzik. Dengan
peningkatan perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi ini, output kasar dan nilai
ditambah akan meningkat dan seterusnya meningkatkan tingkat upah bagi
perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi.

Bagi meningkatkan tingkat upah Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan,


pengkaji mencadangkan pertambahan infrastruktur bagi penggudangan, pengangkutan
udara dan pengangkutan darat. Infrastruktur pengangkutan merupakan nadi utama
kepada pembangunan sosioekonomi melalui fungsinya untuk mengerakkan manusia
dan barangan. Pembangunan infrastruktur yang cekap merupakan pengupaya penting
untuk meningkatkan taraf hidup. Penambahbaikan sistem pengangkutan dalam
tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) telah menghasilkan
ketersambungan yang lebih baik, jalan yang lebih panjang, penumpang yang lebih
ramai dan modal syer yang lebih baik, serta kapasiti pelabuhan dan lapangan terbang
yang lebih besar (Kertas Strategi 13: Penyediaan Sistem Pengangkutan yang Lancar).
Keadaan ini akan mendorong penggunaan pekerja mahir dalam Sektor Pengangkutan
dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dalam sektor

16
981116-xx-xxxx

berkenaan sehingga mampu meningkatkan tingkat upah Sektor Pengangkutan dan


Penyimpanan.

17
981116-xx-xxxx

7.0 RUMUSAN

Pengkaji menjalankan kajian yang bertajuk Tingkat Upah Mengikut


Sektor Ekonomi di Malaysia dari Tahun 2011 hingga Tahun 2015. Terdapat dua
objektif yang dijalankan oleh pengkaji, iaitu menghuraikan arah aliran upah
sektor Maklumat dan Komunikasi dari tahun 2011 hingga tahun 2015 dan
membandingkan arah aliran upah antara sektor Maklumat dan Komunikasi
dengan sektor Pengangkutan dan penyimpanan dari tahun 2011 hingga tahun
2015. Pengkaji menggunakan data sekunder iaitu kaedah pengumpulan data dari
sumber internet seperti laman sesawang, buku dan kamus. Pengkaji juga
menggunakan teknik penganalisisan data dalam bentuk jadual dan graf.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa


arah aliran tingkat upah Sektor Maklumat dan Komunikasi menunjukkan pola
peningkatan dengan tingkat upah yang tertinggi pada tahun 2015 sebanyak
RM3975 dan tingkat upah yang terendah adalah pada tahun 2011 sebanyak
RM3101. Kadar pertumbuhan tingkat upah bagi sektor ini yang tertinggi adalah
sebanyak 10.82% pada tahun 2015 dan yang terendah adalah sebanyak 0.99%
pada tahun 2014.
Pengkaji juga mendapati bahawa tingkat upah Sektor Maklumat dan
Komunikasi lebih tinggi berbanding Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan.
Tingkat upah Sektor Maklumat Dan Komunikasi yang tertinggi sepanjang
tempoh lima tahun adalah sebanyak RM3 975 pada tahun 2015 manakala tingkat
upah bagi Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan yang tertinggi adalah
sebanyak RM2500 pada tahun 2015 dengan perbezaan tingkat upah sebanyak
RM1 475. Tingkat upah bagi Sektor Maklumat Dan Komunikasi yang terendah
pula ialah RM3 101 pada tahun 2011 manakala tingkat upah Sektor
Pengangkutan dan Penyimpanan yang terendah sebanyak RM1 877 pada tahun
2011. Kadar pertumbuhan tingkat upah bagi Sektor Maklumat dan Komunikasi
yang tertinggi adalah sebanyak 10.82% dan yang terendah adalah 0.99%
manakala Sektor Pengangkutan dan penyimpanan pula tertinggi sebanyak
15.42% dan terendah ialah 0.97%.

18
981116-xx-xxxx

Pengkaji melihat peningkatan tingkat upah Sektor Maklumat dan


Komunikasi lebih tinggi berbanding tingkat upah Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan dalam tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2011 hingga tahun
2015. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan tingkat upah Sektor
Pengangkutan dan Penyimpanan didapati lebih tinggi berbanding kadar
pertumbuhan tingkat upah Sektor Maklumat dan Komunikasi.

Pengkaji juga telah mencadangkan meningkatkan tingkat upah Sektor


Maklumat dan Komunikasi dengan meningkatkan kemahiran pekerja mahir dan
separuh mahir serta menambahkan infrastruktur bagi Sektor Pengangkutan dan
Penyimpanan. Melalui cadangan ini, pengkaji berharap agar tingkat upah bagi
kedua-dua sektor tersebut terus meningkat sejajar dengan perkembangan
ekonomi negara.

19
981116-xx-xxxx

8.0 RUJUKAN

Kamus
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku

Lai Mooi Chang. 2014. Teks Pra-U STPM Ekonomi Penggal 3. Selangor: Pearson.

Suhiliah Mohd. Salleh. 2016. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet

Kementerian Kewangan Malaysia (2017). Laporan Ekonomi 2010/2011. Prestasi


Ekonomi dan Prospek. Dicapai pada Jun 14, 2017 dari
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1011/bab3.pdf

Kementerian Kewangan Malaysia (2017). Laporan Ekonomi 2012/2013. Prestasi


Ekonomi dan Prospek. Dicapai pada Jun 14, 2017 dari
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab3.pdf

Kementerian Kewangan Malaysia (2017). Laporan Ekonomi 2013/2014. Prestasi


Ekonomi dan Prospek. Dicapai pada Jun 14, 2017 dari
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1314/bab3.pdf

Kementerian Kewangan Malaysia (2017). Laporan Ekonomi 2014/2015. Prestasi


Ekonomi dan Prospek. Dicapai pada Jun 14, 2017 dari
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1415/bab3.pdf

Kementerian Kewangan Malaysia (2017). Laporan Ekonomi 2015/2016. Prestasi


Ekonomi dan Prospek. Dicapai pada Jun 14, 2017 dari
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1516/bab3.pdf

20
981116-xx-xxxx

Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). Perangkaan Perkhidmatan


Maklumat dan Komunikasi 2015 & Perangkaan Perkhidmatan Pengangkutan dan
Penyimpanan 2015. Dicapai pada Julai 14, 2017 dari
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php

Unit Perancangan Ekonomi (2013). Kertas Strategi 13: Penyediaan Sistem


Pengangkutan yang Lancar. Dicapai pada September 17, 2017 dari
http://www.epu.gov.my/sites/default/files/Kertas%20Strategi%2013.pdf

Surat Khabar
Arman Zaini. “Kualiti Infrastruktur Pengangkutan Malaysia Terbaik Di ASEAN –
WEF” dlm. Malaysian Access, 9 April 2017.
BERNAMA. “NTP2015: 74 peratus puji pengangkutan awam” dlm. Berita Harian
Online, 26 April 2016.

21

Anda mungkin juga menyukai