Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERLANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKTR 2020

Murid-murid yang dikasihi,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk berada di kelas masing-
masing dalam keadaan yang tenang

Catatan Ucapan
Bismillahirahmanirahim.. assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Ucapan aluan Yang berusaha,

( ) Puan Salfalaili binti Mat Saad, Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Ria
( ) En Azman bin Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran
( ) Pn Nor Azian binti Yeop Idris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
( ) Pn Rozita binti Morat, Penolong Kanan Kokurikulum
( ) Pn Rohaiza binti Abdul Rashid, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Rakan-rakan guru, kakitangan SK Taman Ria dan para pelajar yang dikasihi
sekalian

Berjalan ke pasar membeli asam,


Asam dibeli Bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara.

Musim manggis sudah tiba,


Manggis dimakan bersama madu,
Kerjasama penting antara kita,
Supaya hidup lebih Bersatu.

Jalur gemilang bendera kita,


Megah berkibar di pagi hari,
Selalu kita berdoa padaNya,
Supaya negara aman harmoni.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita dapat bersama-sama


berkumpul bagi memeriahkan majlis perlancaran bulan kemerdekaan
Sekolah Kebangsaan Taman Ria untuk tahun 2020.

Walaupun negara kita sedang diuji dengan pandemic COVID-19, namun ia


tidak bermaksud kita lupa akan hari yg bersejarah ini.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan adik ________________
dari kelas 6_____________ untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik
____ atas bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian lagu Seterusnya, sebagai pembuka acara , majlis menjemput para guru dan
pelajar untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan,
Negaraku
Ucapan GB/Wakil Para hadirin sekalian,
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya saya menjemput
(+ gimik yang berusaha __________________________ untuk menyampaikan
pelancaran ucapan beliau.
merdeka) Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______ atas ucapan


sebentar tadi.

Nyanyian lagu Berjalan kaki di atas titi,


patriotik Ke kedai nyonya membeli roti,
Ayuh semua kita berdiri,
Menyanyi dengan riang hati.

Sidang hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama berdiri dan menyanyikan


___ buah lagu patriotic iaitu :

Tahniah diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.

Penutup Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas kesudian memeriahkan
majlis pada hari ini. Sebagai penutup, saya ingin memohon seribu kemaafan
andai terdapat kesalahan tutur kata dan tersilap bicara. Assalamualaikum
dan terima kasih.
Doa Majlis Perlancaran Sambutan Merdeka SKTR 2020

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala
Alihi Wasahbihi Ajma’in

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu
yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
melimpah ruah kepada kami

Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ini, kami memohon ihsan daripada-Mu Ya
Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan.
Lindungilah kami daripada segala keburukan dan hindarilah kami daripada segala kemungkaran.
Anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
tercinta ini.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam

Engkau peliharalah tanah air kami yang kami cintai ini. Engkau peliharalah negara kami dari segala
bencana dan permudahkanlah kami untuk mengharungi segala ujian yang engkau berikan.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar. Wasallallahu ala
sayyidina muhammad, Wa ala alihi wa sahbihi ajmain, Subhana rabbika rabbi i-'izzati 'amma
yasifun, wa salamun 'ala mursalin wa l-hamdu li-llahi rabbi l-'alamin.