Anda di halaman 1dari 1

___

Suami menghilang, isteri tuntut


fasakh
MyMetro (Https://Www.Hmetro.Com.My)

› Mutakhir (Https://Www.Hmetro.Com.My/Mutakhir)
Share
(https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?
u=https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445627/suami-
menghilang-isteri-tuntut-fasakh)

Tweet
(https://twitter.com/intent/tweet?
ref_src=twsrc%5Etfw&text=Suami%20menghilang%2C%20isteri%20tuntut%20fasakh&tw_p=tweetbutton&url=ht
menghilang-isteri-tuntut-fasakh)

Amirul Aiman Hamsuddin


am@hmetro.com.my

(mailto:)

WANITA merayu suaminya tampil menghadiri kes tuntutan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah di
Kuala Selangor, pada 25 April depan.

Norafazila Ibrahim, 26, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Safik Zakaria, 28, melangsungkan perkahwinan pada
Disember 2016 dan menetap di Seksyen 27 Shah Alam.

Mohamad Safik yang beralamat terakhir di Kampung Mengkuang Hujong, Kuala Pegang, Baling, Kedah dipercayai
menghilangkan diri sejak Januari tahun lalu.

“Kami kemudian menetap di rumah keluarga saya di Kampung Bukit Kucing Tengah, Jeram selepas saya bersalin.

“Sewaktu berpantang, suami tiba-tiba menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga ke hari ini,” katanya kepada
Harian Metro.

Menurutnya, selepas lebih setahun berlarutan, dia mengambil keputusan memfailkan permohonan fasakh pada
Januari lalu.

“Perbicaraan tuntutan fasakh terhadap suami dijalankan di mahkamah sama pada 21 Februari lalu, namun terpaksa
ditangguhkan kerana dia tidak hadir.

“Saya sudah puas berusaha mencarinya dan merayu supaya dia hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan perkara
ini,” katanya.

Norafazila berkata, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mohamad Safik diminta menghubungi Norafazila di talian 017-
3924981.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 1:47 PM