Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 SESI 2016 DAN 2017

1.0 PENGENALAN

Pada setiap tahun, semua sekolah rendah diarahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing untuk
mengadakan program Pendaftaran Pelajar Tahun 1. Kertas kerja ini dihasilkan sebagai persediaan untuk
menyambut kemasukan pelajar tahun 1 satu sesi 2016 dan 2017. Dalam kertas kerja ini, akan dinyatakan
program yang dijalankan dan senarai nama ahli jawatankuasa yang terlibat.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini adalah untuk mendaftarkan pelajar Tahun Satu yang akan memulakan sesi
persekolahan pada tahun 2016 dan pendaftaran awal untuk murid Tahun 1 2017.

3.0 SASARAN

Anak-anak yang lahir pada :

2. 1.2009 hingga 1.1 2010 - Tahun 1 2016


2.1.2010 hingga 1.1.2011 - Tahun 1 2017

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

1. Tarikh : 9 – 31 Mac 2015

2. Tempat : Pejabat Am, SK Darau, Kota Kinabalu.

3. Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang

4. Dokumen : Sijil lahir Anak ( Asal dan 2 salinan fotostat )

Kad Pengenalan Ibu dan Bapa ( Asal dan 2 salinan fotostat )

Sijil Nikah Ibu Bapa

Sijil Daftar Anak Angkat (jika berkenaan)

Slip Gaji terkini ibu bapa/penjaga ( 2 salinan fotostat


yang disahkan oleh majikan)

Bil Air / Elektrik dan 1 salinan fotostat


5.0 AKTIVITI YANG DIADAKAN

Aktiviti yang diadakan pada hari pendaftaran berkenaan adalah mendaftarkan pelajar Tahun satu yang
akan memasuki ke sekolah ini pada tahun hadapan dan tahun selepasnya.

6.0 AHLI JAWATANKUASA 2015

Bagi memantapkan lagi program pada tahun ini, beberapa orang ahli kumpulan sokongan atau kaki
tangan bukan mengajar telah dilantik untuk membantu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi
menjayakan aktiviti yang diadakan. Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat:

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

1. Penaung Datuk Jame Alip

Pengarah Pendidikan Sabah


2. Penasihat Tuan Haji Bad Hamid Haji Musli

Pegawai Pendidikan Daerah

3. Pengerusi En Abdul Hajis Haji Saipuddin

Guru Besar
4. Naib Pengerusi Puan Ropinah Haji Moktar

GPK Hal Ehwal Murid


5. Timbalan Pengerusi 1 Puan Lau Su Fun

GPK Kurikulum dan Pentadbiran


6. Timbalan Pengerusi 2 Puan Victory Haji Udin

GPK KoKUm
Timbalan Pengerusi 3 Encik Maklin Daud

GPK Petang
7. AJK Puan Siti Mulia Datu Ugai

Kerani Pentadbiran
8. AJK Puan Jinura Mangki

9. AJK Puan Roziah Mohd Basir


7.0 SENARAI PERBELANJAAN

BIL PERKARA BIL NILAI

1 KAIN RENTANG 3x6 1 RM 68.40

2 KERTAS A4 1 RIM RM 11.00

8.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan agar program pendaftaran pelajar Tahun Satu ini berjaya mencapai objektifnya
dan mencapai sasaran. Semoga kertas kerja yang dibuat ini dapat memastikan kelancaran program ini
berjalan dengan baik seperti pada tahun yang sebelumnya. Diharapkan semua ahli jawatankuasa yang
terlibat dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Disediakan Oleh: Disemak dan Disahkan Oleh:

________________________ __________________________

ROPINAH BINTI MOKTAR ABDUL HAJIS HAJI SAIPUDDIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar,


SK Darau, Menggatal, SK Darau, Menggatal,
Kota Kinabalu. Kota Kinabalu.
SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU
PETI SURAT 11881
88820 KOTA KINABALU

KERTAS KERJA
PROGRAM PENDAFTARAN TAHUN 1
SESI
2016 DAN 2017

DISEDIAKAN OLEH:
PN ROPINAH HAJI MOKTAR

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SK DARAU , KOTA KINABALU

Anda mungkin juga menyukai