Anda di halaman 1dari 38

MANUAL PENGGUNA

SISTEM GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN


VERSI 2.2

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA


 Laman web gantian MyKad ini hanya menyediakan perkhidmatan penggantian MyKad yang
terhad kepada 4 jenis penggantian sahaja iaitu :

1. Gantian kad rosak


2. Gantian cip rosak
3. Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)
4. Gantian disebabkan kehilangan (tidak lebih 1 kali)

 Hanya pembayaran menggunakan kad kredit sahaja dibenarkan.

 Peraturan 18 : Penggantian MyKad bagi pemilik yang belum menggantikan MyKad selepas
berumur 18 tahun tidak boleh dilakukan di laman web ini. Pemilik diminta untuk hadir ke kaunter
JPN terdekat bagi proses penggantian tersebut.

 Persetujuan dan pengawasan ibu bapa/penjaga adalah diwajibkan kepada pengguna berumur
kurang dari 18 tahun.

 Hubungi PRO JPN di talian 03-8880 7077 / 7071 / 7067 / 7069 / 8206 atau emel ke
mykadganti@jpn.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.
1. Layari Portal JPN (http://www.jpn.gov.my)

2. Klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan ”Atas
Talian”.

Klik pada pautan


“Mohon Gantian
Bagi MyKad Anda”
1. Pengguna akan dibawa ke alamat https://mykadganti.jpn.gov.my

2. Paparan laman web utama sistem adalah seperti yang tertera.

Klik pautan “Promosi Klik pautan “Manual


Pengguna berada Pengguna “ untuk muat
MyKad” untuk makluman
di laman utama. turun manual pengguna.
promosi MyKad.
• Pengguna dinasihatkan untuk membaca dan memahami keseluruhan maklumat yang
dinyatakan melalui pautan ‟Penafian”, ‟ Dasar Privasi”, ‟Dasar Keselamatan” dan ‟Syarat
Penggunaan” laman web gantian MyKad yang terdapat pada bahagian bawah laman
utama. Maklumat boleh di capai dengan klik pada pautan yang digariskan.

• Paparan laman pautan adalah seperti yang tertera.

Pautan “Penafian”, “Dasar


Privasi” , “ Dasar Keselamatan”
dan “Syarat Penggunaan”
SISTEM GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN JPN

PROSES PENDAFTARAN PENGGUNA


• Semua pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mesti
mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada sistem.

• Bagi pendaftaran baru atau sedia ada, pada laman utama sila klik pautan “Daftar
akaun sekarang” seperti yang dipaparkan (Maklumat pendaftaran akan ditunjukkan
pada halaman yang seterusnya).

Untuk pendaftaran akaun baru,


sila klik pautan “Daftar akaun
sekarang”.
• Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan (seperti yang tertera).

• Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang
diperlukan bagi proses pendaftaran.

Isikan kesemua maklumat


yang diperlukan dan tekan
butang “Hantar”.
• Pengguna baru akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel
yang didaftarkan. Contoh emel yang diterima adalah seperti yang tertera.

Semak emel yang telah


didaftarkan dan klik pada
pautan “Pendaftaran
Pengguna GOSG”.

• Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.

Klik pautan untuk proses pengesahan


pendaftaran seterusnya.
• Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan
ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata
laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.

Sila masukkan kata laluan,


pengesahan kata laluan dan teks
pengesahan (CAPTCHA). Tekan
butang HANTAR untuk
pengaktifan akaun.
• Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon
klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.

Tekan butang SETERUSNYA


untuk log masuk kali pertama.
• Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan
kata laluan yang telah didaftarkan.

Sila masukkan No. MyKad/emel


dan kata laluan yang telah
didaftarkan. Tekan butang LOG
MASUK untuk log masuk kali
pertama.
• Setelah pengguna baru berjaya log masuk,di halaman utama, pengguna akan
dipaparkan persetujuan bagi berkongsi profil pengguna dari MyGoverment Portal.
Pengguna klik ‘Ya’ untuk berkongsi profil pengguna.

Tekan ‘YA’ untuk berkongsi profil


seperti nama, emel dan nombor
telefon pengguna.
• Setelah pengguna berjaya log masuk,di halaman utama, pengguna akan dipaparkan
rekod permohonan MyKad yang pernah dipohon secara atas talian. Bagi pengguna baru,
jadual akan menunjukkan “tiada rekod ditemui”. Paparan yang dimaksudkan adalah
seperti di bawah.
SISTEM GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN JPN

PROSES PERMOHONAN GANTIAN


MYKAD
• Bagi tujuan permohonan gantian. Sila klik pada Permohonan di menu utama atau pada
pautan “Mohon di sini”.

Bagi tujuan permohonan


gantian pemohon boleh klik
pada menu “Permohonan“ atau
pautan “Mohon di sini”.

• Pengguna akan dipaparkan laman Akuan Penafian. Penguna / Pemohon dinasihatkan


untuk membaca dan memahami syarat –syarat permohonan yang dinyatakan di dalam
Akuan Penafian ini. Sekiranya bersetuju; dan memahami syarat yang ditetapkan,
pengguna perlu klik pada butang “Setuju” untuk meneruskan permohonan.

Jika tidak bersetuju, sila tekan Tekan butang “Setuju” sekiranya


butang “kembali” untuk ke pemohon bersetuju dengan
laman utama. syarat yang dinyatakan dalam
akuan Penafian.
• Bagi tujuan
permohonan
penggantian,
pengguna perlu
memasukkan semua Sila masukkan maklumat
butiran maklumat pemohon mengikut
permohonan yang format yang diminta.
diperlukan pada
laman ini. Contoh
pengisian maklumat
adalah seperti di • Setelah semua
sebelah. butiran maklumat
telah diisi,
Pengguna di beri
pilihan untuk klik
pada salah satu
butang:
Tik pada pilihan
jenis o Teruskan - untuk
penggantian. meneruskan
permohonan

o Set semula -
untuk
mengosongkan
Pilih pusat semula ruangan
kutipan dari permohonan
senarai negeri
dan cawangan. o Kembali – untuk
kembali kelaman
utama
• Sekiranya
permohonan gantian
MyKad tersebut
dibenarkan untuk
diproses secara atas
talian, pengguna
akan dipaparkan
maklumat Maklumat
permohonan pemohon
lengkap. Contoh
paparan maklumat
adalah seperti di
sebelah kanan.

• Pengguna perlu tik


kotak perakuan
untuk meneruskan
permohonan ke Pusat kutipan
proses bayaran (Sila
baca akuan
yang telah dipilih
persetujuan dengan
teliti sebelum
meneruskan Jumlah bayaran
bayaran)
yang dikenakan
Tik pada
perakuan untuk Klik di sini untuk
ke proses maklumat
pembayaran bayaran
Klik “Kembali” Klik teruskan
untuk untuk proses
membatalkan bayaran selepas
urusniaga. perakuan.
• Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di
redirect kan ke Payment Gateway Bank Islam (https://migs.mastercard.com.au/).

• Hanya pembayaran menggunakan kad kredit sahaja dibenarkan. Contoh paparan dari
bank adalah seperti yang dipaparkan di bawah dan slid yang berikutnya.

Masukkan Seterusnya tekan


maklumat kad butang “Pay”
kredit. untuk bayaran.

Pilih kaedah bayaran samada Visa /


MasterCard dengan klik pada logo
yang tertera.
• Contoh paparan laman pembayaran di Bank Islam yang berikutnya.

Contoh paparan status


pembayaran kad kredit di bank.
Pemohon diminta untuk
menunggu sehingga proses selesai.
• Untuk pembayaran berjaya, pemohon/pengguna akan dipaparkan makluman
pembayaran berjaya.

• Pengguna boleh samada untuk klik pada Menu “Rekod Transaksi “ atau klik pautan klik sini
untuk melihat status kemaskini permohonan. Pautan adalah seperti yang ditandakan.

Klik pada menu “Rekod Transaksi”


atau pautan “Klik sini” untuk
melihat status permohonan
gantian pemohon.
• Di laman Rekod Transaksi, Pengguna akan dipaparkan senarai rekod transaksi bagi setiap
permohonan gantian yang pernah dimohon.

• Terdapat dua tahap status bagi permohonan yang sudah berjaya dikemaskini
pembayarannya di JPN iaitu, tahap status “Dalam Proses” bagi permohonan yang masih
belum berjaya dikemaskini status pembayarannya di JPN dan; tahap status “Cetak”
menunjukkan status pembayaran telah berjaya dikemaskini di JPN dan resit telah sedia
dicetak oleh pengguna/pemohon.

Maklumat pembayaran masih dalam


status tindakan kemaskini di JPN.

Maklumat pembayaran telah berjaya dikemaskini di JPN dan resit pembayaran sedia dicetak. Klik
pautan “Cetak” untuk mencetak resit bayaran.
(Pastikan komputer anda disambungkan kepada mesin pencetak untuk mencetak resit bayaran).
• Contoh resit pembayaran adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Maklumat pemohon
Gantian MyKad.

Maklumat
pembayaran yang
telah dibuat.

Kaedah menyemak
status
permohonan
MyKad.
SISTEM GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN JPN

SOALAN LAZIM
1. LUPA KATA LALUAN

• Pada pengguna yang terlupa katalaluan. Sila klik pada pautan “Set Semula Akaun” yang
terdapat pada sistem utama. Contoh adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Klik pada pautan “Set


Semula Akaun” di laman
utama
• Sila klik pada pautan logo “Kata Laluan” bagi proses lupa kata laluan.

Klik pada logo “Kata Laluan”


• Sila klik pada ‘Emel’ untuk set semula kata laluan yang menggunakan emel sebagai kaedah
pengesahan. Contoh adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Klik pada “Emel”


• Sila masukkan emel yang didaftarkan dan teks pengesahan untuk mendapatkan set semula
kata laluan. Contoh adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Masukkan emel yang


didaftarkan dan teks
pengesahan (CAPTCHA).

Klik butang “SET SEMULA”


• Pengguna akan menerima set semula kata laluan yang akan dihantar ke emel yang
didaftarkan. Contoh emel yang diterima adalah seperti yang tertera.

Semak emel yang telah


didaftarkan dan klik pada
pautan “Set Semula Kata
Laluan”.

• Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan set semula kata laluan.

Klik pautan untuk proses set


semula kata laluan.
• Setelah klik pada pautan di set semula kata laluan yang diemelkan, pemohon akan
dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan yang
baru, mengesahkan kata laluan dan memasukkan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi
proses set semula kata laluan.

Sila masukkan kata laluan yang


baru, pengesahan kata laluan
dan teks pengesahan
(CAPTCHA). Tekan butang
HANTAR untuk set semula kata
laluan
• Bagi set semula kata laluan yang berjaya, pengguna akan dipaparkan halaman seperti
yang di bawah.
2. MENUKAR MAKLUMAT YANG DIDAFTARKAN

• Pada pengguna yang ingin menukar profil peribadi seperti emel dan no telefon, pengguna
boleh mengemaskini profil pengguna di Portal MyGoverment, https://www.malaysia.gov.my.
Pengguna perlu log masuk dan klik pada pautan “Profil Saya”

Klik pautan “Profil Saya”


untuk kemaskini profil.
• Pengguna perlu klik butang “Klik Untuk Kemaskini” untuk mengemaskini profil pengguna

Klik pautan “Klik Untuk


Kemaskini” untuk kemaskini
profil .
• Pengguna boleh mengemaskini profil pada borang yang disediakan. Setelah selesai
kemaskini profil, pengguna perlu klik pada butang “Simpan”.

• Profil terkini pengguna boleh dilaraskan di MyKadGanti di halaman Profil Peribadi.

Klik butang “Simpan” untuk


kemaskini profil terkini
3. PELARASAN PROFIL PENGGUNA

• Pada pengguna yang ingin melaraskan profil pengguna yang telah dikemaskini di halaman
Portal MyGoverment, pengguna boleh mengakses halaman “Profil Peribadi”.

• Pengguna klik pada pautan “Pelarasan Profil”

Klik pautan “Pelarasan Profil”


untuk pelarasan profil
terkini.
• Pada pengguna yang bersetuju melaraskan profil pengguna yang telah dikemaskini di
halaman Portal MyGoverment, pengguna klik “YA”.

Klik pautan “YA” untuk


kemaskini profil terkini.
4. PEMULANGAN SEMULA WANG BAGI TRANSAKSI TIDAK BERJAYA

• Pada keadaan tertentu di mana maklumat pembayaran tidak berjaya dikemaskini di JPN.
Pengguna/pemohon akan dimaklumkan status permohonannya tidak berjaya. Contoh
paparan adalah seperti yang tertera di bawah.

Status permohonan yang


tidak berjaya dikemaskini.

• Bagi permohonan yang tidak berjaya, wang akan dikembalikan semula ke akaun dalam
tempoh 10 hari bekerja dan pemohon akan dimaklumkan samada menerusi panggilan
telefon atau emel.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan
gantian MyKad ini, sila hubungi PRO JPN ditalian

03-88807077/7071/7067/7069/8206

atau emel ke

mykadganti@jpn.gov.my

untuk maklumat lanjut.

- Sekian, Terima Kasih -

Anda mungkin juga menyukai