Anda di halaman 1dari 3

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A (Cadangan jawapan )

1. Alina dan Mei Ling menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai kelas mereka.

2. Alia dan Jenny menyusun meja agar kelas mereka lebih kemas dan teratur.

3. Zul dan Ilham mengelap cermin tingkap dengan menggunakan kain agar cermin tingkap
itu bersih dan berseri.

4. Sherly membuang sampah ke dalam bakul sampah menggunakan penyodok.

5. Abu membersihkan papan tulis menggunakan pemadam agar papan tulis itu bersih
sebelum digunakan semula.

(Pilih mana-mana jawapan yang bertepatan dengan gambar)

BAHAGIAN B (CadanganJawapan)
Pendahuluan
Banjir merupakan salah satu bencana alam yang sering melanda beberapa buah
negeri di Malaysia.
Terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan ketika menghadapi banjir.
Antaranya ialah memastikan semua suis eletrik dan suis utama dimatikan. Hal ini bagi
mengelakkan berlakunya litar pintas. Seterusnya mangsa banjir perlu mengikut
arahan pihak berkuasa jika diarahkan untuk berpindah. Mangsa banjir hendaklah
segera berpindah ke pusat pemindahan. Mangsa banjir mestilah memastikan rumah
mereka berkunci dan barang diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Jangan
memandu mengharungi air banjir kerana berbahaya bagi kenderaan ringan. Orang
dewasa pula jangan membiarkan kanak-kanak bermain air semasa banjir.
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan walau di mana
sahaja berada. Maka kita hendaklah beringat sebelum terkena.
(Terima mana-mana jawapan yang sesuai)
BAHAGIAN C ( Cadangan jawapan )

SOALAN 1
Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya mengadakan Hari Kantin. Tujuan Hari
Kantin ini diadakan untuk mengutip dana bagi menambah buku di pusat sumber.

Ramai pengunjung yang datang. Mereka mengikuti setiap aktiviti yang diadakan.
Antaranya, jualan makanan dan minuman, pameran, pemeriksaan kesihatan dan permainan.

Saya tertarik dengan pameran kesihatan yang diadakan. Gambar-gambar yang


dipamerkan memberi kesedaran kepada saya. Saya akan mengutamakan menjaga kesihatan
diri.

Kemudian, saya ke gerai permainan. Pelbagai permainan yang ada seperti baling
botol, tembak burung dan lain-lain lagi. Saya mendapat hadiah kerana menembak 10 ekor
burung.

Apabila rasa lapar dan dahaga, saya ke gerai makanan dan minuman yang tersedia.
Ramai guru yang menjadi penjualnya. Semua jualan pada hari tersebut menggunakan kupon.

Hari Kantin berlangsung dengan meriah. Saya rasa gembira kerana turut sama
menyumbang dalam tabung yang disediakan.
SOALAN 2

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN


PERTANIAN MALAYSIA

Pada Sabtu, 24 Jun 2020 Kelab Usahawan Muda Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa
mengadakan lawatan sambil belajar ke MARDI. Lawatan ini disertai oleh 60 orang ahli dan
enam orang guru penasihat.
Tujaun lawatan diadakan adalah untuk menambah ilmu tentang pertanian. Ianya juga
memberi pendedahan kepada ahli kelab cara-cara bertani. Kata pepatah, jauh perjalanan, luas
permandangan.
Rombongan kami disambut oleh Encik Azman, salah seorang pegawai di MARDI.
Beliau memberi penerangan melalui klip video yang ditayangkan. Teruja kami menontonnya.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke ladang buah naga. Kami menaiki bas ke sana
kerana kawasannya cukup luas. Kami diberi penerangan tentang penanaman buah naga
daripada peringkat semaian lagi.
Di ladang itu, kami menyaksikan buah-buah naga yang telah matang dipetik.
Semuanya dihantar ke tempat pemprosesan untuk mengasingkan kualiti. Kemudian akan
dipasarkan di dalam dan luar Negara.
Lawatan ini memberi manfaat kepada semua ahli. Semoga pihak kelab akan
mengadakan lawatan ke tempat-tempat lain pula.

Disediakan oleh, 30 JUN 2020.

_______________
(AZLINA AMENON)
Setiausaha Kelab Usahawan Muda,
Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa.

(Terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Anda mungkin juga menyukai