Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2020

1.0 RASIONAL

Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan serta
mengambarkan kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah
umumnya dan murid-murid di kelas berkenaan khasnya. Keceriaan dan kebersihan
kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai
iklim sekolah yang ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar di kelas.

Kelas yang bersih dan ceria juga dikatakan oleh pakar psikologi boleh
memberikan suntikan motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam keadaan
yang selesa, tenang dan tenteram. Murid akan fokus kepada pelajaran yang
diajarkan kerana mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang. Oleh itu,
pertandingan ini memang perlu dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

 
2.0 Matlamat

Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang bersih, ceria, 
cantik,  dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah.

3.0 Objektif

1. Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.

2. Meningkatkan  kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga


keceriaan dan kebersihan kelas.

3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas mereka.

4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.

5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran


murid.

4.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN


PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2020

Pertandingan ini akan bermula pada bulan 15 Jun sehingga 30 Julai 2012

5.0 SASARAN

Pertandingan ini melibatkan semua kelas di aliran perdana sebanyak 18 Kelas.

6.0 MODUS OPERANDI

1. Setiap kelas mempunyai langsir yang sama warna tetapi berbeza mengikut
blok bangunan.
2. Teknik hiasan dalaman bergantung kepada kreativiti murid dalam kelas
berkenaan dengan dibantu oleh guru kelas masing-masing.
3. Aspek yang dinilai bagi pertandingan keceriaan kelas dibahagikan kepada
aspek kebersiahan (50%), aspek keceriaan (20 %), aspek bermaklumat (20
%) dan aspek kreativiti (10 %). Perincian setiap aspek yang dinilai seperti di
bawah.
4. Setiap kelas yang memenangi Johan sebanyak tiga kali berturut-turut atau
tidak akan diberikan hadiah iringan berupa hamper.
5. Pemantauan akan dilaksanakan oleh guru bertugas / penyelaras tahun /
pentadbir sekolah melalui sistem google form setiap minggu sekali pada bila-
bila masa.
6. Data akan dikumpul pada hujung setiap bulan untuk merekodkan dan
memperoleh pemenang bulanan.

7.0 ASPEK PENILAIAN

A. Aspek Kebersihan 50%


1. Lantai, tingkap dan sawang bersih
2. Kipas tidak berhabuk
3. Tong sampah dikosongkan
4. Papan hitam bersih, tiada habuk
5. Langsir bersih dan kemas
6. Susunan meja dan kerusi kemas
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2020

7. Penyapu disangkut dengan kemas


B. Aspek Keceriaan 20%
1. Meja guru beralas
2. Meja pelajar beralas
3. Ada hiasan bunga di atas meja guru
4. Ada motto kelas

C. Aspek Bermaklumat 20%


1. Jadual Tugas disediakan
2. Jadual waktu kelas disediakan
3. Carta Organisasi kelas disediakan
4. Pelan kedudukan pelajar disediakan
5. Sudut mata pelajaran dikemskini
6. Pelan kebakaran dipamerkan
7. Senarai inventori dipamerkan
8. Kalendar digantung/dipamerkan
9. Ada poster yang sesuai
10. Ada headcount kelas ( HC3 & HC 4)

D. Aspek Kreativiti 10%


1. Ada Sudut Nilam / bacaan
2. Ada kata-kata hikmat / motivasi
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2020

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM KECERIAAN KELAS 2020

PENDAPATAN SUMBER
BIL. PERKARA KUANTITI RM RM
(seunit)
1. Peruntukkan ZAKAT

2. Sumbangan PIBG PIBG

JUMLAH PENDAPATAN
PERBELANJAAN SUMBER
BIL. PERKARA / ITEM KUANTITI RM RM
(seunit)
1 Piala Pusingan:
- Terbaik Tahap 1 1 15.00
- Terbaik Tahap 2 1 15.00 30.00
2. Piala Tetap:
- Terbaik Tahap 1 3 4.00 12.00
- Terbaik Tahap 2 3 4.00 12.00
3. Sijil Kelas 1 set 1 30.00 30.00

4. Hamper

JUMLAH PERBELANJAAN

KESIMPULAN

Program pertandingan keceriaan kelas ini diharapkan dapat mewujudkan


kelas yang bersih, ceria dan cantik. Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2020

lagi diharapkan mampu menjadi motivasi kepada murid untuk seronok hadir ke
sekolah dan sekaligus dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

“ Kelas Ceria dan Kondusif, Pemangkin PdPC Berkualiti”

Disediakan oleh;

............................
(HAMIDAH BINTI ZAINOL)
Setiausaha Unit 3K,
SK Labu Besar.

Disemak oleh;

............................
(ZANARI BIN ZAINON)
Penolong Kanan HEM,
SK Labu Besar.

Disahkan oleh;

............................

(FAUZIAH BINTI YUSOF)


Guru Besar,
SK Labu Besar.

Anda mungkin juga menyukai