Anda di halaman 1dari 5

DIALOG TASK 3:

Tersebutlah kisah di sebuah kawasan perkampungan yang masih kekal utuh di sebalik
gunung-gunung yang tinggi mencapai langit. Masyarakat yang tinggal di kampung
tersebut hidup dengan aman damai dan harmoni. Seorang lelaki tua yang mesra
digelar Pak Man mengetuai kampung tersebut berdekad lamanya, cukup untuk
dihormati penduduk kampung tersebut sebagai seorang ketua yang baik hati dan
sentiasa berlapang dada untuk meringankan beban penduduk kampung selagi beliau
mampu.

Babak 1:

Penduduk kampung: Ehhh Man, betul ke apa yang aku dengar pasal anak-anak Ton
tu?

Pak Man: hmmm, aku pun tengah fikir macam mana nak tolong si Jasmin dan
kakaknya Yana. Kesian, kecik-kecik dah jadi anak yatim piatu. Aku sebagai ketua dah
puas perah otak untuk menyelesaikan masalah diaorg ni.

Penduduk kampung: Tulahh Man pendapatan si Yana itu ibarat kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang. Setakat jual kuih berapa je laa yang dia boleh dapat
dengan tak pergi ke sekolahnya.

Jasmin & Yana: Assalamualaikum Pak Man, nak beli kuih? Murah je Pak Man, tiga
seringgit je.

Pak Man : Mari la nak. Pak Man nak beli ni. (pak Man hulur 10 ringgit)

Yana : eh pak man, banyaknya. Kuih ni sikit je pak man.

Pak Man : Takpe nak. Pak man sedekah.

Jasmin dan Yana : Terima kasih Pak Man. Semoga murah rezeki.

(Jasmin dan Yana berjalan pergi)

Penduduk Kampung buat muka simpati.

Babak 2:
Yana : Alamak Jasmin, bekalan air bersih kita dah habis. Kakak nak kena jual kuih dah
ni. Boleh tak Jasmin tolong ambilkan dekat laut depan tu. Nanti kakak tolong Jasmin
kat sana.

Jasmin : baiklah kakak.

(Jasmin jalan celah pokok dan terjumpa satu patung dekat salah satu pokok)

Jasmin : Eh cantiknya patung ni. Siapa punya ni?

(pegang patung dan peluk)

Jasmin : Eh seronoknya kalau boleh simpan patung ni dekat rumah. Kalau dekat
rumah, kakak sibuk buat kuih. Tak sempat nak teman Jasmin main.

(Jasmin fikir nak ambil ke tak)

Jasmin : Tapi takkan la patung cantik macam ni takde pemilik. Eh kesiannya kalau ada
orang cari. Takpelah, Jasmin bawa dulu patung ni masa ambil air. Kalau ada orang
cari, nanti Jasmin pulangkan.

(Jasmin jalan pergi laut, masa nak ambil air guna baldi, patung terjatuh)

Jasmin : Ya Tuhan. Patung terjatuh. Macam mana ni. Ni patung orang, bukan patung
Jasmin.

(Jasmin terjun dengan yakinnya dan Jasmin berjaya !)

Jasmin : Nasib baik air ni tak dalam, patung. Sempat Jasmin selamatkan awak.

Patung : Terima kasih anak muda sebab selamatkan saya. Hatimu mulia anak muda,
disebabkan itu saya akan mengabulkan apa-apa sahaja permintaan kamu.

(Jasmin pandang dengan pandangan yang takut)

Patung : Jangan takut anak muda. Saya hanya mahu membalas kebaikan kamu.
Nyatakanlah apa yang kamu mahu? Kamu mahu rumah besar?

Jasmin : Taknak. Tiada rumah yang lebih selesa daripada rumah yang Jasmin duduk
dengan ibu dulu. Pergi rumah mana-mana pun takkan sama perasaannya dengan
rumah yang Jasmin duduk sekarang. Terima kasih patung.
Patung : Jika begitu, kamu mahu harta yang banyak? Dengan harta itu kamu boleh beli
baju cantik, patung yang banyak dan makanan yang sedap. Yana, kakak kamu itu tidak
perlu lagi menjual kuih untuk menyara hidup kamu berdua. Kamu juga boleh pergi ke
sekolah anak muda.

Jasmin : Taknak patung. Tiada baju yang lebih cantik selain baju yang ibu jahitkan
untuk saya dulu. Cukuplah Yana sebagai peneman saya, kalau saya ada patung, siapa
nak kawan dengan Yana? Patung, saya suka makanan yang Yana masak. Yana
pandai masak, patung? Marilah balik bersama saya, boleh makan bersama-sama.
Yana mesti suka kalau ada kawan baru.

Patung : Betul ni anak muda? Kamu langsung tiada permintaan?

Jasmin : Betul patung.

Patung : Tadi, patung dengar anak muda ada sebut pasal ibu kamu. Mana ibu kamu
anak muda?

Jasmin : Yana kata ibu pergi jauh dekat satu tempat ni. Kitorang takboleh pergi lagi
tempat tu.

Patung : Kalau patung kata, patung boleh jumpakan anak muda dengan ibu kamu.
Kamu mahu?

Jasmin : hmmm

Jasmin : Kalau bawa Yana boleh? Yana pun rindu ibu.

Patung : Tidak boleh anak muda. Peluang ini hanya untuk kamu sahaja. Nanti, lepas
kamu dah jumpa ibu kamu, bolehlah kamu cerita dekat Yana.

Jasmin : Kalau macam itu, bolehlah patung. Di mana saya boleh berjumpa ibu saya?

Patung : Di sini anak muda. Mari ikut patung.

(Berjalan ke tengah lautan, Nampak ibu)

Jasmin : Ibu

Ibu : Jasmin, anak ibu. Mari ke sini anakku.


Jasmin : Ibu pergi mana? Kenapa ibu tak balik dah? Yana kata ibu pergi kejap je.
Kenapa lama sangat ibu pergi? Jasmin rindu.

Ibu : Ibu sentiasa ada di sini nak.

(Ibu peluk Jasmin, Yana dan Pak Man datang)

Yana : Pak Man, Yana suruh Jasmin ambil air di sini tadi. Lama betul Jasmin ambil air,
saya risau. Sepatutnya Yana datang teman Jasmin, tapi lepas Yana jual kuih. Yana
tertidur dekat rumah. Bangun-bangun, Jasmin tak balik-balik lagi.

Pak Man : Jangan risau, mari kita cari bersama-sama.

Yana : Jasmin !

Pak Man : Jasmin ! Di mana kamu?

Pak Man dan yana : Jasmin !!!!

Yana : Pak Man! Itu macam kain Jasmin!

(Yana menangis)

Babak 3 :

Penduduk kampung : Pak Man, kenapa Pak Man bersedih ni?

Pak Man : hmmm saya bersedih mengenang nasib Yana dan adiknya yang baru
sahaja meninggal tu.

Penduduk kampung : Pak Man sebenarnya saya nak bagitau sesuatu, masa itu saya
tengah cuci pakaian saya di tebing laut. Saya nampak ada budak kecil terjatuh. Seolah-
olah dia nak ambil sesuatu. Lepastu, saya berasa sangat cemas dan segera berlari
ingin mendapatkan bantuan daripada orang lain kerana saya tidak boleh berenang,
tetapi malangnya bila saya balik dengan penduduk kampung yang lain budak tu dah
hilang. Saya tidak sempat nak selamatkan dia Pak Man (muka kesal).

Pak Man : Tidak mengapalah semuanya ketentuan Allah SWT. Jenazah arwah pun
sudah dikebumikan sebab tak elok biar lama-lama.
Narrator : Hakikatnya, semasa Jasmin hendak mengambil patung tersebut, dia
tergelincir lalu jatuh lemas di dalam laut. Akhirnya, hasrat Jasmin untuk bertemu
semula dengan ibunya tercapai.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai