Anda di halaman 1dari 4

BIL BAHASA ISTANA MAKSUD

1 Almarhum Allahyarham

2 ampun kurnia Maaf

3 anugerah Hadiah

4 baginda Dia (Raja)

5 beradu Tidur

6 berangkat Berlepas

7 bercemar duli Mengunjungi

8 berkenan Bersetuju

9 berputera Bersalin

10 bersabda Berkata

11 bersiram Mandi

12 bertitah Berkata

13 beta Saya (raja)

14 daulat Hormat

15 gering Sakit

16 hari keputeraan Hari lahir

17 hulu Ketua

18 iram-iram Payung

19 kaus Kasut

20 kurnia Memberi ganjaran

21 mahkota Topi

22 makam Kubur

23 mangkat Mati

24 menghadap Berjumpa

25 murka Marah

26 patik Saya
27 peraduan Tempat tidur

28 permaisuri Isteri

29 putera Anak lelaki

30 puteri Anak perempuan

31 santap Makan

32 semayam Tempat tinggal

33 sembah Memberi salam hormat

34 singgahsana Takhta

(34 MARKAH)

SOALAN 2

2. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang


tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih sungguh.

Gigih sungguh pelajar yang cacat penglihatan itu.

(ii) Ibunya masih belum pulang dari pejabat .

Dari pejabat ibunya masih belum pulang.

(iii) Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.

Berkejar-kejaran di padang sekolah murid-murid kelas tadika itu.

(iv) Dia menulis rencana itu di bilik bacaan.

Di bilik bacaan dia menulis rencana itu.

(v) Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah.

Wajib bertawakal kepada Allah semua umat Islam.


(5 MARKAH)
SOALAN 3
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif yang betul.
1. Rajan tidak dapat mengejar tikus itu.
Tikus tidak dapat dikejar oleh Rajan.

2. Kami membersihkan persekitaran rumah anak yatim itu.


Persekitaran rumah anak yatim itu kami bersihkan.

3. Nabil menyiapkan kerja rumah.


Kerja rumah disiapkan oleh Nabil.

4. Saya membeli kerusi itu di Kedai Perabot Ah Seong.


Kerusi itu saya beli di Kedai Perabot Ah Seong.

5. Ibu tidak mampu untuk mengangkat pasu bunga yang berat itu.
Pasu bunga yang berat itu tidak mampu diangkat oleh ibu.
(10 markah)

SOALAN 4

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah
ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa. Ayat penyata

(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ? Ayat tanya

(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi. Ayat
penyata

(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini! Ayat seruan
(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan. Ayat perintah

(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak! Ayat seruan

(6 MARKAH)

Anda mungkin juga menyukai