Anda di halaman 1dari 15

AIB DAN MARUAH DALAM ISLAM

Abstrak

Dalam masyarakat Melayu, kehormatan berkait rapat dengan maruah dan harga diri. Islam
pula meletakkan nilai kehormatan di tempat yang tinggi dan suci kerana ia melambangkan
kemuliaan di sisi Allah. Setiap agama menyeru penganutnya supaya mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni ini bertujuan untuk membentuk kehidupan
manusia menjadi lebih baik dan berakhlak mulia (Wan Mohd. Zahid 1988). Secara asasnya,
nilai merupakan sebahagian daripada kebudayaan kerana nilai merujuk kepada keupayaan
manusia membuat perbezaan dan pemilihan serta memberi penghargaan, kedudukan dan
status yang berbeza apabila berada dalam keadaan untuk membuat pemilihan tentang sesuatu
perkara (Robiah Sidin & Juriah Long 1998). Salah satu daripada nilai-nilai murni ini
termasuklah nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks yang lebih luas,
nilai hormat ini menjadi lambang sensitiviti dalam ruang lingkup kehidupan setiap
masyarakat. Menurut Islam, kehormatan dan aib merangkumi semua perkara dalam
kehidupan yang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya terutamanya dalam menjaga
hubungan. Ia meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablumminnallah), hubungan
manusia dengan manusia (hablumminnannas) dan hubungan manusia dengan alam (khalifatul
ard). 1. (Norazlina Mohd Kiram, 2017)

Kata kunci: Nilai kehormatan; jenis kehormatan; drama Tersasar Di Jalan-Mu; kerangka
konsep Ali Jarisha
1.0 Pengenalan

Setiap manusia dijadikan oleh Allah memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Dalam mencari kekurangan, kelemahan, dan kecacatan orang lain adalah perbuatan yang
tercela. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan di dalam sebuah hadis baginda, “Wahai golongan
orang yang beriman dengan lidahnya dan tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu
mengumpati kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip hal-hal yang memalukan
mereka. Sesungguhnya siapa mengintip hal-hal yang memalukan saudaranya, nescaya Allah
mengintip hal-hal yang memalukan dirinya pula. Bagi siapa yang diintip oleh Allah auratnya
(hal yang memalukannya), nescaya didedahkan-Nya sekalipun orang itu berada di tengah-
tengah rumahnya”.Dalam Islam aib bermaksud cacat atau kekurangan dalam diri seseorang
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina
akibat perkara tersebut. Jika kekurangan mereka diceritakan kepada orang lain itu bermaksud
aib mereka telah didedahkan. “Barang siiapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat
Allah akan menutup pula aibnya”. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-
daging muka kerana tersangat malu. (Kamus Dewan, 2013)

Manakala, maruah ialah istilah yang digunakan dalam perbincangan etika, kesusilaan
dan politik bagi menunjukkan bahawa sesuatu orang mempunyai hak terhadap rasa hormat
dan layanan beretika. Ia merupakan daripada konsep Zaman Kesedaran tentang hak sedia ada.
Maruah umumnya bersifat tegahan dan peringatan. Misalnya, dalam politik ia digunakan
untuk mengkritik layanan orang orang yang tertindas dan kumpulan rentan tetapi maksudnya
diperluas untuk merangkumi budaya dan sub-budaya, agama, idaman, haiwan yang
digunakan untuk makanan dan penyelidikan, serta juga tumbuhan. Dalam penggunaan
seharian, "maruah" merujuk rasa hormat dan status yang selalu digunakan untuk
membayangkan bahawa seseorang tidak diberikan rasa hormat yang wajar, atau juga sewaktu
seseorang gagal membaiki diri dengan hormat kendiri yang wajar. Terdapat juga sejarah
panjang penggunaan falsafah khas tentang istilah ini. Bagaimanapun, istilah "maruah" jarang
ditakrifkan dengan terus-terang dalam perbincangan politik, undang-undang, dan saintifik. 3.
(Kamarul Azmi Jasmi)

Dengan ini kami akan membincangkan mengenai definisi aib, jenis-jenis aib, kesan tidak
menjaga aib dan langkah menjaganya.
1.2 DEFINISI AIB DAN MARUAH

Dari segi Dewan Bahasa dan Pustaka, aib bermaksud hina atau malu. Ini disebabkan
oleh sesuatu perkara yang tidak sopan, memalukan dan yang seumpama dengannya. Perkara
seperti ini boleh menjatuhkan nama baik seseorang itu. Dan jika aib seseorang itu
disampaikan kepada orang lain, orang itu akan mendapat malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Siapa yang membuka aib orang lain diibaratkan seperti memakan daging saudaranya
sendiri yang sudah mati. Dan barangsiapa yang menutup aib orang lain, maka di akhirat nanti
Allah SWT akan menutup aibnya pula. Hadis riwayat At-Tirmidzi menyatakan bahawa Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda: “Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim
sewaktu didunia, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat.” Maruah dari
Dewan Bahasa dan Pustaka pula membawa maksud kehormatan, nama baik atau harga diri
kita. Kita mestilah sentiasa menjaga maruah diri, keluarga dan bangsa kita dengan sebaik
mungkin. Maruah adalah salah satu perkara utama yang boleh menaikkan iman seseorang itu.
Jika seseorang itu mampu menjaga maruahnya, itu bermaksud dia mampu untuk mengawal
harga dirinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Syeikh al-Mufassirin al-Imam al-Tabari ada menyatakan bahawa janganlah kamu


mencari keaiban antara satu sama lain, dan janganlah kamu mencari rahsia-rahsianya dengan
tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari
dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari
kesalahannya. (Norita Binti Kamaruddin, 2015)

Justeru itu, hargai dan hormatilah aib dan maruah diri yang dikurniakan oleh Allah
SWT. Jangan kerana ujian yang dihadapi membuatkan kamu hilang daripada-Nya.
Banyakkan berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kekalkan dan tingkatkan
iman dan hidayah yang ada dalam diri kita. Kerana sesungguhnya, Allah sentiasa bersama
dengan orang yang bersabar.
Siri 4 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Chapter: 2, Publisher: Penerbit UTM Press, Editors: Kamarul Azmi Jasmi, pp.15-33

Berbatasan diambil daripada kata akar batas, iaitu sempadan (Kamus Dewan, 2005)
dalam bahasa Arab dipanggil hudud, iaitu makna asal batasan atau peraturan atau hukum
yang ditetapkan oleh Allah SWT yang tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, seperti hukum
zina, murtad, dan minum arak. Ringkasnya hidup berbatasan bermaksud bahawa remaja
memiliki ilmu tentang batasan dalam kehidupan seorang mukmin yang cemerlang. Namun
batas dalam istilah di sini merujuk semua jenis batasan sama ada yang haram atau makruh,
atau harus yang dituntut untuk ditinggalkan. Sekiranya perkara ini tidak ditinggalkan akan
menyebabkan hilang maruah diri, harga diri dan mungkin tergolong dalam golongan fasiq.
Batasan yang tertinggi ialah lapan dosa yang disyariatkan dengan hukum hudud terhadap
dosa tersebut.

Makna sebenar istilah batas ataupun aib ialah hukuman ataupun peraturan yang ditetapkan
oleh Allah swt dan tidak berubah. Semua jenis batasan hendaklah ditinggalkan sama ada yang
haram, makruh dan sebagainya supaya dapat menjaga kehormatan diri dan jugak tidak
tergolong dengan golongan yang fasiq. Manakala menurut Al;Mahalli dan al-Suyuti, selain
dari batasan yang disyariatkan sebagai hukum hudud, yang paling utama sekali ialah menjaga
kemaluan ataupun kehormatan daripada segala nafsu syahwat sepertimana maksud hadis
yang diterangkan oleh penulis iaitu darpada kitab ( Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.:
1400):

Maksudnya: ‘Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Wahai
para pemuda, sesiapa yang memiliki kemampuan nafkah, maka hendaklah dia berkahwin. Hal
ini kerana perkahwinan mampu menundukkan pandangan mata daripada melihat (wanita)
yang haram, memelihara kemaluan daripada zina. Sesiapa pula yang tidak mempunyai
kemampuan nafkah, maka dituntut kepadanya untuk berpuasa. Hal ini kerana puasa menjadi
pendinding kepada mereka (daripada kedua-dua dosa). (Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad SAW menasihatkan kita agar menjaga kehormatan diri serta aib
masing masing dengan cara berkahwin ,berpuasa kerana tahu bahawa nafsu dan syahwat
manusia adalah musuh utama kita sebagai manusia. Tanpa ada penjagaan atau nasihat yang
selalu maka manusia juga akan terjerumus dalam sangkar dosa seterusnya menjadi ahli
neraka. Terbukti kerana tidak menjaga maruah diri terdapat banyak kes kelahiran bayi luar
nikah hasil daripada manusia yang tidak dapat mengelak nafsu syahwat mereka. Sebanyak
25% kes bayi dibuang di Malaysia juga semakin hari semakin meningkat dek kerana nafsu
yang tidak dapat dikawal. Hal ini menunjukkan kebenaran hadis nabi SAW bahawa paling
utama sekali ialah menjaga kehormatan diri dan juga bahawa manusia yang menjaga imannya
merupakan ciri- ciri Mukmin yang sejati serta dijanjikan firdausi oleh Allah SWT. (Kamarul
Azmi)
1.4 Faktor tidak menjaga Aib dan Maruah Diri.

Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada manusia zaman sekarang kita seharusnya
kita cerminkan pada diri kita. Contohnya, berapa tinggi nilai iman kita kepada Allah swt?
Dasawarsa ini, terdapat beribu malah makin hari makin bertambah peratus wanita hamil anak
luar nikah di negara kita ini. Siapakah yang patut dipersalahkan? Masalahnya berlaku akibat
ceteknya iman seseorang itu kepada agama. Antara penyebabnya adalah kerana kita semua
manusia selalu alpa dan bongkak dengan dirinya malah melakukan zina walapun tahu ianya
haram disisi agama. Apabila manusia , lelaki dan perempuan berdua-dua timbulnya satu
nafsu yang jahat dan membuatkan kita goyah dengan iman kita.

Kita seharuslah sentiasa berwaspada serta menjaga maruah diri kita ini dengan
memperbanyakkan zikir dan menjaga solat kita..Sesungguhnya Allah swt berfirman yang
bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-
duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-
duanya lebih besar daripada manfaatnya... (al-Baqarah: 219) Abul Laits meriwayatkan
dengan sanadnya dari Uthman Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: “Hati-hatilah kamu dari
khamar (arak) sebab ia induk dosa-dosa yang keji. Sesungguhnya dahulu ada seorang abid
yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita yang rupa-rupanya
pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan masuk ke dalam rumahnya, lalu ditutup
pintunya. Sedang di sisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil.

Maka berkata wanita itu: “Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau
berzina denganku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata:
“Ada orang masuk ke rumahku.” Jawab abid itu: “Zina saya tidak mahu, membunuh juga
tidak.” Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan
membunuh bayi itu.” Oleh sebab itu, tinggalkanlah arak kerana ia adalah ibu segala dosa.
Banyak lagi minuman yang halal. ‘Simpanlah’ arak itu untuk kita minum di syurga kelak.
(Mohd Razi Mohd Zin)
1.5 Menjaga maruah diri

Umat Islam telah pun diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW agar selalu
menjaga kehormatan diri sendiri (‘Iffah). Beliau berkata di dalam sebuah sabdanya:

ِ َ‫إِ َّن هَّللا َ يُ ِحبُّ َع ْب َدهُ ْال ُم ْؤ ِمنَ ْالفَقِي َر ْال ُمتَ َعفِّفَ أَبَا ْال ِعي‬
‫ال‬

”[Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya yang Mukmin dan
fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah keluarganya”
(Menjaga Maruah Diri)

1.5.1 Cara menjaga maruah diri

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga maruah diri kita. Antaranya ialah, dari segi
pakaian kita hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat. Tambahan lagi, pakaian kita
hendaklah pakaian yang bersopan, bersih dan kemas. Tetapi, pada pakaian itu pula tidak
boleh mempunyai lambang yang haram seperti tanda salib dan mempunyai corak yang tidak
sopan (Menjaga Maruah Diri).

Selain daripada itu, dari segi pergaulan pula kita haruslah memberi salam kepada
saudara seagama kita apabila bertemu dan memberi salam sejahtera kepada rakan berlainan
agama juga. Terdapat juga batas-batas pergaulan antara manusia yang dibenarkan oleh syarak
dan perlu dijagai oleh kita terutamanya diantara orang yang berlainan jantina (Menjaga
Maruah Diri).

Akhir sekali, kita perlulah menjaga maruah diri kita dari segi percakapan. Manusia
yang mempunyai keupayaan untuk bercakap menggunakan keupayaan mereka setiap hari.
Maka, menjaga percakapan kita amatlah penting bagi menjaga maruah diri sendiri. Kita
patutlah bercakap dengan menggunaka bahasa yang baik dan sopan santun. Malah, bercakap
benar dan elak dari penipuan juga penting supaya orang tidak hilang kepercayaan mereka
terhadap kita dan pada masa yang sama imej diri akan dijaga apabila percakapan juga dijaga
(Menjaga Maruah Diri).


1.6 Larangan membuka aib dan maruah

1.6.1 Larangan membuka aib diri sendiri

Oleh kerana Islam bukanlah agama yang kejam, agama Islam mengamalkan sikap
memaafi kesalahan orang dan beri mereka peluang untuk bertaubat kepada Allah. Umat Islam
perlu bertaubat di samping memperbanyakkan amal ibadah secara berterusan untuk
menghapuskan dosa-dosa mereka dan bukannya menceritakan keburukan diri sendiri yang
hanya akan memberi kesan yang negatif terhadap diri (Ust. H. Zulhamdi M. Saad, 2012).

Menurut Ketua Umum Yayasan Ats Tsabat Jakarta Timur, Khalid Zeed Abdullah
Basalamah, walaupun di dalam Islam, hudud merupakan hukum syarak yang ditetapkan
Allah kepada pesalah, Rasulullah tetap mengajarkan umat Islam supaya bertaubat dan tidak
menceritakan keburukan diri kepada orang lain jika melakukan apa-apa kesalahan (Ust. H.
Zulhamdi M. Saad, 2012).

Selain daripada itu, Islam juga melarang umatnya daripada mengikis kesalahan orang
lain dengan niat untuk memburukkan individu tersebut, termasuk kepada pasangan kita.
Sekadar untuk mengetahui urusan mereka, itu tidak salah. Tetapi walaupun kita mempunyai
hak, elakkan diri anda daripada terlalu mengawal tingkah laku mereka kerana anda hanya
sekadar memberi panduan, selebihnya ialah urusan mereka dengan Allah SWT (Ust. H.
Zulhamdi M. Saad, 2012).

Sesetengah agama lain mengamalkan suatu pengakuan yang dibuat kepada individu
yang tertentu sebagai tanda penyesalan dan meminta pengampunan dosa mereka.
Walaubagaimanapun, agama Islam tiada unsur sebegitu dan ini telah membuktikan akan
keunikan dan toleransi umatnya bagi memelihara kemuliaan manusia. Pada masa yang sama,
ini akan memberi umatnya peluang untuk bertaubat serta menginsafi segala kesilapan silam
mereka, Khalid Zeed Abdullah Basalamah berkata (Ust. H. Zulhamdi M. Saad, 2012) .
1.6.2 Larangan Menjatuhkan Maruah

Di dalam Islam, ia menggalakkan umatnya supaya bekerja keras dan melarang


umatnya daripada bersikap malas dan meminta-minta untuk mendapatkan sesuatu. Telah pun
disebut di dalam al-Quran dan hadis bahawa di dalam Islam, umatnya dilarang untuk
menjatuhkan maruah diri mereka dengan hanya meminta-minta dan mengharapkan simpati
daripada orang lain sahaja. Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya mengenai perkara
ini dengan sabdanya dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam r.a. bersabda:

“Tangan yang di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di
bawah (yang menerima). Dahulukanlah orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-baik
sedekah adalah yang lebih daripada keperluan tanggungannya. Sesiapa menjaga kehormatan
dirinya (daripada meminta-minta), maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya dan sesiapa
yang merasa cukup, maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya,” - Riwayat
Bukhari (Berusahalah, Jauhi Meminta-minta, 2018).

Selain itu, setiap manusia perlu memelihara maruah diri mereka pada setiap masa
dan tidak ada manusia berpikiran waras mampu membiarkan dirinya dipermainkan begitu
sahaja oleh orang lain. Maruah adalah sesuatu yang hadir di dalam diri sesorang dan ia adalah
sesuatu yang tidak mengira bangsa, keturunan, agama dan taraf hidup sesorang. Tambahan
lagi, orang yang miskin dan meminta sedekah juga ada maruah mereka dan orang yang
mempunyai harta yang banyak pula dilarang untuk menjatuhkan maruah mereka. Sebagai
contoh, jika ada orang miskin yang sedang meminta sedekah, hulurlah bantuan atau menolak
permintaanya secara baik dan sopan. (Mohd Shahrizal Nasir, 2018)

1.6.3 Larangan buka aib orang lain

Apakah yang dimaksudkan dengan aib serta hukum menyebarkan aib orang? Dalam satu
hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah
seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang
pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya
Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Imam
al-Tirmidhi - 2032) Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah
yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. (Al-Kafi Li al-Fatawi, 2019) Orang orang yang
mempunyai atau menyimpan perasaan benci atau hasad kepada saudara sesama islam adalah
golongan golongan yang mempunyai sifat sifat yang munafik. perbuatan ini tidak akan
menguntungkan sesiapa, sebaliknya perpaduan akan menjadi semakin rapuh dan umat islam
akan semakin lemah.
1.7 Kepentingan menjaga diri dan maruah

Terdapat banyak kesan yang positif jika kita menjaga diri dan maruah. Jika kita tidak
menjaga diri dan maruah, orang akan memandang serong atau menyentuh sesuatu isu tentang
seseorang itu. Maruah juga merupakan sesuatu yang penting kerana maruah merujuk rasa
hormat dan status, dan seringnya digunakan untuk membayangkan bahawa seseorang tidak
diberikan rasa hormat yang wajar, atau juga sewaktu seseorang gagal memperlakukan diri
dengan hormat kendiri yang wajar (Masrohan, 2014)

Demi menjaga nama baik dan maruah diri,setiap satu individu muslim wajib menjaga
diri dan maruah dari tingkah laku yang mencemari imej mereka. Setiap manusia di muka
bumi ini mempunyai kelemahan masing masing, oleh kerana itu, kita perlulah berwaspada
dengan apa yang kita lakukan. Supaya kita tidak terpengaruh dari kesan kesan yang negative
dan mencemar nama sendiri. Umat islam bermaruah ialah umat yang mempunyai jati diri
dengan berpegang kepada ajaran agama islam dan tidak terpengaruh dari unsur unsur asing
dan merosakkan. Agama islam mengajar kita untuk menutup aurat supaya kita dapat hindari
dari gejala yang tidak baik dan tidak bermoral.

Maka setiap orang muslim di muka bumi ini wajib menjaga maruah dan kebaikan diri
kerana Ia mempunyai banyak hikmah tersendiri, antaranya privasi atau masalah peribadi yang
sepatutnya dikekalkan secara peribadi. Tidak salah untuk menceritakan tentang sesuatu
kepada seseorang tetapi kita mempunyai had untuk bercakap mengikut penjagaan kata kata
dan perasaan sesama manusia.
1.8 Kesan tidak menjaga maruah diri

Banyak kesan buruknya jika kita tidak menjaga sama ada maruah diri dan aib diri kita
sendiri, keluarga serta masyarakat. Jika kita tidak mengambil berat tentang perkara ini, ia
cuma akan membuatkan masyarakat memandang rendah kepada kita. Kita tidak boleh
menyalahkan mereka dalam perkara ini kerana ini semua berpunca dari diri kita sendiri. Kita
yang menyebabkan mereka berfikir seperti itu.

Antara keburukan yang akan timbul jika kita masih lagi memandang remeh tentang
perkara ini ialah kita akan mula rasa dipinggirkan oleh masyarakat sekeliling kerana mereka
akan mula menjauhkan diri daripada kita. Mereka akan sering teringatkan dan bercakap
tentang keburukan yang pernah atau sering kita buat sebelum ini walaupun ada kebaikan
yang kita lakukan. Seperti peribahasa lama ada menyebut, “kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga.” Mungkin mereka akan cuba mendekati kita tetapi masih ada lagi yang akan
menyebut kesalahan yang pernah kita buat dulu.

Selain itu, perkara ini akan menyebabkan kita tidak akan rasa bersalah ketika membuat
dosa dan kita juga akan semakin jauh dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT. Setiap
orang ada titik hitam di dalam diri mereka masing-masing. Kerana tidak lagi merasa malu
atau takut untuk membuat dosa, titik hitam di dalam diri kita akan bertambah besar andai kita
masih lagi tidak menjaga maruah diri dan aib kita sendiri.

Kejadian jenayah yang semakin berleluasa sekarang ini juga antara kesan kerana tidak
menjaga aib dan maruah diri. Ini boleh mengakibatkan negara kita menjadi tidak tenteram
dan ia juga akan memberi kesan yang negatif terhadap ekonomi negara kita. Bilangan anak-
anak muda yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat semakin meningkat dan ini
menyebabkan masa depan mereka tidak terjamin. Ini juga boleh menyebabkan ramai anak-
anak muda boleh hilang hormat kepada orang yang lebih tua daripada mereka. (Engku
Ahmad Zaki Engku Alwi, 2008)

Kesemua ujian itu adalah tanda cinta daripada-Nya untuk kesemua hamba-Nya. Jalani
semua ujian itu dengan bijaksana. Jangan terlalu diikutkan segala rasa marah kerana nanti
hanya akan membinasakan diri sendiri, hilang waras dan hilang maruah diri sendiri.
Pedulikan manusia yang tidak berhati itu. Sematkanlah Allah SWT di hati kerana hanya
Allah SWT sahaja yang mampu membantu dan membimbing ke kita.
1.9 Kesimpulan

Aib dan maruah merupakan perkara yang terpenting perlu kita pelihara. Jika tidak
menjaganya dengan baik pasti kita akan mendapat pandangan buruk dari orang sekeliling
kita. Aib dan maruah perlulah dijaga dengan rapid an tidak perlulah kita menjaja aib
seseorang itu kepada orang lain. Kelak Allah akan membuka aib kita di akhirat. Oleh itu, aib
dan maruah tidak boleh dianggap perkara remeh ai merupakan cara kita menjaga diri kita
dengan lebih baik serta menghormati aib dan maruah orang lain.
1.10 Rujukan

1. (Norazlina Mohd Kiram, 2017) “Dalam masyarakat Melayu, kehormatan berkait


rapat…”
- http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/15544
2. (Kamus Dewan, 2013) “Kelemahan, kekurangan dan kecacatan….”
- http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=aib
3. (Kamarul Azmi Jasmi) “Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam Beragama…”
- https://www.researchgate.net/publication/317106097_Remaja_dan_Kehidupan_B
erbatasan_dalam_Beragama
4. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua) “aib bermaksud hina atau
malu….”
- http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=maruah
5. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua) “Maruah adalah salah satu
perkara utama yang…”
- http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=aib
6. . (Kamarul Azmi Jasmi) “Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam Beragama”
- https://www.researchgate.net/publication/317106097_Remaja_dan_Kehidupan_B
erbatasan_dalam_Beragama
7. (Norita Binti Kamaruddin, 2015) “ Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam Kuis..”
- http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-
content/uploads/2015/12/005.pdf
8. (Mohd Razi Mohd Zin) “Arak Ibu Segala Maksiat”
- http://www.utusan.com.my/rencana/utama/arak-ibu-segala-maksiat-
1.770456#ixzz5hf7lJcxA
- © Utusan Melayu (M) Bhd
9. (Mohd Shahrizal Nasir 2018, Oktober 22) “Harga Diri Manusia. Retrieved”
- hmetro: https://www.hmetro.com.my/addin/2018/10/388368/harga-diri-manusia
10. (Ust. H. Zulhamdi M. Saad, L 2012, 2 21). “Menutup Aib Diri Sendiri dan Orang
lain. Retrieved” from ikatan da'i Indonesia”
- http://ikadi.or.id/article/menutup-aib-diri-sendiri-dan-orang-lain
11. (Al-Kafi Li al-Fatawi, P. M. 2019, Februari 11). “Larangan membuka aib orang”
- https://www.hmetro.com.my/addin/2019/02/421834/larangan-buka-aib-orang-lain
12. (Masrohan,SN.2014,april23). “Menjaga maruah diri”
- https://prezi.com/j9lmrl9m1oks/menjaga-maruah-diri/
13. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PTS Islamika, 2008) “Apa Itu Islam?”
- https://books.google.com.my/books?
id=AIKpm5vnYesC&pg=PA74&lpg=PA74&dq=apa+itu+maruah&source=bl&ot
s=vcbVd52wfl&sig=ACfU3U1WjmdmBvuzBgBKty4AJdt5mEVXqg&hl=ms&sa
=X&ved=2ahUKEwi1wLv5qrThAhULqI8KHdZzBbcQ6AEwCXoECAkQAQ#v
=onepage&q&f=false

Anda mungkin juga menyukai