Anda di halaman 1dari 12

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

PENULISAN AKADEMIK
AT10603
SEKSYEN 3

TUGASAN ULASAN ARTIKEL JURNAL

TAJUK ARTIKEL JURNAL:

PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PEMURNIAN


DAN PEMERKASAAN
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

URL ARTIKEL/RUJUKAN: http://journalarticle.ukm.my/2653/1/zul011.pdf

NAMA NUR IZZAH HAZIRAH BINTI PARSI


NO.MATRIK BA19161107
NAMA PENSYARAH PROF MADYA DR ASMADY IDRIS
NAMA TUTOR ROZALIAH BINTI MOKHTAR
1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia.


Undang-undang malaysia iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara
152, ada menyebutkan bahawa "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu" yang
dimana ia adalah merupakan satu bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan
juga peranannya sebagai satu Bahasa Kebangsaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, psikolinguistik bermaksud ilmu yang


berkaitan dengan suatu hubungan antara bahasa dengan perilaku dan akal budi
manusia. Manakala maksud bahasa kebangsaan adalah bahasa yang diterima dan
digunakan ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa
bahasa atau loghat yg lain sebagai alat perhubungan dan ia juga menjadi kebanggaan
sesebuah negara. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pendidikan membawa maksud
perihal atau perbuatan mendidik.

Oleh itu, artikel ini adalah berkaitan dengan peranan bahasa melayu yang dipakai
oleh masyarakat Malaysia dalam mendidik anggota masyarakat yang berhubungan
dengan perilaku serta akal budi manusia dalam memurnikan serta memperkasakan
pendidikan Bahasa Melayu.

Artikel yang saya ulas ini bertajuk “Peranan Teori Psikolinguistik Dalam Pemurnian
Dan Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu Di Malaysia”. Artikel ini ditulis oleh
Zulkifli Hamid dan artikel ini telah diterbitkan pada tahun 2011. Volume 6, Number 2,
183-192, ISSN: 1823-884x.

1
2.0 ULASAN UMUM KANDUNGAN ARTIKEL

2.1 Matlamat Kajian

Secara umumnya matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui


dengan lebih jelas jika teori yang terdapat dalam bidang psikolinguistik dapat
diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa
Melayu di Malaysia. Selain itu, dalam artikel tersebut juga terdapat beberapa
aspek yang difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara
pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan
menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan kecekapan berbahasa,
penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran
pembentukan biasaan berbahasa.

Selain itu, membincangkan tentang kesan ketidakseimbangan dalam suatu


pelaksanaan dan perancangan program pendidikan Bahasa Melayu terhadap
bentuk pengetahuan bahasa Melayu para pelajar. Disamping itu, pengaruhnya
pengetahuan ini terhadap negara dimana khususnya kepada pemasyarakatan di
Malaysia yang pelbagai untuk menjadi sebagai sebuah negara yang bersatu
padu, harmoni dan rakyatnya saling hormat menghormati.

2.2 Metodologi kajian

Metodologi kajian daripada artikel tersebut melalui pengumpulan data


sekunder dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan (library research)
dan juga data tersebut telah dikumpul daripada kajian-kajian berkaitan yang
dilakukan sebelum ini oleh penyelidik lain samaada dalam bentuk artikel, artikel
jurnal, buku, latihal ilmiah dan sebagainya.

2.3 Hasil kajian

Hasil kajian yang terdapat dalam artikel tersebut menunjukkan dimana


proses pengkayaan bahasa dalam kalangan penutur bahasa pertama dan

2
bahasa kedua. Dalam proses pengkayaan bahasa merujuk kepada proses
penambahbaikan pengetahuan ataupun kemahiran bahasa yang sedia ada.
Pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara lisan, mendengar ataupun
bertutur yang memang dikuasai secara tidak formal melalui persekitaran
keluarga yang menjadi penutur fasih dalam bahasa ibunda mereka. Manakala
bagi proses pendidikan berbahasa sebagai bahasa kedua adalah ke arah
pembinaan biasaan berbahasa yang baru.

Pendidikan bahasa menurut pandangan ahli psikolinguistik adalah


penguasaan bahasa melayu boleh dikuasai melai dua cara iaitu melalui
‘pembelajaran’ dan ‘pemerolehan’. Pelajar Melayu dan bukan melayu akan
melalui proses penguasaan pembelajaran bahasa Melayu secara berbeza.
Terdapat perbezaan di antara penutur bahasa pertama dan bahasa kedua
wujud kerana mereka bermula pada waktu yang berbeza dalam usaha
menguasai pengetahuan sesuatu bahasa.

Selain itu, terdapat juga masalah dalam pendidikan bahasa melayu dan
juga kesan pendidikan Bahasa Melayu kepada masyarakat malaysia. Wujudnnya
ketidakseimbangan dalam suatu penguasaan bahasa akan menyebabkan
timbulnya pelbagai kesan buruk terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia.
Bahasa melayu tidak akan berfungsi sebagai bahasa kebangsaan Malaysia
dalam pelbagai bidang antaranya adalah pendidikan, kehakiman, perundangan,
dan sebagainya. Bahasa melayu ditukarkan kepada bahasa inggeris dalam
kegunaan dalam bidang ilmu tinggi dan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan
dalam bahasa pengantar universiti. Kedudukan Bahasa melayu dianggap remeh
dan akan terus dipinggirkan jika tiada kesedaran daripada masyarakat Malaysia.

Bahasa melayu sebagai bahasa penyatuan juga turut terjejas. Bahasa


Melayu dapat mengeratkan hubungan antara etnik dimana jika Bahasa Melayu
tidak berfungsi sebagai bahasa komunikasi akan terjadinya hubungan yang
dingin antara kaum hubungan antara kaum menjadi agak hambar dan ikatan
muhibah akan menjadi kurang kukuh. Tujuan dasar pendidikan negara ini
adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu.

3
Seterusnya, ketidakseimbangan komponen pengetahuan nahu dan
kecekapan berbahasa. Pelajar yang berbangsa Cina atau India yang merupakan
penutur bahasa kedua ini akan menguasai Bahasa Melayu melalui pembelajaran
formal iaitu di sekolah mahupun semasa kelas tambahan. Pengetahuan bahasa
secara tidak seimbang oleh pelajar bukan Melayu dimana mereka tidak akan
menguasai pengetahuan tentang aspek kecekepan berbahasa berbanding
pengetahuan nahu.

2.4 Rujukan kajian

Asmah Hj. Omar. 1982. Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1987. Malay in its sociocultural context. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Azhar M. Simin. 1993. Sintaksis wacana “Yang” dalam bahasa Melayu. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bernama. 2009. Najib perjelas gagasan satu Malaysia.

http://www.1Malaysia.com.my/index.php?option=com

Brown, H.D. 1980. Principles of language learning and teaching. Englewood

Cliffis, N: Prentice Hall.

Chomsky, N. 1985. Aspect of the theory of syntax. Massachusset: Massachusset

Institute of Technology Press.

4
Gumperz, J. J. 1974. „Linguistics and social interaction in two communities‟ dlm.

Blount, B.G. (pnyt.). Language, Culture and society: 250-266. Cambridge:

Winthrop Publishers,Inc.

Hornstein, N. & lightfoot, D. 1981. Explanation in linguistics: the logical problem

of language acquisition. New York: Longman Group Limited.

Koh Seok Choo, 1991. Penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar Cina:

satu perbandingan di antara pelajar-pelajar Cina beraliran Cina dengan

pelajar-pelajar Cina beraliran Melayu. Latihan Ilmiah, Jabatan Linguistik

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lyons, J. 1987. Language and linguistics. Cambridge: Cambridge University

Press.

Roeper, T. & Williams, E. (eds.), 1987. Parameter setting. Dordrecht: D. Reidel

Publishing Company.

Rubenfeld, S., Clement, R., Lussier, D., Lebrun, M. & Auger, R. 2006. Second

languagelearning and cultural representations: beyond competence and

identity. Language Learning, Vol. 56 (4): 609-632.

Steinberg, D. D. 1990. Psikolinguistik: bahasa, akal budi dan dunia. Terj. Azhar

M. Simin.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5
Thilaham A/P Mariappan. 1996. Tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan

murid-murid tahun enam di SRJK (T) Teluk Merbau: satu kajian kes. Latihan

Ilmiah, Jabatan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wanner, E. & Gleitman, L. (eds.). 1982. Language acquisition: the state of the

art. Cambridge:Cambridge University Press.

Wilkins, D. 1981. Second-language learning and teaching. Suffolk: Richard Clay

Ltd.

Zulkifley Hamid. 2005. Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifley Hamid, Sa‟adiah Ma‟alip & Karim Harun. 1996. Laporan penyelidikan

yang bernombor kod: M/10/96: Tahap penguasaan pengetahuan bahasa

Melayu para pelajar SRK, SRJK© dan SRJK(T): satu kajian perbandingan.

Bangi: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

6
3.0 ULASAN KRITIS TERHADAP KANDUNGAN ARTIKEL

3.1 Adakah anda bersetuju dengan matlamat kajian/objektif


kajian/metodologi kajian/hasil kajian/rujukan kajian tersebut?
Jelaskan sebabnya.

Saya bersetuju dengan matlamat kajian, metodologi kajian, hasil kajian


dan rujukan kajian daripada artikel tersebut kerana ianya lengkap dan mudah
difahami apabila dibaca oleh pembaca. Metodologi kajian yang menggunakan
kaedah kepustakaan yang mana telah disenaraikan atau dimuatkan dalam
kandungan rujukan daripada artikel tersebut dimana sumber rujukannya ini
tidak menimbulkan keraguan atau pandangan negatif apabila membaca
artikel tersebut kerana pengkaji mendapatkan data-data tersebut adalah
melalui sumber yang dipercayai pada masa kini yang mana ia menggunakan
buku-buku, artikel, jurnal yang merupakan hasil daripada pengkaji-pengkaji
terdahulu. Manakala bahagian rujukan juga saya bersetuju kerana ianya
tersusun mengikut abjad, teratur dan mengikuti style APA, CBE mahupun MLA
yang sesuai dalam rujukan sesebuah penulisan.

3.2 Adakah penambahbaikan perlu dilakukan terhadap maklumat


kajian/objektif kajian/metodologi kajian/hasil kajian/ rujukan
kajian tersebut? Jelaskan sebabnya.

Penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap maklumat dalam artikel


adalah melakukan penambahbaikan dari segi metodologi kajian dengan
menggunakan kaedah penggumpulan data berbentuk kuantitatif dan kualitatif
dalam menyediakan soal selidik kajian dan menjalankan temubual disesebuah
kawasan dengan mengemukakan soalan yang tertutup atau terbuka kepada
responden untuk mengenalpasti lebih terperinci tentang pandangan mereka
terhadap pemerkasaan dan pemurnian Bahasa Melayu dalam pendidikaan.

7
Data primer adalah merujuk kepada data yang dikumpulkan sendiri oleh
penyelidik menerusi soalan ujian pelajar, set soal selidik pelajar dan borang
temubual guru. Hasil kajian juga boleh dibuat penambahbaikan dengan
menambah fokus impaknya terhadap individu, masyarakat dan juga negara.
Selain itu, peranan individu masyarakat dan negara dalam memperkasakan
serta memurnikan Bahasa Melayu dalam sosial dan ekonomi negara Malaysia.
Disamping itu, penulis haruslah memuatkan sejarah Bahasa Melayu dan
menambah Laporan Razak 1956 dalam artikel tersebut kerana Laporan Razak
1956 mempunyai kaitan dengan pendidikan dan Bahasa Melayu.

3.3 Adakah hasil kajian boleh memberi impak positif atau negatif
kepada individu/masyarakat/organisasi dan negara? Jelaskan
sebabnya.

Hasil kajian boleh memberi impak positif dan negatif kepada individu,
masyarakat, organisasi dan negara pada masa kini. Antara impak positif
yang terdapat dalam artikel terhadap individu adalah dapat memperkasakan
kedudukan Bahasa Melayu dalam pertuturan sehari-harian dimana hal ini
akan dapat dijadikan sebagai pengajaran agar tidak mencetuskan atau
membuat sebarang konflik mahupun perbalahan antara satu sama lain di
masa akan datang.

Kesan positif daripada hasil kajian ini adalah Bahasa Melayu akan dapat
berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan yang berkesan dalam pelbagai bidang
kehidupan seperti dalam bidang pendidikan, kehakiman, perundangan dan
sebagainya. Disamping itu, fungsinya sebagai bahasa pengantar pendidikan
dan bahasa untuk bidang pentadbiran tidak akan terjejas.

Hal ini, jika Bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa perpaduan


kegunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian haruslah digunakan
dalah sehari-hari. Oleh itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan
untuk seluruh rakyat Malaysia tidak akan terjejas. Apabila bahasa Melayu
tidak dapat berfungsi sebagai alat komunikasi antara etnik dengan berkesan,
hubungan antara kaum menjadi agak hambar dan ikatan muhibah menjadi

8
kurang kukuh. Bahasa Melayu perlulah dikuasai oleh semua kaum di Malaysia
dengan menyeluruh dan secara utuh.

Selain daripada itu, dengan matapelajaran Bahasa Melayu akan dapat


menghilangkan rasa kekok semasa berkomunikasi dengan kaum yang
berlainan dan ia juga mampu mengelakkan diri daripada rasa kesangsian
antara pelbagai kaum. Impak positif kepada negara adalah penggunaan
Bahasa Melayu dalam pertuturan antara etnik dan digunakan dalam
urusan-urusan rasmi ataupun tidak rasmi akan memartabatkan Bahasa
Malaysia perkara yang besar dan perlu di ambil peduli oleh semua masyarakat
di Malaysia.

Manakala kesan negatifnya adalah jika seseorang individu lebih


bergantung kepada Bahasa Melayu, akan terjadinya salah faham antara
individu malah individu yang lebih fokus kepada bahasa melayu sahaja akan
direndahkan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, kita juga haruslah belajar
bahasa asing sebagai bahasa tambahan antaranya ialah bahasa inggeris,
bahasa mandarin dan sebagainya tetapi tidak merendahkan bahasa Melayu
dalam urusan sehari-hari.

Kesannya terhadap masyarakat adalah stereotaip yang negatif apabila


bangsa atau agama yang sedang berkonflik bertindak untuk memandang
rendah tentang bahasa-bahasa yang dipertuturkan, hal ini akan
menyebabkan semangat perkauman antara kaum-kaum yang ada di
Malaysia ini akan luntur. Jika sebaliknya berlaku iaitu pertuturan dalam
Bahasa Melayu digunakan dalam bahasa pertuturan aantara etnik, ia akan
lebih mengeratkan hubungan antara etnik.

9
Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dibuat dari artikel ‘peranan teori psikolinguistik dalam
pemurnian dan pemerkasaan pendidikan bahasa melayu di malaysia’ ini adalah bahasa
Melayu adalah merupakan satu perkara yang sangat perlu diselaraskan
penggunaannya Bahasa Melayu bagi membolehkan sesebuah negara bangsa itu maju
dan kuat. Bahasa Melayu bukan setakat berperanan sebagai bahasa pengantar atau
medium komunikasi, sekiranya Bahasa Melayu dapat dimartabatkan selaras dengan
fungsinya yang membawa kepada kesepaduan masyarakat Malaysia iaitu Bahasa
Melayu ialah bahasa perpaduan yang dapat menyatukan hubungan antara etnik.
Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di
negara ini, akan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat
antarabangsa.

10

Anda mungkin juga menyukai