Anda di halaman 1dari 1

Apakah maksud liberal dalam prinsip rukun negara?

Pada pendapat saya, konteks liberal yang dinyatakan dalam rukun negara adalah bererti kebebasan
Malaysia dalam agama dan tradisi. Hal ini kerana salah satu prinsip penting dalam doktrin kenegaraan
kita adalah menyanjungi diversity agama dan tradisi yang ada di dalam tanah air kita ini. Sebagai contoh,
artikel 3(1) perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa islam adalah agama rasmi persekutuan
tetapi agama lain boleh diamalkan secra bebas. Hal ini membuktikan Malaysia sebagai negara yang
bersikap toleransi dan terbuka terhadap semua bentuk agama dan tradisi sesuatu masyarakat. Konteks
liberal ini tidak berpatutan dengan konteks pembawaan pemikiran moden seperti femenisme,
globalisme dan sebagainya kerana meskipun ia liberal, ia adalah dalam konteks yang luar dari
pembawaan sebenar maksud perkataan liberal di dalam rukun negara tersebut. Arus pemikiran moden
yang cukup mencabar ini yang kian ditakuti oleh generasi tua yang khuatir ia meresap ke dalam
pemikiran anak muda oleh itu mempersoalkan erti kata liberal di dalam rukun negara hingga menjadi isu
panas baru baru ini. Oleh itu, kita haruslah pertama menyelidik konteks sesebuah perkataan di dalam
ayat oleh pengarangnya sebelum memberi tafsiran kita sendiri. Sebagai kesimpulan, kita haruslah
bersyukur kerana negara kita merupakan negara yang berbilang kaum dan agama sekaligus membentuk
satu komuniti yang berbilang warna dan rasa.

Anda mungkin juga menyukai