HARI : Sabtu
1. Masalah
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti pengajaran yang dijalankan melebihi masa
yang ditetapkan untuk memberi pemahaman yang lebih kepada murid-murid. Terutama
kepada pelajar yang agak lambat memahami. Gangguan dari rakan-rakan yang lebih
pandai juga menyebabkan emosi dan tumpuan murid kadang kala terganggu. Hal ini
secara tidak langsung akan menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan
mempengaruhi murid yang lain untuk turut sama tidak mahu belajar. Hal ini
menyebabkan banyak masa yang diambil untuk memujuk kembali pelajar untuk kembali
bersemangat belajar dengan pelbagai kaedah sehinggakan mengurangkan masa yang
telah dirancangkan.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Bagi memastikan penyusunan jadual dan tahap silibus yang bijak dan teratur, saya
harus sentiasa berbincang dengan penyelaras dan rakan sekerja agar segala masalah
dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan secepat mungkin.
Saya perlu bersikap lebih prihatin dan pandai berpsikologi terhadap pelajar saya dalam
menarik minat dan perhatian mereka untuk belajar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.
4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan penggunaan masa yang lebih efisyen
kelak. Saya juga akan cuba memahami pelajar supaya mudah bagi saya untuk
mengawal keadaan kelas dan tingkah laku mereka semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
5. Penilaian Kejayaan
Saya akan sentiasa meminta bimbingan, rujukan dan pandangan daripada guru
pembimbing, rakan sekerja, supaya saya sentiasa boleh memperbaiki kelemahan dari
semasa ke semasa.
6. Tindakan Susulan
Saya akan cuba lebih peka dalam memahami tingkah laku setiap pelajar dan akan cuba
untuk memperbaiki tingkah laku mereka kea rah yang lebih baik.