Anda di halaman 1dari 17

IMAGERI

PENGENALAN

Penggunaan latihan mental dalam proses perolehan dan penguasaan sesuatu


kemahiran motor bukanlah satu fenomena baru. Salah satu bentuk latihan mental
ialah latihan imageri. Menurut Orlick (1979), latihan imageri memberi peluang
kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan cara
mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan dengan
masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi
mempelajari kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet.
Menurut Ungerlelder dan Goldmg (1992) pula menekankan tentang peranan latihan
imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri,
mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada membolehkan
seseoorang itu merasakan sesuatu kejayaan. Menurut Shaharudin Abd. Aziz (2001),
Block (1981) telah mendefinasikan imageri suatu proses yang menggunakan
visualisasi untuk membayangkan situasi. Manakala Wann (1997) pula memberi
maksud imageri sebagai proses yang merangkumi visualisasi mental tentang
tugasan yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut.

Richardson (1967), mendefinisikan imageri adalah suatu proses raptai


penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda. Barbara Brown
dalam bukunya 'Supermind' pula menyatakan bahawa imageri sebagai tenaga asas,
yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta, atau mereka dan reka
bentuk semula, gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar pada masa,
dan tempat tertentu kelak. Daya imaginasi selaku titik tolak mekanisme proses
imageri. Rangsangan pelbagai deria digambarkan sebagai input imageri. Gambaran
atau imageri yang terbentuk simbolik terhasil dalam minda sebagai output interaksi
antara cue yang relevan dengan sistem memori. Imageri mental merupakan salah
satu kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang memberi kesan kepada
aplikasi kemahiran dan persediaan untuk peningkatan prestasi ( William 1993 ).
Imageri adalah langkah peralihan proses minda, kepada realiti yang dapat
diterangkan secara fisiologi. Sungguhpun demikian, ia masih tertakluk pada teori-
teori yang dipegang. Rangsangan imageri terbentuk dalam minda (otak) hasil
daripada kehendak kinestetik dalam tubuh badan dan berlandaskan pengalaman
pelbagai sensori. Pemilihan dan pembentukan imageri (contohnya kemahiran
menjaring) berlandaskan skema memori. Program gerak balas (menjaring) di girus
prasentral. Unit motor dihantar melalui sel purkinje dan ekstra pyramidal ke saraf
tunjang melalui eferen. Neuron motor menghantar unit motor ke otot yang relevan.
(contohnya flesor dotorum profundus di lengan bawah tangan). Unit-unit motor
direkrut dan neuron motor menghasilkan maklumat kinestetik contohnya sendi
pergelangan tangan mengalami tindakan daya otot dan sedia untuk pergerakan.

Daya hasilan rekrut unit-unit motor cukup besar neuron motor menghasilkan
kuncupan otot yang nyata sebagai perlakuan kemahiran fizikal. Lintasan pyramidal
(pyramid tract) terbina daripada akson motor yang berpunca dari korteks motor,
melintasi otot tengah pons dan pyramid di medulla sebelum bersinaps pada neuron
motor di korda spina (saraf tunjang). Memori fakta adalah kebolehan pembelajaran
dan ingat semula maklumat di korteks cerebral sementara memori kemahiran yang
terletak di korteks cerebral adalah pembelajaran kemahiran motor yang dilakukan
tanpa pemikiran yang sebenar. Skema memori yang relevan akan diperoleh semula
dari stor memori jangka panjang ke stor memori kerja semasa pembentukan imageri.
Hasil proses mencipta atau reka semula adalah gambaran imageri yang timbul
dalam minda. Struktur keperluan bagi lingkaran memori fakta termasuk amygdala
dan hippocampus, diencephalon, prefrontal. cortek dan basal forebrain. Oleh sebab
memori kemahiran adalah tanpa pemikiran yang sebenar, lingkarannya terus dari
amygdala dan luppocampus ke basal forebram. Maklum balas dari basal forebrain
dihantar ke cortical sensori area sebagai pelengkap lingkaran.

Pengalaman sensori berada di cortical sensory area mengikut pola masing masing.
Amygdala dan hippocampus berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat,
diencephalons sebagai pusat kawalan lalu menghantar maklumat maklumat untuk
pembentukan keputusan di prefrontal cortex; hasil proses ini ke basal forebrain.
Rembesan Acetycholine (Ach) di basal forebrain menghantar ke sensory cortex
sebagai persepsi terhadap imageri yang akan dibentuk.

Terdapat dua pendapat utama mengenai imageri. Golongan pikturalist mengatakan


imageri merupakan imej yang terpapar dalam minda adalah sebenar yang
terbentuk / lahir dalam minda seolah-olah kita melihat benda tersebut berada di
depan mata. Manakala golongan diskripsi pula berpendapat ianya merupakan
gambaran grafik yangg diterjemahkan menerusi bahasa yang dibayangkan di dalam
minda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat, pada dasarnya imageri boleh
diertikan sebagai bahasa minda. Imageri merupakan salah satu cara latihan yang
berkesan digunakan keatas seseorang atlet sekiranya mereka tidak dapat
melakukan latihan fizikal yang sebenar kerana kecederaan. Selain itu ianya juga
boleh digunakan sewaktu waktu pertandingan itu sendiri. Menurut Shaharudin Abd
Aziz (2001) penggunaan latihan imageri dikombinasikan dengann latihan fizikal yang
lain mampu meningkatkan prestasi atlet ataupun sesuatu tugasan yang melibatkan
kognitif.

BAGAIMANA IMAGERI BERFUNGSI

Terdapat tiga pendekatan yang utama bagi menjelaskan lagi mengenai fungsi
imageri ini iaitu:

Teori Psikoneuromuskular (psikologi + saraf)

Menurut teori ini, proses imageri akan menghasilkan corak yang hampir sama
dengan pergerakan yang sebenar. Ianya berrpunca arahan dari otak dan seterusnya
kepada otot yang terlibat, samaada otot tangan, kaki dan sebagainya.. ianya
melibatkan satu arahan ‘efferen’ yang paling seminimum yang mungkin dari otak
sehinggalah arahan yang paling maksimum.menurut Shaharuddin(2001),
berdasarkan Jowdy dan Harris(1990) mendapati terdapatnya peningkatan arus
eletrik dibahagian otot yang terlibat apabila berlakunya sesuatu proses imageri,
samada proses iti secara visual ataupun kinestetik. Berdasarkan pendekatan
tersebut, ianya dapat menerangkan lagi mengenai kewujudan skema pergerakan
motor yang terhasil dari proses imageri ini.
Teori Pembelajaran Simbolik

Berdasarkan teori ini pula, proses imageri akan terbentuk apabila seseorang individu
telah merancang pergerakan yang akan dilakukan secara lebih awal lagi. Menurut
shaharuddin (2001), perkara seperti matlamat pergerakan, sekuen pergerakan motor
dan pergerakan alaternatif telah dirancang atau diprogramkan secara kognitif
sebelum sesuatu pergerakan fizikal yang sebenarnya dibuat. Contohnya dalam
permainan badminton, pemain dalam keadaan sedia untuk menerima servis lawan,
pemain tersebut telah merancang pukulan yang akan mematikan servis lawanya itu.
Andaikata servis pihal lawan Berjaya, pemain tersebut harus merancang gerakan
atau pukulan untuk menerima servis yang berikutnya. Oleh yang demikian, segala
pentuk perancangan strategi yang dibentuk atau dilatih secara kognitif , dilakukan
secara berulang kali membolehkan pemain akan membuat respon yang tepat
apabila ianya diperlukan.

Teori Kebangkitan dan Tumpuan

Teori ini pula menggabungkan Teori Pembelajaran Simbolik dan juga Teori
Psikoneuromuskular. Melalui penggabungan, imageri akan membantu seseorang
atlet meningkatkan pencapaian ataupun kemahiran mereka dalam sukan secara
kognitif mahupun fisiologi (Cox,1998). Ini kerana melalui pendekatan kognitif, proses
imageri ini akan membantu para atlet untuk lebih fokus lebih khusus kepada tugasan
yang akan dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada kiu yang relevan
dipersekitaranya. Manakala pendekatan fisiologi pula merujuk kepada proses
mengawal sesuatu kebangkitan agar ia berada pada tahap yang optimum yang
diperlukan untuk menghasilkan prestasi yang lebih optimum. (Shaharuddin, 2001).

Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan teori ini, ianya telah banyak membantu atlet,
jurulatih dan yang berkenaan dalam bidang sukan supaya lebih faham mengapa
latihan mental seperti imageri ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet
dalam sukan yang mereka ceburi. Selain itu para jurulatih juga haruslah banyak
menggunakan latihan imageri ini supaya atlet mereka lebih yakin terhadap diri
sendiri dan mutu persembahan mereka.
JENIS-JENIS IMAGERI

Secara umumnya imageri ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imageri dalaman dan
juga imageri luaran. Pada dasarnya kedua-duanya melibatkan bayangan.

Imageri dalaman

Imageri ini berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti diri
sendiri yang melakukannya.( Neuromuscular). Contohnya cuba bayangkan anda
sedang bersedia untuk menjaringkan gol dalam permainan bola jaring. Tangan
kanan diangkat atas kepala dan memegang bola. Manakala mata tertumpu kepada
jarring dan tiang gol. Anda dapat merasakan kaki dan tangan anda sedang sedikit
bengkok dan dan seterusnya bola dilambung tinggi dan bola tersebut masuk
kedalam jarring, dan anda dapat menjaringkan gol. Sekiranya anda dapat merasai
setiap pergerakan yang dilakukan seperti anda sendiri sedang melakukannya,
bermakna imageri dalaman sedang berlaku.

Imageri luaran

Imageri luaran pula berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan tersebut.
Pergerakan tersebut dapat dilihat dengan jelas, namun demikian beliau tidak dapat
merasai sensasi pergerakan tersebut. Dalam erti kata lain beliau tidak dapat merasa
berat bola, perlakuan yang dibuat berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada
tahap ini seseorang itu sedang beroperasi secara visual. Ini kerana seseorang itu
dapat melihat setiap pergerakan dengan jelas, samada dalam telivesyen, di stadium
dan sebagainya. Namun demikian beliau tidak merasai sensasi perlakuan yang
beliau lihat.

Menurut Shaharuddin (2001), banyak kajian mengenai imageri telah dibuat, dan
berdasarkan kepada kajian ini telah mendapati bahawa imageri dalaman telah
menghasilkan kesan yang lebih positif. Ini kerana ianya banyak digunakan oleh atlet
elit berbanding dengan atlet novis. Melalui penggunaan imageri dalaman ini juga ia
banyak menghasilkan impuls eletrik yang disukat pada bahagian otot yang terbabit
(Barr & Hall,1992). Namun demikian, beberapa pengkaji menjelaskan bahawa
kedua-dua penggunaan imageri ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini kerana
kedua-dua imageri ini digunakan oleh atlet agar dapat membantu mereka
meningkatkan prestasi dalam sukan masing-masing.

BAGAIMANA IMAGERI DI UKUR

Kita akan mengalami masalah untuk mengukur imageri kerana kita perlu mengukur
sesuatu yang subjektif berdasarkan perbezaan perspektif individu tersebut. Menurut
Cox (1998), mendapati penggunaan imageri dalam usaha untuk membantu
peningkatan prestasi serta kemahiran sukan kemahiran sukan semakin meningkat.
Terdapat beberapa inventori yang boleh digunakan untuk mengukur kemampuan
atlet mengawal serta memanipulasikan kejelasan yimaej yang dibayangkan. Antara
inventori yang boleh digunakan ialah

Gordon’s Test of Imagery Control (GTIC) yang menilai aspek kawalan imageri
(Richardson, 1969)

Vividness of Visual Imagery Questionnaire (VVIQ) yang menilai aspek kejelasan


imageri (Marks, 1973)

Vividness of Movement Imagery Questionnaire (VMIQ) yang menilai aspek kejelasan


imageri (Isaac, Mark & Russell, (1986)

Imagery Use Queastionnaire (IUQ) yang menilai aspek multidimensi imageri (Hall,
Rodgers & Barr, 1990)

Imagery Use Questionnaire for Soccer (IUQ-SP) yang menilai aspek multidimensi
imageri (Salmon, Hall & Haslam, 1994)

Sport Imagery Questionnaire (SIQ) yang menilai aspek multidimensi imageri (Hall,
Mack & Paivio, 1996)

Revised Moverment Imagery Questionnaire (RMIQ) yang menilai aspek multidimensi


imageri ( Hall & Martin)

KEGUNAAN IMAGERI
Imageri mental adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai kemahiran
mental imageri ini memerlukan usaha, konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup.
Imageri adalah satu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperoleh
kemahiran, meningkatkan kemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam
mindanya sebelum sesuatu pertandingan dan pemulihan kecederaan.

i. Pemerolehan Kemahiran

Sesuatu kemahiran baru boleh diperoleh dengan melakukan latihan imageri. Apabila
seseorang atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat menguasai atau
'visualize' dengan mudah. Dalam seni imageri perhatian hendaklah diberi kepada
perbezaan sesuatu aksi yang baru dengan yang sedia ada pada pemain. Imageri
digunakan sebaik sahaja selepas latihan fizikal atau atau di antaranya adalah lebih
berkesan. Contoh : Pemain tenis yang ditunjukkan dengan variasi servis yang baru
dapat mempercepatkan proses integrasi kemahiran baru itu ke dalam
permainannya. Ini dapat dilihat dengan melakukan 10 minit latihan imageri servis
setiap petang dan melakukan servis 50 biji bola dalam latihan setiap pagi. Pada
peringkat elit, belajar kemahiran baru tidak diperlukan selalu, tetapi terdapat banyak
situasi yang memerlukan teknik imageri untuk memastikan kemahiran yang ada
ditingkatkan atau dikekalkan pada tahap yang baik. Contoh: Teknik ini boleh
digunakan semasa perjalanan jauh ke luar negeri, banyak masa dihabiskan di dalam
kapal. terbang atau kenderaan. di mana tidak ada peluang untuk berlatih.

Imageri mental juga boleh digunakan sebagai reviu untuk mengulang tayang
keseluruhan atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Reviu
digunakan untuk menekankan sama ada aspek aspek positif atau negatif. Mengesan
kelemahan dan kesilapan dan diganti dengan respons respons yang betul. Biasanya
reviu digunakan selepas sesuatu acara.

ii. Pertandingan
Mental imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet untuk sesi
latihan dan pertandingan akan datang. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk
membuat dan latihan berdasarkan situasi pertandingan yang sebenar. Contoh : Di
Rusia, pegawai-pegawai sukan mereka telah mengambil gambar gambar
kemudahan sukan di Montreal dan gambar gambar ini telah dikaji oleh atlet atlet
mereka. Walaupun mereka tidak pernah ke Montreal, gambar gambar tersebut dapat
membantu mereka membayangkan seolah olah mereka sedang beraksi di sana.
Tujuannya adalah untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran
pertandingan.

Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi sesuatu


pertandingan dan berlatih untuk meningkatkan aspek aspek berkaitan permainan. Ini
adalah untuk membiasakan mereka dengan peranan ahli pasukan di samping dapat
memantapkan peranan sendiri.Contoh : Ahli pasukan bola keranjang boleh
menggunakan imageri untuk meningkatkan strategi pertandingan yang baru.
Beberapa alternatif strategi mesti diadakan sebab setiap pasukan lawan bermain
dalam situasi sebenar. Melalui imageri, mereka boleh mempertajamkan strategi
pasukan mereka.

Mental imageri boleh digunakan sebagai previu yang dilakukan beberapa minit
sebelum pertandingan. Ini lebih mudah dilakuan dalam kemahiran tertutup seperti
gimnastik. Atlet akan dapat mengetahui dengan tepat apa aksi atau pergerakan
yang terlibat. Gambaran keseluruhan rutin pergerakan dapat membantu siri
pergerakan yang lebih automatik. Jadi semasa persembahan, fokus ditumpukan
kepada transisi pergerakan yang sukar dalam tugas seperti gimnastik. Contoh:
Dwight Stones, seorang atlet lompat tinggi Olimpik telah menggunakan imageri
mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum melakukan lompatan. Stones akan
merenung palang lompat tinggi sambil melakukan imageri mental. la akan
membayangkan dirinya melakukan lompatan dengan teknik yang betul dan tepat.
Pada peringkat pertandingan reviu melalui imageri juga boleh digunakan bagi
mengesan kelemahan dan kesilapan, seterusnya tindakan yang betul dapat diambil
untuk pertandingan berikutnya.
iii. Penyelesaian Masalah

Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau kemahiran
untuk mengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau
pertandingan. Atlet boleh menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal
dalam. imageri untuk mengesan di mana masalah itu berlaku. Setelah dikenal pasti
masalah tersebut, maka atlet itu bolehlah menggunakan latihan sebahagian kepada
keseluruhan (part to whole) dalam latihan imagerinya sehingga ianya dilakukan
dengan konsisten.

iv. Pemulihan Dari kecederaan

Latihan imageri mental boleh digunakan semasa pemulihan dari kecederaan atau
bila bila masa latihan fizikal tidak dapat dijalankan. Kebanyakan atlet yang tidak
dapat beraksi boleh melakukan latihan mental melalui pemerhatian. Mental imageri
digunakan untuk 'cope' dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh
mempercepatkan pemulihan serta melindungi kemahiran kemahiran fizikalnya
daripada merosot. Satu teknik yang berkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau
kecederaan sembuh adalah dengan menggunakan visual untuk meningkatkan
bekalan darah pada anggota yang cedera. Ini bergantung pada keupayaan
konsentrasi. Untuk mengatasi kesakitan anda boleh menggambarkan anda berada
di satu tempat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini boleh mengelakkan
anda, dari merasai sakit yang dialami. Untuk melakukan semua ini, atlet itu perlu
belajar mengawal konsentrasi dan bagaimana hendak mengekalkan imej.

DAPATAN KAJIAN

Pencapaian prestasi sukan dan senaman bergantung kepada kemahiran fizikal dan
kemahiran mental. Program latihan kemahiran fizikal telah lama popular di Malaysia;
istilah intensiti latihan fizikal, aspek kecergasan kardiovaskular, kekuatan otot dan
lain lain lagi lazim kedengaran. Sebaliknya kemahiran mental seperti pengurusan
stress, imageri teknik konsentrasi dan sebagainya masih baru dalam arena latihan
sukan di negara kita, apatah lagi dalam bidang senaman rekreasi semata mata.
Latihan mental adalah satu siri aktiviti yang dirancang secara sistematik untuk
membina kecergasan mental supaya mempertingkatkan prestasi.

Oleh yang demikian pelbagai kajian telah dibuat berdasarkan penggunaan imageri
dalam sukan. Berdasarkan kajian Mohd Sofian Omar – Fauzee et al (2009). Objektif
kajian ini adalah bagi mengkaji keberkesanan penggunaan imageri dan strategi
tindakan dalam meningkatkan prestasi dalam sukan. Melalui kajian ini seramai 106
orang subjek telah digunakan(42 lelaki, 64 wanita). Yang mana mereka merupakan
atlet malaysia yang mempunyai tahap yang berbeza dari segi penyertaan dan juga
sukan. Kebanyakan dari atlet ini merupakan penuntut disalah sebuah universiti di
Malaysia dan berumur diantara 17 hingga 4 tahun. Kajian ini telah mengunakan
insrumen ‘Sport Imagery Questionaire’(SIQ) dari Hall, Mack,Paivio dan
Hausenbles(1998) dan juga ‘The athletic Coping Skill Inventory 28’ dari Smitch,
Schultz dan Placek(1995). Berdasarkan dapatan kajian tersebut menunjukkan
bahawa penggunaan strategi mental dalam sukan banyak membantu atlet
meningkatkan prestasi mereka. Sebagai keputusannya terdapat hubungan di antara
kemahiran imageri dan strategi tindakan. Keputusan kajian menunjukkan SIQ dan
ACSI 28 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dengan responden yang sama
dengan alpha cronbach, min dan sisihan piawai iaitu .932. namun begitu terdapat
perbezaan signifikan antara atlet lelaki dan perempuan.

Menurut Law et al (2006) dalam kajian mereka ‘Imagery use, percieved pain, limb
funcitioning and satisfaction in athletic injury rehabilitation’. Objektif kajian ini adalah
untuk mengkaji hubungan diantara penggunaan imageri dikalangan atlet, kesakitan,
fungsi keseluruhan bawah badan dan kaitannya dalam pencegahan kecederaan.
Pengkaji telah menggunakan responden seramai 83 orang atlet yang mengalami
kecederaan, iaitu 44 lelaki dan 33 wanita. Kesemua atlet ini menerima rawatan
fisioterapi dan kesemuanya mengalami kecederaan bawah badan. Insru'men yang
digunakan dalam kajian ini adalah ‘Athletic Injury Imagery Questionaire 2(AIIQ-2),
The Visual Analouge Scale (VAS) For Pain’, The Lower Extereminity Functional
Scale(LEFS), Question Concerning their Use of Imagery for Pain Management’.
Atlet-atlet ini terbahagi kepada dua, iaitu atlet yang menggunakan imageri untuk
menguruskan rasa sakit dan atlet yang tidak menggunakan imageri untuk
menguruskan kesakitan. Atlet yang menggunakan imegeri mempunyai tahap yang
berbeza mengenai tahap kesakitan iaitu (p>.05)berbanding dengan tidak
menggunakannya. Selain itu juga, kumpulan yang menggunakan imageri
mempunyai tahap signifikan terhadap kognitif, motivasi dan imageri penyembuhan
iaitu (p<.05)

Kajian yang seterusnya yang melibatkan penggunaan imageri adalah dalam sukan
adalah kajuan yang dibuat oleh William J.G et al yang bertajuk ‘Motor Imagery Boost
Proprioceptives Neuromuscular Facilitation in the Attainment and Retention of
Range Of Motion at The Hip Joint’. Kajian ini dibuat bertujuan mengkaji mengenai
keberkesanan gabungan latihan PNF dengan teknik latihan mental imageri bagi
meningkatkan lagi pergerakan perlakuan sendi paha. Seramai 24 orang subjek telah
digunakan. Subjek ini merupakan penuntut salah sebuah university di Liverpool,
United Kingdom. Subjek ini berumur 21 tahun dan terdiri daripada 12 lelaki dan 12
wanita. Bagi melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menggunakan insrumen
termasuklah latihan PNF itu sendiri, latihan imageri yang mana membuat rawatan
sambil menunjukkan video pergerakan tulang manusia. Kemudian ianya diakhiri
dengan latihan kelenturan. Berdasarkan hasil dapatan mendapati bahawa gabungan
antara latihan PNF dan motor imageri meningkatkan lagi latihan julat pergerakan.

Dalam jurnal yang bertajuk ‘Types of Imagery Associated with Sport Confidence in
Netball Players of varying Skill Level’yang dikaji oleh Callow N dan Hardy L. Ianya
mengkaji mengenai dua aspek untuk diaplikasi dalam sukan iaitu hubungan antara
jenis imageri dan keyakinan serta tahap kemahiran dan jenis sukan. Dalam kajian ini
pengkaji telah menggunakan 123 orang pemain bola jaring negeri. Mereka
dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan yang mempunyai
kemahiran yang agak lemah iaitu seramai 56 orang, manakala kumpulan yang
seterusnya adalah kumpulan yang mempunyai kemahiran dalam bola jaring yang
tinggi. Namun demikian kedua-dua kumpulan ini mempunyai sekurang-kurangnya
dua tahun pengalaman dalam permainan bola jarring. Pengkaji telah menggunakan
insrumen soal selidik ‘Sport Imagery Questionaire(SIQ) dan ‘State SportConfidence
Inventory’

Menurut K.H. Khayambashi, A.R.Movahedi and B. Alizadeh Toi “Mental Imagery


Abity In Injured Uninjured Elite Professional Soccer and Volleyball Players” Mengkaji
tentang kemampuan imageri bagi pemain elit profesional bola sepak dan bola
tampar yang sihat dan mengalami kecederaan Vividness of Visual Imagery
Questionnaire (VVIQ) ia mengandungi 5 skala, subjek perlu tutup mata setelah
selesai menjawab soalan tersebut, skor antara 16-80, skor yang rendah didapati
bahawa kapasiti imageri adalah tinggi., Vividness of Movement Imagery
Questionnaire (VMIQ) terbahagi kepada dua iaitu kinestatik dan gamabaran imej,
terdapat 24 situasi, mengandungi 5 skala, skor antara 24 -120, skor yang rendah
didapati bahawa kapasiti imageri adalah tinggi. Dua orang pemain elit Iranian bola
sepak dan dua pemain elit bola tampar. Independent t test p < 0.05, SPSS (vesion
10.0). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap internal mental imageri
diantara atlt elit yang sihat dan tercedera. Tiada perbezaan signifikan terhadap
external mental imageri bagi pemain bola sepak yang sihat dan tercedera. Tiada
perbezaan yang signifikan bagi pemain bola tampar bagi pemain bola sepak yang
sihat dan tercedera. Berdasarkan kajian didapati pemain bola sepak cenderung
mengalami internal imageri mental.

Menurut David A. Shearer, Rob Thomson, Stephen D. Mellalieu and Catherine R.


Shearer (2007). “The relationship between imagery type and collective efficacy in
elite and non elite athletes”. Hubungan antara jenis “imagery” dan “collective
efficacy” bagi atlet elit dan bukan atlet elit. Ia menggunakan soal selidik SIQ untuk
individu, Collective Efficacy Inventory (CEI) ia menggunakan skala likert satu hingga
lima iaitu not at all ke very much so, Cognitive General (CG) seperti stratergi
alternative, kognitif spesifik iaitu bayangkan menang medal, Motivational General
Arousal (MGA) iaitu membayangkan tekanan dan kebimbingan, Motivation General
Mastery iaitu pembelajaran membayangkan kemunculan pihak lawan dihadapan.
Responden terdiri daripada 140 orang pemain bola sepak, ragbi dan basketball
kerusi roda, n = 70 atlet elit, n = 70 atlet bukan elit, Umur antara 18 – 55 tahun. Hasil
dari kajian didapati tidak terdapat perbezaan signifikan bagi atlet bukan elit. Terdapat
peningkatan bagi atlet elit dalam Motivational General Mastery (MGM) imagery
dengan penigkatan 17%.

Menurut Jamie et. al. (2008) dalam kajiannya bekenaan “The effects of video and
cognitive imagery on throwing performance of baseball pitchers : a single subject
design”. Kajian ini memberi kesan tindakbalas dalam masa tiga minggu bagi imageri
dan video imageri tentang bagaimana individu membuat balingan. Terdapat
perbezaan diantara kategori “both low dan high ability imagers”. Subjek terdiri
daripada 60 orang pembaling. Terdapat 6 orang pembaling dari southeastern
Georgia mereka terdiri daripada region sekolah tinggi dan kolej. 2 atlet lelaki kolej, 2
atlet sekolah menengah umur antara 16 hingga 22 tahun. Pengalaman mereka
sekurang-kurangnya dua tahun dalam. Pada minggu pertama pengukuran asas 2
high ability dan 2 low ability bahagian imageri ambil bahagian dalam tempoh masa
tiga minggu terhadap videi imagery dan program intervention imagery. Terdiri
daripada kumpulan kawalan yang mana mempunyai kemahiran dalam membaling.
Keputusan menunjukkan 2 pertunjukan terdapat peningkatan dalam persembahan.
Penulis memaklumkan secara ringkas maklumat ringkas tentang risiko menjalankan
ujian ini, memaklumkan kepada ibubapa. Alatan yang digunakan ialah Samsung
Sports Camcorder SC-X205L/X210L dalam mnegukur/merekod sepanjang musim ia
dituju khas untuk “pitch” ia merupakan external helmet camera modul, ia merupakan
gambaran sudut pandangan internal “pitch”. Soalan Moverment Imagery
Questionsnaire Revised (MIQR) digunakan, MIQ, menggunakn 7 point skala likert.
Keputusan kualitatif pelajar diberi percubaan dan dirakan serta ditanda dari satu
hingga sepuluh sebagai jarak pengukur ketepatan. Keputusan kualitatif pelajar diberi
percubaan dan dirakan serta ditanda dari satu hingga sepuluh sebagai jarak
pengukur ketepatan. Hasil kajian didapati terdapat peningkatan dalam persembahan
atlet, sementara penyertaan menggunakan imageri bagi mendapatkan kesan yang
pelbagai.

“Types of Imagery associated with sport confidence in netball players of vanging skill
level”. Menggunakan 123 subjek yang mana terdiri daripada 55 subjek “low standart”
dan 68 subjek “high standard”. Ia trediri daripada 4 buah negeri yang berbeza dari
sekolah, kelab, Negara dan kebangsaan bawah umur 12,16,18 dan 21 tahun.
Menggunakan soal selidik Sport Imagery Questionnaire (SIQ) ia menggunakan skala
likert 1 hingga 7. Terbahagi kepada lima iaitu Cognitive General (CG), Cognitif
Spesific (CS), Motivation General Arousal (MG-A), Motivation General Mastery (MG-
M) dan Motivation Spesific. 10 subjek tidak dapat lengkapkan soal selidik SSCI
kerana tiada perlawanan hanya 110 data yang diperolehi untuk dianalisis yang mana
50 sampel 1 terdiri daripada “low skill” dan 60 sampel 2 terdiri daripada “high skill”.
Hasil kajian didapati terdapat perbezaan signifikan di antara Imageri dan Mastery
Imagery bagi “low standard” dalam keyakinan sukan yang pelbagai. Hasil kajian
didapati Imageri bersesuian dengan emosi pemain yang kurang berkeyakinan dan
berkeyakinan negatif. Terdapat perbezaan signifikan bagi “high standard” yang
mana mempunyai orientasi matlamat yang pelbagai. Didapati terdapat hubungkait
diantara fungsi dan perbezaan jenis imageri dalam persembahan.

Loretta A. Handegard et. at. (2006). “Relaxation and guide imagery in the sport
rehabilitation contex”. Ia mengkaji tentang kesan relak dan imagery dalam
rehabilitation sport dan set keyakinan ketakutan untuk kembali dalam sukan. Ia
menggunakan soal selidik SIQ dan self confident questionnaire. Ia menggunakan 2
subjek lelaki yang tercedera iaitu pemain bola sepak dan baseball. Ia mengalami
kecederaan yang terlampau dan memakan masa dua minggu untuk pulih. Hasil
kajian didapati terdapat peningkatan dalam diri atlet selepas menjalani kajian ini
yang mana atlet telah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sokongan sosial
pada tahap yang tinggi.

“Imagery use and web based interventions for advanced learning in soccer”,
hubungan yang mana penggunaan imageri dan asas video dalam penigkatan
pembelajaran dalam bola sepak. Subjek terdiri daripada 16 orang berusia antara 17
dan 18 tahun. Ia menggunakan soal selidik SIQ iaitu Cognitif General (CG) dan
video. Hasil daripada kajian ini didapati tidak terdapat perbezaan di antara kedua-
dua instrument (tahap kognitif imageri umum dan kemampuan kumpulan untuk
melihat dan membina simulasi pemain bola sepak) cadangan pada kajian akan
datang subjek perlulah mempunyai skill yang tinggi. Bimbingan pakar bagi setiap
kumpulan imageri tidak mengikut kepakaran. Tindakbalas kualitatif menunjukkan
gabungan kemampuan iaitu kemahiran pemain dan kepimpinan pemain. Kajian ini
perlu dilakukan semula dengan gabungan pemain bola sepak yang mempunyai skill
yang tinggi dan tahap kebolehan yang tinggi.

“Imagery and self talk training improves golf” oleh Thomas, P.R., & Fogarty, G.J
(1997). Kajian ini dijalankan terhadap 32 pemain golf yang berumur 29 hingga 59
tahun yang telah menjalankan latihan selama dua bulan di kelab golf. Subjek perlu
menlakukan dua perkara iaitu the golf performance servey (GPS) dan the sports
imagery questionnaire (SIQ). Kajian ini menggunakan lima elemen psychological
dan psychomotor skills iaitu pengetahuan kognitif dan perasaan negative,
persediaan mental, automaticity, kemahiran dan penigkatan persembahan. Hasil
kajian ini didapati mutu permainan mereka semakin meningkat. Pengkaji
berpendapat teknik imageri ini sesuai untuk diaplikasikan kepada atlet yang telah
mempunyai kemahiran yang konsistan dan focus yang baik.

A coach’s instructional will affect imagery effectiveness. Kajian ini dijalankan olehj
Baker, F.C., Boschker, M.S., & Chung, T. (1996). Kajian ke atas 39 orang pelajar.
Kajian ini menggunakan Lang’s dichotomous modekl of stimulus. Teknik imageri ini
digunakan untuk atlet angkat berat di antara 4.5 hingga 9 kg. Pengkaji
menggunakan soal selidik Movemenet Imagery Queationnaire (MIQ). Hasil kajian
didapati model soal selidik ini sesuai diaplikasikan apabila atlet berada didalam
perasaan stabil untuk membuat pergerakan tersebut. Atlet perlu member tumpuan
bagaimana untuk melakukan aktiviti tersebut dengan perasaan dan sensasi untuk
membolehkan mereka mendapat hasil keputusan yang baik menggunakan imageri
tersebut.
PENUTUPAN

Imageri adalah teknik mental yang sesuai digunakan sebagai latihan untuk
meningkatkan prestasi seseorang atlet dalam sukan khususnya. Kemampuan
menggunakan imageri yang bersesuaian dengan matlamat individu merupakan
kunci utama bagi melihat keberkesanan imageri dalam meningkatkan prestasi
sukan. Maka sebagai guru atau jurulatih perlulah mempelajari teknik imageri untuk
diaplikasikan kepada atlet dalam meningkatkan prestasi atlet. Namun peningkatan
prestasi tidak hanya bergantung kepada teknik imageri semaata-mata tetapi
seseorang atlet itu perlu menjalani latihan fizikal dan teknik psikologi yang lain dalam
membantu meningkatkan kemahiran mereka.

RUJUKAN

Bakker, F.C., Boschoker, M.S., & Chung, T. (1996). Changes in muscular activity
while imaggining weight lifthing using stimulus or responding proposition. Journal of
sports and Exercise Physhology, 18, 313-324.

Callow, Hardy L. (2001). Types of imagery associated with sport confidence in


netball players of varying skill lavel. Journal of Appliyed Sports Psychology. 13, 1-7.

David A. Shearer, Rob Thomson, Stephen D. Mellalieu and Catherine R. Shearer


(2007). The relationship between imagery type and collective efficacy in elite and
non elite athletes. Journal of Sports Sciences and Medicine. Vol 6. 180-187.

Ian R. Haslam (2003). Imagery use and web based interventions for advanced
learning in soccer.

K.H. Khayambashi, A.R.Movahedi and B. Alizadeh (2209). Mental Imagery Abity In


Injured Uninjured Elite Professional Soccer and Volleyball Players. World Journal of
Sports Sciences. 4, 2018-221.
Law B., Driediger M., Hall C. et. al. (2006). Imagery use perseived pain limb
funtioning and statisfaction in atletic injury habilitation. Journal of Physiotherapy. 34
(1).

Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi sukan : konsep dalam latihan dan
pengajaran sukan. Kuala Lumpur : Utusan publications & Distribution Sdn. Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee (2009). The effectiveness of imagery and coping
stragtegies in sport performance. European Journal of Social Sciences. Vol. 9 (1),
97.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Imageri dalam sukan : Mengaplikasikan teori psikologi
dalam sukan. Kuala Lumpur : Utusan Pub. Sdn. Bhd.

Thomas,P.R., & Fogarty, G. J. (1997). Physhological skill training golf : The role of
individual differences in cognitive preferences. Sports Psyshologist, 11, 86-106.

Williams J. G. Odley L. J. & Callagsan M. (2004). Motor imagery boosts


proprioseptive neuromuscular fasilitation in the attainment and retention of range of
motion at the hip joint. Journal of Sports Sciences and Medicine. 3, 160-166...

Anda mungkin juga menyukai