Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN LATIHAN KEMAHIRAN PSIKOLOGI (PST)

Mengikut Psychology Dictionary mendefinisikan bahawa Latihan Kemahiran Psikologi


(PST) ini penting dalam bidang sukan kerana memainkan peranan dalam meningkatkan
prestasi para atlet. PST merujuk kepada amalan yang sistematik dan konsisten
kemahiran mental. Selain itu juga, PST adalah penting kerana faktor-faktor psikologi
adalah kunci utama dalam mempengaruhi turun naik prestasi atlet. Walau
bagaimanapun, kebanyakkan atlet sering diabaikan kerana kekurangan pengetahuan
tentang PST, salah faham tentang bagaimana mereka belajar, dan kekurangan masa.
Oleh itu, para jurulatih menggunakan latihan PST ini dalam menekankan beberapa
aspek.

Contohnya: Namun, apabila disebut tentang keberkesanan PST ini dalam meningkatkan
prestasi atlet, akan melibatkan kerjasama yang padu daripada atlet tersebut. Hal ini
kerana latihan ini perlu disesuaikan dengan setiap individu yang harus diaplikasikan dari
masa ke semasa serta menggunakan teknik yang berbeza. Perkara ini menyebabkan
tidak banyak kajian yang dapat dilakukan ke atas PST disebabkan kesukaran
mendapatkan bahan kajian yang memerlukan idea yang muktamad

IMAGERI (MENTAL PREPARATION)

Richardson (1967) telah mendefinisikan imageri ini adalah satu proses raptai
penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda dan aplikasikan
semua sensori dalam pengalaman serta mewujudkan kehadiran rangsangan untuk
menghasilkan sensori tulen. Barbara Brown dalam bukunya Supermind pula menyatakan
bahawa imageri sebagai tenaga asas yang boleh membantu setiap individu dalam
keupayaan mencipta gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar pada masa
dan tempat tertentu. Dalam perspektif sukan, imageri memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan prestasi terutamanya dalam pertandingan yang penting. Menurut
Hardy, Jones dan Gould (1997) mengatakan bahawa imageri merupakan komponen
utama dalam setiap persediaan mental atlit untuk sesuatu pertandingan sama ada
dalam keadaan tersusun atau tidak tersusun. Melalui kemahiran imageri tersusun ini,
atlit berlatih memenuhi pelbagai keperluan seperti membina keyakinan, belajar
kemahiran baru dan relaksasi bagi mendapatkan hasil yang terbaik dalam prestasi.

Hal ini kerana imageri ini dapat membantu dalam mengatasi pelbagai masalah mental
dan emosi semasa pertandingan. Misalnya, sebelum pertandingan atlit Pandelela Rinong
akan lebih bersedia dalam pertandingan dengan bayangan yang dilakukan. Perkara ini
berlaku kerana Pandelela Rinong menggunakan imageri dalaman yang memerlukan
pengalaman (diklasifikasikan sebagai imageri kinestetik) beliau yang terdahulu yang
seakan-akan dalam situasi sebenar. Buktinya, semasa latihan dilakukan, beliau perlu
memerhatikan persekitarannya semasa proses pelaksanaan rutin persembahannya.
Situasi ini akan dapat membolehkan beliau menempatkan dirinya ke dalam setiap situasi
yang dibayangkan bagi memudahkannya membentuk strategi pra-kejohanan dan
semasa kejohanan.

Selain itu, melalui latihan PST ini juga, imageri akan membantu atlit melakukan sesuatu
teknik lakuan yang betul. Peneguhan kepada lakuan dan kognitif atlit dapat membantu
menghasilkan lakuan yang terbaik. Hal ini kerana mereka dapat membetulkan kesalahan
yang dilakukan bagi meningkatkan prestasi yang memberangsangkan. Imageri ini juga
sangat penting untuk diaplikasikan dalam kemahiran sukan tertutup seperti sukan
akuatik terjun yang dilakukan Pandelela Rinong. Kesannya dapat dilihat apabila beliau
lebih bersedia daripada aspek fizikal dan mental serta kognitif. Perkara ini berlaku
apabila imageri yang dilakukan hanya ditumpukan kepada perlakuan tanpa mengira
aspek lain yang mempengaruhi prestasi. Dengan itu, beliau akan dapat lebih bersedia
berlatih dalam kemahiran tersebut dengan lebih gigih bagi membolehkan beliau
mempunyai persediaan yang utuh dalam menghadapai segala kemungkinan semasa
pertandingan.

Imageri ini secara tidak langsung memupuk semangat keyakinan diri dalam diri beliau
untuk menghadapi pertandingan. Hal ini kerana bayangan dilakukan akan membina
keyakinan yang kukuh bagi mempersembahan kemahiran yang terbaik semasa
pertandingan. Melalui imageri ini, atlit dapat mengatasi tekanan luaran dan dalaman
semasa pertandingan.

STRATEGI MENTAL
Selain itu, kebangkitan fisiologi yang berlebihan dan kebimbangan merupakan
salah satu elemen yang boleh menggugat prestasi individu dalam sukan. Misalnya,
dalam karier Pandelela Rinong sebagai atlet sukan akuatik terjun, beliau telah
menghampakan jurulatihnya dan juga penyokongnya apabila gagal masuk ke
peingkat akhir 10m platform individu semasa Piala Dunia Terjun FINA di London pada
22.02.2012. (http://ww1.utusan.com.my). Hal ini kerana pada aksi separuh akhir,
beliau cuma mengutip 288.55 mata sahaja dan menamatkan saingan di tangga ke-16
daripada 18 peserta. Meskipun semasa Sukan Komanwel New Delhi 2010, beliau
adalah pemenang pingat emas, namun kemungkinan daripada tekanan yang
dihadapinya apabila nama negara tergalas di bahunya menyebabkan beliau tewas
mengawal kebimbangan serta tekanan yang hadir.

Namun, setiap atlet berbeza dari segi kemampuan mereka beraksi apabila
menghadapi situasi yang kompetitif. Hal ini kerana ada atlit yang mempunyai masalah
tahap kebangkitan yang terlalu tinggi sehingga ,menjejaskan prestasi mereka. Sebagai
contohnya Pandelela Rinong memerlukan teknik yang boleh membantu mereka
menurunkan kebangkitan hingga ke tahap yang sesuai bagi membolehkan beliau beraksi
dengan berkesan. Ini disebabkan oleh semakin tinggi tahap kebimbangan beliau,
semakin menurun tahap prestasinya. Oleh itu, untuk keluar daripada kitaran
kebimbangan ini, beliau perlu menukar proses tersebut kepada arah bertentangan iaitu
menggunakan teknik relaksasi.

Dalam teknik relaksasi terdapat empat prosedur yang boleh digunakan. Antaranya ialah
teknik relaksasi progresif, latihan autogenik, meditasi dan maklum balas biologi.
Keempat-empat prosedur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri tetapi kesannya adalah
respons yang diingini. Misalnya, ialah penurunan kadar denyutan jantung, pengurangan
penggunaan dan pengambilan oksigen, pengurangan kadar pernafasan serta
meregangkan otot tulang rangka di samping meningkatkan halangan dermis serta
meningkatkan ringtangan pada kulit serta gelombang alfa otak. (Benson Beary & Carol,
1974)Disini akan dihuraikan ialah relaksasi progresif yang diasaskan oleh Edmund
Jacobson (1929, 1938) dimana beliau menjelaskan bahawa ketegangan serta kegugupan
tidak akan wujud dalam diri individu yang ototnya relaks. Beliau juga menegaskan
bahawa ketegangan otot-otot involuntari boleh dikurangkan jika otot-otot rangka yang
lain direlakskan. Teknik ini boleh diaplikasikan dalam keadaan duduk atau berbaring,
bergantung kepada keselesaan individu yang melakukannya. Tangan dan kaki perlu
diluruskan agar tidak mendatangkan tekanan. Dengan persekitaran yang sunyi amat
diperlukan agar konsentrasi tidak mudah terganggu dan individu lebih relaks. Tujuan
utama proses relaksasi ini dilakukan adalah untuk membantu atlit merelakskan tubuh
dalam dalam jangka masa yang singkat.

Seterusnya ialah meditasi yang merujuk kepada proses memberikan tumpuan dalam
mencapai tahap relaksasi yang diingini oleh individu terbabit. Meditasi ini lebih fokus
kepada proses pemusatan tumpuan kepada satu pemikiran, perkataan, bunyi atau objek
untuk mendapatkan respons relaksasi. Menurut Benson (1974), jika meditasi ini
dilakukan di tempat yang sunyi dimana bebas daripada pencemaran bunyi dan gangguan
dengan fikiran yang pasif serta otot yang bebas dari sebarang ketegangan, atlet tersebut
berisiko mencapai tahap relaksasi yang optimum. Perlakuan meditasi ini juga sering
dilakukan dalam keadaan duduk dengan kedua-dua belah tapak kaki bertemu dalam
pangkuan. Sebelum proses meditasi ini bermula, atlit haruslah mengosongkan fikirannya
dengan menarik nafas yang panjang serta menumpukan sepenuh perhatian kepada alat
mental yang dipilih secara senyap. Hal ini akan menyebabkan titik yang menjadi
tumpuan beransur hilang dan digantikan dengan tumpuan kepada pemikiran yang
menzahirkan ketenangan yang diimpikan. Cox, 1998 menyatakan bahawa apabila
seorang atlit berasa tenang dan bebas daripada ketegangan otot akan menyebabkan
beliau mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kemahiran yang dilakukan.
Kesannya, prestasi dan pencapaian beliau dalam acaranya akan meningkat berbanding
ketika beliau dalam keadaan tertekan dan kebimbangan.
PENETAPAN MATLAMAT

Matlamat merupakan sasaran yang dirancang untuk dicapai dalam jangka masa
tertentu. Penetapan matlamat di definisikan sebagai mencapai tahap dan kecekapan
spesifik dalam satu tugasan atau aktiviti yang dapat disukat dalam unit jarak, masa dan
tingkat pencapaian matlamat (Locke, 1981). Penetapan matlamat merupakan salah satu
strategi psikologi yang berkesan untuk meningkatkan prestasi. Dalam penetapan
matlamat, terdapat tiga tahap iaitu matlamat jangka panjang, matlamat jangka
sederhana dan matlamat jangka pendek. Gould dan Murphy lebih memfokuskan kepada
matlamat individu dan jarang kepada matlamat kumpulan. Untuk memahami matlamat
kumpulan, kita terlebih dahulu perlu memahami matlamat setiap individu dalam
kumpulan tersebut :
1. Tetapkan matlamat perlakuan (performance) bukan matlamat akhir (outcome).
2. Tetapkan matlamat yang mencabar
3. Tetapkan matlamat yang munasabah
4. Tetapkan matlamat yang spesifik
5. Tetapkan matlamat jangka pendek
6. Tekankan kepada matlamat individu bukan pasukan

Dalam menentukan matlamat, terdapat beberapa aspek atau cabang penting yang perlu
dititikberatkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara aspek-aspek tersebut ialah
penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang serta set matlamat
positif dan set matlamat negative.

Penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang


Bagi atlet, penentuan matlamat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Biasanya atlet
akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan, sama ada kemenangan
atau memperbaiki rekod peribadi. Dorothy dan Roscoe (1995), mendapati bahawa
matlamat akan meransang dan meningkatkan usaha berterusan. Hal ini bermakna
penentuan matlamat akan memberi kesan positif kepada atlet. Contohnya, dalam acara
10m platform, Pandelela Rinong telah berjaya mengumpul mata 359.20 semasa di Pusat
Akuatik London dan telah menyumbang pingat gangsa kepada negara. Penentuan
matlamat juga boleh dijadikan sasaran setiap individu. Bagi penentuan matlamat jangka
panjang, tempoh masa yang diambil adalah agak lama dan sukar untuk dicapai atas
sebab kebosanan serta gambaran tentang pencapaian agak kabur. Bagi Pandelela
Rinong, perjalanan dalam bidang sukan terjun masih lama dan memerlukan penetapan
matlamat yang lebih jelas terutamanya dalam Sukan Olimpik. Oleh itu, dalam keadaan
ini, penentuan jangka pendek sangat mustahak dan berkesan. Semasa mencuba untuk
mencapai matlamat jangka pendek, perhatian terhadap matlamat jangka panjang juga
menjadi sandaran ataupun menjadi tumpuan. Dalam jangka masa pendek, beliau perlu
lebih fokus kepada kejohanan yang lebih kecil bagi mengekalkan prestasi pada masa kini.
Oleh itu,kebosanan dan gambaran dalam jangka masa panjang dapat diatasi. Di samping
itu, pencapaian yang diperoleh dalam jangka masa pendek dapat membangkitkan
semangat atlet untuk mencapai penentuan matlamat jangka panjang.

Set matlamat positif dan set matlamat negative


Menurut Bell (1980), kadangkala atlet perlu mempunyai set matlamat negatif tetapi
penentuan matlamat seseorang atlet haruslah bermula dengan cara positif. Matlamat
yang bersifat positif boleh membantu atlet menuju matlamat ke arah kejayaan bagi
menangani sesuatu kekalahan atau kegagalan sebelum ini. Selain itu penentapan
matlamat dalam sukan untuk bertindak untuk membantu jurulatih dan atlet mengetahui
bagaimana hendak mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam merancang matlamat. Ini
kerana penetapan matlamat dirancang selepas jurulatih melihat persembahan awal para
atlet di peringkat latihan sebelum dihantar ke peringkat pertandingan. Atlet juga perlu
menetapkan matlamat-matlamat untuk memberi arah tuju usahanya. Matlamat yang
ditetapkan oleh atlet bergantung kepada tahap moral dan motivasi individu itu sendiri.
Penetapan matlamat penting kerana ia bukan hanya merangsang pemikiran atlet untuk
menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkatperingkat untuk
sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat diperlukan untuk pertandingan
dan latihan atlet sendiri. Erti kata lain, jurulatih harus berupaya membantu atlet
menentukan matlamat-matlamat ini. Dalam sukan, pencapaian diukur dengan
kemenangan. Menang sering kali dilihat sebagai kejayaan dan kalah sebagai kekalahan
kerana pemenang lebih dihargai oleh penonton berbanding orang yang kalah. Apabila
atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka keyakinan dirinya bergantung
kepada menang atau kalah yang ditentukan oleh orang lain. Jika begitu keadaan yang
berlaku semasa atlet menghadapi pertandingan, maka keyakinan diri akan menjadi tidak
stabil. Jadi, mengapa perlunya matlamat perlakuan semasa merancangan penentuan
matlamat? Seharusnya, jurulatih bertindak untuk menukar persepsi atau pandangan
tersebut dalam diri atlet. Jurulatih bertanggungjawab membantu atlet mendapatkan
keyakinan diri yang stabil dan merasa ada harga diri walaupun mengalami kekalahan
semasa pertandingan. Jurulatih seharusnya mengantikan matlamat kemenangan dengan
matlamat perlakuan yang lebih bersifat realistik kerana kejayaan mestilah dimaksudkan
apabila atlet mencapai sesuati melebihi matlamat perlakuannya dan bukannya untuk
mengatasi perlakuan orang lain.

MOTIVASI
Motivasi merupakan satu topik yang cukup popular serta menarik perhatian ramai
dalam bidang sukan. Terdapat pelbagai definisi yang diutarakan unyuk menjelaskan
pengertian motivasi. Menurut Sage (1977) yang menyatakan bahawa motivasi merujuk
kepada arah dan intensity usaha seseorang individu. Motivasi ialah sumber atau alat
yang menggalakkan seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha
untuk mencapai matlamat tersebut (Cox, 1994). Motivasi juga boleh didefinisikan
sebagai kekuatan dalaman yang menggerakkan dan membawa kepada tingkah laku
(Vincent dan Mohd. Sofian dalam Mohd. sofian, 2002). Motivasi amat penting dalam
meningkatkan prestasi atlit.

Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik. Menurut
Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang
diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat
menentukan sesuatu dengan sendiri. Contohnya, atlit terjun berusaha bersungguh-
sungguh dalam latihannya kerana atlit tersebut menganggap perkara tesebut sebagai
kepuasan kepada dirinya. Jika beliau dapat melakukan percubaan yang terbaik, ini akan
meningkatkan motivasi dalam dirinya.
Walaubagaimanapun, motivasi ekstrinsik juga memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan motivasi atlit. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran
dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang
membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-
bentuk seperti pujian, insentif, peneguhan dan sebagainya. Dalam sukan, usaha yang
dilakukan oleh kerajaan dalam motivasi sukan ialah memberi ganjaran yang setimpal
kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara dalam sesuatu pertandingan di
peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Hal ini berlaku demikian
kerana ganjaran yang diberikan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh
mereka.

Dengan ini, sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya
menyuntik semangat baru serta sebagai dorongan kepada atlet untuk lebih berusaha
supaya mencapai kejayaan yang lebih baik. Sebagai contoh, ratu terjun negara iaitu
Pandalela Rinong telah diberi insentif dan penghargaan kerana pencapaian beliau
mendapat pingat gangsa dalam sukan Olimpik. Oleh itu, dengan adanya motivasi seperti
ini, beliau akan lebih bersemangat dalam meningkatkan prestasi diri dalam bidang sukan
yang diceburi. Bukan itu sahaja, penghargaan yang diberikan kepada beliau bertujuan
menaikkan semangat rakan-rakan seperjuangan yang lain agar prestasi mereka dapat
ditingkatkan pada masa akan datang.

Kesimpulan
Bukan mudah untuk menjadi seorang atlit yang berjaya dalam bidang sukan yang
diceburi. Tanpa persediaan yang rapi sukar bagi atlit tersebut mencapai kejayaan pada
peringkat yang tertinggi. Oleh itu, latihan kemahiran psikologi amat penting dalam
meningkatkan prestasi atlit asalkan kemahuan atlit tersebut cekal dalam meningkatkan
pencapaian mereka. Dalam hal ini, Pandelela Rinong contohnya telah membuktikan
bahawa dengan latihan kemahiran psikologi akan dapat menjadikan beliau mengawal
persembahan dengan baik. Perkara ini ditunjukkan oleh beliau semasa dia dapat
mengawal perasaan semasa menerima kematian neneknya di saat beliau berada di
peringkat separuh akhir Olimpik, London. Justeru itu, disiplin yang tinggi amat
diperlukan di dalam diri atlit bagi memantapkan latihan dan sekaligus dapat melayakkan
atlit tersebut ke peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai