Anda di halaman 1dari 4

Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat


hubungan di antara simbol (huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship)
supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan
baru yang mereka hadapi.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Ertinya
lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’, ‘t’ –
‘tah’, ‘s’ –‘ss’. ‘u’ – ‘uu…’, ‘z’ – ‘zz…’, dan sebagainya. Setelah mereka tahu
hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’,
‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata
ini menjadi perkataan-perkataan – ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya.
Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan
perkataan-perkataan ini.
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu
ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh sebab
suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai
sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu.
Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih
berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.
Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi
huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak
panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum
mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah
Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih
bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya batu,
rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan
yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap
hurufnya.

Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas
untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-
perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah
ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya.
Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan
perkataan.
Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan lambang-
lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh
‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar
mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.
Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang
pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi
oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik
menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak
mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound
relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap
kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar
permulaan membaca.

Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula,
sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh
membaca. Kemahiran murid-murid ‘mengenal’ perkataan-perkataan tidak dapat
menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal ‘perkataan-perkataan’
berdasarkan gambar daripada ‘mengenal’ perkataan-perkataan, dan murid-murid ini
sukar mengenal perkataan-perkataan yang ‘baru’. Jadi, baru-baru ini timbul semula
hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin
lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar
permulaan membaca bahasa Inggaris.
Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-
bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik)
seperti sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan
sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan.
Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf
boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih fonemik daripada misalnya sistem
ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang
dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu,
terutama mengajar murid-murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan
melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu.
Kaedah abjad

Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf


yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar
menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadang ada
nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya.
Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u.
Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan sebagainya, dan diikuti pula
dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca
ayat-ayat yang pendek.
Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk
mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .
Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak
kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan
menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan
sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil
masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.

Anda mungkin juga menyukai