Anda di halaman 1dari 1

KESERLAHAN RUANG PEJABAT MELALUI DEKORASI

DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Razali Md Amin1 Muhammad Syafiq Sim2, Razali Abdul Rahim3,


Mohd Asrul Ahmad4, Rahmat Rahwi5 & Rajan a/l Marimuthu6
IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
razalineo@gmail.com

ABTRAK

Penyelidikan adalah kaedah bersistematik yang menggunakan peralatan dan prosedur


tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna serta menghasilkan satu penemuan
baharu untuk memperkasa, membudayakan penyelidikan yang kreatif dan berinovasi.
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keserlahan ruang pejabat melalui dekorasi di
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim melalui dekorasi ruang
pejabat. Keperluan penyelidikan ini untuk memenuhi dan menyelesaikan masalah
kekurangan ruang pejabat yang menimbulkan rasa ketenangan kepada pensyarah dan
staf yang bertugas. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen-
elemen yang diperlukan bagi menghasilkan dekorasi yang menimbulkan keserlahan
ruang pejabat. Manakala objektif kedua pula untuk memperincikan konsep-konsep
yang diperlukan bagi menghasilkan dekorasi yang menimbulkan keserlahan ruang
pejabat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kajian
perpustakaan dan kajian lapangan. Data yang diperoleh daripada kajian perpustakaan
dan kajian lapangan perlu menjalani proses saringan untuk memperoleh data yang
diperlukan sahaja. Penyaringan ini menggunakan teknik interprestasi, teknik
kandungan dan bacaan rapi. Hasil kajian dapat menjelaskan sebuah pengubahsuaian
dekorasi pejabat yang dapat menimbulkan keserlahan dan ketenangan perlu
mempunyai penerapan elemen-elemen dan konsep interior. Implikasinya kajian yang
dihasilkan ini dapat menjadi rujukan kepada semua pensyarah dan staf IPG serta
menyokong kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memperkasakan
penyelidikan dan inovasi di Institusi Pengajajian Tinggi.

Kata kunci: Dekorasi, Inovasi, Ketenangan, Kreatif, Penyelidikan.

Anda mungkin juga menyukai